Mamu Jarum

Mamu Jarum Penyampai Cerita Cepat Dari Berita

Kemas Kini Gangguan Bekalan Air Berjadual Januari 2024.Kerja sedang berjalan seperti yang dijadualkan di Loji Rawatan Ai...
10/01/2024

Kemas Kini Gangguan Bekalan Air Berjadual Januari 2024.

Kerja sedang berjalan seperti yang dijadualkan di Loji Rawatan Air Sungai Dua.

Kerja-kerja penukaran injap yang dibuat di Loji Rawatan Air Sungai Dua.Harap semua rakan-rakan Mamu bersabar dan sentias...
10/01/2024

Kerja-kerja penukaran injap yang dibuat di Loji Rawatan Air Sungai Dua.

Harap semua rakan-rakan Mamu bersabar dan sentiasa jimatkan penggunaan air sebelum bekalan dipulihkan secara berperingkat tidak lama lagi.

Dah simpan ayaq ka belum kawan-kawan Mamu ?Kredit Foto: Pemilik Asal
07/01/2024

Dah simpan ayaq ka belum kawan-kawan Mamu ?

Kredit Foto: Pemilik Asal

JKM, IMIGRESEN TOLONG KUTIP SAT DEPA NI..Foto diambil di hadapan sebuah bank di Bandar Perda.Mamu rasa perempuan tu warg...
07/01/2024

JKM, IMIGRESEN TOLONG KUTIP SAT DEPA NI..

Foto diambil di hadapan sebuah bank di Bandar Perda.

Mamu rasa perempuan tu warga Rohingya dan dia jadikan anak kecil sebagai modal untuk raih simpati orang ramai.

Sangat tak bertanggungjawab cara depa ni..kesian budak tu dibiaq terbaring di kaki lima dengan keadaan tidak terurus..

Bukan sahaja menggangu laluan dan menyebabkan keadaan semak, kehadiran depa ni juga menyebabkan orang ramai tak selesa bila nk berurusan di bank tu..

Mohon pihak berkuasa ambik tindakan segera sebelum lebih ramai puak depa ni buat s**a hati depa ja termasuk mengekplotasi budak-budak untuk tujuan raih pendapatan.

Mercu tanda kebanggaan Penang di penghujung 1970an...Bangunan Pencakar Langit Yang Paling Tinggi di Pulau Mutiara sedang...
06/01/2024

Mercu tanda kebanggaan Penang di penghujung 1970an...

Bangunan Pencakar Langit Yang Paling Tinggi di Pulau Mutiara sedang dalam pembinaan...

Banyak kenangan yang masih tersimpan pabila mengunjungi tempat ini yang menarik ketika itu...Namun tidak sekarang!!

Kredit: Abdul Johar

Kebakaran sebuah gudang menyimpan barangan kitar semula di Tingkat Perusahaan Perai, petang tadi.
06/01/2024

Kebakaran sebuah gudang menyimpan barangan kitar semula di Tingkat Perusahaan Perai, petang tadi.

PORT OOTD TERBARU DI SUNGAI ARA
06/01/2024

PORT OOTD TERBARU DI SUNGAI ARA

05/01/2024

SELAMAT HARI SABTU BUAT SEMUA KAWAN-KAWAN MAMU

PORT SARAPAN MANA YANG SEMPOI CUBA HABAQ MAI..

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang membenarkan semua sekolah di negeri itu mengikuti pengajaran dan pembelajar...
05/01/2024

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang membenarkan semua sekolah di negeri itu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) susulan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 10 Januari ini.

Mamu singgah solat Jumaat kat Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda tengah hari tadi..Masuk ja di bahagian...
05/01/2024

Mamu singgah solat Jumaat kat Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda tengah hari tadi..

Masuk ja di bahagian tepi masjid blah kanan (dekat kontena klinik zakat) Mamu dok dengaq suara budak-budak hingaq...Entah apa yang depa bersembang waktu khatib dok baca khutbah.

Mamu mula nak tegur tapi bila Mamu dok tengok jemaah lain macam reda ja dengan kelaku budak-budak tu.. Mamu ubah fikiran.

Mungkin depa pikiaq kehadiran budak-budak tu mengimarahkan masjid pon dah cukup baik..daripada depa dok melepak tak tentu hala.

Mata Mamu tiba-tiba tertarik dekat bahagian tangga berhampiran pintu masuk masjid..semua kasut jemaah tersusun kemas..Mamu rasa ni mesti kerja budak-budak hat dok riuh kat atas tu..

Terus Mamu rasa bangga dengan budak-budak ni...Mamu doakan hangpa terus kekal imarah masjid..Lepas ni boleh tekun dengaq khutbah dan solat dengan tertib bersama jemaah lain..

05/01/2024

MAMU JARUM KEMBALI...

29/09/2023

Seramai sembilan individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menculik seorang wanita warga Indonesia yang juga isteri kepada seorang kontraktor, tiga minggu lalu.

Tertuduh ialah Mohamad Noor Shahrizuan Hashin, Tan Gim Chun, C. Youganathan, Elaine Gooi Swee May, Lok Wai Lun, Haffizan Samsudin dan Noorazlin Mat Kasa serta dua warga Indonesia iaitu Yussuf Bahtiar Dan Agong Laksono.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa bersama-sama menculik seorang wanita warga Indonesia berusia 36 tahun dengan tujuan menuntut wang tebusan sebanyak RM540,000 di sebuah blok di Pangsapuri Sri Aman, Paya Terubong di sini, kira-kira pukul 7 pagi, 7 September lalu.

Sumber: Abg Siasat AA

Sebuah van yang membawa pelancong dari Singapura telah terbabas lalu jatuh kedalam cerun bukit dengan kedalaman hampir 2...
24/09/2023

Sebuah van yang membawa pelancong dari Singapura telah terbabas lalu jatuh kedalam cerun bukit dengan kedalaman hampir 20 kaki di Jalan Teluk Kumbar, Bukit Genting Balik Pulau sebentar tadi.

Difahamkan terdapat 9 orang mangsa di dalam van berkenaan dan kerja - kerja menyelamat mangsa sedang dilakukan oleh pas**an bomba.

TERBAIK KOPERAL SIVA...KPL Siva merupkan anggota MPV IPD Timur Laut dalam perjalanan balik rumah setelah Tamat Tugas,Tel...
11/06/2023

TERBAIK KOPERAL SIVA...

KPL Siva merupkan anggota MPV IPD Timur Laut dalam perjalanan balik rumah setelah Tamat Tugas,Telah menyedari kemalangan jalan Raya Yang baru sahaja beberapa saat baru berlaku,yang melibatkan (2) buah M/Sikal bertembung sesama sendiri dalam arah bertentangan jalan Di jalan Air Itam / Dato Kramat.

Mangsa merupkan Seorang lelaki berbangsa malayu dan seorang uncle tua warga emas berbangsa cina .

Kedua mangsa mengalami kecedraan parah . Memandangkan Kpl Siva di lokasi semntara menungu bantuan anggota bertugas lain,beliau telah memberikan pertolongan terlebih dahulu, beliau segera memaklumkan kpd Gerakan IPD T/LAUT mengenai keadaan tmpat kejadian dan butir2 kedua mangsa dan jenis kecedraan,Dan beliau juga telah menghubungi 999 untuk meminta bantuan ambulance sebanyak 2 buah Dan terangkan secara teperinci butir2 mangsa, keadaan terkini mangsa Dan butir2 kecedraan mangsa.

Beliau juga telah menolong manjaga aliran lalu lintas supaya jalan Raya tidak jem.

HANYA MEREKA YANG BERANI BOLEH BUAT KERJA NI..
18/05/2023

HANYA MEREKA YANG BERANI BOLEH BUAT KERJA NI..

GAGAL SELUDUP MASUK TIKUS SALAIJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan PemeriksaanMalaysia (MAQIS) Negeri Pulau Pinang berjay...
18/05/2023

GAGAL SELUDUP MASUK TIKUS SALAI

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan
Malaysia (MAQIS) Negeri Pulau Pinang berjaya mengagalkan cubaan membawa masuk tikus salai tanpa kebenaran di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Pengarah MAQIS Pulau Pinang, Muhammad Ikram Bin Abd Talib berkata, rampasan itu dilakukan hasil kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Ia berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas JKDM dan pemeriksaan oleh pegawai MAQIS
Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Tikus Salai itu dijumpai semasa pemeriksaan bagasi terhadap seorang penumpang dari negara Vietnam. Perbuatan mengimport keluaran hasilan haiwan tanpa permit yang sah adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh di hukum dibawah Seksyen 11(3), Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

PUSAT HIBURAN KENA HANTAM...Seramai 124 diperiksa dan 66 daripadanya ditahan kerana positif dadah ketika serbuan polis d...
18/05/2023

PUSAT HIBURAN KENA HANTAM...

Seramai 124 diperiksa dan 66 daripadanya ditahan kerana positif dadah ketika serbuan polis di sebuah pusat hiburan di George Town malam tadi..

11/05/2023

Kebakaran rumah kedai di Kuantan Road

07/05/2023

Amboi makin meriah no geng-geng anak anto merempit...

Jaga-jaga ada mata yang memerhati...Takut nanti kena sorong motor sambil nyanyi lagu negaraku ja awai-awai pagi..

TUNGGANG DENGAN SELAMAT, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG...

Mayat Lelaki Kurang Upaya (OKU) yang ditemui rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Jalan Seri Bahari, pada...
14/04/2023

Mayat Lelaki Kurang Upaya (OKU) yang ditemui rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Jalan Seri Bahari, pada Rabu telah dikenal pasti.

Jesteru, polis meminta kerjasama orang ramai yang mengenali Mat Zin Awang, 60 tahun yang alamat terakhir di Flat Farlim, Bandar Baru Ayer Hitam agar menghubungi Balai Polis Sentral di talian 04-2645522 untuk membantu siasatan.

Assalammualaikum semua . . Raya nak dekat dah kan...Jom shoot dengan Caystudio…. Kami menyediakan 10 konsep shoot raya t...
09/04/2023

Assalammualaikum semua . . Raya nak dekat dah kan...

Jom shoot dengan Caystudio….
Kami menyediakan 10 konsep shoot raya tahun nie….. Caystudio bukak booking sehingga hari raya tau…..
Baik book cepat takot penuh nanti ☺️☺️
Slot Terhad🤭🤭🤭

Studio kami bertempat di
Nibong tebal 3 minit dari bandar parit buntar
Boleh waze di “cay studio image” yang di nibong tebal tau

Tekan link bawah ni
http://Wasap.my/60173005476/ShootRaya
http://Wasap.my/60173005476/ShootRaya
http://Wasap.my/60173005476/ShootRaya

Di Malaysia ni bukan je harga Yahudi, tanah kubur Yahudi pun ada..Tanah perkuburan Yahudi yg terletak di tengah Bandaray...
06/04/2023

Di Malaysia ni bukan je harga Yahudi, tanah kubur Yahudi pun ada..

Tanah perkuburan Yahudi yg terletak di tengah Bandaraya George Town, Pulau Pinang ini merupakan yg tertua di Asia tenggara, berusia 188 tahun.

Dibuka pada 1835 dengan keluasan 38,087 kaki persegi, ia terletak di Jalan Zainal Abidin, yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Yahudi.

Terdapat kira-kira 107 kubur yang terletak di tanah perkuburan itu, dengan batu nisan terbaru bertarikh 2011, milik David Mordechai iaitu seorang pengurus hotel dan merupakan etnik Yahudi terakhir. Sekaligus tiada lagi Yahudi asal di Pulau Pinang setelah kematiannya.

Bila sebut Yahudi jgn laju nk kecam je, ada Yahudi yg baik yg taat pd ajaran kitab sprti Yahudi Ortodoks. Yahudi Ortodoks ni sgt benci Yahudi zionis krna menindas penduduk Palestin..

𝗞𝗘𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗕𝗔 𝗞𝗗𝗬𝗠𝗠 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜-𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗗𝗬𝗠𝗠 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗜𝗦𝗨𝗥𝗜 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚 𝗞...
06/04/2023

𝗞𝗘𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗕𝗔 𝗞𝗗𝗬𝗠𝗠 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜-𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗗𝗬𝗠𝗠 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗜𝗦𝗨𝗥𝗜 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

Syukur Alhamdulillah buat penjawat awam Pulau Pinang
06/04/2023

Syukur Alhamdulillah buat penjawat awam Pulau Pinang

JUAI 'TEBU PAHIT' UNTUK GENG PLASTIK HITAMPenguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang berjaya menemui...
05/04/2023

JUAI 'TEBU PAHIT' UNTUK GENG PLASTIK HITAM

Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang berjaya menemui sejumlah air ketum yang dipercayai dijual kepada geng plastik hitam (kaki ponteng puasa) dalam operasi hari ni...

Bersalin dalam flight Singapore Airlines, divert flight ke Penang Airport. Lucky boy
05/04/2023

Bersalin dalam flight Singapore Airlines, divert flight ke Penang Airport. Lucky boy

Polis Pulau Pinang menjangkakan lebih 2.4 juta kenderaan akan memasuki negeri itu sepanjang cuti sambutan Tahun Baharu C...
20/01/2023

Polis Pulau Pinang menjangkakan lebih 2.4 juta kenderaan akan memasuki negeri itu sepanjang cuti sambutan Tahun Baharu Cina, pada tahun ini.

PADAH GUNA TEKONG DAN KRU WARGA ASINGAgensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menah...
19/01/2023

PADAH GUNA TEKONG DAN KRU WARGA ASING

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim
Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan sekitar jam 3.15 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, Maritim Malaysia telah memeriksa sebuah bot nelayan tempatan kelas C ketika melaksanakan rondaan OP PERTIWI.

Bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Hutan Melintang, Perak itu ditahan di kedudukan 28.4 batu nautika barat daya Pulau Kendi.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot dikendalikan oleh seorang tekong dan tiga kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun di mana
kesemuanya tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta melanggar syarat sah lesen bot.

Kena viral baru ada tindakan. Jangan lah pentingkan diri sendiri. Terbaik netizen 👍Lalu kat group Whatsapp, katanya di H...
19/01/2023

Kena viral baru ada tindakan.

Jangan lah pentingkan diri sendiri. Terbaik netizen 👍

Lalu kat group Whatsapp, katanya di Hospital Sultanah Bahiyah dekat laluan ke rehab & physiotherapy.

Kesiannyer la pakcik ni nk lalu tak dapat disebabkan motor-motor parking ses**a hati.

Sumber: Twitter

🏮 Tokong Kek Lok Si bermandi cahaya...  Percikan bunga api mengindahkan Tokong Kek Lok Si yang terletak di atas Bukit Ai...
18/01/2023

🏮 Tokong Kek Lok Si bermandi cahaya...

Percikan bunga api mengindahkan Tokong Kek Lok Si yang terletak di atas Bukit Air Itam yang berusia 132 tahun pada upacara pencahayan perhiasan tanglung malam ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Lebih daripada 10,000 tanglung tradisional Cina, ribuan lampu neon dan LED dipasang di tokong Buddha sebagai menyambut ketibaan Tahun Arnab pada 22 Januari ini.

📸 Ariff Sarbri/ BERNAMA

Address

Penang Island

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mamu Jarum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mamu Jarum:

Videos

Share

Nearby media companies



You may also like