Rentaka

Rentaka A page for Rentaka is a defense portal covers news, analysis and articles related to defense and security issues which are related to ASEAN countries.

RENTAKA Defense Portal - An Introduction
Bismillahirrahmanirahim...

To many, even to those whose native tongue are Malay, RENTAKA is a foreign word. But RENTAKA played a very important part in the lives of many nations and communities from the Malay Archipelago to China and perhaps to the Okinawa islands in Japan in the era prior to the 20th century. There are many words that describe RENTAKA in

local dialects such as Lentaka in the Philippines or ekor lontong in Indonesia. It was an integral part in local customs and played many important parts in local customs in South East Asia and so important that it was even customary to use it as a substitute to currency and even made a part of a bride's dowry! To those who wondered what is RENTAKA and haven't goggled it yet, RENTAKA is a swivel gun of small caliber but bigger that a musket or rifle. Though is mainly found arming small vessels plying the seas around the Malay archipelago, it was also employed in land battles serving as light cannons and also arming fortresses in support of their bigger counterparts. It was not uncommon to find RENTAKAs guarding villages, protecting communities from roving bandits and well as attacks from neighbouring nations or even pirates. But the most notorious users of RENTAKA were pirates as well as slave traders. Light and easy to use, the swivel gun not only permits a vessel to be well armed yet light and fast, but it can be aimed quickly regardless the direction of the ship and can be used against opponent's boarding parties. It may lack the punch needed to sink ships but it was an excellent weapon for anti personnel purposes especially at close range. Therefore this portal is aptly named as such because it embodies the spirit of the real RENTAKA. This portal covers news, analysis and articles related to defense and security matters which are related to ASEAN countries. Since ASEAN members are strategically positioned geopolitically, near the world's most important trade routes and major sea lanes chokepoints, they will play an important part in the world's security as well as commercial trade. Any flashpoint here will undoubtedly have a severe impact to global trade and world economy.

Cerita kereta kebal K2 Black Panther didalam perkhidmatan Tentera Darat Poland. Poland dan Korea Selatan telah menandata...
16/08/2024

Cerita kereta kebal K2 Black Panther didalam perkhidmatan Tentera Darat Poland.

Poland dan Korea Selatan telah menandatangai salah satu perjanjian pembelian pertahanan terbesar didalam sejarah moden Poland. Dengan perjanjian hampir USD15 billion ianya melibatkan kereta kebal K2, meriam gerak sendiri K9 Thunder dan pesawat FA-50 Golden Eagle.

Sebanyak 180 unit K2 telah dibeli pada tahun 2020 dan mula memasuki perkhidmatan Tentera Darat Poland mulai Disember tahun yang sama.

Pada tahun 2022 firma PGZ dan Hyundai Rotem telah menandatangai perjanjian untuk membeli 820 unit lagi melalui perpindahan teknologi atau TOT untuk membolehkan versi ekspot K2 iaitu K2PL. Kali ini kereta kebal tersebut akan dibina terus dari fasiliti mereka di Radom yang juga akan menjadi hub utama untuk jualan dan penyelenggaraan untuk kereta kebal dan kereta perisai Hyundai Rotem di seluruh Eropah.

Pastinya ramai pembaca RENTAKA sedar akan program untuk menaik taraf serta memanjangkan lagi usia pesawat F/A-18D Hornet...
27/06/2024

Pastinya ramai pembaca RENTAKA sedar akan program untuk menaik taraf serta memanjangkan lagi usia pesawat F/A-18D Hornet TUDM. Walaubagaimanapun rasanya tidak ramai yang sedar tentang program memanjangkan lagi usia pesawat pesawat Su-30MKM TUDM. Entah mengapa program ini berjalan dengan agak "low key" tanpa publisiti yang meluas. Meskipun pesawat pejuang Su-30MKM dikategorikan sebagai diantara yang tercanggih dalam kelasnya, samada kita sedar ataupun tidak, TUDM telah mengoperasikannya selama lebih daripada 15 tahun.
Sedikit disclaimer: Posting RENTAKA kali ini adalah bersifat cerita fiksyen atau cerita rekaan berkonsepkan wet dream semata- mata. Jadi jangan terlalu serius sehingga mempercayainya bulat- bulat.

Selesai disclaimer, Jadi mari kita mulakan kisah fiksyen ini.

Kisah program untuk memanjangkan lagi usia atau SLEP pesawat pejuang Su-30MKM sebenarnya hadir hampir enam tahun dahulu. Namun program tersebut diwar-warkan pada tahun 2019 dan telah menarik minat daripada firma aeronautik dari India dan Rusia. Masing- masing menawarkan khidmat dan kepakaran tersendiri bersama tawaran- tawaran menarik untuk memaniskan lagi kontrak perjanjian. Jika dilihat sepintas lalu, sudah pastinya tawaran firma Irkut dari Rusia lebih menarik. Namun begitu terdapat kemungkinan publisiti negatif daripada tragedi MH 17 yang masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, perkembangan geopolitik serantau semakin memburuk. China semakin agresif dan Amerika p**a semakin ghairah mencabar China untuk beradu kekuatan. Negara- negara di Asia Tenggara semakin gusar dan ada yang telah memulakan langkah untuk memperkuatkan angkatan bersenjatanya. Kerajaan Malaysia dalam dilema.

Menyedari akan risiko yang semakin tinggi, kerajaan Malaysia segera melancarkan usaha diplomasi untuk meredakan ketegangan bagi mengelakkan sebarang konflik yang tidak diingini daripada tercetus. Pada masa yang sama, keperluan untuk memastikan bukan sahaja kesiagaan ATM terus tinggi tetapi juga memastikan ATM mempunyai keupayaan yang diperlukan dalam mempertahankan negara dalam keadaan dunia yang serba tidak menentu. Salah satu langkah yang diambil adalah meneruskan progran SLEP Su-30MKM dan F/A-18D Hornet. Pada kelazimannya, program naik taraf akan dilakukan secara berperingkat- peringkat bagi memastikan ruang udara sentiasa terjaga dan tiada pengurangan daripada segi keupayaan pada angkatan udara terebut. Sebaliknya program naik taraf dan SLEP pesawat pejuang TUDM dilakukan hampir serentak menunjukkan betapa situsai yang kian memburuk benar- benar memerlukan TUDM mempunyai pesawat pejuang dengan keupayaan terkini.

Baru sahaja program naik taraf dan SLEP Su-30MKM mengambil langkah pertama, ia umpama telah tersadung. Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah mula bertindak agresif terhadap Ukraine dan mengundang tindak balas segera dari Amerika dan sekutu- sekutunya yang kemudiannya mengenakan sekatan demi sekatan dalam pelbagai segi dan sektor ke atas Rusia dan mungkin akan merebak kepada firma Irkut yang bakal menjadi kontraktor utama program SLEP Su-30MKM. Jika kontrak diberikan kepada firma Irkut, dibimbangi firma tersebut tidak dapat menumpukan perhatian kepada program naik taraf dan SLEP Su-30MKM lantaran memberikan sepenuh perhatian terhadap usaha Rusia untuk menundukkan Ukraine.

Jadi satu langkah penyelesaian perlu diambil untuk menyelesaikan kekusutan ini tetapi pada masa yang sama memuaskan hati semua pihak. Langkah yang dipilih adalah untuk melaksanakan program SLEP di fasiliti firma ATSC (yang merupakan firma penyelenggara pesawat Su-30MKM) menggunakan kepakaran kejuruteraan aeronautik tempatan dengan khidmat nasihat dari firma Irkut. Program SLEP tersebut dimulakan pada sekitar 2018 mengikut pelan dan perbatuan yang telah dipersetujui oleh semua pihak. Langkah ini dijanka akan menjimatkan sehingga RM2.2 bilion berbanding jika pesawat pejuang tersebut dihantar ke Rusia bagi menjalani naik taraf dan SLEP.

Walaubagaimanapun setelah proses SLEP dimulakan barulah realiti sebenar timbul. Walaupun asas rekabentuk pesawat adalah sama, ukuran setiap komponen didapati tidak begitu tepat. Berbeza dengan falsafah rekabentuk pesawat pejuang barat yang mempunyai setiap komponen dengan ukuran yang tepat dan sama, pesawat pejuang Rusia tidak begitu. Boleh dikatakan setiap pesawat agak unik dan memerlukan sedikit pengubahsuaian. Ini sedikit sebanyak menjadikan jadual ketat yang telah dipersetujui sebelum ini mula tergelincir sedikit demi sedikit. Keadaan ini diburukkan lagi dengan ketiadaan beberapa set fasiliti dan peralatan yang perlu untuk menjadikan proses naik taraf dan SLEP lebih cepat dan mudah. Usaha jurutera ATSC untuk menggunakan kaedah atau pendekatan atau peralatan yang lazimnya digunakan pada pesawat pejuang barat, pada pesawat Su-30MKM juga mendapat bantahan daripada jurutera- jurutera Irkut yang mempunyai pendekatan serta corak bekerja yang agak berbeza. Ini sedikit sebanyak merencatkan proses untuk menyiapkan pesawat Su-30MKM pertama yang menjalani proses SLEP dan naik taraf. Apapun halangan yang ditempuhi, pesawat pertama akhirnya dapat disiapkan dan diserahkan kembali kepada TUDM dalam satu upacara ringkas tetapi tetap gilang- gemilang semasa pameran LIMA 2019. Kejayaan ini dicanang sebagai bukti kehebatan kepakaran aeronautik tempatan dan bukti sokongan kerajaan terhadap industri aeronautik negara.

Sebaik sahaja pesawat pejuang pertama siap menjalani SLEP dan naik taraf serta telah berjaya diserahkan kembali kepada TUDM, kini tiba p**a proses untuk TUDM menguji pesawat tersebut bagi memastikan kesemuanya beroperasi dengan baik dan lancar. Kemudian TUDM, ATSC dan Irkut berbincang tentang apa yang boleh diperbaiki bagi meningkatkan mutu dan mempercepatkan kerja- kerja untuk memastikan pesawat dapat disiapkan lebih awal dari jangkaan. Proses ini sahaja memakan masa hampir setahun. Pada masa yang sama kerajaan Rusia menawarkan satu tawaran menarik kepada kerajaan Malaysia.

Sekatan ekonomi barat terhadap Rusia sedikit sebanyak mula menampakan kesan negatif. Biarpun keadaan masih nampak terkawal, kerajaan Rusia mula mengambil langkah- langkah untuk setidak-tidaknya mengurangkan impak negatif sekatan barat. Mungkin sebab itulah Rusia menawarkan satu tawaran yang agak menarik kepada Malaysia. Firma Irkut menawarkan untuk melakukan SLEP dan menaik taraf pesawat Su-30MKM kepada versi yang digelar sebagai "Super Sukhoi". Walau bagaimanapun kerajaan Malaysia tidak berminat diatas faktor kos dan versi "Super Sukhoi" atau Su-30SM1 hanya wujud diatas kertas dan kerajaan Rusia sendiri masih belum mengoperasikannya.

Tahun 2021 adalah tahun yang benar- benar mencabar bagi TUDM. Projek SLEP dan menaik taraf kedua- dua pesawat Su-30MKM dan F/A-18D Hornet yang dilakukan hampir serentak benar- benar mengganggu tempo operasi TUDM tetapi ia harus dilakukan untuk memastikan TUDM lebih bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan dimasa hadapan. Malangnya pandemik Covid-19 p**a melanda dan negara terpaksa melaksanakan perintah darurat dan kuarantin di seluruh negara. Projek SLEP dan naik taraf kedua- dua jenis pesawat pejuang utama TUDM terpaksa dihentikan dan ditangguhkan serta-merta. Sementara itu bebanan rondaan ruang udara diambil alih majoritinya oleh pesawat pejuang Hawk 208 dan pesawat latihan Hawk 108 sambil disokong oleh Su-30MKM dan Hornet yang masih belum terpilih untuk proses SLEP dan naik taraf.
Pada tahun 2021 juga TUDM menghadapi satu peristiwa yang memangkin kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan lebih pantas untuk memperkuatkan pertahanan negara iaitu pencerobohan ruang udara negara oleh 16 buah pesawat pengangkut Tentera Darat China. Walaupun hubungan diplomatik diantara Malaysia dan China adalah baik, pencerobohan ruang udara negara oleh begitu banyak pesawat tentera dilihat oleh pemerhati antarabangsa sebagai percubaan China untuk memperkuatkan tuntutannya terhadap kawasan EEZ Malaysia yang termasuk di dalam garisan Nine Dash Line. Pesawat-pesawat yang dikesan menceroboh itu telah segera dipintas oleh pesawat pejuang ringan Hawk 208 yang berpangkalan di Pangkalan Udara TUDM Labuan.

Malaysia mengambil langkah segera untuk mempercepatkan pembelian pesawat pejuang/ latihan baru untuk memastikan bukan sahaja TUDM sentiasa mempunyai bilangan pesawat pejuang yang mencukupi apabila Hawk 108 dan 208 akan diundurkan daripada perkhidmatan kelak tetapi juga sentiasa dilengkapi dengan teknologi dan persenjataan terkini. Pesawat pejuang yang dipilih adalah FA-50 dari Korea Selatan dengan bilangan pesawat permulaan sebanyak 18 buah dan mungkin ditambah lagi sekiranya diperlukan.

Projek SLEP dan menaik taraf kedua- dua pesawat Su-30MKM dan F/A-18D Hornet juga diaktifkan kembali sejajar dengan pandemik Covid-19 yang semakin mereda. Namun begitu jika projek SLEP dan menaik taraf F/A-18D Hornet berjalan lancar dan dijangka akan selesai dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, Projek SLEP dan menaik taraf pesawat Su-30MKM p**a menemui satu halangan yang mungkin merencatkan kelancaran projek. Pada awal tahun 2022, Presiden Rusia telah mengumumkan operasi ketenteraan khas terhadap Ukraine dan tentera Rusia segera memulakan operasi ofensif terhadap Ukraine. Pada masa yang sama negara- negara barat mula mengenakan pelbagai sekatan terhadap Rusia. Dianggarkan lebih daripada 13,000 jenis sekatan dikenakan terhadap Rusia oleh negara- negara barat. Negara- negara lain juga mula dikilas tangan oleh negara- negara barat untuk turut sama mengecam dan mengenakan sekatan terhadap Rusia. Dalam situasi ini bukan sahaja projek SLEP dan menaik taraf Su-30MKM kelihatan suram malah pengoperasian pesawat juga akan terganggu akibat sekatan antarabangsa terhadap Rusia. TUDM pada masa itu dianggarkan masih mampu untuk pengoperasikan Su-30MKM sehingga tahun 2024 dengan jumlah alatan ganti yang ada dalam pegangannya.

Pada penghujung tahun 2022, keadaan Rusia semakin terdesak. Tentera Rusia gagal dalam objektifnya dalam menghukum Ukraine malah mereka p**a dipaksa berundur oleh serangan tentera Ukraine yang bertali-arus. Negara- negara barat mula membanjiri Ukraine dengan sistem persenjataan terkini sebagai sebahagian daripada bantuan ketenteraan kepada Ukraine. Walaupun ekonomi Rusia kelihatan masih utuh biarpun dikenakan belasan ribu jenis sekatan, keadaan keseluruhan kelihatan tidak begitu memihak kepada Rusia.

Dalam keserabutan dalam perkembangan politik tanah air, geopolitik serantau dan dunia, kerajaan Malaysia mula menyusun kembali strategi untuk memperkuatkan pertahanan negara dengan melancarkan kembali projek kapal LCS dan memulakan pencarian kapal LMS. Projek SLEP dan menaik taraf pesawat pejuang F/A-18D Hornet juga telah hampir tiba ke penghujungnya akan tetapi berbeza dengan projek SLEP dan menaik taraf Su-30MKM yang hampir tiada perkembangan positif. Perbincangan demi perbincangan bersama semua pihak yang terlibat dibuat dalam mencari jalan penyelesaian yang boleh diterima oleh semua pihak tetapi masih menemui jalan buntu. Sekiranya keadaan begini berterusan, terdapat kemungkinan bahawa pesawat Su-30MKM akan diundurkan daripada perkhidmatan. Sementara itu kerajaan Malaysia giat mencari alternatif lain termasuklah melihat kemungkinan untuk membeli pesawat F/A-18C/D Hornet milik Kuwait.

Dalam keserabutan perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian, wakil kerajaan Rusia tiba- tiba mengusulkan satu usul dalam usaha untuk memecah kebuntuan. Usul tersebut adalah bukan sahaja melakukan SLEP tetapi juga menaik taraf pesawat Su-30MKM ke versi Su-30SM2 yang merupakan versi terkini yang dioperasikan oleh Tentera Udara Rusia. Untuk memaniskan lagi tawaran tersebut, kerajaan Rusia turut menawarkan peluru berpandu udara ke udara jarak jauh jenis RVV-BD, peluru berpandu Kh-59MK2 dan juga bom panduan GPS/ GLOSNASS UMPK. Turut sama ditawarkan adalah untuk membeli balik pod penyerakan elektronik SAP-518 yang digunakan oleh TUDM dan menggantikannya dengan versi terkini SAP-518SM Regatta dengan sedikit penambahan daripada segi kos. Tawaran asal sebenarnya bukanlah menaik taraf sebaliknya memindahkan keseluruhan sistem dan pendawaian yang ada pada pesawat Su-30MKM dan memasangnya kembali kepada badan pesawat Su-30SM2. Cara ini dilihat lebih menguntungkan kerana TUDM seolah- olah mendapat pesawat baru dengan usia penerbangan hampir 0 jam penerbangan disamping integrasi yang lebih mudah dan proses dapat disiapkan dengan lebih cepat. Walaubagaimanapun cadangan ini ditolak atas sebab kos dan juga tedapat banyak sub-sistem pesawat yang telah diubah-suai khusus untuk dipasang pada Su-30MKM. Terdapat juga risiko keupayaan sebenar (dan kelemahan!) pesawat pejuang ini diketahui dan tersebar. Melihat tidak banyak perbezaan sebenarnya pada ciri- ciri fizikal dan sistem avionik pada Su-30MKM dan Su-30SM2, keputusan diambil untuk bersetuju dengan tawaran Rusia tetapi dengan meneruskan projek SLEP tetapi menaik taraf kepada versi Su-30SM2. Akan tetapi ini bermakna pesawat yang hendak dinaik taraf perlu dihantar ke kilang firma Irkut di Rusia memandangkan kesemua fasiliti dan kepakaran berada di sana. Sekali lagi faktorkos menjadi batu penghalang. Setelah kajian dibuat oleh pakar- pakar TUDM, keputusan diambil untuk mengekalkan penggunaan enjin Saturn AF-31FP sedia ada yang masih mampu untuk memberikan daya kelincahan yang tinggi berbanding enjin Saturn AL-41F1S yang jauh lebih berkuasa dan jauh lebih lincah. Jalan tengah diambil untuk menumpukan pada keupayaan BVR berbanding dogfight. Sekalipun terpaksa untuk melakukan dogfight, enjin Saturn AF-41FP masih berkuasa untuk memberikan kelincahan yang tinggi. Dengan jalan tengah ini, bukan sahaja kos dapat dikurangkan tetapi juga masa dapat dijimatkan lantaran pengubahsuaian pada ruang enjin dan lubang udara untuk enjin tidak perlu dilakukan. Cuma bahagian Radome perlu diperbesarkan sedikit untuk memuatkan radar N035 Irbis-E AESA. Setelah persetujuan dicapai tetapi sebelum kontrak ditandatangani, terdapat satu lagi permintaan TUDM iaitu untuk data ancaman untuk pod penyerakan elektronik SAP-518SM diperbaharui setiap enam bulan untuk tempoh lima tahun.

Khabar angin bertiup sepoi- sepoi bahasa tentang terdapat satu klausa yang tersembunyi di dalam ribuan tulisan kecil atau fine print di dalam perjanjian SLEP dan naik taraf Su-30MKM dimana firma Irkut perlu memastikan pendawaian, pilon dan sistem avionik adalah mesra atau boleh melancarkan peluru berpandu buatan China. Ini termasuklah melengkapkan sistem panduan dan navigasi Su-30MKM dengan keupayaan menggunakan data daripada sistem navigasi satelit GPS, GLOSNASS dan BDS. Menurut khabar angin tersebut, ini adalah kerana terdapat kerisauan jika konflik tercetus dan negara- negara barat mahupun Rusia tidak dapat untuk memenuhi sebarang tempahan kerana tuntutan keperluan tentera mereka sendiri. Ini akan memaksa negara mencari sumber alternatif persenjataan dan China adalah salah satu sumber alternatif persenjataan yang baik.

Setelah perjanjian dipersetujui dan kontrak ditandatangani, dua buah Su-30MKM akan diundurkan dari operasi dan dihantar ke fasiliti ATSC dimana setiap satunya akan ditanggalkan enjin, radar, sayap, sirip dan muncung pesawat sebelum dimuatkan ke dalam ruang kargo pesawat pengangkut A-400M (kecuali enjin AF-41FP yang akan diperiksa dan disenggara di fasiliti ATSC). Dua buah pesawat A-400M digunakan untuk menggangkut pesawat Su-30MKM ke fasiliti Irkut di Rusia. Penggunaan pesawat komersil tidak dilakukan untuk mengekalkan kerahsiaan dan kerana kadar premium insurans yang dikenakan juga sangat tinggi disamping sekatan ekonomi dan perdagangan ke atas Rusia. Sebaik sahaja sampai, pesawat akan dibawa masuk ke fasiliti Irkut untuk diperiksa dan kerja- kerja SLEP serta naik taraf dimulakan. Apabila kerja- kerja tersebut siap, pesawat akan menjalani ujian penerbangan dan ujian sistem avionik serta persenjataan. Sekiranya semuanya berjalan lancar, pesawat diceraikan kembali sebelum dimuatkan pesawat A-400M untuk dibawa p**ang ke tanah air. Sebaik tiba di tanah air, pesawat tersebut akan dipasang kembali oleh tenaga kerja ATSC sebelum diuji sekali lagi. sebaik kesemua parameter yang telah ditetapkan oleh Irkut dan TUDM dicapai, maka pesawat pejuang tersebut akan beroperasi seperti biasa dan pada sekilas pandang, tiada perbezaan ketara pada mata kasar diantara Su-30MKM yang belum dan yang sudah menjalani proses SLEP dan naik taraf (kecuali muncung/ radome kelihatan sedikit besar bagi pesawat yang telah dinaik taraf. Mungkin itulah sebabnya pameran pesawat hanya melibatkan sebuah pesawat Su-30MKM dengan kokpit tertutup dan orang ramai tidak dibenarkan untuk mendekati pesawat tersebut. Su-30MKM yang sudah menjalani proses SLEP dan naik taraf juga tidak dibenarkan untuk terbang atau diletakkan bersama Su-30MKM yang belum melalui proses SLEP dan naik taraf).

Disepanjang kisah projek SLEP dan menaik taraf pesawat Su-30MKM, perkataan kos sering disebut dan kos juga yang menjadi batu penghalang paling besar. Samada sedar ataupun tidak, hutang negara dilaporkan telah mencapai 70% daripada keluaran negara kasar (KDNK) negara. Pada masa yang sama keadaan politik dan ekonomi dunia semakin bergolak dan semakin tidak menentu. Faktor keselamatan semakin hari semakin menjadi penting dalam pemikiran kepimpinan tertinggi negara dan persediaan memerlukan negara untuk membayar kos yang tinggi. Samalah isunya dengan Projek SLEP dan menaik taraf Su-30MKM, biarpun jalan tengah banyak diambil, untuk memberikan keupayaan yang terbaik kepada TUDM kosnya bukan sedikit. Kerajaan menghadapi masalah untuk membayar mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan bukan kerana masalah kemampuan tetapi kerana bank pusat serta bank- bank Rusia telah ditendang keluar daripada sistem perbankan antarabangsa SWIFT dan menyebabkan pembayaran secara kebiasaannya tidak dapat dilakukan. Jalan lain terpaksa diambil (lazimnya menggunakan bank di negara lain yang sanggup menjadi orang tengah tetapi dengan komisyen yang sangat tinggi!) dan ini meningkatkan lagi kos projek. Jelas satu jalan keluar yang lain harus dicari.

Salah satu jalan penyelesaian yang dikaji adalah dengan Malaysia menyertai pakatan ekonomi BRICS. Dalam pakatan ini, negara- negara ahli boleh berdagang dengan menggunakan matawang lain selagi dipersetujui oleh kedua- dua belah pihak. Sebagai contoh, Malaysia banyak berdagang dengan China dan bayaran boleh dibuat dalam matawang Renmibi. Menggunakan sistem perbankan BRICS, matawang Remibi yang diterima daripada perdagangan dengan China boleh digunakan untuk membayar kerajaan Rusia asalkan mereka bersetuju untuk menerima bayaran dalam bentuk matawang tersebut. Bukan itu sahaja, bayaran juga boleh dibuat menggunakan matawang Ringgit asalkan kerajaan Rusia bersetuju untuk menerimanya. Ini berbeza dengan sistem perbankan antarabangsa SWIFT dimana semua transaksi haruslah menggunakan matawang Dolar Amerika. Sebarang penjimatan Dolar Amerika bolehlah dipinjamkan kepada negara lain melalui bentuk terbitan Sukuk yang akan menjada p**angan kepada pendapatan negara. Setakat ini kerajaan Malaysia masih dalam fasa persediaan untuk menyertai pakatan ekonomi BRICS dengan dibantu oleh China dan Brazil. Apakah kesudahan perkembangan ini? Sama- samalah kita nantikan.

Demikianlah cerita fiksyen pendek (tetapi panjang ya Rabbi!) karangan RENTAKA. Sayugia diingatkan bahawa kisah ini hanyalah kisah rekaan atau fiksyen berkonsepkan wet dream sahaja. Trust it at your own peril!

Menarik juga melihat perang propaganda dalam konflik Rusia-Ukraine sebenarnya. Propaganda telah memainkan peranan yang s...
11/06/2024

Menarik juga melihat perang propaganda dalam konflik Rusia-Ukraine sebenarnya. Propaganda telah memainkan peranan yang sangat penting dalam perang sejak ribuan tahun dahulu. Catatan sejarah pertama dalam peradaban dunia tentang perang adalah berkenaan pertempuran Megiddo diantara tentera Mesir dibawah pimpinan Firaun Thutmose III dan tentera Canaan pada kurun ke 15 sebelum masihi juga dipahat sebagai sebahagian daripada propaganda.

Ukraine yang disokong oleh negara- negara barat turut mendapat bantuan serta sokongan yang tidak berbelah bagi daripada media dan pakar- pakar perang saraf barat. Meskipun Rusia sendiri memiliki tim perang saraf yang tidak kurang hebatnya, penguasaan mutlak media- media utama oleh negara- negara barat telah mencipta naratif yang pelbagai sehinggakan Rusia sukar untuk menanganinya. Malah usaha- usaha propaganda serta perang saraf Rusia lemas dalam pelbagai propaganda barat. Natijahnya Rusia tenggelam dalam propaganda negatif barat dan masyarakat dunia mula mempercayai propaganda yang dihasilkan oleh media barat.
Asakan propaganda anti Rusia semakin galak apabila tentera Rusia gagal untuk menundukkan kerajaan Kiev dalam fasa pertama konflik Rusia- Ukraine. Malah Presiden Putin mendapat malu apabila angkatan tenteranya yang dikatakan diantara yang terhebat dan diantara yang terkuat didunia, mula berundur daripada wilayah- wilayah Ukraine yang ditawan di permulaan konflik akibat asakan hebat daripada tentera Ukraine. Tentera Rusia hampir- hampir berjaya dihalau keluar daripada wilayah Ukraine yang ditawan. Semasa fasa ini, pelbagai naratif negatif tentang tentera Rusia timbul. Ada berita tentang bagaimana tentera Rusia berperang tanpa kelengkapan persenjataan yang lengkap, tidak tahu taktik berperang dan strategi- strategi yang digunakan oleh Jeneral- Jeneral Rusia kelihatan seperti tidak masuk akal. Perajurit Rusia digambarkan seperti gergasi orcs yang berbadan besar tapi berotak kecil dan hanya mengikut arahan secara membabi- buta. Terdapat kisah di mana tentera Ukraine yang ditugaskan menyerang kedudukan tentera Rusia mendawa mereka tidak pernah bertempur dengan musuh kerana musuh seringkali melarikan diri sebaik sahaja serangan bermula. Malah dikatakan terdapat ribuan anggota tentera Rusia yang pergi ke medan hanya bersenjatakan penyodok tanah!

Adakah naratif- naratif ini benar?

Dalam satu siri temuramah dengan bekas pengawai kanan tentera antarabangsa Ukraine atau Ukraine Foreign Legion, berdasarkan pengalamannya sendiri naratif- naratif tersebut adalah benar.
Akan tetapi menurut beliau, ada sebab disebalik mengapa tentera Rusia berbuat begitu.

Menurut bekas pegawai kanan Ukraine Foreign Legion tersebut, pada permulaan konflik Rusia-Ukraine, pada pengamatan beliau di medan perang, kelengkapan perang yang diberikan kepada unit- unit biasa tentera Rusia adalah tidak bermutu. Strategi- strategi para Jeneral Rusia p**a tidak sekata, tidak komprehensif dan seringkali berubah serta berlawanan diantara satu sama lain. Setiap Jeneral seolah- olah lebih berminat untuk mengejar kejayaan sendiri daripada bergandingan dengan rakan mereka untuk mencapai objektif bersama. Itulah yang beliau nampak semasa fasa pertama konflik Rusia-Ukraine.

Fasa kedua konflik Rusia-Ukraine menyaksikan Jeneral- Jeneral Rusia mula bertindak secara sekata dalam mencapai objektif bersama yang telah ditetapkan oleh Menteri Pertahanan. Satu garisan pertahanan utamatelah dipilih dimana tentera Rusia akan bertahan dikawasan tersebut. Walau bagaimanapun, untuk menyatukan kembali angkatan tentera mereka yang kedudukannya berserakan hampir seluruh Ukraine dan pada masa yang sama memberi masa untuk tentera Rusia menyiapkan garisan pertahanan mereka, semua unit tentera Rusia diarahkan untuk melakukan pengunduran berperingkat tetapi harus cuba untuk mengekalkan jumlah anggota mereka sebaik mungkin. Dalam ertikata lain, tentera Rusia berundur secara perlahan- lahan daripada kawasan yang ditawan untuk memberi masa kepada garisan pertahanan utama mereka untuk disiapkan. Mungkin itu sebabnya tentera Rusia berundur pantas daripada medan tempur sebaik sahaja pertempuran bermula. Ini memberi gambaran bahawa tentera Rusia adalah pengecut, tidak memiliki semangat juang yang tinggi dan hanya berminat untuk lari daripada medan perang.Ia juga menjadikan tentera Ukraine semakin bersemangat dan semakin berkeyakinan tinggi sehinggakan mereka mengambil sikap acuh tidak acuh dalam peperangan. Ini ditambah p**a dengan pelbagai sekatan barat dikenakan terhadap Rusia serta pelbagai persenjataan moden yang dihanta kepada Ukraine.

Tanpa disedari, pada masa yang sama tentera Rusia mula berubah menjadi tentera yang berpengalaman dalam peperangan. Meskipun terdapat perancangan untuk tentera Ukraine membina kubu pertahanan yang lebih kukuh serta lebih komprehensif, ia tidak diambil berat memandangkan tentera Rusia dilihat sedang dalam fasa pengunduran dan tentera Ukraine mencapai banyak kejayaan dalam kempen ofensif mereka. Meskipun kempen ofensif besar- besaran Ukraine akhirnya menemui kegagalan berikutan garisan pertahanan utama Rusia yang begitu besar, utuh serta komprehensif, Ukraine mengambil sikap tunggu dan lihat tindakan Rusia seterusnya sambil mencari titik- titik lemah dalam garisan pertahanan Rusia untuk dieksploitasikan daripada meneruskan pelan membina garisan pertahanan mereka sendiri. Natijahnya apabila tentera Rusia mula bertindak agresif dan mula menyerang kembali pada musim sejuk, tanah telahpun menjadi fros dan menjadikan keadaan sangat sukar untuk membolehkan kubu pertahanan dibina.

Berbeza p**a halnya dengan tentera Rusia. Mereka mengeksplotasikan propaganda Ukraine yang menggambarkan tentera Rusia sebagai Orcs yang tidak pandai berperang walaupun berbadan besar dan hanya pandai melarikan diri daripada medan tempur, untuk menjadikan tentera Ukraine mengambil mudah tentang ancaman musuh. Pada masa yang sama tentera Rusia mula berubah, belajar daripada pengalaman dan seringkali bertindak bijak. Hal ini diakui oleh bekas pegawai kanan Ukraine Foreign Legion yang ditemuramah. Ketika memberikan contoh, beliau mengakui bahawa pernah melihat dengan mata sendiri ribuan askar Rusia yang hanya membawa penyodok tanah ke medan tempur. Akan tetapi mereka adalah merupakan barisan kedua serangan tentera Rusia. Tugas mereka adalah hanya untuk membina kubu pertahanan sebaik sahaja tentera Rusia berjaya mara pada jarak 50-100 meter. Barisan pertama serangan terdiri daripada ratusan tentera manakala barisan kedua serangan akan membina kubu pertahanan di setiap 50-100 meter kawasan yang ditawan. Sekiranya tentera Ukraine menyerang balas, barisan pertama tentera Rusia akan segera berundur masuk ke kubu pertahanan yang telah dibina sambil menantikan bantuan tembakan artileri dan dron untuk mematahkan serangan lawan. Sekiranya perlu, pasukan bantuan akan dihantar untuk memperkuatkan lagi jentera serangan.

Propaganda Ukraine tentang kebodohan tentera Rusia dan kejayaan demi kejayaan tentera Ukraine dalam mematahkan serangan musuh yang bertali arus secara tidak sengaja menikam diri mereka sendiri. Oleh kerana media ukrine dan negara- negara barat seringkali mencanangkan kegagalan tentera Rusia, ia membentuk pemikiran rakyat Ukraine bahawa mereka sedang memenangi perang. Oleh kerana itu tidak perlulah mereka menyertai pasukan tentera secara sukarela. Ini berbeza dengan tentera Rusia yang menerima ratusan ribu permohonan untuk menyertai mereka. Apabila rakyat Ukraine menyedari akan realiti sebenar perang, ramai yang enggan menyertai kerahan tenaga dan cuba keluar daripada Ukraine. Salah satu sasaran propaganda Rusia adalah untuk menghalang penyertaan rakyat asing ke dalam tentera Ukraine. Ini adalah kerana ia akan menyumbang kepada pembesaran jumlah anggota serta kepakaran tentera Ukraine. Oleh kerana itu, sejak awal lagi Rusia menggalakkan penyebaran berita tentang keadaan medan perang yang dahsyat kepada media asing. Rusia juga secara terang- terangan mengumumkan bahawa rakyat asing yang didapati berkhidmat dalam tentera Ukraine akan dianggap sebagai tentera upahan dan tidak tertaluk dibawah perlindungan dibawah Konvensyen Geneva. Mereka juga akan diburu dan menerima padah yang buruk sekiranya ditawan.

Kartun oleh Mike Luckovich/ Tribune Content Agency

Hangat diatas talian mengenai kejayaan squad drone Ukraine yang telah berjaya membedil ayam tambatan Russia iaitu SU-57 ...
10/06/2024

Hangat diatas talian mengenai kejayaan squad drone Ukraine yang telah berjaya membedil ayam tambatan Russia iaitu SU-57 Felon. Namun begitu pesawat malang tersebut diserang didalam pengkalan udara 400 batu jauh dari barisan hadapan dan lebih tragis pesawat itu ketika diserang sedang berada dikawasan terbuka tanpa sebarang pelindungan.

Kegagalan sistem pertahanan Russia didalam mengekang serangan dron dikritik hebat didalam siri peperangan ini, namun kali ini polisi Tentera Udara Russia yang membiarkan pesawat termoden serta termahal didalam inventori duduk tanpa pelindungan hangar turut kecoh didebat. Ada pihak pro-russia cuba mengatakan bahawa pesawat tersebut ialah pesawat pengumpan atau "decoy" tetapi pihak perisikan Ukraine telah mengesahkan bahawa itu adalah persawat sebenar yang telah musnah dan rosak dari serpihan dron kamikaze Ukraine yang menyebabkan kebakaran dan letupan pada pesawat tersebut.

Jika benar berita ini walaupun tidak terbang maka, pesawat SU-57 ini ialah pesawat halimunan kedua yang telah musnah didalam peperangan sejak pesawat US F-117A Nighthawk ditembak pada tahun 1999 di Serbia.

Namun apa kata pembaca RENTAKA. Setuju dengan perkara diatas?

31/05/2024

Sesi mengacau minda,

Banyak penekanan diberikan untuk membentuk TDM menjadi sebuah angkatan tentera yang berkeupayaan tinggi, moden dan disegani kawan dan lawan. Ini termasuklah melengkapi TDM dengan pelbagai peralatan moden seperti radar, penderia elektro-optik, helikopter tempur, aset artileri moden dan sebagainya.

Dalam senario di mana negara diserang oleh sebuah angkatan tentera yang juga moden dan kuat di mana boleh diumpamakan buku bertemu ruas, kedua- dua musuh dan TDM sama setanding keupayaan dan kekuatannya. Dua minggu pertama selepas perang meletus, pertempuran demi pertempuran hebat menyaksikan kedua- dua belah pihak masih belum terkalah tetapi TDM telah kehilangan majoriti anggotanya yang terlatih bukan sahaja dalam ilmu peperangan tetapi juga cara- cara untuk menggunakan sistem persenjataan moden yang ada dengan betul dan efisyien. Dalam senario seperti ini, persoalannya bukanlah ketiadaan sumber manusia tetapi ilmu untuk menggunakan senjata moden dengan betul.

Hampir semua pembaca RENTAKA mahukan ATM dilengkapi dengan senjata canggih dan terkini. Masing- masing seringkali tergasima melihat peralatan perang canggih menghentam sasaran dengan tepat dari jauh. N amun begitu tidak ramai yang sedar betapa persenjataan mahupun penderia seperti ini memerlukan kepakaran, pengetahuan, tunjuk ajar serta latihan yang memakan masa bertahun untuk menguasainya. Ia bukanlah mudah seperti yang disangka seolah- olah "tekan picu terus kena tepat". Tiada jalan pintas seperti itu.

Berbalik kepada senario rekaan tadi, dengan hampir terhapusnya anggota- anggota yang terlatih dan berkepakaran akibat gugur dalam pertempuran, TDM kehilangan aset yang paling berharga. Senjata canggih boleh dibeli tetapi siapa yang boleh mengoperasikannya atau lebih tepat lagi, mengoperasikannya dengan betul?

Benar, TDM memiliki pasukan simpanan yang agak besar jumlah anggotanya. Walaubagaimanapun ia dilatih untuk tugas- tugas infantri dan jarang- jarang diberkan pendedahan terhadap persenjataan canggih dan terkini. Secara sepintas lalu, RENTAKA melihat seolah- olah kurangnya usaha mahupun sokongan untuk melatih atau melibatkan Rejimen Askar Wataniah dalam latihan pengendalian aset terkini TDM. Tanpa lapisan kedua perwira negara yng berkemahiran tinggi sebagai sokongan, sukar untuk memastikan pertahanan negara terus utuh dan berkeupayaan tinggi dalam menghadapi serangan musuh.

Sekadar pendapat.

Address

Jalan Astana Alam 13/2
Puncak Alam
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rentaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rentaka:

Videos

Share