Puncak Adventure Gang

Puncak Adventure Gang sekadar perkongsian percutian aku & kawan-kawan di Indonesia🇮🇩 terutamanya kawasan Jawa Barat ! ❤ī¸ Terima kasih dan Assalamualaikum semua ,,
(5)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman yang melayari page kami PUNCAK ADVENTURE TRAVEL sekarang ini. Alhamdulillah, selepas mengadakan beberapa siri perbincangan dengan rakan-rakan, kami telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah syarikat pelancongan yang berasaskan adventure dan x-treme, di samping membeli belah yang buat masa ini hanya difokuskan di sekitar bandung sah

aja. Alhamdulillah juga, kebetulan yang agak memudahkan syarikat kami lebih berani untuk kedepan bagi menubuhkan syarikat pelancongan ini adalah kerana, salah seorang pengarah syarikat isteri nya adalah seorang warganegara indonesia dan juga orang bandung sendiri. maka kerana itu, kelebihan yang dimiliki oleh syarikat agak luar batas dan insyallah, dengan kelebihan itu kami gunakan ia utuk memberi kepuasan yang paling maksimum buat pelanggan kami yang menggunakan khidmat syarikat kami. jesturu itu kerana kami nekad untuk menubuhkan syarikat pelancongan ini adalah kerana, kami melihat banyak agen-agen pelancongan yang membuat pakej ke bandung hanya memfokuskan kepada konsep membeli belah sahaja. mereka juga hanya sekadar membawa pelanggan mereka berputar dalam kota bandung sahaja. sedangkan, di bandung itu sendiri penuh dengan tempat wisata-wisata hebat yang berkelas dunia. Bandung itu sendiri sangat besar dan terbahagi kepada bandung barat, bandung timur, bandung selatan dan bandung utara. setiap daerah dalam kota bandung itu sangat banyak kawasan wisata yang lebih alami atau dalam erti katanya, wisata semulajadi yang kami fikirkan sangat sesuai untuk citarasa rakyat Malaysia itu sendiri. maka dengan ini, kami cabar diri kami untuk mereformasikan bentuk pakej percutian yg memfokuskan kepada pelancongan yang adventure dan x-treme ! keyakinan kami semakin kuat apabila banyak mendapat respon yang baik di kalangan rakan-rakan sendiri agar membuat perubahan yang lain dari yang lain. sebelum kami membentangkan jenis-jenis pelancongan yang adventure dan x-treme ini buat pelanggan-pelanggan kami, kami sendiri telah ke tempat-tempat berikut dan mengalami nya sendiri bagi menunjukkan bukti bahawa apa yang akan dipersembahkan kepada pelanggan kami pasti tidak akan mengecewakan mereka kelak. Apa yang telah kami putuskan untuk pelanggan-pelanggan kami adalah, KEPUASAN dan PENGERTIAN PERCUTIAN itu harus di terjemahkan dengan sebaik baiknya agar ia menjadi memori yang sangat indah dan pengalaman percutian yang akan dikenang sampai bila-bila oleh mereka. Sekali lagi kami dari PUNCAK ADVENTURE TRAVEL menjemput semua untuk menggunakan khidmat syarikat kami bagi mencapai hasrat percutian yang luar biasa, lain dari yang lain serta mencipta pengalaman yang indah bersama orang-orang yang tersayang dalam menghabiskan musim pecutian semua..

Address

Port Dickson
71050

Telephone

+60136777507

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puncak Adventure Gang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Puncak Adventure Gang:

Share


Other Digital creator in Port Dickson

Show All