Pakcik Gaming

Pakcik Gaming Pakcik Review - Pakcik Camping - Pakcik Tiktok - Pakcik Tupperware - Pakcik Gaming Terima Kasih kerna menjadi Supporters Pakcik Gaming

TOLONG PAKCIKDah seminggu dah acara   melabuhkan tirainya dengan mengejutkan seisi warga maya apabila seorang pakcik yan...
09/02/2025

TOLONG PAKCIK

Dah seminggu dah acara melabuhkan tirainya dengan mengejutkan seisi warga maya apabila seorang pakcik yang montel dan bertubuh gendut ini di umumkan sebagai pemenang.

Pakcik sendiri kaget dan tersekima bila nama diumumkan dan gambar ini terpampanh di jendela LCD dibelakang yang menyaksikan puluhan ribu mata melihat di media sosial.

Pakcik akur pakcik bukan lah faverotism pakar dalam bidang modeling dan peragaan. Pakcik juga newbie yang baru menitip ilmu dalam class yang dianjurkan orang bulan bintang. Pakcik juga percaya dalam sejarah NEXT TOP MODEL, belum pernah ada lagi model gemok di angkat sebagai pemenang. Pakcik tahu pakcik dikategori yang dipandang sebelah mataz

Namun, sampai saat ini, pakcik masih mencari cari, apakah yang ada pada insan yang bernama “Pakcik Tiktok” ini. Nak dikatakan punya follower yang ramai, masih juga berdikit, nak diwartakan terkenal, masih lagi bertatih, nak dimahkotakan sebagai pilihan ramai, jauh panggang dari api.

Bermula tersingkir diperingkat ujibakat, pakcik rasa sungguh rendah diri untuk belajar bersama yang lain. Ye la kan, ibarat anak murid yang gagal ujian dan diberi peluang kedua. Pakcik seriously rasa segan. Tak berdiri sama tinggi, duduk pun tak sama rendah.

Namun, pakcik ada niat dan tujuan untuk benar benar menggunakan peluang kedua sebagai peluang keemasan. Pakcik cuba jadi diri sendiri dalam setiap moment sepanjang perjurian. Pakcik ada kakak pakcik Cir Mir yang senantiasa semangat. Penguat pakcik untuk berjuang.

Dan apabila pengumuman diwartakan, pakcik benar benar bersyukur, Allah perkenankan doa dan permintaan pakcik. Subhanallah, Alhamdulillah.. rezeki itu milik pakcik.

Sebak, sedih, gembira dan rasa dinilai sewajarnya oleh Meri dan Team Bulan Bintang akhirnya gelaran ini milik pakcik.

Pakcik yakin, ia bukan datang dari usaha pakcik semata mata, ia adalah dari kawan kawan yang beri undi dan support pakcik.

Soalnya, Kenapa kawan kawan sudi memilih pakcik ?

Pakcik mahukan kejujuran dari kawan kawan fans pakcik dan Followers Instagram. Tolong kawan kawan, izinkan pakcik nak tahu.

Nantikan Setup baru STUDIO RAYA pakcik akan bermul minggu depan.Ada yang berminat nak rakam moment untuk kenangan. Studi...
09/02/2025

Nantikan Setup baru STUDIO RAYA pakcik akan bermul minggu depan.

Ada yang berminat nak rakam moment untuk kenangan. Studio pakcik di PJCC, Taman Medan.

Setup tahun ni lebih Wow !!


As Salam semua wanita seluruh MalaysiaAyuh, sertai program ini berlangsung esok 9 Februari bermula jam 8.00 pagi, berlok...
08/02/2025

As Salam semua wanita seluruh Malaysia

Ayuh, sertai program ini berlangsung esok 9 Februari bermula jam 8.00 pagi, berlokasi di D'Kathira Hall, Shah Alam.

Jemput hadir ya.


Pergi open house. Dapat plak Ampaw.. bukan sikit sikit ampaw dia bagi. Rasa nak pelok je lianne.
08/02/2025

Pergi open house. Dapat plak Ampaw..
bukan sikit sikit ampaw dia bagi. Rasa nak pelok je lianne.

Nama saya badmen, morning semua kawan kawan.
07/02/2025

Nama saya badmen, morning semua kawan kawan.



07/02/2025

Assalam semua,

Sampai saat ini, pakcik masih merasakan ini bagaikan mimpi. Apakah ini benar dan masih mencubit peha kanan bimbang ia hanya sekadar di metaverse yang lain.

Bermula untuk mencabar diri memasuki ujibakat dengan menghantar penyertaan disini -> https://vt.tiktok.com/ZSM1S1bbG/

Kemudian terpilih menjadi 31 peserta dan diberikan peluang catwalk dihadapan juri hebat Tok Ram, Joey dan Nadhir Nasa.

Seperti yang diperkatakan, biarpun kita dah buat yang terbaik, namun perancangan Allah lebih terbaik. Pakcik tersingkir pada sesi ujibakat.

Melangkah pada pagi hari penuh semangat, pulang dengan longlai kehampaan. Namun, pakcik memujuk hati dengan belanja diri untuk makan makanan yang pakcik s**a. Sesudah itu, hidup sebagai penjual Tupperware diteruskan dengan LIVE Tupperware sehingga lewat malam, Al-maklumlah, stock kena kasi habiskan.

Sedang pakcik leka bermain kata kata dengan viewers di Tiktok -> www.tiktok.com/ , tiba tiba pakcik didatangi dengan berita mengejut “kereta kena pecah”. Bagai luruh jantung mendengar terjahan dari Hyqal Mkh yang pernah melakukan perkara yang sama sewaktu kereta kena pecah dan kehilangan banyak barang berharga. Mimpi ngeri itu datang lagi.

Bila ke daun pintu, cahaya bersinar seperti diterjah pegawai pencegah maksiat..

Sambung ya..

Salam jumaat semua.
07/02/2025

Salam jumaat semua.

06/02/2025

Episod #1 - Pengalaman Pakcik Dalam Bulan Bintang Next Top Model

Hari 1 - Penyingkiran

Moment paling epic pakcik tak akan lupa di serap masuk melalui prank ke kedai Tupperware pakcik.

Jom saksikan.




Bulan Bintang

Halamak, tak tahu lagi nak letak caption apa.Tolong cadangkan yer. Pakcik nak pilih caption terbaik, dapat Tupperware se...
06/02/2025

Halamak, tak tahu lagi nak letak caption apa.
Tolong cadangkan yer. Pakcik nak pilih caption terbaik, dapat Tupperware sebijik.

Bulan Bintang

🩷CARILAH GURU UNTUK ILMU 🩷Ingin Menjadi Juara, Follow rapat rapat Insan yang pernah menjadi JUARA.Terima kasih Che Sayan...
05/02/2025

🩷CARILAH GURU UNTUK ILMU 🩷

Ingin Menjadi Juara, Follow rapat rapat Insan yang pernah menjadi JUARA.

Terima kasih Che Sayang Kitchen FP Che Sayang Kitchen F.P atas tips yang sangat sangat berguna. Bersyukur pakcik dapat tips dari pemilik BEST AWARD CONTENT CREATOR TIKTOK 2024.

Che Sayang, orangnya humble dan tak lokek dengan ilmu. Memberikan buah fikiran untuk pakcik dapat ilham untuk buat content yang boleh memberi manfaat kepada ramai orang.

Terima kasih banyak banyak.

Nantikan idea dari cadangan che sayang untuk pakcik lakukan pada 1st ramadhan nanti. Semoga dipermudahkan.


05/02/2025

SIMPAN DISINI BUAT KENANGAN

Puisi : Tok Janggut
Karya : Rahimidin Zahari

Misi membuat pemadaman data handset besar besaran, video ini pakcik simpan disini sebagai kenangan. Dah full dah memori.

Semoga tahun 2025, pakcik dapat menyarung kejuaraan lagi sebelum pencen beraksi dipentas sayembara puisi.



🩷🩷 baju ini hadiah dari shah - baju koleksi Bulan Bintang

"CAMPING STAR - LNT "❤️❤️ REZEKI DATANG LAGI ❤️❤️Syukur, Alhamdulillah.Kerjasama dengan ANBOT Store terus terjalin.Happy...
05/02/2025

"CAMPING STAR - LNT "

❤️❤️ REZEKI DATANG LAGI ❤️❤️

Syukur, Alhamdulillah.
Kerjasama dengan ANBOT Store terus terjalin.
Happy sangat berita gembira untuk Anbot launching TENT LNT Baru pada hari Sabtu (11.30 pagi) ini di Dataran Putrajaya, Presint 3. Terima kasih atas "Camping STAR Award - LNT", terharu pakcik 🥰

Tak sabar nak review khemah baru yang lebih woww !! Ada macam macam aktiviti ( acara dilampiran komen pertama)

Pakcik nak angan angan nak beli khemah apa nanti.

Korang rasa sesuai warna apa. Khemah lebih woww akan ada. Lebih besar dan lebih luas. Berbaloi baloi.

Camping Mesti ada Wow !!


COMEBACK STRONGERDisinilah bermula. Gambar pertama pakcikBermula dengan saringan awal dari ribuan penyertaan. Pakcik ber...
05/02/2025

COMEBACK STRONGER

Disinilah bermula. Gambar pertama pakcik

Bermula dengan saringan awal dari ribuan penyertaan. Pakcik bersyukur layak menjadi 31 orang untuk dipanggil bagi sesi uji bakat.

Dalam sesiujibakat seharian ini, pakcik berikan yang terbaik dan jadi diri sendiri serta menemani kakak pakcik yang juga terpilih untuk sesi ujibakat ini.

Memang berdebar, maklumlah baru pertama kali mencuba dalam arena model dan peragaan sudah tentulah sesuatu yang kekok dan suspen. Namun, tetap yakin dan berharap pakcik terpilih.

Tika pengumuman oleh Meri Founder , ternyata rezeki tidak menyebelahi pakcik apabila tersingkir pada peringkat awal. Memang mulut kata "Tak apa" namun, hati tetap meronta sedih dan senantiasa pujuk jiwa supaya akan baiki apa yang kurang dan perlu dibaiki. Pulang dengan kehampaan dan juga kesedihan.

Hidup perlu diteruskan dan malam itu pakcik seperti biasa akan membuat LIVE berniaga dan ketika bulan membuka tirai untuk mengambang, Meri dan krew membuat kejutan dengan menyerap kembali pakcik kedalam peserta yang layak dan boleh menghadiri class yang telah diatur bagi pengisian ilmu. Malam itu pakcik berkongsi cerita gembira ini kepada kakak pakcik CIR MIR dan sayangnya CIK MIR kata dia tak dapat panggilan untuk diserap masuk.

Permulaan dengan memakai baju merah lambang keberanian bermula seawal pagi pakcik hadir. Ketika masuk kedalam bilik menunggu untuk persalinan baju Tshirt Bulan Bintang, Pakcik dikejutkan dengan terjahan kakak pakcik CIK MIR dan pakcik tersekima terus blur "kenapa kakak aku kat sini"rupa rupanya, Kak Nora aka CIK MIR juga terpilih diserap masuk. Kami 2 beradik diserap masuk kembali.

Secara kebetulan, kami diserap masuk dan produksi tak tahu yang kami adalah adek beradik. Syukur Alhamdulillah.

Maka, dengan kehadiran pakcik dan CIK MIR, menjadikan peserta Bulan Bintang adalh 16 orang yang diberikan bimbingan serta melalui pelbagai task selama 5 Hari berkampung.

Next episod Pakcik akan ceritakan perjalanan setiap episod yang pakcik lalui dan apa yang pakcik dapat dari task dan program yang diberikan itu.

Terima kasih Meri Bulan Bintang atas PELUANG KEDUA yang menjadikan pakcik COMEBACK STROGER serta pakcik pegang kata kata Meri "Time to SHINE !! "

Salam sayang untuk semua.

Terima Kasih Bulan Bintang
04/02/2025

Terima Kasih Bulan Bintang



Alhamdulillah, impian menjadi kenyataan   Bulan Bintang
04/02/2025

Alhamdulillah, impian menjadi kenyataan



Bulan Bintang

4 Serangkai KeJuaraan 🥇Alhamdulillah, perjalanan dalam 4 bidang dipertemukan hasilnya.🏆 1. Gaming - Content Creator : Co...
04/02/2025

4 Serangkai KeJuaraan 🥇

Alhamdulillah, perjalanan dalam 4 bidang dipertemukan hasilnya.

🏆 1. Gaming - Content Creator : Community Builder Award MLBB

🏆 2. Puisi - Johan Sayembara Deklamasi Puisi

🏆 3. Tupperware - Senior Executive Director Tupperware Malaysia

🏆 4. Best Winner - Bulan Bintang NEXT Top Model 2025

————- 🩷🩷🩷 —————-

Kejayaan ini adalah sebuah Kemanisan setelah meniti jalan jalan yang penuh warna.

🎖️ "Kejayaan itu bukan soal apa yang kamu capai, tetapi tentang siapa diri kamu ketika mencapainya."

🎖️"Kejayaan adalah hasil dari persiapan yang baik, kerja keras, dan pembelajaran dari kegagalan."

🎖️ "Kejayaan adalah tentang bagaimana kita bangkit setiap kali jatuh. Yang paling berjaya bukanlah yang tidak pernah jatuh, tetapi yang tidak pernah menyerah."

🎖️"Kejayaan datang kepada mereka yang berani menghadapi ketakutan, menentang rintangan, dan terus berusaha walau pelbagai halangan."

🎖️"Kejayaan bukanlah milik mereka yang berhenti, tetapi milik mereka yang terus berusaha tanpa mengenal putus asa."

Pakcik senantiasa berpegang kepada prinsip

“ Kita bersaing bukan dengan orang lain, tetapi bersaing dengan diri kita sendiri “




Bulan Bintang
fans
Followers Instagram

04/02/2025

Sebuah Kenangan yang paling indah seperti

Terima kasih Bulan Bintang atas peluang yang telah diberikan. Kenangan indah ini adalah kenangan manis yang sangat berharga. Semoga ia menjadi satu garisan keindahan disalam album kehidupan pakcik.

Peluang berjalan diatas pentas Fesyen Show Runaway Bulan Bintang adalah satu peluang bermakna. Jom pakcik sajikan detik detik indah itu.


AssalamSeawal pagi kita bangun, lebih awal mak kita bangun menyiapkan juadah untuk anaknya.Walaupun rambut kita dah beru...
03/02/2025

Assalam

Seawal pagi kita bangun, lebih awal mak kita bangun menyiapkan juadah untuk anaknya.

Walaupun rambut kita dah beruban (berusia), dimata mak kita, kita masih baby yang memerlukan belaian dan penjagaan.

Itulah dia pemikiran seorang ibu, tak pernah terfikir akan dirinya asalkan anaknya cukup makan dan sempurna untuk pergi bertugas.

Dari kecil memang mak pakcik akan bekalkan pakcik bekal walaupun ubi keledek rebus mengalas perut. Diletakkan juga duit belanja 20sen untuk beli apa apa yang teringin nak dibeli.

Terima kasih mak,
🩷🩷🩷

Address

Petaling Jaya
46000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakcik Gaming posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pakcik Gaming:

Videos

Share