Pulai Chondong Daily

Pulai Chondong Daily Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pulai Chondong Daily, Social Media Agency, Pulai Chondong.

08/06/2024
15 Mei 2024, Rabu. Ambo dimaklumkan bahawa telah berlaku kebakaran rumoh rakyat ambo di Kg Pangkal Gong. Menurut makluma...
15/05/2024

15 Mei 2024, Rabu. Ambo dimaklumkan bahawa telah berlaku kebakaran rumoh rakyat ambo di Kg Pangkal Gong.

Menurut maklumat daripada pihak bomba, rumah yang terlibat dengan kebakaran sebanyak 5 buah. 2 buah rumah 100%, 1 buah 50%, 1 buah 30% dan sebuah lagi 10%. Kebakaran masih lagi belum dikenal pasti.

Ambo mengucapkan takziah diatas ujian ini kepada semua tuan rumah yang terlibat. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan Allah murahkan rezeki nanti.

Terima kasih kepada anggota bomba Balai Machang, Balai Ketereh, pihak tanker AKSB, Anggota Bomba Tentera dan semua yang terlibat.

Turut bersama ambo di lokasi Yang Berhormat Ahli Parlimen Machang, Saudara Wan Ahmad Fayhsal.

Pulai Chondong Sejahtera Untuk Semua


Sumber Pusat Khidmat DUN Pulai Chondong

27/03/2024

ᴀꜱꜱᴀʟᴀᴍᴜᴀʟᴀɪᴋᴜᴍ ᴡʀᴛ ᴡʙʀ

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗥𝗜𝗠

*WAQAF PEMBELIAN TANAH RM20 sekaki persegi*

Persatuan Kampung Bandar Tercinta, Pulai Chondong amat memerlukan waqaf anda semua untuk pembelian tanah bagi pembinaan Kompleks Ilmu Kg Bandar

Jom rebut peluang berwaqaf dibulan Ramadan untuk *Pembelian Tanah* bagi pembangunan ilmu dan pemberdayaan masyarakat

*JOM BERWAQAF SEBERAPA BANYAK LOT UNTUK PAHALA BERPANJANGAN KEPADA IBU DAN AYAH KITA*

Semoga mendapat ganjaran berlipat kali ganda di bulan yang penuh dengan rahmat Allah ini

{ مَّن ذَا ٱلَّذِی یُقۡرِضُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا فَیُضَـٰعِفَهُۥ لَهُۥۤ أَضۡعَافࣰا كَثِیرَةࣰۚ}
[Surah Al-Baqarah: 245]

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya?

إِذَا مَاتَ الإنْسَانُ انْقَطَعَ عنْه عَمَلُهُ إِلَّا مِن ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِن صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو له
Baginda Nabi SAW bersabda, "Apabila mati seseorang manusia terputuslah amalannya kecuali daripada 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak salih yang mendoakannya

قال : فَأيُّ الصَّدَقَةِ أفضلُ ؟ قال : صدقةٌ في رَمَضَانَ
Baginda Nabi ditanya, apakah sedekah yang paling afdal, Baginda SAW bersabda, "Sedekah pada bulan Ramadan"

🔰 𝗕𝗮𝗻𝗸 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 : 𝟭𝟭𝟬𝟮𝟭𝟯𝟵𝟯𝟭𝟯
𝑷𝒆𝒓𝒔𝒂𝒕𝒖𝒂𝒏 𝑲𝒂𝒎𝒑𝒖𝒏𝒈 𝑩𝒂𝒏𝒅𝒂𝒓 𝑻𝒆𝒓𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑷𝒖𝒍𝒂𝒊 𝑪𝒉𝒐𝒏𝒅𝒐𝒏𝒈

🔰 https://toyyibpay.com/Sumbangan-Waqaf-Tanah

Maklumat lanjut hubungi / Whatsapp :-
👇👇👇👇👇👇

☎ Dr Huzairi : 019-2722151
☎ Cikgu Abdullah : 011-1055 2859
☎ Sdra Amry : 010-531 3210

Waqaf yang tuan/puan berikan, kami dahului dengan ucapan
"𝗝𝗮𝘇𝗮𝗸𝘂𝗺𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘁𝗶𝗿𝗮n"

Jom wakaf
09/03/2024

Jom wakaf

Untuk ucapan pertama yang layak disebut adalah, Alhamdulillah. Berdiri gah sebuah signboard/banner di tapak Kompleks Ilmu Kampung Bandar.

Tuan/puan boleh lihat sendiri dimana lokasinya dan boleh menyumbang melalui:

https://toyyibpay.com/Sumbangan-Waqaf-Tanah

Mudah-mudahan dengan sumbangan wakaf ini dapat jadi bekalan ibu bapa kita di alam sana.

Semoga diganjari pahala melimpah ruah

Bantu kami dengan tekan butang share. 😊

Telah pulang ke rahmatullah seorang usahawan islam yang berjaya. Al-Fatihah.
09/02/2024

Telah pulang ke rahmatullah seorang usahawan islam yang berjaya. Al-Fatihah.

Sedikit luahan dan teguran dari masyarakat untuk pihak yang terlibat. Semoga kita lebih cakna untuk keberkatan. Amiin.
10/01/2024

Sedikit luahan dan teguran dari masyarakat untuk pihak yang terlibat.

Semoga kita lebih cakna untuk keberkatan. Amiin.

09/01/2024

Petang kelmarin, admin lalu kot kampung, nampak adik ni balik sekolah dan pikul beg sekolah sumbangan Persatuan Kampung Bandar Tercinta.

Sukanya rasa bila buleh tengok ia memberi manfaat kepada adik. Alhamdulillah, setiap penyumbang hari tu, InsyaAllah buleh pahala.

Untuk tahun ni, kita buat pulok, sapo sapo nak menyumbang, buleh tengok di komen deh. Sikit atau banyak, suku kira, yang penting, sumbangan anda.

Syukur Alhamdulillah, ambo try doh cocoh pitih selaku ore pertama yang menggunakan mesin ATM Bank Islam yang terletak di...
16/10/2023

Syukur Alhamdulillah, ambo try doh cocoh pitih selaku ore pertama yang menggunakan mesin ATM Bank Islam yang terletak di hadapan Masjid Keputeraan Pulai Chondong, Pangkal Gong.

Start malam ni, buleh pakat keluarkan duit di sini untuk warga yang tinggal di Daerah Pulai Chondong.

Waktu pengoperasian sehingga jam 12 malam.

Walau bagaimanapun, mari kito pakat jago molek kemudahan yang ada ni. Pakat jaga kebersihan, resit dan sampah pakat buang dalam tong sampah yang disediakan deh.

Semoga bermanfaat untuk semua. Amiin.

Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kemudahan untuk rakyat Pulai Chondong.

Pulai Chondong Sejahtera Untuk Semua

Kiosk ATM Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Machang. InsyaAllah tidak lama lagi rakyat Pulai Chondong akan dapat satu ...
06/09/2023

Kiosk ATM Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Machang. InsyaAllah tidak lama lagi rakyat Pulai Chondong akan dapat satu kemudahan baru untuk urusan kewangan.

Sebelum ini, rakyat sekitar Pulai Chondong terpaksa pergi ke Kok Lanas untuk menggunakan mesin ATM bagi tujuan ambil duit. Bila lihat kesukaran dan kesusahan, YB Ustaz Ha berusaha untuk mewujudkan mesin ATM untuk kemudahan rakyat Pulai Chondong.

Hasil kerjasama YB Ustaz Ha dengan Bank Islam Malaysia Berhad, Alhamdulillah, tidak berapa lama masa lagi rakyat daerah Pulai Chondong boleh menggunakan Kiosk ATM Bank Islam Malaysia Berhad di Masjid Keputeraan Pulai Chondong (Masjid Tahfiz).

Untuk pengetahuan semua, kos pembinaan kiosk disumbangkan oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan dan pihak YB Ustaz Ha.

Semoga dengan wujudnya kiosk ini, dapat memudahkan urusan rakyat DUN Pulai Chondong.

Nabi SAW yang bersabda:

مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَن سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللَّهُ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ

Maksudnya: “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.”

(Riwayat Muslim)

"Pulai Chondong Sejahtera Untuk Semua".


cc pusat khidmat dun pulai chondong

02/09/2023

Assalamualaikum,
Makluman kematian mukim alor melaka.

Zahari bin Mamat,
Kg lara.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Yang Berhormat Ustaz Hj Azhar Salleh untuk rakyat Pulai Chondong.
17/08/2023

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Yang Berhormat Ustaz Hj Azhar Salleh untuk rakyat Pulai Chondong.

Assalamualaikum wbt kepada semua warga Kampung Bandar dan sekitar. Kami bercadang untuk menukar karpet baru di Madrasah ...
07/06/2023

Assalamualaikum wbt kepada semua warga Kampung Bandar dan sekitar. Kami bercadang untuk menukar karpet baru di Madrasah kampung kita.

Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang, tuan dan puan boleh menyalurkan kepada nombor akaun yang tertera.

Segala kerja pemasangan karpet akan dikemaskinikan balik di page ini setelah dana mencukupi.

Justeru, kami berbesar hati dan berharap kepada tuan dan puan agar menghulurkan sedikit sumbangan untuk kebaikan kita semua.

Sebarang pertanyaan boleh tekan link ini;

https://wa.me/60105330803?text=Sumbangan%20Membeli%20Karpet%20

Terima kasih kepada tuan dan puan yang telah menyumbang.

Innalillah, kebakaran rumah di Kampung Belukar. Rumoh Pok Sat. Diharapkan mangsa bertabah menghadapi ujian jni, sesiapa ...
02/05/2023

Innalillah, kebakaran rumah di Kampung Belukar. Rumoh Pok Sat. Diharapkan mangsa bertabah menghadapi ujian jni, sesiapa yang ingin menyumbang boleh berhubung dengan ahli keluarganya.

Akhirnya stesen bas Machang dibuka.Jangan bising set kito.
04/03/2023

Akhirnya stesen bas Machang dibuka.

Jangan bising set kito.

MUHAMAD BIN MOHD ZAIN ...YG DI KENALI ABE MAT... BERBOJENG RAHMAH DI EDPC.. SEMUGA SIHAT SELALU... 59 THN MASIH GAGAH.. ...
04/03/2023

MUHAMAD BIN MOHD ZAIN ...YG DI KENALI ABE MAT... BERBOJENG RAHMAH DI EDPC.. SEMUGA SIHAT SELALU... 59 THN MASIH GAGAH.. TETAP MENTENNN ...MASIH TERUNA TERANG TANG TANG...... 💗💗💗💗💗SO NICE...ORG YG ROMENTIK

cc rosdi yusoff

26/02/2023

Waa.. sedap nya sosej kedai abe ni. Mari lah pakat try gi make. Di Street Food Pulai Chondong. Jom.

Admin mitok izin share video deh.

cc tiktok tagabeyie

KIOSK ATM BANK ISLAM DALAM PEMBINAANALHAMDULILLAH....PEMBINAAN KIOSK ATM BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) SEDANG DIBINA...
22/02/2023

KIOSK ATM BANK ISLAM DALAM PEMBINAAN

ALHAMDULILLAH....

PEMBINAAN KIOSK ATM BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) SEDANG DIBINA DALAM KAWASAN MASJID KEPUTERAAN PULAICHONDONG....AKAN SIAP DALAM MASA TERDEKAT INSYAALLAH

MUDAH-MUDAHAN BULEH BUI KEMUDAHAN KEPADA WARGA PULAI CHONDONG KHUSUSNYA DAN ORANG AWAM SECARA UMUMMNYA

SELASA: 21/02/2023

#
#

cc fb Azhar Salleh

20/12/2022

Arwah 3 beradik yg meninggal di Tumpat kelmarin ajar kita. Keluar rumah walau kejap/dekat, wajib tutup aurat dgn sempurna.

13/12/2022

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ustaz Azhar bantu rakyat miskin di Kg Maka

MASJID MUKIM LAHAsapo beso semaye Jumaat sini😉. Acu komen
27/10/2022

MASJID MUKIM LAHA

sapo beso semaye Jumaat sini😉. Acu komen

😂😂
25/10/2022

😂😂

Biarlah ore duk kato Kelantan miskin, pembangunan xdok mana, stesen bas mcm basar lembu. Setakat Min hidup menetap di Ke...
23/10/2022

Biarlah ore duk kato Kelantan miskin, pembangunan xdok mana, stesen bas mcm basar lembu. Setakat Min hidup menetap di Kelantan nih alhamdulillah takdok lagi kebulur atau mutuh makanan. Cukup sokmo Min nok oyak. Doh la makan di Kelantan nie murah2 tapi keno pandai cari kedailah, keno kedai mahal supo tulo jugok. Setakat lapar, bukok puyok nasik, gaul dengan budu, nyo kenyang supo tulo jugok. Nok pucuk mudo utk cicah budu, xyah gi jauh, dalam semak nuhh blanar pucuk2 mudo hok buleh dimakan. Nok ikan ? Ngail kat sungai alik belakang rumah jah.
Oyak jah nok ikan gapo, ado belako. Jangan mitok nok ikan tenggiri sudoh lah, hoktu keno cari alik dalam pasar. Buleh kato duk Kelantan gak jarang benar lah keno wak tubik duit. Syukur kerana hasil bumi Kelantan banyak. Pendek kata xdok duit pun buleh makan.

Homestay anok Pulai Chondong, jom pakat duduk. D’iman Homestay Kolam Kok Lanas jalan pangkal kalong dekat tahfis sains.P...
23/10/2022

Homestay anok Pulai Chondong, jom pakat duduk.

D’iman Homestay Kolam
Kok Lanas jalan pangkal kalong dekat tahfis sains.
Promosi pembukaan bulan oktober nak tahu lebih lagi.

www.wasap.my/60123960233

Masjid Al-Amin Kg Surau Kerawang, masjid merupakan antara yang yang tertua di Pulai Chondong selain daripada Masjid Tok ...
22/10/2022

Masjid Al-Amin Kg Surau Kerawang, masjid merupakan antara yang yang tertua di Pulai Chondong selain daripada Masjid Tok Pulai Chondong.

Masjid ni mampu memuatkan hampir 500 jemaah terutama untuk solat Jumaat.

Banyak cerita menarik sepanjang usia masjid ini. Dulu, arwah Tok Imam Ayah Mad merupakan Imam Tua di Masjid ini. Kemudian beliau digantikan dengan Ustaz Taba selepas Arwah meninggal di bumi Madinah al-Munawwarah.

Address

Pulai Chondong
16600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pulai Chondong Daily posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share