22/05/2022
AYAH DAH TAK ADA 💔 22/05/2022
Assalamualaikum, dengan rasa berat hati, insan yang selalu kalian tonton video nya, ingin saya maklumkan bahawa beliau, iaitu ayah kandung saya, Ismail Bin Ya’ Omar, telah kembali ke rahmatulah pada 22/05/2022 sekitar jam 9:30AM akibat serangan jantung.
Ayah lah orang yang selalu ada dengan saya di dalam content di Facebook dan Youtube ❤️😍
Dan dengan rasa berat hati juga ingin saya maklumkan, saya tidak akan lagi meneruskan mengeluarkan video-video baru kerana ayah telah tiada 💔 video-video yang lama akan saya biarkan sebagai kenangan bersama ayah 😊
Mohon doakan dan sedekahkan Al-fatihah untuk ayah saya, Ismail Bin Ya’ Omar ❤️
Terima kasih atas sokongan kalian selama ini, mohon maaf andai sepanjang video yang saya keluarkan ada menyingung hati mana-mana pihak 🙏🏼
Sekian,
Rasydan Bin Ismail
22/05/2022
10.15PM