Meat TV

Meat TV Here are the place where we share everything about meat. From tips, fun facts, recipe and so on. Just name it! If you love MEAT, come and MEAT me.

Join us and let's spread the love!

Jangan lupa lepak dengan  guyss!! di Tiktok  sabtu malam ini!
24/08/2022

Jangan lupa lepak dengan guyss!! di Tiktok sabtu malam ini!

31/07/2022

Mimi dah lama tengok Aina ni best betul dia weekend pergi realeast stress dekat hutan pastu masak makan sana. Masak pulak bukan beshe-beshe wehh. Zaman sekarang dah ramai range umur 20 keatas dah daapt depression dan burn out semua ni.

Korang jangan mcm tu. Korang kena ambik masa untuk diri pergi buat benda korang s**a buang segala kerja or masalah yang ada. Kalau bukan kita siapa lagi nak happy kan kita kan?

Tengok video ni sekarang best je tgok Aina!

30/07/2022

Korang hari itu kawan Mimi pergi camping makan FLAT IRON STEAK SANDWISH. Best betul Mimi tgok Aina ni masak dan makan tepi sungai dalam hutan macam tu. Yelarh kita dah bekerja Isnin sampai Jumaat. Hujung minggu adalah jalan terbaik untuk kita release stress lupakan pasal kerja dan perkara dekat bandar tu untuk elak dari kita stress atau burn out.

Tengoklah tenang betul Aina nikmati makanan dia dengan alam.

28/07/2022

Fresh.Chill.Not Frozen. Thanks for your support guys! 🫶❤️ MeatXpert

UPDATE LIVE
27/07/2022

UPDATE LIVE

🤤
27/07/2022

🤤

Seronok betul diorang lepak dengan bangman ehh
27/07/2022

Seronok betul diorang lepak dengan bangman ehh

Chef kita pun dah READY guys!!!😱
27/07/2022

Chef kita pun dah READY guys!!!😱

Korang! Kami dah sampi jangan lupa lunch lepak sini!
27/07/2022

Korang! Kami dah sampi jangan lupa lunch lepak sini!

26/07/2022

Hmm untunglah Aina dapat pergi camping siap masak spaghetti bolognese guna kayu Swedish Torch? Apa beza masak dengan portable stove? 🤔

Korang kami berada di sini!!! Tak nak DAGING FREE ke? Kalau nak mehh sini Mimi dan Bang Man tunggu.
26/07/2022

Korang kami berada di sini!!! Tak nak DAGING FREE ke? Kalau nak mehh sini Mimi dan Bang Man tunggu.

Korang! Haritu Mimi dan team pergi satu kedai jual daging lokal premium dekat Shah Alam. Nama kedai tu MeatXpert. Wehhhh...
21/07/2022

Korang! Haritu Mimi dan team pergi satu kedai jual daging lokal premium dekat Shah Alam. Nama kedai tu MeatXpert. Wehhhh, Mimi tak tipu SEDAP betul!! Daging diorang!! Mimi balik rumah tu sampai teringat ingat lahh... tak sangka daging lokal ni dia punya sedap setaraf international. Harga pun berpatutan.

Jadi disebabkan diorang baik hati , MeatXpert nak BAGI KORANG semua RASA DAGING LOKAL PREMIUM FREE!! So korang jangan lupa datang 27 Julai 2022 ini di Plaza Shah Alam DAPAT RASA DAGING FREE!!

16/07/2022

BAKAR DAGING TEPI SUNGAI?

Lokasi pertama MME adalah di Sungai Sendat! paling best bila masak, makan panas-panas tepi sungai sambil dengar bunyi alam.

Korang kalau ada plan nak ambik hati mak ayah korang masak lah untuk diorang, korang boleh tengok resepi Eh Siap! & akan...
14/07/2022

Korang kalau ada plan nak ambik hati mak ayah korang masak lah untuk diorang, korang boleh tengok resepi Eh Siap! & akan datang Meat Me Everywhere di Instagram, TikTok dan Facebook Meat Tv.

06/07/2022

Tak tahu nak masak apa waktu camping? Tema untuk series pertama MME adalah camping!

27/06/2022
Korang tolong selesaikan puzzle ni untuk min 🤔
24/06/2022

Korang tolong selesaikan puzzle ni untuk min 🤔

TIC-TAC-TOE DagingBahagian daging mana yang menang?🤔
21/06/2022

TIC-TAC-TOE Daging

Bahagian daging mana yang menang?🤔

17/06/2022

Haaa korang! Kalini Mimi kongsi resipi menu yang wajib ada dekat rumah Mimi waktu Raya 🤤 korang jangan lupa LIKE & SHARE resipi ni tau!

RESEPI SATE DAGING
1kg daging dihiris kecil bentuk kiub
Sebungkus lidi penyucuk sate
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
4 inchi halia
4 inchi lengkuas
2 batang serai
Garam & gula secukupnya

CARA MASAKAN
1. Bersihkan daging dan perapkan bersama bahan yang telah dikisar halus. Tambahkan
garam serta gula secukupnya. Perap semalaman.
2. Cucuk daging pada lidi sate dengan kemas. Jangan susun terlalu rapat kerana akan
menyebabkan sate masak tidak sekata.
3. Bakar sate sehingga masak. Ambil serai dan celup pada cairan minyak sapi dan sapu
pada daging supaya tidak kering semasa dibakar .
4. Sedia dinikmati.
RESEPI KUAH KACANG

Bahan-Bahan:
● 1 kg kacang tanah premix
● Bahan untuk hiris nipis:
● 2 biji bawang besar
● 3 sekawan

Cara Masakan:
1. Panaskan minyak tumis bawang merah dan rempah 3 sekawan
4. Masukkan kacang tanah premix dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat

16/06/2022

Eh Siap! macam biasa Mimi akan kongsi resipi masakan daging yang menarik dengan episod Daging Rendang 🤤

"Let's go!"

Bahan bahan:
1kg Daging bahagian Tritip
1 kg santan segar atau santan kotak
3 batang serai - ketuk
5 sudu besar cili kisar
5 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit - hiris halus
2-3 keping asam keping
Gula Melaka
½ cawan minyak masak
Bahan kisar:
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
12 ulas bawang putih
3 inci kunyit hidup
2 inci halia
2 inci lengkuas
15 tangkai cili padi

CARA MASAKAN
Daging dihiris melawan urat. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar dan cili kisar dan serai sehingga naik bau. Masukkan daging dan masak atas api perlahan sehingga air daging kering. Masukkan santan, asam keping, garam dan gula. Bila hampir kering, masukkan kerisik. Setelah rendang kering yang dis**ai, masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus. Kacau rata dan tutup api.

15/06/2022

Hm Mimi sendiri pun tak kuat tgok menu kalini Kari Daging menu wajib Raya Mimi dan keluarga 🤤.

"Ok, Let's go!"

Bahan bahan:
900 gram daging (Topside)
50 gram rempah kari
1/2 kg santan segar
Rempah penumis - kayu manis, bunga lawang
5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu besar kerisik
Garam
Gula

CARA MASAKAN
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis, bawang bawang dan halia sehingga kekuningan. Masukkan rempah kari dan kacau laju laju sebelum dimasukkan sedikit air. kacau lagi sehingga rempah masak dan wangi. Masukkan daging kacau rata dan biarkan daging sebati dengan rempah. Masukkan air dan tutup supaya daging masak dan empuk. Setelah pecah minyak dan daging empuk, masukkan santan. Kacau rata. Setelah mendidih, masukkan pes asam jawa, kerisik, gula dan garam. Setelah terbit minyak,bolehlah ditutup api.

14/06/2022

Episod 7 Daging MEAT Mimi kalini adalah STEAK CITARASA MELAYU + AIR ASAM. Sebenarnya lebih kurang daging bakar je tapi mimi saja je nak dengar bagi nampak omputih gitu 😂

"Okay, Let's go!"

Bahan-bahan perapan daging :
Rump Steak
6 Ulas bawang putih (dikisar sehingga lumat)
2 inci halia (dikisar sehingga lumat)
Lada hitam (dikisar kasar)
Sos lada hitam (jika mahu)
Sos Perasa
¹⁄ Mentega / minyak zaitun
Mix herbs
Rosemary
Bahan-Bahan Air Asam :
2 cm belacan, dibakar
1 sudu besar kerisik
10 tangkai cili padi, dipotong nipis
1 sudu kecil sos ikan thai (optional)
1 biji tomato, hiris kasar
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 1/2 cawan pekatan air asam jawa
Garam
Gula

CARA MASAKAN DAGING :
1. Satukan semua bahan di atas kedalam satu bekas dan gaulkan pada daging sehingga
rata.
2. Perapkan ia selama 30 minit.
3. Panaskan butter atau minyak zaitun di atas pemanggang lalu bakarkan daging sehingga
ia menjadi lembut dan cukup masak.

AIR ASAM
1. Satukan air asam jawa dan belacan.
2. Masukkan hirisan bawang besar dan tomato, sos ikan, cili padi dan kerisik. Kacau sebati.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

13/06/2022

Hi guys! Mimi nak resipi yang you guys boleh prepare nanti. Hari ini kita masak Kari Tetel okay?

Okay, Let's go!

Bahan bahan:
1 kg daging tetel (Trimming 75cl)
1 kg santan pekat
75 gram rempah kari
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Kayu manis
1 asam keping
Garam
Gula
Daun kari
Ubi kentang

CARA MASAKAN
Tuang minyak yang agak banyak sesuai dengan jumlah rempah yang digunakan. Tumis rempah penumis dan bawang bawang serta halia yang dihiris sehingga naik bau. Tuangkan serbuk kari kering yang dicampur dengan air dan dikacau dengan pantas. Terus ditumis rempah dengan lama supaya rempah betul betul masak dan terbit minyak. Masukkan daging dan digaul sebati dengan rempah tadi. Masukkan ubi kentang dan daun kari dan terus masak sehingga daging agak empuk dan rempah terbit minyak lagi. Masukkan santan dan terus masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan mereneh dan terbit minyak. Bila kentang empuk, masukkan asam keping, garam dan gula. Sesuaikan kepekatan dan bolehlah ditutup api.

Nota:
Pesan mimi ialah tumis dengan minyak yang banyak sesuai dengan rempah yang digunakan. Tumis rempah lama lama dan pilih daging tetel dari daging lokal yang berkualiti tinggi.

Tahu tak korang sebenarnya daging lembu kaya denagn vitamin & mineral iaitu...
13/06/2022

Tahu tak korang sebenarnya daging lembu kaya denagn vitamin & mineral iaitu...

Address

Koya TV, Tower M 17-08, Empire City, Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana
Petaling Jaya
47820

Telephone

+60193085856

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Meat TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Meat TV:

Videos

Share