
15/05/2025
KONSERT MELISSA 35 TAHUN.
Jom turun support 🤘
Sempena ulang tahun Melissa yang ke 35 ini, keempat-empat anggotanya yang masih kekal relevan hingga ke saat ini iaitu Aliff, Farez, Ajak, Ancoy akan mengadakan satu konsert ulang tahun GEGAR BUMI SELATAN 35 TAHUN ANNIVERSARY MELISSA.
Melissa Band juga turut diundang secara rasminya sebagai satu penghormatan oleh pihak penganjur konsert Aliffbumirock Production & Island House Cafe bergabung satu pentas bersama Melissa untuk konsert yang diadakan di selatan tanah air bertempat di The Coliseum Rooftop City Plaza Johor Bharu pada 28 Jun 2025 ini.
Konsert gilang gemilang ulangtahun Melissa yang ke 35 ini akan membawakan lagu-lagu dari kesemua album Melissa. Kumpulan Spelbound dari selatan tanah air & kumpulan Ozon dari utara tanah air juga turut diundang untuk pembuka tirai konsert ini.
Tiket-tiket kini telah pun dijual dengan kadar harga mampu iaitu RM120 sahaja melalui wakil penjual kami Budi Bina Resources melalui pautan:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSesc_VXeng6sWPVHf1YRvkzrc9qXWG9POEWyPwK3mF9wCo3ZQ/viewform?embedded=true
Sila dapatkan tiket anda untuk sama-sama meraikan konsert Anniversary yang pertama kali diadakan ini.