11/01/2025
Assalamualaikum & Selamat Pagi
Hari-hari belajar sesuatu.
Hari-hari belajar terima hakikat.
Hari-hari belajar untuk lebih bersyukur.
Saya belajar menerima hakikat bahawa kita ni sentiasa perlukan
kekuatan minda untuk mendorong kearah yang lebih positif ke hadapan.
Umpama kita dok mungai kat kolam ka, sungai ka, tasik ka, laut ka.
Adakala kail kita tu mengena, adakala kita tauk kail tu...
tunggu dengan sabar, lihat apa nak jadi...
Adakala ada selitnya rezeki, maka beroleh lah kita,
banyak atau sikit, sudah ada dalam jaluran kisahnya.
Adakala rasa macam penat... penat sangat sebab tauk kail tak dak apa pun,
dah la masa macam pi buang ja. penat... tapi istilah sabar tetap dihatiku ๐
Berbekalkan passionate, yakin dengan kesabaran, ada sedikit โkemahiranโ,
mesti kita akan jumpa โlubuk-lubukโ ikan tu. Usaha dengan baling mata kail
umpama pepatah, sampan sudah diayaq, dayung dah di tangan...
Usaha, doa, sabaq dan tawakkal. Boleh jadi setiap tu ada keberhasilan.
Boleh jadi setiap tu tiada hasil... pasti terus menongkah kehadapan demi secubit segenggam seperiuk se se se lah ๐
Moga dimudahkan segala urusannya, In shaa Allah, aamiin
La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.
Maksud "Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya." (Surah Al-Baqarah, ayat 286).
Benar, kita rasa penat, sempit, rasa susah dll, tetapi yakinlah
bahawa apa yang kita hadapi sekarang ini pasti kita mampu harungi,
sebab Allah dah berjanji bahawa Dia tidak akan beri kita sesuatu yang
kita tak mampu tanggung.
Semoga atas setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Sharafuddin Bin Shuib