Media Bersatu Malaysia

Media Bersatu Malaysia Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau BERSATU

Jangan Ketinggalan Berita Terkini Dengan Bersatu

subsc

06/11/2024

ππ„πŒπˆπ‹πˆπ‡π€π 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 : πŠπ„πŒπ„ππ€ππ†π€π πŠπ„πŒ π‡π€πŒπ™π€π‡ ππ”πŠπ“πˆ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 πƒπ€πŒπ€πˆ πŒπ”π‡π˜πˆπƒπƒπˆπ ππ„π‘π‰π€π˜π€

PEMILIHAN Bersatu yang diumumkan pada Ahad lalu ternyata mengecewakan beberapa penganalisis politik β€˜maha bijaksana’ apabila dalam komen mereka menyatakan keputusan itu tidak akan memberi banyak manfaat kepada parti tersebut.

Pada mulanya mereka meramalkan team pro Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan menguasai pemilihan Bersatu berikutan kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Ilman Idham sebagai Ketua Armada Bersatu.

Mereka juga memperlekehkan pelan damai Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencadangkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Timbalan Presiden dan menjadi β€˜Nujum Pak Belalang’ apabila menyatakan team pro Hamzah akan kalah teruk kepada team Azmin dalam pemilihan berkenaan.

Apabila keputusan diumumkan, mereka berdolak dalih p**a dengan menyatakan pemilihan Bersatu tidak akan memberi manfaat kepada parti tersebut memandangkan ramai muka lama dikekalkan termasuk di peringkat bahagian.

Tidak mengapalah, mereka boleh menganalisis dan menyatakan apa sahaja walaupun apa yang dihujahkan jauh lari daripada realiti politik dalam Bersatu. Mungkin mereka tidak cukup maklumat. Hakikatnya,pemilihan kali ini menyaksikan kem pro Hamzah menguasai hampir sepenuhnya kedudukan dalam parti itu sama ada bagi jawatan Naib Presiden, sayap mahupun Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Baca lanjut di

Baru baru ni tular satu video yang konon nya WAF memperlekehkan Tan Sri Presiden. Bagi saya semasa musim pemilihan ni, p...
01/11/2024

Baru baru ni tular satu video yang konon nya WAF memperlekehkan Tan Sri Presiden. Bagi saya semasa musim pemilihan ni, perkara biasa lah bila keluar benda benda begini dalam cubaan untuk β€œkill” pihak lawan.

Selepas langkah sheraton, kita semua sangat maklum parti kita BERSATU di ambang perpecahan. WAF mengambil langkah berani dengan menghadirkan diri ke sesi taklimat bersama Tan Sri Presiden dan dia juga menjemput rakan rakan Armada yang lain untuk turut serta untuk mendengar penjelasan daripada Tan Sri Presiden tetapi saudara Ashraf Mustaqim menolak pelawaan itu. Dari awal lagi WAF telah menunjukkan betapa setia dan taat nya beliau kepada Tan Sri Presiden dan bagaimana beliau membantu Tan Sri Presiden mendapatkan kembali sokongan ahli Armada yang pada ketika itu terumbang ambing tanpa hala tuju.

Sebagai orang yang mengikuti perkembangan WAF dari awal perjalanan karier politiknya, saya rasa agak tidak adil untuk saudara Ashraf Mustaqim untuk berkata tentang mempertahankan institusi Presiden ni bila mana semasa awal beliau jadi Perdana Menteri saudara Ashraf Mustaqim ni boleh dikatakan salah seorang yang lantang mengkritik prinsip perjuangan Tan Sri Presiden ketika itu.

Saya juga tak sangka kenyataan sebegini rupa boleh keluar dari mulut saudara Ashraf Mustaqim yang seperti kita tahu telah kalah dalam pemilihan BERSATU yang lepas tetapi WAF seorang pemimpin yang berjiwa besar telah panggil beliau ke rumah untuk berbincang dan melantik beliau sebagai Ketua Penerangan Armada demi penyatuan.

Ini lah contoh pepatah β€œmelepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit”

-Ahli Bersatu-

04/10/2024

PRR
Peja
Ronald
Radzi

04/10/2024

3R
Ronald
Rafiq
Razali

SHAH ALAM - Pembangkang membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi bayangan kerajaan akan...
02/10/2024

SHAH ALAM - Pembangkang membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi bayangan kerajaan akan menghentikan pemberian subsidi dalam sektor pendidikan kepada golongan mahakaya kerana mendakwa kelompok elit itu sebenarnya tidak peduli pun terhadap subsidi itu.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, ia kerana golongan mahakaya menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa yang yurannya puluhan ribu ringgit.

Katanya, golongan mahakaya tersebut tidak menghantar anak-anak mereka pergi sekolah berasrama penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

β€œBagi saya (kenyataan itu hanya) retorik murahan Perdana Menteri untuk menyerang dan melaga-lagakan kelas masyarakat di bawah dengan contoh yang tidak munasabah.

β€œGolongan mahakaya sebenarnya tidak mendapat manfaat dan tidak peduli pun mengenai SBP atau MRSM yang mendapat subsidi kerajaan ini. Jadi saya rasa tak betullah apa yang Perdana Menteri cakap itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Anwar pada Isnin dilapor memberi bayangan kerajaan akan menghentikan pemberian subsidi untuk membiayai pendidikan anak golongan mahakaya.

Menyifatkan tindakan membiarkan ketirisan subsidi besar seperti itu berterusan sebagai tindakan tidak adil, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menegaskan, dana berkenaan sepatutnya boleh diagih kepada golongan miskin.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Perdana Menteri mungkin tidak faham realiti sebenar golongan elit atau sengaja buat-buat tidak faham.

β€œJadi kalau perkara itu menjadi persoalan atau masalah, saya rasa cara Perdana Menteri menjelaskan tidak betul (kerana hakikat sebenarnya golongan mahakaya tidak terima manfaat subsidi pendidikan),” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, golongan mahakaya menikmati subsidi yang banyak antaranya menerusi bebas cukai kenderaan elektrik (EV) selain kadar cukai sifar peratus untuk β€˜pejabat keluarga’ atau firma pengurusan individu kaya di Forest City.

SHAH ALAM - Pembangkang membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi bayangan kerajaan akan menghentikan pemberian subsidi...

Pemuda Bersatu mendakwa golongan mahakaya tidak mengambil peduli isu subsidi pendidikan seperti yang dibangkitkan secara...
02/10/2024

Pemuda Bersatu mendakwa golongan mahakaya tidak mengambil peduli isu subsidi pendidikan seperti yang dibangkitkan secara "murahan" oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa golongan elit tidak menghantar anak ke sekolah atau institusi pendidikan kerajaan.

Pemuda Bersatu mendakwa golongan mahakaya tidak mengambil peduli isu subsidi pendidikan seperti yang dibangkitkan secara "murahan" oleh Perdana Menteri Anwar...

Wan Ahmad Fayhsal juga dakwa golongan kaya tidak hantar anak ke sekolah atau institusi kerajaanhttps://m.malaysiakini.co...
02/10/2024

Wan Ahmad Fayhsal juga dakwa golongan kaya tidak hantar anak ke sekolah atau institusi kerajaan

https://m.malaysiakini.com/news/721251?

Wan Ahmad Fayhsal juga dakwa golongan kaya tidak hantar anak ke sekolah atau institusi kerajaan

Address

Jalan PJS 52 TINGKAT 8 MENARA YAYASAN
Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Bersatu Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Media Bersatu Malaysia:

Share