Oh! Media diasaskan oleh Khai Hassan yang pada ketika itu masih berstatus pelajar di Limkokwing University, Cyberjaya dalam jurusan Creative Multimedia dan berdiri diantara barisan hadapan Top Blogger di Malaysia. Sehingga kini beliau masih bergiat aktif disebalik tabir pelbagai pembangunan penjenamaan pelbagai jenama pop**ar di negara ini. Tahukah anda, Oh! Media wujud dari sebuah meja Mamak bert
emankan laptop usang dan secawan Teh O Ais Limau? Mamak Nurin di Desa Pandan, KL adalah “pejabat” pertama kami tak kira siang dan malam menggunakan WiFi percuma mereka. Bermula dengan projek forum yang dikenali sebagai “Scukz” yang begitu pop**ar dan menjadi fenomena ketika itu, kami wujudkan sebuah laman web hiburan ohartis.com sebagai kesinambungannya. Dalam masa yang sama, pembangunan blog peribadi seperti justkhai.com sangat mendapat tempat di hati pembaca blog di Malaysia. Kedua-duanya projek kos rendah (pada awalnya) ini menerima sambutan luar biasa sehingga jutaan pembaca setiap bulan yang membuatkan Oh! Media perlu membelanjakan hingga RM3,000 setiap bulan hanya untuk server sahaja ketika itu (2 dedicated server). Costing yang semakin tinggi membuatkan kami terpaksa menjadikan Oh! Media bukan sahaja sebuah jenama untuk rakyat Malaysia malah sebagai medium pengiklanan bermula dari hari itu. Siapalah sangka bermula dari betapa struggle’nya ketika itu untuk meneruskan minat kami, dari situlah Ohmedia mula berkembang sehingga menjadi sebuah syarikat yang amat dikenali pada hari ini sebagai pelopor pemasaran dan penjenamaan di Malaysia. Sehingga kini, sebut sahaja jenama telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, uMobile, kemudian jenama makanan segera pop**ar seperti KFC, Mc Donalds, Pizza Hut, Kenny Rogers Roasters, diikuti p**a dengan jenama gergasi seperti Malaysia Airlines, Air Asia, Shell, Petronas, 7-Eleven, Huawei, Lazada, GRAB, tidak lupa syarikat penerbitan seperti Skop Production, Metrowealth, Suhan Movies, dan lebih dari ratusan jenama kecil atau besar, mereka adalah jenama hebat yang memilih Oh! Media sebagai platform untuk memasuki pasaran tempatan (terutamanya untuk memasuki pasaran Melayu) dengan sangat cepat dan berkesan. Akan tetapi tahukah anda, bila kami berurusan dengan pelbagai jenama gergasi ini namun kami langsung tidak pernah melupakan tentang motif kewujudan sebenar Oh! Media iaitu sebagai platform fardu kifayah yang sentiasa memberikan ruang untuk para peniaga kecil untuk memasarkan jenama, perkhidmatan, dan produk mereka pada harga terendah berbanding yang lain tetapi masih mengekalkan servis yang tip top dan sama. Setelah hampir 10 tahun berada di dalam bidang ini, Ohmedia tidak pernah jemu untuk terus berkongsi pelabagai perkara bermanfaat kepada anda setiap hari melalui medium media sosial kami dan terus mengorak langkah untuk menjadi sebuah syarikat dan juga agensi pengiklanan gergasi yang mengekalkan harga terendah bagi membantu para peniaga baru untuk berdaya-saing dalam apa sahaja jenis perniagaan yang diceburi. Anda jalankan perniagaan seperti biasa dan biar kami fikirkan tentang soal mempromosikan perniagaan anda kerana itu adalah kepakaran kami pada hari ini. Bagaimana kami masih mampu mengekalkan harga yang rendah untuk tujuan tersebut? Pertamanya ianya berbalik kepada nawaitu asal tadi dan betapa penting untuk terus berpegang kepada asas tersebut. Keduanya, kami tak ada niat langsung nak pergi haji balik hari dengan mengenakan perkhidmatan harga yang tinggi seperti di page-page seangkatan yang lain. Ketiganya adalah prinsip yang kami gunakan melalui dua cara mudah iaitu untuk sentiasa meminimakan segala jenis “running cost’ tapi melebihkan kepada idea-idea kreatif dan kami tidak pernah lakukan ini semua untuk jadi kaya tetapi lebih untuk membantu meningkatkan ekonomi ummah dan berpegang kepada prinsip asas tentang lebih banyak yang kami kongsi, maka lebih banyak yang kami dapat. Sejak tahun 2018 p**a, Oh! Media telah maju selangkah lagi dengan kewujudan syarikat korporat seperti Oh Media Digital Sdn Bhd dan juga Oh Media Sdn Bhd yang mana telahpun berdaya saing bukan sahaja di negara ini, malah memasuki pasaran Indonesia dan Singapura bagi perkhidmatan online dan offline. Ingin sertai team kami? Lebih baik jangan nanti menyesal! Hahaha. Tapi kalau degil juga, hantar resume anda ke [email protected] dan jika ada kekosongan, kami pasti akan hubungi anda semula! Bagi anda yang ingin menggunakan perkhidmatan kami, anda cuma perlu hantarkan emel ke [email protected] dan kami akan entertain anda dengan secawan e-cappuchino secara online. Haha! Simple kan?! Samaada anda seorang yang menyokong kami sejak dulu atau baru-baru lagi dengan penuh rasa sayang, mahupun anda sejenis haters yang cukup menyampah dengan kami sejak sekian lama tapi tetap tak boleh nak move on lagi, tetaplah kami ucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberikan samaada di dalam pengetahuan kami ataupun tidak. We lead, others follow. Muah ciked! Layari website kami di:
www.ohmedia.my
Jatuh cinta dengan kami di Instagram:
www.instagram.com/ohmedia
Maki-hamun kami di Twitter:
www.twitter.com/ohtweet
Habiskan data anda tonton video kami di Youtube:
www.youtube.com/ohmediamy
“Oh! Media is well established Social Media, Web & Advertising company registered in Kuala Lumpur, Malaysia. “Oh Media” or “Oh! Media” are patented and copyright by Oh Media Sdn Bhd”.