Musalla Al-Abrar Taman Sri Seberang

Musalla Al-Abrar Taman Sri Seberang Surau Al-Abrar

Surau ini terletak didalam kawasan Taman Sri Seberang, Pendang.Surau ini turut dikongsi dengan penduduk-penduduk dari kawasan perumahan sekitar seperti dari Taman Selesa & Taman Murni

07/04/2020

TENTANG ARAK

Oleh: YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)

Pautan ke laman web: https://zulkiflialbakri.com/kalamuna-siri-5-tentang-arak/

Pandangan saya tentang arak adalah konsisten tanpa sebarang kompromi. Ianya adalah haram di sisi Islam. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” Surah al-Maidah (90)

Anda boleh merujuk penulisan-penulisan saya berkenaan arak semasa menjadi M***i Wilayah Persekutuan. Teguran dan nasihat saya adalah tulus ikhlas dari hati dan bukan memilih-milih. Arak atau minuman beralkohol bukan sahaja dilarang dalam Islam, malah ianya digambarkan dengan keburukan dan bahayanya dalam agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh dan lain-lain. Apalah erti kehidupan kita jika masing-masing tidak berpegang teguh dengan nilai-nilai yang diajarkan dalam agama?

Tragedi kemalangan jalanraya akibat mabuk bukanlah asing dalam dada akhbar di Malaysia. Ia akan kekal menjadi igauan ngeri rakyat Malaysia jika hal ini tidak diteliti dengan baik.

Berhubung surat yang tersebar berkenaan kilang arak yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan tersebut, umum sudah mengetahui natijahnya. Cuma, saya amat berharap ianya tidak lagi berlaku.

Mengapa saya tidak membuat apa-apa ulasan? Mereka yang mengenali saya sejak menjawat jawatan M***i Wilayah Persekutuan 6 tahun lalu, pasti faham akan sikap saya. Apabila Imam al-Syafie ditanya berkenaan suatu perkara, adakalanya beliau diam sejenak dan berfikir. Dikatakan kepadanya: “Tidakkah kau mahu menjawab?” Beliau membalas:

حَتَّى أَدْرِيَ الْفَضْلُ فِي سُكُوتِي أَوْ فِي الْجَوَابِ

Maksudnya: “Sehingga aku tahu kebaikan itu pada diamnya aku atau pada jawapanku.”

Hal ini bukan sahaja menggambarkan kebijaksanaan Imam al-Syafie dalam berfatwa, bahkan seni komunikasi ini juga boleh diterima pakai dalam apa jua keadaan yang sesuai. Tambahan p**a sekarang, sepatah jawapan sahaja sudah boleh diandaikan kepada 1001 kefahaman.

Justeru, apabila semua sudah mengetahui pendirian saya tentang arak, fahamlah bahawa apa sahaja berkaitan dengannya, saya tetap dengan tegas menolaknya.

Saya juga amat tidak selesa untuk menjawab bagi pihak kementerian lain. Boleh jadi jawapan saya tepat atau salah. Malah, saya juga tidak mengetahui adakah apa yang saya fahami, benar-benar seperti yang dikatakan orang atau sebaliknya.

Soalan-soalan yang berbaur kontroversi atau bertujuan melaga-lagakan saya dengan sesiapa sahaja, itulah yang terutamanya saya elakkan. Ini kerana, kalau saya tergesa-gesa menjawabnya, boleh jadi ia menjatuhkan maruahnya. Inilah antara pesan guru saya Syeikh Al-‘Allamah Dr. Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Al-Syanqiti.

Saya mengambil kecaknaan sebarang bentuk nasihat dan cadangan dari semua pihak terutamanya Ashab al-Samahah para M***i, cendekiawan Islam dan sesiapa sahaja. Nasihat itu akan saya semat pada hati sanubari ini dan cuba mencari jalan yang terbaik dalam menyelesaikannya. Terima kasih semua.

Saya doakan semoga kita semua saling nasihat menasihati sesama kita. Saya juga sedia mendengarnya mengikut kapasiti dan kemampuan yang saya ada dalam melaksanakan amanah yang cukup besar ini. Jazakumullahu khairal jaza’.
_ _ _

ABOUT ALCOHOL

By: YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Minister of Prime Minister Department (Religious Affairs)
Website link: https://zulkiflialbakri.com/kalamuna-siri-5-tentang-arak/

My opinion regarding alcohol is consistent without any compromise. It is haram (prohibited) in Islam. This is based on Allah SWT’s saying:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Meaning: “O you who have believed, indeed, intoxicants, gambling, [sacrificing on] stone alters [to other than Allah ], and divining arrows are but defilement from the work of Satan, so avoid it that you may be successful.” (Surah al-Maidah: 90)

You can refer to my articles regarding alcohol when I was the Federal Territory’s M***i. My advice was genuine from the heart and not selective. Alcohol or any alcoholic drinks are not only prohibited in Islam, but it is also even depicted for their disbenefits and harms in Hindu, Buddha, Christian, Sikh, and other religions. What is our life’s meaning if we do not hold fast to the values which are taught in religions?

Drunk-driving road accidents are not rare in Malaysia's newspapers. It will remain as nightmares for Malaysians if this matter is not being examined carefully.

Regarding the viral letter related to the alcohol factory which is allowed to operate during the Movement Control Order, everybody knew the result. However, I truly hope this will never happen again.

Why I did not make any comment? Those who know me since I held the Federal Territory’s M***i position for the past six years would understand my attitude. When Imam al-Syafie was asked about a matter, sometimes he paused for a moment and thought. It was said to him, “Don’t you want to answer?” He replied,
حَتَّى أَدْرِيَ الْفَضْلُ فِي سُكُوتِي أَوْ فِي الْجَوَابِ
Meaning: “Until I know the advantage is of my silence or my answers.”

This not only portrays Imam al-Syafie’s wisdom in giving fatwa but the art of communication can also be applied in any suitable situation. Especially nowadays, a mere word of an answer can lead to 1001 interpretations.

Thus, when everyone knows my opinion regarding alcohol, it is understood that whatever relates to it, I am still firmly against it.

I also feel uncomfortable to respond on behalf of other ministries. It could be that my response may be right or wrong. In fact, I am also not sure whether what I understand is truly parallel to what has been said by other people or not.

Controversial questions or questions with the purpose to make me argue with anyone are the kind of questions I would avoid. This is because if I were to answer them in a hurry, it could degrade my dignity. This is one of my teacher’s advice, Syeikh Al-‘Allamah Dr. Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Al-Syanqiti.

I do take note of any form of advice and suggestion from all parties especially Ashab al-Samahah of the other M***is, Islamic scholars, and also anyone. Those advice will always be put in my heart and try to find the best way possible to solve them. Thank you all.

I pray for us all to advise one another. I am also ready to listen following my capacity and capability to carry out this very great responsibility. Jazakumullahu khairal jaza’.

13/03/2020
14/01/2020

Adab dan Sunnah #12

Abu Hurairah radiallahu anhu berkata, "Allah akan merahmati seorang lelaki yang bangun dimalam hari kemudian melakukan solat, setelah itu dia membangunkan isterinya, dan isterinya pun ikut solat, tetapi jika isterinya tidak mahu bangun, maka dia memercikkan air ke wajah isterinya sampai isterinya mahu bangun. Demikian p**a Allah akan merahmati seorang wanita yang bangun di malam hari kemudian dia solat, kemudian dia membangunkan suaminya sampai suaminya ikut mengerjakan solat, tapi jika suaminya tidak mahu bangun, maka dia memercikkan wajah suaminya dengan air sampai dia bangun."

Hadis Riwayat An-Nasa'i

Adab dan Sunnah  #343Ibnu Abbas radiallahu anhu meriwayatkan bahawa Nabi sallallaahu alaihi wasallam bersabda,"Terdapat ...
09/12/2019

Adab dan Sunnah #343

Ibnu Abbas radiallahu anhu meriwayatkan bahawa Nabi sallallaahu alaihi wasallam bersabda,

"Terdapat lima doa yang pasti diterima doanya. Doa seorang yang dizalimi selagi dia tidak mengambil tindak balas ke atas orang yang menzaliminya. Doa seorang Haji selagi dia belum kembali ke kampung halamannya. Doa seorang Mujahid selagi dia masih berada di perbatasan. Doa seorang yang sedang sakit sebelum sembuh. Doa seorang saudaranya yang lain dibelakangnya yang dilakukan secara sembunyi."

Selanjutnya Baginda Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda,

"Diantara doa-doa tersebut yang paling cepat diterima ialah doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain secara tersembunyi."

Hadis Riwayat Baihaqi

Datuk M***i Wilayah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjawab surat oleh Adik Nadzrul❤️Bacaan sebagai menambah i...
05/12/2019

Datuk M***i Wilayah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjawab surat oleh Adik Nadzrul❤️

Bacaan sebagai menambah ilmu pengetahuan kita tentang saf solat 👍🏻

Assalamualaikum wbt.

Ke hadapan anakanda Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin Mat

Pakcik ada membaca surat anakanda yang ditularkan di media sosial. Ada yang tag pakcik di Twitter dan tanya berhubung kedudukan saf kanak-kanak dalam masjid/surau. Sebenarnya selaku M***i Wilayah Persekutuan, pakcik dah ulas isu ini lama dahulu, tahun 2016 dalam Bayan Linnas bertajuk Masjid dan Kanak-Kanak. Anakanda boleh klik di sini http://m***iwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1154-bayan-linnas-siri-63-masjid-kanak-kanak untuk membaca.

Ringkasnya, di dalam Sahih al-Bukhari, no. 380 terdapat sebuah hadith yang menceritakan tentang bagaimana Rasulullah SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik RA berada bersama-sama kanak-kanak kecil dan kemudian Rasulullah SAW solat bersama mereka.

Al-Imam al-Mawardi rahimahullah di dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir: “dan telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (di dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat.” (Lihat al-Hawi al-Kabir, 2/340).

Begitu juga kata al-Khatib al-Syarbini: “Kedudukan sebagaimana yang disebutkan (kanak-kanak di belakang) ialah apabila mereka semua datang pada waktu yang sama. Sekiranya kanak-kanak hadir terlebih dahulu, tidak boleh ditarik mereka bagi memberi laluan kepada lelaki dewasa. Ini sebagaimana jika mereka terlebih dahulu masuk ke saf pertama, maka sesungguhnya mereka lebih berhak, pada pendapat yang sahih. Ia sepertimana dinukilkan dalam Al-Kifayah daripada Al-Qadhi Husain dan selainnya. Beliau memperakukan hal tersebut. Ini kerana mereka (kanak-kanak) merupakan daripada jenis mereka (lelaki dewasa), tidak seperti khunsa dan wanita. Sesungguhnya kanak-kanak hanya diletakkan di belakang daripada lelaki dewasa sebagaimana kata Al-Azraie apabila saf lelaki tidak muat untuk mereka. Jika tidak, hendaklah disempurnakan. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/492)

Maknanya anakanda, tak salah apa yang anakanda buat tu. Bagus duduk dengan orang-orang dewasa. Belajar cara solat dengan lebih sempurna. Tahniah pakcik ucapkan. Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada budak-budak antara orang dewasa, cakap pada dia, M***i Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama’ yang kata begitu.

Secara umumnya, di bawah ini adalah keadaan saf mengikut bilangan makmum dan jantinanya.

1. Jika seorang imam bersama dengan dua orang ataupun lebih dari makmum lelaki, ataupun di belakang imam tersebut terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak maka keduanya berada di dalam satu saf di belakang imam.

2. Sekiranya seorang imam diikuti oleh dua orang makmum lelaki dan seorang perempuan, maka kedua orang lelaki tersebut berada dalam satu saf di belakang imam manakala perempuan tersebut berada di belakang keduanya.

3. Dalam keadaan ramainya makmum lelaki berserta perempuan dan juga kanak-kanak bersama imam maka kedudukan para makmum lelaki adalah di saf pertama atau kedua-dua saf yang paling hampir dengan imam. Kemudian kanak-kanak berada di belakang mereka. Manakala terdapat suatu pendapat di sisi para fuqaha bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa itu seorang kanak-kanak supaya dia dapat mempelajari pergerakan-pergerakan solat. (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27/36-37).

Kepada pihak masjid dan ibu bapa, ini cadangan saya:

1. Jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk di jaga serta mengganggu Jemaah, maka aulanya tidak di bawa ke masjid.

2. Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya. Saya syorkan dalam keadaan sebegini, ibu-bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.

3. Jika kanak-kanak mampu berdikari, aulanya diletakkan di saf kanak-kanak. Tetapi kanak-kanak tersebut telah berada di saf pertama sejak awal, tidak perlu menghalau mereka ke belakang.

4. Sayugia juga wujudnya penyelia yang mengawasi dan membimbing kanak-kanak di dalam saf dan solat mereka agar kanak-kanak dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin. Di samping itu, dia dapat menasihatkan kanak-kanak dari berbuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid.

Tahniah sekali lagi pakcik ucapkan kepada anakanda Nadzrul. Pakcik doakan anakanda sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha mendapatkan saf pertama setiap kali solat. Kalau jumpa pakcik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya. Ada hadiah untuk Nadzrul.

Yang benar,

Dato’ Seri. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
M***i Wilayah Persekutuan

KEMPEN SOLAT SUBUH BERJEMAAH SELURUH MALAYSIABERMULA ESOK, kita semua berhimpun untuk solat subuh berjemaah di masjid/su...
03/12/2019

KEMPEN SOLAT SUBUH BERJEMAAH SELURUH MALAYSIA

BERMULA ESOK, kita semua berhimpun untuk solat subuh berjemaah di masjid/surau masing-masing. Kita bangkit seperti negara yang bangkit hasil jemaah solat subuhnya seperti solat Jumaat.

Ayuh! Asal saja dia Islam akil baligh tak kira bangsa Cina, India dan lain-lain, tak kira negara, fahaman politik, persatuan, NGO, mazhab, tariqat, pemimpin tertinggi, rakyat biasa, guru, pegawai kerajaan, ustaz, m***i, petani, nelayan, peniaga, pencen, penganggur, selebriti, atlet, fakir, jutawan, pensyarah, mahasiswa, pelajar, pakar ekonomi, pakar IT, pakar politik, tentera, polis termasuk mereka yang sekarang aktif memperjuangkan agama Allah mengikut metod, fahaman & ideologi masing-masing. Beramai-ramai esok kita berhimpun solat subuh di masjid/surau masing-masing.

Kita mulakan apa jua perjuangan esok melalui solat subuh berjemaah!

Jika melalui politik & ekonomi pelbagai cara & helah musuh Islam ingin meranapkannya tapi melalui solat Subuh di masjid apa yang boleh mereka buat?

Hari ni kita isytiharkan diri kita bahawa kita bukan lagi berperang dengan musuh Islam tapi kita berperang dengan nafsu kita sendiri dengan pergi masjid menunaikan solat subuh berjemaah. Seterusnya meningkatkan ukhuwah sesama muslim dan syiar Islam akan makin berkembang.

Semoga dengan bermula subuh berjemaah membawa kepada berjemaah solat-solat fardhu yg lain. Apabila umat Islam seluruh Malaysia dapat istiqamah menunaikan solat subuh berjemaah, insyaAllah pertolongan Allah akan tiba untuk hamba-hambaNya. Aminn.

💚 MOHON DI SEBAR LUASKAN MESEJ INI KE DALAM GROUP MEDIA SOSIAL MASING-MASING💚

*foto Solat Subuh berjemaah semasa Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2019, Kuala Kangsar, Perak

03/12/2019

Adab dan Sunnah #337

Abu Razin radiallahu anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda,

"Tidakkah aku khabarkan kepadamu beberapa perkara asas yang mana kamu akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat? Hendaklah kamu duduk di dalam majlis-majlis ahli zikir, dan apabila kamu bersunyi diri hendaklah kamu menggerakkan lidah kamu setakat mana yang kamu mampu untuk berzikrullah."

Hadis Riwayat Baihaqi

Tazkirah Pagiبسم الله الرحمن الرحيمالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهاللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلمUjian ALLAH...
03/12/2019

Tazkirah Pagi

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Ujian ALLAH

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.

Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik.

Semoga bermanfaat 😊

Sumber : Whatsapp Group

12/11/2019

‎الحمد لله

‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّد

08/11/2019

Seorang lelaki pergi solat Jumaat di masjid. Dia lupa silentkan handphonenya dan berdering secara tiba-tiba sewaktu Imam sedang membaca khutbah. Imam sempat menyindirnya. Para jemaah menegurnya setelah solat kerana dia sudah mengganggu suasana dalam masjid. Dia merasa sangat bersalah

Sepanjang jalan p**ang ke rumah dia tengok semua orang tengok dia. Dia rasa sangat malu. Sejak itu, dia tidak pernah melangkahkan kakinya lagi ke masjid itu

Dan malam itu, dia pergi ke bar. Masih rasa gementar sebab first time. Dia tak sengaja menumpahkan minumannya di meja. Pelayan bar meminta maaf dan mencuci meja tersebut. Manager bar itu menggantikan minumannya

Manager tu juga memberikan pelukan dan berkata, "Jangan khuatir. Siapa je yang tak pernah buat salah?" Sejak saat itu, dia tidak pernah berhenti datang ke bar itu

Hikmah: Kadang-kadang sikap kita boleh menghantar jiwa-jiwa ke neraka. Janganlah kita memperlekehkan seseorang atas kesilapan atau dosa mereka

16/09/2019
‎الحمد لله‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ
04/09/2019

‎الحمد لله

‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ

“Sisters in Islam gagal mencabar fatwa pihak berkuasa agama Islam Selangor yang memfatwakan mereka sebagai sesat pada 20...
27/08/2019

“Sisters in Islam gagal mencabar fatwa pihak berkuasa agama Islam Selangor yang memfatwakan mereka sebagai sesat pada 2014.”

Jawatankuasa Fatwa Selangor mengeluarkan fatwa bahawa SIS sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam pada 17 Julai 2014.

26/08/2019

Dimana negara Islam? Untuk renungan dan iktibar kita bersama.

Address

Taman Sri Seberang
Pendang
06700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Musalla Al-Abrar Taman Sri Seberang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share