Selamat datang ke facebook “ANAK PONTIAN” (AM)
Facebook ini merupakan sebuah laman sosial yang dikhususkan kepada peminat daerah PONTIAN yang berada di dalam daerah atau pun di perantauan berkumpul, beramah mesra, berbual bicara, seterusnya merapatkan silaturrahim antara kita. Tarikh & Waktu Kelahiran FB Anak Pontian : APRIL 2012 / 03:13 AM
Peraturan Facebook Anak Pontian:-
1. FB Anak Pontian i
ni bukan sebuah persatuan berdaftar yang terikat untuk melaksanakan keputusan yang diperolehi dari perbincangan.
2. Bukan semua anak Pontian perlu, terpaksa atau berhak menyertai FB Anak Pontian. Memohon penyertaan adalah atas kehendak sendiri secara sukarela tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
3. Setelah anda diterima menjadi ahli FB Anak Pontian secara rasminya anda terikat dengan garis panduan serta ketetapan peraturan yang telah ditetapkan oleh pengasas dan barisan adminnya samada secara tersurat mahupun yang secara tersirat. Garis panduan dan ketetapan ini mestilah dipatuhi dan diikuti oleh setiap ahli FB Anak Pontian ini.
4. Kumpulan ini bukan ruangan mutlak untuk orang Pontian menyatakan apa sahaja yang dirasakan betul atau tidak betul oleh mereka.
5. Facebook Anak Pontian adalah cuma satu kumpulan untuk sesiapa sahaja yang dapat menerima cara kumpulan ini ditadbir.
6. Tidak dibenarkan sama sekali kata-kata kesat, kata lucah, sindir menyindir di dalam Facebook Anak Pontian ini, Pihak Admin berhak memadam posting atau komen yang tidak disenangi.
7. Tidak dibenarkan gambar-gambar yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain yang berada di Facebook Anak Pontian ini. Pihak Admin berhak membuat keputusan tanpa memaklumkan kepada sesiapa.
8. Pihak Admin FB Anak Pontian berhak memilih ahlinya dan berhak menolaknya tanpa perlu menjelaskan sebab-sebabnya.
9. Pihak Admin FB Anak Pontian berhak membuang ahlinya yang dirasakan boleh menimbulkan suasana kurang enak di dalam FB Anak Pontian.
10. Tidak ada paksaan atau kemestian penyertaan apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh admin FB Anak Pontian ini. Pihak Admin berhak dan berkuasa penuh atas apa-apa aktiiviti yang dijalankan atau dianjurkan atas nama FB Anak Pontian.
11. Sesiapa sahaja yang merasakan FB Anak Pontian ini tidak sesuai dengan jiwa mereka diminta keluar atau Admin FB Anak Pontian yang akan mengeluarkan mereka dari kumpulan ini. P/S: Kumpulan ini dikendalikan secara bersendirian dan tidak terikat atau dipengaruhi dengan mana-mana organisasi, parti politik atau badan-badan lain. Segala bahan/kata-kata yang digunakan dalam facebook ini adalah tanggung jawab anda sendiri. ANAK PONTIAN “Dari Kita Untuk Kita