14/09/2024
Hello hello! Karangan Panjang Pro Max!
Mungkin korang ada tengok video event esport di satu sekolah baru-baru ini. Itu event sekolah OTG ah! Tapi event ini bukan satu event esports sahaja, tapi satu event experiment dengan satu objective yang specific iaitu, esport bukan sekadar pelajar bermain game.
Untuk event ini, ada beberapa segment yang OTG nak sentuh,
(1) Talent
Untuk caster bagi tournament ini, 100% semua game di cast oleh seorang murid/guru bersama dengan 1 professional caster. 3 murid dan 1 guru diajar dan di-train oleh J Hunter, Emi Mohammad dan Soultannn. Selama 1 Minggu, cara casting, apa yang perlu di lakukan ketika, sebelum dan selepas casting di ajar dengan teperinci oleh professional caster di discord, di livestream dan secara offline. Bagi host, seorang pelajar dimentor oleh esport host number 1 negara, Encik Flava sepanjang tournament ini.
(2) Admin
6 student dipilih untuk di ajar menjadi admin scrims untuk 2 Minggu oleh admin-admin SSS. Untuk menunjukkan kepentingan scrim dan admin-admin ini, 4 daripada 8 team dipilih secara rawak untuk diletakkan bawah SSS. Admin juga diajar untuk mencari coach, berurusan dengan coach secara online dan offline. Meraka menjadi orang tengah antara coach dan 4 pasukan ini. Coach yang terlibat termasuk, Xiaole, Ayman, Erinial dan Sagero. Semua coach ini adalah bekas Champions SSS HoK July dan August. Di tournament offline di Dewan sekolah, 6 admin ini adalah orang yang bukak room, yang communicate dengan marshall setiap team untuk membolehkan atur cara tournament berjalan lancar. Result experiment scrim SSS? 3 daripada 4 yang dipilih adalah top 4 tournament ini.
(3) Marshall dan Chaprone
8 pelajar dipilih untuk menjaga setiap team, pergerakan mereka, makanan mereka, dan apa-apa technical difficulties. Mereka berlapan di jaga dan dibrief dengan rapi oleh Luzra, head Marshall dari VSPO Malaysia dan Cikgu Raja. Pergerakkan team dan semua berkaitan dengan pasukan berjalan dengan cukup lancar dengan 8 orang MVP ini. Selain itu 3 pelajar di ajar cara handle KOL yang datang memeriahkan event ini termasuk MaxHaze, Fredo, Mija dan Syarizzler.
(4) Production
4 orang pelajar dipilih untuk berguru dengan Floor Manager, Lee Lok Pui, Producer, Yap Ji Kit, Sound Engineer, David Vimal dan LED panel dan light specialist, Tom Maqna. 4 pelajar ini di suruh menjadi assistant bagi 4 orang penting ini untuk membantu mereka dan belajar dari sifu-sifu ini.
(5) Media Day
Atas sebab kami harus ke sekolah lain untuk media day, pelajar kesana untuk photoshoot is a no no sebab mengganggu pembelajaran satu hari. Maka, satu guru penasihat di bawak untuk lebih memahami kepentingan media day bagi team esports. Cikgu Syam adalah punca video viral event ini tercetus.
(6) Planning
2 guru betukus lumus untuk menyediakan kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan semua pihak untuk jayakan event ini. Pengunnaan canva, photoshop dan sebagainya sangat intensive ketika planning event ini. Dr Rasyid dan Cikgu Thana salah satu MVP besar sepanjang event ini.
Untuk run event esport, banyak kerja dan orang yang diperlukan selain player. Banyak lagi yg OTG nak sentuh tapi Karangan nie dah panjang sangat.
Objective OTG, instead menharapkan panganjur luar untuk anjurkan event esports, setiap sekolah harus jadi satu penganjur dan cuba menjadi club esport sendiri. Macam pasukan bola. Tottenham ada club bola dia. Dia ada stadium Home dia sendiri. Setiap sekolah boleh dan mampu menjadi club dan penganjur. Mungkin scale sekolah OTG basar sikit but OTG hanya nak buat satu statement dengan event ini, iaitu, event sebegini boleh dilakukan !
Module esport peringkat sekolah tak perlu 100% focus pada player. Boleh focus pada pembanggunan esport menyeluruh yang memerlukan a different set of skills dan people. Biar student dan guru rancang. Bagi mereka belajar set of skill yang boleh buka lebih banyak peluang dalam esports bila mereka dah graduate. Saya harap event Lembah Subang Championship ini akan start a new wave untuk lebih banyak event di peringkat sekolah yang melibatkan student dan guru!
Next post, saya akan bagi beberapa penghargaaan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam Lembah Subang Championship dan clip clip casting, dan sebagainya.