PKR Pendang Kedah

PKR Pendang Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PKR Pendang Kedah, Social Media Agency, Pendang.

21/12/2022
18/11/2022

Mahkamah telah mengarahkan ahli-ahli PAS membayar pampasan fitnah sehingga kini jumlah sebanyak RM2,080,150.

Terlampau Banyak Untuk Senarai Kesemuanya.

Antara senarai-senarai Fitnah PAS:

22 JUN 2016 - Pulau Pinang Larang Azan | Shaharuddin Ibrahim | YDP PAS
YDP PAS Padang Serai mohon maaf kepada DAP kerana fitnah DAP larang azan di Pulau Pinang.

17 JAN 2016 - Projek Rundingan Terus Penang | Nasrudin Tantatawi | Ahli Majlis Syura PAS & Ketua Penerangan
Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasrudin Tantatawi mohon maaf kepada Lim Guan Eng kerana fitnah projek rundingan terus Penang & bayaran ganti rugi RM10,000.

26 JAN 2017 - Khalid Samad Sokong Penjualan Arak | Hasan Ali | ADUN PAS
Hasan Ali di arah oleh mahkamah untuk membayar RM200,000 kepada YB Khalid Samad kerana memfitnah YB Khalid Samad menentang hukum syarak dan menyokong penjualan arak.

7 SEP 2018 – Terima Dana UMNO | Herman Samsudeen | Cybertrooper PAS
Cybertrooper PAS Herman Samsudeen memohon Maaf dalam Mahkamah kerana memfitnah Dato Mahfuz menerima dana UMNO.

1 FEB 2019 - PAS terima dana RM90 juta dari BN | Hadi Awang | Presiden PAS
Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Presiden PAS itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Hadi kemudian menarik balik kes itu dan diselesaikan luar mahkamah dengan Hadi membayar RM1.4 juta kepada Rewcastle Brown.

12 MAC 2019 - Wan Azizah Sokong LGBT | Rozi Muhamad | ADUN PAS
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tendong, Rozi Muhamad tampil memohon maaf secara terbuka selepas memuat naik tangkap layar berita palsu di Facebook yang memetik Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

26 JUN 2019 – Husam Terima Dana DAP & Tauke Judi | Wan Zawawi | CEO Kump**an Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
Wan Zawawi Wan Ismail (PAS) kalah saman kerana memfitnah Hj Husam Musa terima duit DAP dan Tauke Judi. Pemfitnah merupakan Ahli Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas Kelantan semasa tuduhan dibuat

2 SEP 2019 – Meluluskan Pesta Gay | Wan Asshima | Muslimah PAS
Muslimah PAS Wan Asshima terpaksa memohon maaf kepada YB Khalid Samad kerana fitnah meluluskan pesta Gay. YB Khalid tekad teruskan saman

21 NOV 2019 - Mujahid Tunggangan DAP | Dr Kamarul Zaman Yusof | Pensyarah UUM
Tuntutan saman fitnah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa terhadap pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusof diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dr Kamarul Zaman Yusof memohon maaf kerana memfitnah Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai kuda tunggangan DAP

3 FEB 2020 - Nizar Sokong Konsep Negara Sekular | Razman Zakaria | Pesuruhjaya PAS Perak
Pada 3 Februari 2020, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria diperintahkan oleh mahkamah membayar RM254,150 kepada bekas Menteri besar Perak, Nizar Jamaludin kerana memfitnah melalui kenyataan yang disiarkan akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Jun 2015 melalui rencana bertajuk “Pendekatan Nizar mirip DAP”.

26 FEB 2020 - "DAP anti-islam" | Syarhan Humaizi | Ketua Pemuda PAS Selangor
26 Februari 2020, Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi p**a diperintahkan bayar oleh mahkamah RM80,000 kepada wakil rakyat DAP, Teresa Kok Suh Sim kerana fitnah anti-Islam melalui akaun Facebook pada 2019.

9 JUL 2020 - Paulsen Menghasut membenci Islam | Mohamed Hafiz | Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang
Mahkamah persekutuan mengarahkan bekas ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed membayar ganti rugi RM100,000 kepada peguam Eric Paulsen kerana menfitnah berhubung penerbitan satu artikel berjudul ‘Jangan biar Eric Paulsen bebas tanpa perbicaraan’.

8 NOV 2021- Pemindahan Sport Toto di Pokok Sena | Sanusi Md Nor | Menteri Besar Kedah
November 2021, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, membayar ganti rugi RM50,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berhubung kenyataan fitnah melalui hantaran Facebook.

Pada 9 Oktober 2019, Mahfuz memfailkan saman itu berdasarkan hantaran yang dibuat oleh Muhammad Sanusi dalam akaun Facebooknya pada 30 Julai 2019, yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan itu.

22 SEP 2022 - Husam Seleweng Tanah | Masri Che Yusoff | Ahli Dewan Ulama PAS
Ahli Dewan Ulama PAS Che Masri kalah Saman Fitnah terhadap Husam Musa berhubung tuduhan Seleweng Tanah.

30 AUG 2022 - Aset Tabung Haji Di Jual Kepada Orang Bukan Islam | Ahmad Dusuki | AJK Dewan Ulama PAS
September 2022, bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Ahmad Dusuki Abd Rani perlu membayar kos sebanyak RM11,000 kepada Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa apabila mahkamah menolak saman fitnah Dusuki.

Saman fitnah oleh Dusuki difailkan rentetan ciapan Mujahid pada 22 Nov 20202 selepas tersebarnya video ceramah Ahmad Dusuki yang mendakwa aset TH dijual kepada orang bukan Islam.

NOV 2022 - Undi BN/PH Masuk Neraka | Mohd. Shahiful Mhd. Nasir | Ketua Pemuda Pas Kawasan S*k
Dalam satu ceramah, Shahiful telah mengeluarkan kenyataan pengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka.

Selepas dikecam, beliau menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf.

Berita Penuh:
https://www.malaysiakini.com/news/346307
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2016/01/115624/guan-eng-nasharuddin-selesai-kes-luar-mahkamah
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/06/443175/kes-saman-fitnah-khalid-samad-selesai
https://malaysiadateline.com/mahfuz-fail-saman-terhadap-herman-tuntut-gantirugi-rm500-ribu/
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cek-hadi-awang-kepada-clare-tulen-peguam-199950
https://www.malaysiakini.com/news/467578
https://www.malaysiakini.com/news/590447
https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=38702
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-saman-fitnah-selesai-kamarul-zaman-mohon-maaf-kepada-mujahid-191713
https://www.malaysiakini.com/news/499682
https://www.sinarharian.com.my/article/71608/berita/mahkamah/teresa-menang-saman-terhadap-ketua-pemuda-pas-selangor
https://www.malaysiakini.com/news/533713
https://origin.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/885108/mb-kedah-diarah-bayar-rm50000-kerana-fitnah-mahfuz
https://www.malaysiakini.com/news/431399
https://www.sinarharian.com.my/article/219043/berita/semasa/mahkamah-tolak-saman-fitnah-rm1-juta-ahmad-dusuki-terhadap-hazmi
https://www.utusan.com.my/berita/2022/11/isu-undi-bn-ph-masuk-neraka-ketua-pemuda-pas-sik-mohon-berehat/

09/11/2022

Seseorang yang menyebarkan fitnah ini mempunyai niat dan berkehendak kepada sesuatu yang bernilai seperti meraih sesuatu jawatan penting, politik, kedengkian kejayaan seseorang dan lain-lain.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda maksudnya: "Cukuplah seseorang dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya." (Hadis Riwayat Muslim)

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/11/07/fitnah-anwar-bawa-agenda-lgbt-amanah-perak-kecam-calon-pas/

08/11/2022

Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim diarah untuk membela diri bagi 13 kes melibatkan pengubahan wang haram serta pertuduhan rasuah.

Kronologi Kes & Perbicaraan:

16 JANUARI 2019:
Azeez Rahim Didakwa dengan tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta dari Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah, yang merupakan seorang pengarah di Menuju Asas Sdn Bhd untuk membantu syarikat infrastruktur jalan raya mendapatkan projek kerajaan melalui rundingan langsung dan tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia yang bernilai RM644,480,000.00.
Azeez turut didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram yang menyalahi undang-undang berjumlah hampir RM140 juta daripada beberapa buah syarikat antara Mac 2010 dan Ogos 2018.

18 OKTOBER 2019:
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 28 November untuk pendengaran permohonan pendakwaan untuk memindahkan tiga kes rasuah Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim berjumlah RM5.2 juta serta sembilan pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM140 juta dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

12 DISEMBER 2019:
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi menetapkan 13 hari bermula 16 hingga 20 Mac; 1 hingga 3 April ; 18 hingga 20 Mei serta 29 dan 30 Jun 2020 untuk perbicaraan. imbalan Pendakwa Raya Adam Mohamed memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil sekurang-kurangnya 30 saksi pendakwaan.

22 JUN 2020:
Azeez Rahim dan abangnya Abdul Latif menarik balik rayuan masing-masing terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk memindahkan kes mereka dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

19 OGOS 2020:
Saksi: Isteri dan anak Azeez adalah pemegang saham dan pengarah dalam empat syarikat disiasat SPRM. Syarikat itu ialah Menuju Asas Sdn Bhd, Azman Azeez Properties (M) Sdn Bhd, Azeera Management Consultants (M) Sdn Bhd dan Azeera Properties (M) Sdn Bhd.

18 DISEMBER 2020:
Saksi kelima memberitahu mahkamah beliau menerima permohonan daripada Penguasa Bahagian Siasatan SPRM untuk mendapatkan maklumat Toyota Vellfire berwarna putih milik Abdul Azeez bagi membantu siasatan.
Saksi turut mengesahkan cetakan maklumat JPJ bertajuk 'Maklumat Terperinci Kenderaan dan Insurans' atas penama Abdul Azeez bertarikh 24 April 2019.

12 MAC 2021:
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tolak permohonan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim batalkan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan perkara itu selepas mendapati pertuduhan adalah sempurna dan tidak cacat.

26 OGOS 2022:
Mahkamah Rayuan sekali lagi menangguhkan keputusannya berhubung rayuan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram ke satu tarikh lain, apabila bekas pengerusi Tabung Haji itu tidak sihat kerana menghidap gastroenteritis akut sejak 2 pagi dan telah pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan.

5 SEPTEMBER 2022:
Azeez Abdul Rahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram. Keputusan sebulat suara itu yang dibacakan oleh Hakim Abu Bakar turut memerintahkan perbicaraan kes Abdul Azeez di Mahkamah Sesyen diteruskan bagi sembilan pertuduhan itu. Bagaimanapun panel membenarkan rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji itu bagi membatalkan empat pertuduhan pengubahan wang haram.

Kronologi Penuh:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-kes-rasuah-pengubahan-wang-haram-azeez-rahim-379526

https://www.benarnews.org/malay/berita/my-azeez-mahkamah-190116-01162019165452.html

https://www.malaysiakini.com/news/496432

https://www.utusanborneo.com.my/2022/09/05/abdul-azeez-kekal-hadapi-9-pertuduhan-4-tuduhan-pengubahan-wang-haram-dibatalkan

https://selangorkini.my/2022/09/abdul-azeez-lepas-tanpa-bebas-sembilan-tuduhan-rasuah-gubah-wang-haram/

https://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2022/09/azeez-rahim-lepas-tanpa-bebas-3-tuduhan-rasuah-6-tuduhan-pengubahan-wang-haram/

08/11/2022

3 November 2022

LATIFF AHMAD ADALAH KENALAN PERNIAGAAN JAYA SUDHIR YANG PERNAH TERBABIT DALAM PELBAGAI KONTROVERSI SKANDAL BESAR

Selasa lalu, saya telah memfokuskan kepada sebuah syarikat bernama JSD Corporation Pte. Ltd. yang dinamakan di dalam Laporan Audit Forensik sebagai syarikat yang menerima bayaran untuk khidmat teknikal untuk projek-projek pertahanan laut negara.

Audit dalaman BHIC (anak syarikat Boustead yang dilantik menjadi kontraktor utama projek LCS) menunjukkan bahawa bayaran dibuat kepada JSD Corporation Pte. Ltd. sedangkan tiada bukti khidmat berlaku.

Apatah lagi, Laporan Audit Forensik juga merumuskan bahawa latar belakang syarikat ini menunjukkan ia tidak ada kena mengena dengan kepakaran untuk membina kapal perang.

Satu nama yang sering disebut-sebut oleh pimpinan kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pemberi maklumat (yang terlibat di dalam peringkat awal perancangan projek LCS) sebagai salah satu watak yang turut mendapat laba dari projek LCS ialah seorang ahli perniagaan Malaysia yang bernama Jaya Sudhir Jayaram.

Jaya Sudhir bukanlah nama yang asing bagi mereka yang pernah berurusan dengan kontrak-kontrak besar negara. Rekodnya menunjukkan dia ada hubungan dengan ahli-ahli politik di Malaysia dan Sri Lanka; serta pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Contohnya, carian di internet menunjukkan dia pernah dikaitkan dengan skandal-skandal berikut:

1. Jaya Sudhir pernah ditangkap di Sri Lanka kerana cuba menyeludup keluar wang berjumlah USD100,000 (bersama-sama anaknya) yang melanggar undang-undang Sri Lanka

Sumber:
https://www.newsfirst.lk/2018/01/02/jaya-sudir-jayaram-sri-lanka-video/

2. Akibat dari kegiatan perniagaannya dengan tokoh-tokoh berprofil tinggi di Sri Lanka, pihak media di sana telah menjalankan pelbagai siasatan, termasuk mendedahkan penglibatannya di dalam skandal jual beli minyak mentah dengan Iraq di bawah sekatan perdagangan PBB (dikenali sebagai oil for food).

Sumber: Sunday Times, Sri Lanka (24 Disember 2017)
https://www.pressreader.com/sri-lanka/sunday-times-sri-lanka/20171224/281509341553525

Siasatan Sunday Times dan media antarabangsa mengenai peranan Jaya Sudhir Jayaram di dalam skandal jual beli minyak dengan merasuah Kerajaan Iraq dan melanggar undang-undang Malaysia mendedahkan perkara-perkara berikut:

- Jaya Sudhir dan dua lagi rakan perniagaannya yang dinamakan di dalam siasatan Jawatankuasa Siasatan Bebas (The Independent Inquiry Committee into the United Oil-for-Food Programme) telah dituduh merasuah rejim Saddam Hussein sehingga USD10 juta untuk mendapat kontrak membeli minyak mentah dari Iraq di bawah skim itu

- Dua lagi rakan perniagaannya yang dinamakan itu adalah pemilik Mastek Sdn Bhd (syarikat yang didedahkan terlibat dalam skim merasuah rejim Saddam Hussin) adalah Noor Aishah Mahmood (adik ipar Tun Abdullah Badawi, bekas Perdana Menteri) dan Faek Ahmad Sharef (bekas suami Noor Aishah)

- Modus operandi Jaya Sudhir dalam skim-skim seperti ini termasuklah mewujudkan syarikat-syarikat palsu (shell company) seperti Keppel Oil

3. Dalam kontroversi terkini, Jaya Sudhir juga dinamakan sebagai watak utama yang cuba mendapatkan konsesi Kerajaan Malaysia untuk mengendalikan aplikasi MySejahtera.

Laporan di portal Code Blue (https://codeblue.galencentre.org/2022/03/28/mysj-to-get-mysejahtera-intellectual-property-licensing-for-rm338-6mil-from-app-developer/), sebuah portal berkenaan isu-isu kesihatan telah menamakan Jaya Sudhir dan anak-anaknya seperti berikut:

- Syarikat yang dikawal Jaya Sudhir (melalui dua anaknya iaitu Johnathan Jaya Sudhir dan Gregory Jaya Sudhir) iaitu P2 Aset Management Sdn Bhd adalah salah satu pemegang saham dalam MySejahtera Sdn Bhd.

- MySejahtera Sdn Bhd adalah syarikat yang akan mengambil alih aplikasi MySejahtera dari pembangun asalnya. Setelah pengambil alihan, MySejahtera bebas memasuki perjanjian konsesi dengan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan lagi penggunaan aplikasi MySejahtera (sama ada dibayar oleh Kerajaan Malaysia atau dikomersialkan).

- Sebagai salah satu pemegang saham dalam MySejahtera, P2 Aset Management Sdn Bhd yang dikawal oleh Jaya Sudhir telah menyaman pemegang-pemegang saham lain dalam pertelingkahan korporat (corporate dispute)

- Jaya Sudhir juga dilantik sebagai Ketua Pembangunan Perniagaan (Chief Business Development Officer) MySejahtera yang sudah tentu akan merundingkan sebarang konsesi dan perjanjian dengan Kerajaan Malaysia

Oleh sebab-sebab inilah saya berminat untuk menyiasat penglibatan Jaya Sudhir di dalam skandal LCS kerana nama beliau disebut-sebut sebagai salah satu orang penting oleh pegawai-pegawai tertinggi TLDM.

Satu syarikat yang disebut dikaitkan dengan Jaya Sudhir adalah JSD Corporation Pte Ltd yang telah dinamakan sebagai penerima bayaran khidmat teknikal oleh BNS bagi khidmat yang tidak wujud.

Apatah lagi nama syarikat JSD adalah tepat dengan akronim nama Jaya Sudhir.

Semakan dengan pendaftar syarikat di Singapura menunjukkan nama Jaya Sudhir tidak ada dalam daftar pemegang saham atau pengarah, iaitu modus operandi yang diketahui telah digunakan sebelum ini dalam skandal-skandal lain.

Oleh itu, walau pun nama Jaya Sudhir tidak ada secara rasmi di dalam JSD Corporation Pte Ltd, saya beranggapan perkara ini perlu disiasat dengan lebih mendalam oleh pihak berkuasa memandangkan rekodnya yang terbabit dalam banyak skandal besar negara dan modus operandi yang licik sebelum ini.

Apatah lagi, apabila ada bukti bahawa Jaya Sudhir rapat dengan Latiff Ahmad melalui pegangan mereka di dalam sebuah syarikat yang turut dinamakan di dalam Laporan Audit Forensik LCS iaitu Mega P Asia Sdn Bhd.

Latiff Ahmad merupakan pemegang saham asal di dalam syarikat ini yang mendapat pelbagai kontrak-kontrak pertahanan laut dari anak-anak syarikat Boustead, termasuk untuk membekalkan tenaga kerja kepada projek-projek di bawah Boustead.

Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bagaimana kedua-dua anak Jaya Sudhir iaitu Johnathan Jaya Sudhir dan Gregory Jaya Sudhir telah menggantikan Latiff Ahmad dan adiknya Abdul Aziz Ahmad sebagai pengarah-pengarah di dalam Mega P Asia Sdn Bhd pada 10 March 2020 (iaitu sekitar tarikh selepas berlakunya Sheraton Move dan Latiff menyertai Jemaah Menteri).

(semak carian SSM yang dilampirkan bersama)
https://drive.google.com/file/d/1nhHRnfKmhXAQUC9zz8nILom0ItvgPf9S/view?usp=share_link

Berdasarkan bukti-bukti ini, ia jelas menunjukkan talian hubungan di antara tokoh-tokoh politik dan ahli perniagaan yang mempunyai rekod buruk seperti Jaya Sudhir.

Hakikat bahawa Jaya Sudhir terkait di dalam tiga skandal besar negara setiap satu dekad (2000 – 2010 semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi, 2010 – 2020 di dalam skandal LCS dan kini 2020 – 2030 di dalam skandal MySejahtera) menunjukkan bagaimana berpengaruhnya kroni-kroni di belakang tabir seperti ini.

Dengan pendedahan ini, saya menunggu:

1. Maklum balas Latiff Ahmad setelah bukti demi bukti ditunjukkan bagaimana dia adalah watak penting di dalam skandal LCS melalui hubungan perniagaan dengan Alizes Marine Ltd dan kini Jaya Sudhir

2. Maklum balas dari Jaya Sudhir mengenai pendedahan ini

RAFIZI RAMLI

Pakatan Harapan telah memansuhkan dasar senarai hitam kepada lebih 400,000 peminjam yang tidak dapat keluar negara dan m...
02/11/2022

Pakatan Harapan telah memansuhkan dasar senarai hitam kepada lebih 400,000 peminjam yang tidak dapat keluar negara dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan.



31/10/2022
Calon intelektual untuk Pendang 👏👏👏
29/10/2022

Calon intelektual untuk Pendang 👏👏👏

29/10/2022

Calon HARAPAN utk Parlimen Pendang adalah Dato Dr Datozul Mohamad seorang usahawan luar biasa yg berjaya dan intelektual.

Sepanjang highway kita boleh lihat wajahnya🤩
Tanjak berkebolehan dan prihatin kepada komuniti setempat.

Perihal komuniti sekitar beliau sudah menonjol sejak 3 tahun kebelakangan ini.

Tak salahhh..
Tak rugiiii…
Undilah ❎ PH demi agama,banga dan negara.

Ayuh Pendang
28/10/2022

Ayuh Pendang

Dari Rafizi Ramli6 Oktober 2022BATAL SURAT NIAT ANUGERAH KONTRAK MERIAM SPH KEPADA SYARIKAT ADA KAITAN ANAK MENTERISaya ...
25/10/2022

Dari Rafizi Ramli
6 Oktober 2022

BATAL SURAT NIAT ANUGERAH KONTRAK MERIAM SPH KEPADA SYARIKAT ADA KAITAN ANAK MENTERI

Saya berterima kasih kepada Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin Hussin yang memberi maklum balas positif mengenai pendedahan kontrak pembekalan meriam artileri SPH berjumlah RM834 juta.

Saya telah mendedahkan bagaimana keputusan Kerajaan Persekutuan melantik MA Analytics Sdn Bhd, sebuah syarikat setahun jagung untuk dianugerahkan kontrak ini secara rundingan terus adalah bertentangan dengan kehendak pertahanan negara. Kementerian Pertahanan secara jelas memohon supaya kontrak ini dibuat secara tender terhad supaya spesifikasi pertahanan dapat dipenuhi pada harga yang terbaik untuk negara.

Kenyataan Hishamuddin itu mengesahkan bahawa keputusan Kerajaan Persekutuan memberi tender secara rundingan terus itu adalah benar. Jawapan beliau semalam hanyalah menyebut bahawa kontrak itu tidak muktamad kerana masih dirundingkan.

Masalahnya, jika keputusan Kerajaan Persekutuan melalui Surat Niat tidak dibatalkan segera, kontrak itu masih lagi akan diberikan kepada MA Analytics Sdn Bhd. Yang mungkin berubah hanyalah harga akhir yang dibayar oleh rakyat.

Oleh itu, saya menyambut baik kenyataan Hishamuddin dengan menggesa supaya keputusan melantik MA Analytics Sdn Bhd secara rundingan terus dibatalkan dengan segera. Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan hendaklah kembali kepada proses tender terhad seperti yang disarankan oleh Kementerian Pertahanan mengikut spesifikasi persenjataan yang telah ditetapkan oleh Angkatan Tentera Darat.

Apatah lagi dalam keadaan MA Analytics Sdn Bhd nampaknya didalangi oleh pihak-pihak berkepentingan yang ada kaitan dengan Timbalan Menteri Pertahanan sendiri, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz. Ahli Parlimen Tanah Merah ini menang atas tiket UMNO tetapi melompat menyertai BERSATU selepas PRU14.

Semakan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan siasatan ke atas individu-individu terbabit dalam MA Analytics Sdn Bhd menunjukkan pemilikan bersama syarikat-syarikat dengan anak Ikmal Hisham iaitu Ikmal Hadzlan bin Ikmal Hisham dan isteri Ikmal Hisham iaitu Datin Seri Norihan Ayob.

Saya akan menunjukkan bukti-bukti pemilikan bersama yang mengesahkan bahawa MA Analytics Sdn Bhd adalah syarikat kroni berkait dengan Timbalan Menteri Pertahanan esok.

Saya pasti Hishamuddin sedia maklum mengenai perkara ini.

Jika dia benar-benar prihatin mengenai kepentingan pertahanan negara, wajarlah dia mengambil tindakan sebagai Menteri Pertahanan membatalkan Surat Niat kepada MA Analytics Sdn Bhd dengan segera.

Saya juga menunggu maklum balas dari Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz mengenai pendedahan ini.

RAFIZI RAMLI

Address

Pendang
06750

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKR Pendang Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Nearby media companies