Nas Ahmad Terjah Page

Nas Ahmad Terjah Page Pengarah Kreatif Nas Studio, Produser, Wartawan, Youtuber, bloger, Editor, usahawan.

Pengarah Kreatif Nas Studios, Produser, Wartawan Penyiaran, Editor, Blogger, Youtuber, usahawan.

Sekali tu radio aku lari siaran. Haaa amik ko...kena cari balik frekuensi tu satu satu susun balik kat radio aku tu.Masa...
30/08/2024

Sekali tu radio aku lari siaran. Haaa amik ko...kena cari balik frekuensi tu satu satu susun balik kat radio aku tu.

Masa tengah adjust stesen radio tu la tetiba terdengar lagu best. Lagu nasyid tapi akapella!. Best!

Lepas tu...wahhh....nasyid juga tapi rentak rock!. Stesen apa ni?.....Aku check... check.....ohhh stesen radio Zayan banyak main lagu camni. Hmmm bagus bagus.

Terus dengar content lain sini. Zayan Pagi dengan 3 DJ nya Mawi, fBI, & Anas Tahir. Meriah ni & tak boring.

Ada segmen Timeline Akhir Zaman...wahhh lain macam kick nya. Dengar infonya kita jadi termenung.

Apa lagi?....bacaan terjemahan surah Alquran oleh Faizal Ismail..owwww ini 'makan dalam' ni.

faizal tak perlu audio effect bagai sebab mood vokal dia aja dah mampu hidupkan segmen ni kasi berkesan.

Lagi apa?....
Oww Doa Of The Day pun best. Boleh beri doa & dapat doa sesama kita.

Banyak lagi yg best. Korang bukak radio Zayan layan sendiri la.

Aku sendiri tak sangka masuk ni dah 2 bulan radio rumah & kereta aku park kat stesen radio Zayan ni aja ntah sampai bila nanti.

Rabu 28/8 lepas aku sempat ke konti Radio Zayan diundang jadi tamu Zayan Pagi live. Alhamdulullah meriah bila kita share pengalaman hidup jadi bermanfaat.

Thanks En Ahmad produser sudi jemput aku. Siap tolong sedia & tolakkan wheelchair utk aku kat sana. Maklum aku belum sihat betul kan

Eh sempat lagi ke?.
Sempat!!!
Sempat apa?
On the way balik tu aku sempat singgah konti radio Era & radio lain jumpa member DJ sana. Nabil ada, Sh Aleya pun ada, ramai lagi situ. Tu yg meriah tu!

Teruskan sukses, yeah!

21/08/2024

Dulu ramai tanya aku siapa JEFFRI IRAN. Dia orang Iran ke?.

Eh tak la. Kampung dia kat area Pontian/ Batu Pahat cam tu.
Masa kerja jurukamera Uusan Melayu dulu artis semua kenal dia.

Kami kawan baik sejak zaman bujang kat JB dulu sampai skrg ni ya.

Dia bukan cuma kawan. Bagi aku dia antara eorang insan terbaik.

Semoga JEFFRI IRAN sekeluarga sentiasa didalam rahmat dan rezeki ALLAH.

Dulu ramai tanya aku siapa JEFFRI IRAN. Dia orang Iran ke?.Eh tak la. Kampung dia kat area Pontian/ Batu Pahat cam tu. M...
21/08/2024

Dulu ramai tanya aku siapa JEFFRI IRAN. Dia orang Iran ke?.

Eh tak la. Kampung dia kat area Pontian/ Batu Pahat cam tu.
Masa kerja jurukamera Uusan Melayu dulu artis semua kenal dia.

Kami kawan baik sejak zaman bujang kat JB dulu sampai skrg ni ya.

Dia bukan cuma kawan. Bagi aku dia antara eorang insan terbaik.

Semoga JEFFRI IRAN sekeluarga sentiasa didalam rahmat dan rezeki ALLAH.

Biasa la tiap Jumaat lepas solat, badan Tok Abah jadi tilam Farrel ye?.Haaa....tiiiiddurrr laaaaaahhhhhh....Heeeh heh he...
10/08/2024

Biasa la tiap Jumaat lepas solat, badan Tok Abah jadi tilam Farrel ye?.

Haaa....tiiiiddurrr laaaaaahhhhhh....

Heeeh heh heh..

(Khamis 18hb Jul)......Aku kena gi rawatan jantung kat Hospital Serdang.Ehh?.....Nas masih sakit ke?. Laa...ingat dah ba...
19/07/2024

(Khamis 18hb Jul)......

Aku kena gi rawatan jantung kat Hospital Serdang.

Ehh?.....Nas masih sakit ke?.
Laa...ingat dah baik dah, dah nak start kerja semula dah.

Hmm belum. Silap aku. Aku sangkakan sakit ni pun mudah macam sakit biasa makan ubat kejap baik dah. Maklum aku tak pernah kena sakit kuat.

Aku sangka lepas seminggu rawatan Engiogram jantung tu dah baik kan?. He he.

Rupanya tak oii. Sakit kronik ni nak pulih semula pun ambik masa berbulan kadang bertahun jugak.

Aku baca kat fb group pesakit dan doktor jantung ada yang setahun ada yang lebih setahun baru in sya ALLAH baik nanti.

Its okay. Takyah melenting frust marah sesiapa. Semua ni kan ujian ALLAH. Kita kena redha, doa dan usaha kalau nak dapat rahmat dan perlindungan DIA.

Memang la kita risau bila kita lama dah tak kerja takda sumber pendapatan, kan?. Camna nak hidup?

Kena sabar. kena jujur bila ditanya, kena terus usaha bermohon kepada ALLAH swt.

******

Okay...
Kat Farmasi..aku tengah tunggu ubat tadi, tetiba...Jurukamera/video JEFFRI IRAN insan paling akrab dengan aku...muncul ziarah....lagi dan lagi. Kami akrab sejak zaman bujang sampai zaman aku bercucu dah ni ha.

Ntah aku rasa aku tak terbalas semua jasa dia sekian lama. Hanya aku mampu berdoa semoga ALLAH lindungi dia sekeluarga, terus dimewahkan rezeki kami semua dan sentiasa dalam lindungan rahmatNYA.
Aamiinn.

Era 60an dulu selalu baca majalah Mastika Filem.....lepas tu era 70an ada buku Mastika pulak....Tahun-tahun lepas tu M.N...
09/07/2024

Era 60an dulu selalu baca majalah Mastika Filem.....lepas tu era 70an ada buku Mastika pulak....
Tahun-tahun lepas tu M.Nasir rakam lagu popular MUSTIKA.
Skrg tiap petang layan stesen Radio Klasik segmen MESTIKA KLASIK.

Eh?...
Mana satu betul ni, MASTIKA ke MUSTIKA ke MESTIKA?

Backseat punyalah luas kat belakang tu  nakkkk jugak kat depan duduk selit tenggek kat Tok Abah Terjah ye Farrel.Haa meh...
07/07/2024

Backseat punyalah luas kat belakang tu nakkkk jugak kat depan duduk selit tenggek kat Tok Abah Terjah ye Farrel.

Haa meh.

Aarrgghhh!!!.....dah control jangan jatuh jangan jatuh tapi.....Laaaa...jatuh jugak!. Jatuhnya pulak bukan jauh, bukan t...
04/07/2024

Aarrgghhh!!!.....dah control jangan jatuh jangan jatuh tapi.....Laaaa...jatuh jugak!.

Jatuhnya pulak bukan jauh, bukan tercampak kat ampai baju luar rumah ke tersangkut kat tiang kedai mamak mana ke, tapi....haa tu dia jatuh kat rumah sendiri kat katil sendiri terhantuk bucu almari. Punca...batuk aja pun. Batuk batuk sampai terjatuh katil. Haàaa ha.

Yg peliknya kali ni aku tak perasan apa. Sedar-sedar aja wife tengah cuba angkat kata aku jatuh katil. Laaaa iye ke?.

Sebelum ni pernah 2 kali jatuh tapi aku sedar pulak & bangun sendiri.

Hmmm. Dah lah sakit, jatuh katil pulak lagi ye?. Takpa ini semua duugaaannnn 😀

Lepak mamak. Semua Farrel bawak.         Farhana Nazlin Alun Nas
07/06/2024

Lepak mamak. Semua Farrel bawak.



Farhana Nazlin Alun Nas

Pernah dengar tak pasal pesakit yang meninggal dunia masa tengah mandi kat bilik air?. Orang kata bilik air tu licin, ja...
04/06/2024

Pernah dengar tak pasal pesakit yang meninggal dunia masa tengah mandi kat bilik air?.

Orang kata bilik air tu licin, jadi dia tergelincir dan terhantuk kat dinding situ. Itu punca kematian katanya.

Tapi betul ke itu puncanya?.

Kalau memang ada kesan kepala terhantuk ke, badan lebam ke, tangan patah ke apa-apa situ pecah ke maybe iya la kan?, tapi kalau takda semua kesan tu camna ye?. Logik ke?.

Pada aku ada satu point lain yg kita kena check juga.
Apa point nya?

Cara mandi.

Ha?.
Napa dengan cara mandi?

Fahammm kebanyakan orang mandi terus cebusss jirus dari atas ke bawwahh, kan?. , Yg guna shower tu buka air terus tuju kepala dulu, lastttt nanti baru kaki, kan?.

Kalau umur muda lagi orait,tapi kalau dah masuk 55 ke dah wargaemas tu sebenarnya bahaya cam tu.

Tiap subuh ke pagi ke kita bangun tidur, badan kita dah tentu sejuk kan?. Nak kena mandi air sejuk memang kalau boleh TAK NAK la kan?.

Abis tu tak mandi camna nak gi kerja ke gi sekolah tu?. Badan dah bau kuda dah.

Ahhh pasang water heater (pemanas air mandi) la settle. Apa ada hal?.

Ishhh jangan beb. Badan ko sejuk tetiba ko cebussss dengan air panas, silap harinya boleh tumbang beb. Nak?

Haaa nak selamat kena mandi air sejuk jugak. Ajaran Islam pun galakkan mandi air sejuk kan?.

Caranya...mulakan mandi dari area kaki aja dulu. Basuh dari tapak kaki naik ke lutut, lepas tu lutut ke pinggang, lepas tu area badan pulak, haa lasttt sekali baaarulah naik atas basuh kepala.

Bila kita tetiba jirus dari atas, suhu tu terkejut dan boleh jem. Itu punca orang boleh tumbang ke rebah ke pengsan ke atau mungkin 'padam' terus kot?.
Boleh sampai 'padam'?
Ntah. Cer tanya doktor korang

So...kita tukar kasi betul. Maaana tau boleh selamatkan sesiapa ke, kan?.

Dah.....gi mandi.

Eh?....ada Farrell, Fella, Tok Abah, Tok Ma, Mama & Abi. Farhana Nazlin Alun Nas dinotizen
02/06/2024

Eh?....ada Farrell, Fella, Tok Abah, Tok Ma, Mama & Abi. Farhana Nazlin Alun Nas dinotizen

"....sebab tu kita desak semua filem-filem klasifikasi 'For Adult Only' atau 'Untuk Dewasa Sahaja' diHARAMKAN di semua p...
26/05/2024

"....sebab tu kita desak semua filem-filem klasifikasi 'For Adult Only' atau 'Untuk Dewasa Sahaja' diHARAMKAN di semua pawagam di Malaysia!!....."

Wahhh!...maka bergemalah sorakan penonton satu Stadium Larkin JB tanda setuju, walhal yang jerit seruan tu budak kecik Sekolah Ugama umur 10 tahun aja pun!.

Eh siapa budak tu?. Haaa....nama dia Syed Putra. Dia satu kelas dengan aku masa kami darjah 3 Sekolah Ugama Air Molek Johor Bahru. Cikgu selalu pilih dia jayakan ceramah agama sebab suara dia memang jelas dan lantang. Bila masukkan mesej keras macam tu, haaa memanglah tarik perhatian penonton!.

Bagus bagus bagus.

Itu antara point penting & berkesan dalam skrip ceramah dia yang aku ingat zaman sekolah rendah dulu sampai skrg. Nama dan karekter Syed Putra aku ingat sampai skrg ni ha.

Lepas tu kami terpisah bila kami masuk sekolah menengah yang berlainan sekitar JB. Dah berpuluh tahun tak pernah terjumpa ni. Call ke kontek ke apa semua takda. Maklum zaman tu internet, hp, media sosial semua maaaana ada, tak ujud lagi kan?.

TAPI.....(haa 'tapi'nya yg mahal ni)....tapi ntah camna Sabtu lepas adik aku Hafiz bawak aku gi makan sama kat satu restoran masakan Johor kat TTDI KL. Nama kedai tu Wannah. Ni 1st time kami makan sini. Kebetulan pulak birthday Hafiz selang sehari (24hb Mei) dgn birthday aku (25hb Mei). Kebetulan pulak tertengok posting restoran Johor ni kat fb, haaa nak cuba la kan.

Best!. Banyak hidangan Johor asli sini. Masa aku tengah makan Laksa Johor tu la owner kedai tu datang hulur jabat salam. Rupanya isteri dia cam aku Nas Ahmad!.

Laaaa.....berpuluh tahun tak jumpa kat kpg (JB) tetiba terjumpa semula kat KL!. Aku tak berapa cam wajah dia, maklum kami dah tua kan, tapi bentuk tubuh kecik dia, suara dia, aku cam. Paling aku tak lupa ayat yg dia seru masa ceramah kat stadium tu, (ayat yg aku tulis kat atas tu). Ayat tu power beb...sampai skrg aku ingat. Lepas dia jerit ayat tu terus filem tu kategori dewasa dah takda kat semua pawagam kat Malaysia! He he

Haa meh siapa cari masakan johor kat KL meh datang Wannah ni. Ni alamatnya ;

22 Jln Tun Mohd Fuad 2, Tmn Tun Dr Ismail, 60000 KL.
Boleh waze utk lokasi.

To Syed Putra, sebagaimana u berjaya sebagai budak penceramah ugama masa kita sama sekolah ugama dulu aku doakan semoga u sekeluarga berjaya dalam bisnes dan dalam kehidupan dunia & akhirat.

Semoga ALLAH buka pintu rezeki dan segala pintu kebaikan utk u sekeluarga juga. Aamiinn.

15/05/2024
Tak ramai tau dulu aku pernah buat satu program TV kanak-kanak. Aku letak nama program tu M Kids Club.Masa tu tahun 1999...
14/05/2024

Tak ramai tau dulu aku pernah buat satu program TV kanak-kanak. Aku letak nama program tu M Kids Club.
Masa tu tahun 1999 , aku baru 3 tahun kot kerja TV3 berjawatan Penolong Penerbit.

Haaa see... Actually dulu sebelum masuk kerja TV3 pun aku pernah setahun kerja sykt Eurofine buat program dokumentari Perspektif siaran TV2. Topiknya campur, minggu ni agama, minggu depan s**an, lepas tu politik lah, sains lah, semua ada.

Haaaa ingat aku cuma tau seni dan hiburan aja ke lain semua aku zero. Ingat aku tau buat Melodi aja ke bidang lain aku lopong?. He he.
Tak lah. Cuma iyalah bidang sejiwa aku seni hiburan, bidang yg lain tu on jugak layan jugak kekadang ye.

Okayy. Masa mula bos aku masa tu Puan Lim Guat Eyu panggil aku masuk meeting pasal program Kekanak ni aku cuak. Alamak...aku nak kena buat program kanak-kanak!. Boleh ke ni?. Adehh!

Ohh kalau dah boss yg assign, nak tak nak kena NAK jugak.

Malam tu aku duduk sorang kat hall rumah sewa aku. Anak & isteri semua tidur dah. Tinggal aku sorang aja situ duduk sorang kat toto dalam gelap.

Perah idea beb!. Fikir punya fikir...dalam satu jam cam tu....TTIINNGGG!..... Haaa...aku nak buat satu program yg lain dari yg dah sedia ada kat memana TV Malaysia.

Aku nak bebudak ni nampak riang, pintar, happy belajar dan bermain bersama tapi taknak nampak tekun sesangat belajar sampai muka tension, sampai nak bermain pun tak riang. Aku tak nak.

Walau ni program kanak-kanak tapi target penonton utama aku ialah sekeluarga termasuk mak bapak & famili budak. Napa pulak?.

Haa sebab merekalah yg akan buka TV dan rekemen anak mereka tengok program ni kan?.
..dan program ni aku letak nama M Kids Club. M tu apa?. M tu 'Malaysia' boleh 'milenium' pun boleh.

Orait!. Lepas proposal siap dan lulus, maka produksi program tu pun dimulakan. Shooting sebulan, maka sebulan lah tiap hari aku kena layan kerenah 6 budak tu dengan mak bapak dia masa shooting.

Mulanya buat rakaman studio kat Sri Pentas 2 Shah Alam. Ni untuk rakam segmen belajar.

Minggu depannya tukar set utk rakam segmen bebudak tu dengar cikgu bercerita.
Eh tak nak lah budak tu duduk dengarrr aja cikgu bercerita. Kan? Nanti part tu boring.

So aku tukar. Aku nak budak tu ikut lakonkan watak dalam story tu. Ada yg jadi gergasi, ada yg jadi duyung, macam-macam la kan, haaa baru meriah situ terutama bila ada part kejar-kejar.

Segmen last sekali....nyanyi. Eh tak syok la kan kalau just bebudak tu nyanyi cam tu aja. Tak nak!. Aku nak camna kita syok tengok klip video MTV artis popular macam tu jugak klip video bebudak ni. Yesss buat klip video MTV tiap satu. 13 lagu semuanya.
Story line nya aku buat, shooting aku direct, video editing pun aku edit sendiri.

Nak kasi laagi lively, aku eiap guna khidmat koreographer utk guide budak ni menari dlm klip video ni. Siapa koreografer yg aku pilih? He he...aku hire penari popular masa tu Ahmad Kassan. Yeah!.

(Dah arwah dah Ahmad Kassan kan?. Lama dah lepas beberapa tahun kami sempat kerjasama buat program ni. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH)

Eh lagu tema program camna?. Nak kena ada ni, takkan start program kosong aja takda lagu tema kan?.

Masa tu kat ofis. Kebetulan pulak komposer Chobib (Yusuf Ibrahim) lintas depan aku. Aku tahan dia.

"Bro, buatkan satu lagu kanak-kanak bro" aku offer dia. Dia macam terpinga. "Nak lagu camna?" dia tanya aku. "Alaa simple aja dlm 30 second. Melodinya lebih kurang cam ni ha....da da da, da da da da...." He he aku siap nyanyi melodi simple da da da aja kat dia.
"Okay kita jumpa petang ni. Kata dia.

Petang tu aku masuk ke studio dia. Aku sangkakan dia akan buat melodi lain, rupanya dia guna melodi yg aku da da da kan pagi tadi tu sebijik. Haaaa ha ha!. Ngam la pulak tu!. Maka siap la lagu tema M Kids Club.

Wokay...Selama sebulan kerja dengan bebudak ni aku jadi faham dunia/kepala mereka. Masa shooting video clip kat lokasi luar, bila lunch kami siap belikan nasi bungkus. Tapi semua budak malas nak makan. Semua makan tak habis. Ada yang tidur kepenatan shooting sampai tak sempat makan.

Tapi....haaa bila kami tukar dengan makanan segera (burger ke ayam goreng ke)....puhhh tak cukup ni!.

Maka terpaksalah kami krew dgn parents budak tu sekali kena hadap sama makanan segera sepanjang 2 minggu shooting luar tu.

Orait la tu. Aku rasa cukuplah tu satu pengalaman aku buat satu program TV kanak-kanak. Kasi org lain la buat.

Pengacara yg kami ambik jadi cikgu program ni Tasha gadis kacukan Mat Saleh Melayu. Penerbit Hamsiah Biri nak dia ni jadi host. Masa kami ambik dia dulu kenal dari satu drama TV dia berlakon. Masa tu dia kerja kat Petrosains KLCC.

Dah lebih 30 tahun ni tak jumpa & tak pernah contact. Ntah apa khabar dia skrg.

Sama jugaklah dengan budak dan mak bapak budak ni semua. Masa shooting kami punyalah mesra, habis shooting terus tak jumpa dah semua. Semua busy dengan life memasing kan?.

Semoga semua kita terus sukses dalam hidup dan keimanan.

https://youtu.be/hPZFOVns5Uo?si=QxpTnWR_S6fX6nQq

Wahhhh meriah nampak. Siapa kahwin ni?.Eh taklah ni bukan orang kahwin. Ni orang makan. Ni tadi petang ha persatuan PERS...
10/05/2024

Wahhhh meriah nampak. Siapa kahwin ni?.
Eh taklah ni bukan orang kahwin. Ni orang makan.

Ni tadi petang ha persatuan PERSENI dengan Radio Zayan jemput kat Muin Cafe.
Haa...kat mana tu?.
Alaaa tu haaa kattt Seksyen 9 Bandar Baru Bangi sana.

Ohhh patutlah nampak ada Mawi situ. Eh filem baru Mawi yg ada Ustaz Kazim Elias tu dah nak masuk panggung. Nanti kita kasi support tau. Yeay!.

Siapa lagi ada sana?
Ramai!. Ada Ahmad Fedtrie Yahya, ada DJ Zayan Ustaz Najid, adaaa... oww Lin Ariffin, Ikhwan Fatanna, Zarina Zainudin, kembar Ain dgn Ikin wife Mawi pun ada.

Eh alamak!!..FBI datang!. FBI nak tangkap siapa tu aa?.
Laaa!...tu bukan fBI polis mat salleh la. Tu FBI Faizal Ismail DJ Zayan.
Heerrgghh!
FBI ni bakal naik haji nanti. Alhamdulillah rezeki dia. Semoga dipemudahkanNya nanti.

Tuan Haji Rahman Abdul Rahman Mt Dali presiden PERSENI produser filem juta-juta RM Mat Kilau ada sama. Hmmm jadi makin meriah la tu.

Aku tanya dia dah ada nak buat filem ke 3 ke? Dia kata ada sesuatu lain dia dah plan nak on nanti, bukan cuma filem. Tungguuuu.

Berlangsung petang tadi (8hb Mei) Reunion Raya '24 Sekolah Menengah Tasik Utara JB. Acara berlangsung kat Hotel GBW Jln ...
08/05/2024

Berlangsung petang tadi (8hb Mei) Reunion Raya '24 Sekolah Menengah Tasik Utara JB. Acara berlangsung kat Hotel GBW Jln Bukit Meldrum JB.

Dari gambar & video yang diorang share kat whatsapp group dapatlah aku tengok dan feeling sama woww...meriahnya!!.

Semua mereka tu seusia aku, cuma iya lah bila semua dah level 'keemasan' ni ada yg tengok wajahnya kita tetap kenal, ada yang dah tak cam, ada yang berubah terus, ada yang namanya lebih popular dari orangnya. Semua ada.

Aku selalu hadir kat beberapa reunion yg sebelum ni, tapi kali ni... alamak aku tak dapat join sama. Dah bagitau seminggu lepas.

Sorry ye kekawan. Aku dalam tempoh rehat. Minggu lepas aku masuk wad buat operation engiogram sakit jantung.

Yang buat aku haru...tetiba aku dapat tau kat majlis tu dibuat juga kutipan ikhlas secara spontan untuk bantu aku yg sakit ni.

ALLAHUAKBAR....hiba aku dari KL ni bila dapat khabar dan sumbangan ini dari kekawan sekolah di JB. Terkejut, tak tahu nak kata apa dah, cuma mampu berdoa semoga ALLAH swt membalas jasa kebaikan kalian. Semoga dimewahkan rezeki dan lindungi kita semua sekeluarga dengan rahmatNYA.

Terima kasih semua. ALLAH sayang kita semua.

Eh bila aa?...Ohh Jumaat lepas.Jumaat lepas 26hb April kan?.Jam 10 pagi aku dah ada dah kat Pusat Jantung, Hospital Serd...
29/04/2024

Eh bila aa?...
Ohh Jumaat lepas.
Jumaat lepas 26hb April kan?.
Jam 10 pagi aku dah ada dah kat Pusat Jantung, Hospital Serdang.

Sejak aku kena serangan jantung 2 tahun lepas hari ni tiba slot giliran aku buat pembedahan angiogram.

Aku bukan jenis berani sesangat. Cuak jugak wehh nak kena operation jantung!.

Org yg pernah kena ni kata angio tak sakit. Ishh ko biar betul!. Ko tulang besi urat dawai ke?.

Jam 2 ptg cam tu katil aku disorong masuk ke dewan bedah. Punyalah takut. Kat situ aku dah start berzikir dah nak cover takut. Segala zikir yg aku hafal aku ulang berkali kali dalam hati sepanjang operation ni.
Ada sekali tu tetiba terlepas "Aidilfiri hari bahgia hari yg muliaa..." Hoiii!. Tu bukan zikir la, tu lagu raya Fazidah Joned ke siapa ntah.

Badan, tangan dan kaki aku dipasang ntah amende saluran/wayer ntah, doktor dan pembantu ada kat keliling katil aku, operasi bermula.

Mulanya dimasukkan saluran dari lengan kanan ke dalam urat jantung aku. Masa mula dia cucuk tu rasa sakit tapi terlalu kejap, bila saluran tu dah masuk urat dah langsung tak sakit apa dah.

Baru ku tau ohhh Angiogram ni masukkan alat macam kamera ke dalam saluran tu. Dari situ dapat kesan kat mana saluran darah kita tersumbat, tu pasal darah tak sampai ke/dari jantung, kan?.

Lepas dah kenalpasti ada 2 sumbat situ, kamera tu dikeluarkan. Masa ni memang terasa pergerakan benda tu ditarik keluar.

Aku ingatkan dah siap dah. Ohh cepatnya siap! Bagus bagus bagus.

Rupanya...tu baru siap angiogram aja.
Next....angioplasty le pulakk.

Angioplasty ni apa aa?, kuih raya ke?

Otak ko kuih raya.
Sama macam angiogram jugak tapi masukkan alat tembak bubble utk pecahkan sumbatan kolesterol dlm urat darah tu. Kira macam main video game tembak-tembak bubble la. He he.

Doktor halakan sasaran & assistant dia lepaskan tembakan. Dusyum!... dusyum!!. Syiookk ye?.
Nak join boleh?.

Eh gitu gini 1 jam setengah jugaklah aku terbaring kaku menadah 2 Angio ni baru siap.

Belakang aku rasa backpain sebab lama sangat baring kejung kot. Nafas pun jadi mengah.

Sebab tahap nafas aku tak capai piawaian, aku kena tahan 1 malam kat wad hospital. Patutnya boleh balik dah.

Besok pagi...doktor check pernafasan aku. Yesss dapat 100%. Baarulah aku boleh balik. Legaaa!.

Kat sini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pas**an doktor, petugas hospital, dan semua yg terlibat secara tak langsung dlm operation yg berjaya ni.

Kalian semua terbaik!. Yeah!. Semoga kalian semua dimewahkan rezeki olehNYA.

Aku kena rehat dalam seminggu ni. Lepas tu fokus pada rawatan selanjutnya operation mata pulak.

Ha ah sejak 2 tahun ni penglihatan aku pun ikut drop. Kena settle kan sebelum aku boleh bangkit kerja semula.
In sya ALLAH.

Doakan yang terbaik ye. Aamiinn.

25/04/2024

Live tiktok nasahmadterjah jam 9 malam ni.

23/04/2024

Penggiat seni, wartawan hiburan & peqawai sykt rakaman diraikan oleh persatuan RIM (Recording Industry Malaysia) di majlis Aidilfitri di KL malam tadi. Bersama Pengerusinya Rosmin Hashim sumbangan bantuan disalurkan kepada kalangan mereka yang sedang sakit.
Terima kasih RIM.

Sebelum aku kerja TV3 aku peminat setia Melodi sejak siri pertama dulu. Tiap Ahad jangan kacau aku selagi Melodi belum h...
20/04/2024

Sebelum aku kerja TV3 aku peminat setia Melodi sejak siri pertama dulu.

Tiap Ahad jangan kacau aku selagi Melodi belum habis. Kalau terpaksa keluar pun aku rakam video dari TV. Balik rumah aku mesti tengok.

Dlm 4 ke 5 tahun tu 1 episod Melodi pun aku tak pernah miss.

Kekuatan Melodi masa tu host nya Ogy Ahmad Daud. Dia IKON MELODI. Semua lebih tengok Melodi sebab nak tengok keletah dia selamba hayun Melodi tiap minggu. Aku pun tengok.

Maaana la aku tau suatu hari nanti aku akan kerja TV3?.

Masa tu aku wartawan URTV. Ramai kata minat pada gaya tulisan & liputan aku kat majalah tu.
Rupanya sebab tu la juga Pengurus Hiburan TV3 Nik Ramzi Nik Hassan terima aku join kerja TV3 dan....join team Melodi!!.

Wahhh....ni bukan mimpi jadi kenyataan tapi 'tak pernah mimpi tetiba menjadi!'.

Betul la bila kita dapat kerja kat bidang yang memang kita minat, jadinya bukan kerja cuma sebab nak gaji, tapi 'kerja dengan hati'.

Masa dah 10 tahun kerja TV3 & dah berjawatan Penerbit (produser) Melodi, aku tukar tarikan utama Melodi dari host nya kepada content nya pulak. Pasangan host masa tu Ogy & Apek Senario pulak kebetulan dah habis kontrak & taknak sambung.

Team bos aku Azhar Borhan, Saniboey & Jamil Hassan pulak share idea & keluar arahan nak kasi up semula Melodi ni.

Maka bermulalah Melodi tu tampil jadi yg sensasi, yg panas, yg terjah!, digoreng sekali dengan paparan sekitar liputan biasa-biasa juga.
Aku control kasi sensasi tapi tetap dalam etika kewartawanan & penyiaran, bukan yg main sedap harong aja kononnya sebab penonton nak.

Demgan kesensasian & kepanasan ni maka kebaboom la Melodi sekaii lagi!

Tahun silih berganti.
Hmmm....okay. Semua tu dah berlalu.
Aku?.......aku taknak teruskan sampai aku dah takda. Cukuplah aku dah cipta suatu kelainan dlm persada aku persada seni, selebihnya terserah pada siapa nak teruskan kat persada dia.

Aku tengok kat tiktok kat medsos lain ada yang buat dia terjah pendatang asing berleluasa, ada jabatan yg buat terjah kegiatan sorok/tipu bahan kawalan.
KPDN Perak punya TT aku s**a, best!.
Eh ada pulak budak sekolah yg jadi aku gi terjah kekawan dia kes ponteng sekolah, itu ini macam-macam bersumber inspirasi aku kat Melodi dulu tu.

It'a okay to me. Cuma aku nak pesan sini...nak terjah tu biar sensasi tapi tetap ikut ETIKA...bukan ikut S**A. Kekal ikut etika akan kekal selamat. Cayalah.

He he...ada orang tanya napa aku dah tak panas macam dulu?.

Owww no!. Semua tu aku dah cipta dah hayun dulu kan?. Skrg aku nak buat kerja yang aku s**a nak buat aja, bukan yang orang suruh aku buat.

Aku takyah nak beriya terkejar terburu sensasi lagi, semua tu toys aku dulu-dulu, kan?.

Aku terus on kat youtube ke medsos aku ke selamba tak peduli walau viewers ciput ke ramai ke.

Napa?. Sebab aku buat sebab ni passion aku, bukan utk himpun followers.
Yeah!

Terbaru......aku ucapkan jutaan terima kasih kepada TV3 & unit produksi Melodi kerana anugerahkan aku sebagai IKON MELODI. Terima kasih atas ingatan dan penghargaan ini. Aku terharu terima ni.

Maaanalah aku tahu dulu aku tonton Ikon Melodi tu Ogy Ahmad Daud tapi rupanya selang bertahun lepas tu dapat kat aku pulak.
Sejarah terukir cam ni.

Kenang balik....wow!...lebih 30 tahun aku bersama TV3. Aku sampaikan rasa terharu atas penghargaan ni kepada pihak pengurusan TV3, kepada Pengurus Penerbitan Jamil Hassan, penerbit Melodi masakini (anak buah legasi pertama aku) Michelle Wee, wartawan2 dari legasi Nas Ahmad dulu antaranya Saiful Azmi Jamsari, Adeed, Farhan, ramai lagi (korang tau siapa korang kan?), dan terutama jugak kepada semua setiap penonton.

Semoga semua kita terus sukses, serta sentiasa dalam rahmat ALLAH swt.

Jom tonton rakaman anugerah Ikon Melodi ni kat Melodiraya hari Ahad 21hb April jam 12:30 tghari TV3.

Kpd semua...kita semua memang the best!

Ha ah aku sebenarnya haru bila orang datang ziarah aku. Aku cover baaaik punya dengan bercerita depan semua. Tak gitu......
19/04/2024

Ha ah aku sebenarnya haru bila orang datang ziarah aku. Aku cover baaaik punya dengan bercerita depan semua. Tak gitu...mau koyak aku depan semua nanti. Kan?

Menung gak aku fikirkan semua orang pun busy tapi sudi ye luangkan masa datang ziarah aku. Ramai juga yang hulur sumbangan ikhlas. Semua tu aku hargai.

Kalangan famili, saudara, kawan, artis, VIP, menteri, siapa pun kalian aku hargai semua. Keikhlasan ini aku sambut dengan jazakallah khair & mendoakan semoga semua kita sentiasa dirahmatiNYA.

Terbaru....pagi semalam (Khamis 18 April) sekumpulan kekawan DJ Radio Klasik RTM sempat ziarah beramai.

Ada siapa?. Oww ada Aniesma Azwati Ahmad, ada Nadeeya Ahmad, eh...Nura Mohd Yunus pun ada. Tu ha Emilina Zamin & Nonaku Azizah pun ada. DJ lain Ady Suwardi, El Azhar Omar, Azlan Omar, dll bertugas (konti). Eh kalau semua datang sini sunyi sepilah Radio Klasik. Kena nyanyi sendiri! He he

Semoga semua kita dimewahkan rezeki ALLAH swt.🤲

Ohhh bila tongkat aku ni dapat kat si Farrell....hmmm. tau jadi apa?. Jadi mikrofon dia! Budak sekarang cepattt je ikut ...
13/04/2024

Ohhh bila tongkat aku ni dapat kat si Farrell....hmmm. tau jadi apa?.
Jadi mikrofon dia!

Budak sekarang cepattt je ikut apa orang lain buat. Kan?.

Ha ah dia ada gak tertengok video konsert itu ini yg orang lain bukak kat rumah, tak sangka pulak dia sampai ikut aksi vokalis tu nyanyi.

Haiii budakkk budak.

AishaHanim...kumpulan padusuara kembar popular dengan lagu Tinggalan Cinta, Raya Rumah Terbuka, Mata Kunci Cinta, banyak...
08/04/2024

AishaHanim...kumpulan padusuara kembar popular dengan lagu Tinggalan Cinta, Raya Rumah Terbuka, Mata Kunci Cinta, banyak lagi.

Teringat tahun 2014 dulu aku pernah terjah pasangan ni sampai ke Hong Kong tu! Masa tu rakaman klip video lagu Mata Kunci Cinta.

Wahh lama dah tak jumpa, kan?. Tengahari tadi (8hb April) pasangan ni sempat datang ziarah aku kat rumah.

Jazakillahu khayran kerana budibicara dan sumbangan ikhlas yg dihulurkan. Semoga persaudaraan sesama kita kian erat dan bermanfaat kepada semua.

Address

Latan Biru, Jalan Pekaka 8/1, Seksyen 8, Kota Damansara
Petaling Jaya
47800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nas Ahmad Terjah Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nas Ahmad Terjah Page:

Videos

Share

Our Story

Pengarah kreatif, produser, wartawan, editor Studio 1 Sdn Bhd.


Other Broadcasting & media production in Petaling Jaya

Show All