Media rakyat Kepala Batas

Media rakyat Kepala Batas Dapatkan berita terkini mengenai media-rakyat KEPALA BATAS

πŠπŽπƒ π“π€π“π€π‹π€πŠπ”: ππ‹π€π“π…πŽπ‘πŒ πŒπ„πƒπˆπ€ π’πŽπ’πˆπ€π‹ πƒπˆππ„π‘πˆ π“π„πŒππŽπ‡ 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegask...
13/11/2024

πŠπŽπƒ π“π€π“π€π‹π€πŠπ”: ππ‹π€π“π…πŽπ‘πŒ πŒπ„πƒπˆπ€ π’πŽπ’πˆπ€π‹ πƒπˆππ„π‘πˆ π“π„πŒππŽπ‡ 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan bahawa penyedia platform media sosial diberi tempoh sebulan untuk memberikan maklum balas berkaitan kod tatalaku. Pendaftaran dengan MCMC juga diwajibkan bagi tujuan pelesenan. Ia bertujuan untuk memastikan peraturan atau kod tatalaku tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan & adil bagi semua pihak yang terlibat.

Sebagai contoh, penyedia media sosial perlu responsif terhadap sebarang aduan yang diterima daripada pengguna & sekiranya gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan.Secara keseluruhannya, ini adalah usaha kerajaan untuk mewujudkan persekitaran media sosial yang lebih selamat & bertanggungjawab.


PEMILIHAN U MOBILE SEBAGAI PENYEDIA RANGAKAIAN 5G MELALUI PROSES TENDER BUKAN β€˜DIRECT AWARD’Keputusan Suruhanjaya Komuni...
13/11/2024

PEMILIHAN U MOBILE SEBAGAI PENYEDIA RANGAKAIAN 5G MELALUI PROSES TENDER BUKAN β€˜DIRECT AWARD’

Keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memilih U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G Kedua Malaysia adalah melalui proses tender dan ianya tidak bertentangan dengan syarat khas lessen bagi suatu lessen individu.

Kerajaan melalui MCMC telah melaksanakan pemilihan melalui proses β€˜beauty contest’ atau proses tender bukannya secara β€˜direct award’.Pemilihan U Mobile adalah berdasarkan kepada beberapa faktor seperti rancangan perniagaan dan teknikal dikemukakan serta rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada pemilihan syarikat ini adalah sumbangan kepada projek Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) dan projek penaiktarafan 4G. U Mobile juga telah memberi komitmen untuk mengurangkan pegangan asing kepada 20 peratus,bagi memastikan kawalan yang lebih besar oleh rakyat Malaysia dan mengundang penyertaan daripada pelabur tempatan.

BELANJAWAN 2025: PELUNCURAN PELAN TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA MENGANGKAT DARJAT DAN MARTABAT BUMIPUTERAPeluncuran Pe...
31/10/2024

BELANJAWAN 2025: PELUNCURAN PELAN TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA MENGANGKAT DARJAT DAN MARTABAT BUMIPUTERA

Peluncuran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera oleh PM Anwar Ibrahim merupakan langkah penting dari kerajaan untuk mengangkat darjat dan martabat Bumiputera.Kerajaan telah memperuntukkan RM2.3 bilion dalam Belanjawan 2025 untuk menyokong ekonomi Bumiputera dengan melibatkan beberapa agensi.

Sejumlah RM800 juta untuk pembiayaan di bawah MARA dan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera termasuk untuk menyokong artisan tempatan. Selain itu kerajaan memperuntukkan RM1.3 bilion kepada kontraktor G1-G4 Bumiputera untuk melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana.RM200 juta juga disediakan untuk Skim CAKNA 2 untuk kontraktor G1-G4 menyiapkan projek berskala kecil kerajaan bernilai sehingga 1.5 juta ringgit.

Dengan pelan yang menyeluruh dan berfokus kepada keperluan Bumiputera, Belanjawan 2025 ini dapat membantu mengangkat martabat dan memajukan ekonomi mereka secara berkesan pada masa hadapan.



29/10/2024

Belanjawan 2025 Malaysia MADANI | Kecerdasan Buatan (AI)

Tahun hadapan, pendidikan berkaitan AI akan diperluas ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan 50 juta ringgit, meningkat ketimbang 20 juta tahun ini



JAUHI SENTIMEN PELAMPAU DALAM SETIAP KAUMMalaysia dikagumi rakyat di negara Asia terutama India, Bangladesh dan Pakistan...
10/10/2024

JAUHI SENTIMEN PELAMPAU DALAM SETIAP KAUM

Malaysia dikagumi rakyat di negara Asia terutama India, Bangladesh dan Pakistan kerana kemampuan mengekalkan keamanan dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keharmonian yang dikecapi rakyat Malaysia pada hari ini adalah hasil daripada sikap kerajaan yang membuka ruang untuk mendengar dan berbincang permasalahan setiap rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

Anwar mahu rakyat mengekalkan keamanan di negara ini dengan menjauhi serta tidak terpengaruh dengan golongan disifatkan sebagai pelampau, khususnya apabila sesuatau tuntutan kepada kerajaan belum dipenuhi.Media juga memainkan peranan dalam menyampai mesej yang tepat kepada rakyat. tiada unsur β€˜pilih bulu’ dalam membuat liputan berhubung isu dalam sesuatu kaum.

Usaha kerajaan dalam memenuhi tuntutan setiap kaum wajar dikongsi di dalam mana-mana media agar rakyat tahu bahawa kerajaan tidak pernah berat sebelah dalam memberikan mana-mana bantuan kepada setiap kaum di Malaysia.




Address

Taman Penaga Jaya
Penaga
13100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media rakyat Kepala Batas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Nearby media companies


Other Penaga media companies

Show All