Kedai Buku Kita

Kedai Buku Kita Kami adalah penjual dan pengedar buku-buku Islami
(1)

Sedang cari rumah di area Kajang? Ini insya Allah pilihan terbaik buat anda.
24/01/2024

Sedang cari rumah di area Kajang? Ini insya Allah pilihan terbaik buat anda.

Apartment for sale for RM 223,000 at Kajang, Selangor. Size 836 sq.ft. 3 bedrooms, 2 bathrooms, Facilities: Security, Playground, Parking, Minimart, Barbeque area, Lift, Swimming Pool.

Salam sahabat Home Owners. Kalau nak jual rumah boleh hubungi saya. Insya Allah saya akan bantu sahabat semua. Boleh hub...
24/01/2024

Salam sahabat Home Owners. Kalau nak jual rumah boleh hubungi saya. Insya Allah saya akan bantu sahabat semua. Boleh hubungi saya di talian di bawah:
www.wasap.my/60148207111/nakjualrumah/

20/12/2022
19/11/2022

7 SEBAB KENAPA PENGUNDI JERANTUT KENA PILIH DATO PROF HASSAN PRU15 INI.

1. MUSLIM YANG JAGA SOLAT DAN TAAT
Beliau adalah seorang muslim yang soleh dan baik Insya-Allah. Sepanjang mengenali beliau, Dato' seorang yang sangat menjaga solat dan sentiasa menjadi imam kepada kami sepanjang tempoh berkempen.

Saya secara peribadi meyakini hakikat bahawa seseorang yang amanah dengan Allah, Insya-Allah akan amanah dengan tanggungjawab sesama manusia. Sekiranya persoalan solat pun tidak selesai, maka s**ar untuk kita meyakini bahawa seseorang itu akan amanah dengan amanah yang datang dari manusia.

2. MEMILIKI AKHLAK YANG MULIA.
Dato' seorang yang mulia akhlaknya. Walaupun beliau pernah menjawat jawatan yang sangat tinggi iaitu sebagai seorang Naib canselor tetapi tidak pernah sombong ataupun angkuh di dalam pergaulan dengan masyarakat.

Beliau sentiasa tersenyum dan menyantuni masyarakat dengan lunak dan santun. Komen-komen beliau pun sangat positif dan membina. Aura yang tercetus adalah aura positif dan harmoni. Dato' juga seorang yang mudah didekati dan seorang pendengar yang baik.

Ini menepati ciri-ciri kepimpinan yang dianjurkan oleh Islam iaitu kepimpinan melalui qudwah Hasanah.

3. REKOD PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG

Calon yang menawarkan diri mewakili tuan² dan puan² adalah seorang calon yang terbukti memiliki track rekod yang cemerlang sepanjang perkhidmatan beliau. Beliau pernah diamanahkan sebagai Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu (UniSZA). Sebelum itu diamanahkan sebagai Timbalan Naib Canselor USIM.

Dengan pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang pendidikan khususnya Pengajian Tinggi ini, terbukti Dato' berjaya melaksanakan amanah kepimpinan dengan cemerlang. Memimpin sebuah universiti bukannya mudah, dengan bajet ratusan juta setahun dan staf yang ramai serta ribuan mahasiswa dibawahnya. Namun Dato' terbukti cemerlang dalam memikul amanah tersebut.

4. MEMILIKI KELAYAKAN YANG DIPERAKUKAN

Kelayakan akademik dan profesional Dato' cukup cemerlang. Bukan setakat memiliki PhD tetapi juga seorang Profesor Universiti. Ini menggambarkan kebijaksanaan dan kemantapan daya intelektual beliau. Mendapat gelaran Profesor bukannya mudah, namun Dato' berjaya mendapat gelaran ini. Untuk makluman, gelaran Professor adalah anugerah tertinggi yang paling berprestij di sesebuah universiti.

Ini tentunya merupakan satu pengiktirafan di atas kecemerlangan akademik beliau yang diperakukan sendiri oleh universiti.

5. SEORANG ILMUWAN YANG DIJEMPUT BERTANDING OLEH BAKAL PERDANA MENTERI INSYA-ALLAH.

Dato' Hassan merupakan salah seorang daripada 7 individu yang di pilih boleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding mewakili Pakatan Harapan. Ketujuh-tujuh individu ini bukanlah daripada jalur parti politik tetapi merupakan individu yang memiliki rekod yang cemerlang serta outstanding dalam bidang masing-masing.

Dato' Hassan kemungkinan dipilih kerana kecemerlangan beliau memimpin dan mentadbir universiti.

Adakah pemilihan ini merupakan gambaran awal bahawa beliau bakal dipilih sebagai calon Menteri Pengajian Tinggi yang baru sekiranya Pakatan Harapan diberi mandat oleh rakyat untuk memimpin negara esok.

6. BAKAL MENTERI KPT?

Pengundi di Jerantut Mungkin terfikir-fikir adakah calon yang dibawa ini merupakan calon yang bakal dilantik sebagai seorang Menteri oleh Perdana Menteri yang baru.

Soalan ini tiada siapa yang boleh menjawabnya tetapi kita boleh menjangkakan bahawa berasaskan kepada latar belakang dan kecemerlangan beliau di dalam memimpin sebuah Universiti, maka kemungkinan untuk ianya berlaku adalah sesuatu yang tidak mustahil.

7. BUKAN SEORANG AHLI POLITIK KEPARTIAN

Kehebatan Dato' adalah kecemerlangan perkhidmatan sebagai pemimpin universiti. Semua orang tahu Dato' bukannya seorang pemegang jawatan utama dalam mana-mana parti politik.

Ini bermakna beliau bukanlah seorang ahli politik yang dilahirkan melalui jalur parti politik sepertimana ahli-ahli politik lain yang bertanding.

Keunikan ini menjawab persepsi negatif masyarakat kepada ahli politik. Acapkali rakyat mengaitkan ahli politik sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan sentiasa tidak menepati janji.

Nah,...DSAI menghantar kepada anda seorang yang bukan berlatarbelakangkan ahli politik namun memiliki latar belakang kecemerlangan perkhidmatan pentadbiran dan kepimpinan unggul sebagai wakil kepada anda di parlimen Jerantut ini.

Bagi saya, ini adalah satu penghormatan kepada pengundi di Jerantut, selain ianya memberi satu pilihan terbaik kepada rakyat yang sudah bosan dengan ahli-ahli politik yang sentiasa manis di bibir namun s**ar untuk menepati janji.

RUMUSAN
Semoga tuan-tuan dan puan-puan pengundi di parlimen Jerantut akan menilai dan mempertimbangkan segala hujah-hujah yang saya kemukakan di atas. Semoga ianya membantu tuan-tuan dan puan-puan di dalam membuat keputusan insya-allah.

Akhirnya, apalah sudi kiranya pada kali ini tuan-tuan cuba membuat sedikit perubahan dengan memberi satu undi tuan-tuan dan puan-puan kepada calon Pakatan Harapan Parlimen Jerantut iaitu Datuk Profesor Dr Hassan Basri.

Selamat mengundi dan selamat membuat perubahan.

Hanapi Jusoh.
1155 malam

04/10/2022

Kuliah maghrib - Maqasid Syariah - Hifz Al Din.

01/08/2022

*KHIDMAT NASIHAT PERCUMA UNTUK BAKAL JEMAAH HAJI TAHUN 2023*
_Kami di PERWIRA HOLIDAYS SDN BHD akan menyediakan wadah untuk membantu umat Islam bagi memudahkan bakal jemaah Haji berurusan serta memperlengkapkan diri untuk menunaikan Haji pada tahun 2023. Kami merasa terpanggil untuk membantu bakal jemaah supaya tidak terperangkap dalam kes penipuan haji sebagaimana yang sering berlaku saban tahun_

*Berapa bayaran untuk khidmat nasihat ini?*
_Percuma._

*Bagaimana bentuk wadah yang akan disediakan oleh Perwira Holidays Sdn Bhd?*
1️⃣ _Mengumpulkan bakal jemaah dalam satu group whatsapp._
2️⃣ _Melayan persoalan-persoalan jemaah berkaitan dengan urusan Haji 2023._
3️⃣ _Memberi peringatan kepada jemaah tarikh-tarikh untuk membuat rayuan haji, membuat passport, mengambil suntikan/vaksin dan semua aspek pengurusan haji._
4️⃣ _Menghubungi jemaah dengan kadar segera apabila terdapat kuota-kuota tambahan yang ditawarkan oleh Tabung Haji pada saaat-saat akhir._

😭😭😭😭 _*Sebanyak 2,500 kuota tambahan haji tidak dipenuhi pada tahun 2022 gara-gara kegagalan jemaah membuat persediaan di saat-saat akhir.*_

*Bolehkan bakal jemaah yang masuk dalam group ini menyertai Pakej Asas Muassasah bersama dengan Tabung Haji?*
_Sangat-sangat boleh. Apabila bakal jemaah mendapat tawaran Haji oleh Tabung Haji, maka bakal jemaah boleh membuat pilihan sama ada ingin menyertai Pakej Tabung Haji (Muassasah) atau ingin menyertai Syarikat Swasta menggunakan kuota Tabung Haji._

*Apakah nama syarikat yang mendapat lesen untuk membawa jemaah haji menggunakan kuota Tabung Haji pada tahun 2023?*
_Masih menjadi rahsia, kerana Tabung Haji akan melantik/mengumumkan syarikat-syarikat yang dilesenkan sekitar bulan Syaaban pada tahun semasa._

*Berapa harga pakej kalau berminat menyertai pakej swasta?*
_Berdasarkan harga pada tahun 2022, jemaah perlu mempunyai wang sekurang-kurangnya RM50,000. Bagaimana pun harga pakej berubah-ubah pada setiap tahun bergantung kepada berbagai faktor._

*Apa kelebihan menyertai pakej swasta?*
_Secara amnya kelebihan yang bakal dinikmati oleh bakal jemaah ialah:_
1️⃣ _Potensi dapat menunaikan haji lebih awal berbanding menunggu giliran sebagaimana tarikh yang dicadangkan oleh Tabung Haji semasa pendaftaran Haji._
2️⃣ _Potensi untuk menunaikan haji pada tahun 2023 sangat besar kerana lazimnya terdapat kuota tambahan di saat-saat akhir._
3️⃣ _Pilihan hotel yang lebih selesa dan dekat._
4️⃣ _Menikmati pilihan bilik hotel yang lebih privacy iaitu bilik berdua, bertiga, berempat dan seumpamanya._
5️⃣ _Menikmati makan secara buffet di restoren hotel sepanjang di Tanah Suci berbanding dengan makan secara bungkus._
6️⃣ _Mendapat layanan yang lebih sempurna oleh petugas/Mutawwif memandangkan syarikat swasta perlu mematuhi piawaian dan kualiti tertentu yang ditetapkan oleh Tabung Haji._
7️⃣ _Bergerak dalam rombongan yang lebih kecil dan lebih selesa._

*Bagaimanakah caranya bakal jemaah berhasrat untuk menyertai GROUP SANTUNI HAJI PERWIRA 2023 ini?*
_Bakal jemaah boleh menghubungi
*UST DR NIK RAHIM NIK WAJIS*
*0148207111*

untuk dimasukkan ke dalam Group Whatsapp *SANTUNI HAJI 2023*_

_Atau untuk lebih memudahkan bakal jemaah, sila klik pautan berikut:_

*_www.wasap.my/60148207111/SANTUNIHAJI2023_*

‼️ Istimewa untuk anda‼️Program Minggu Keusahawanan Dan Kewangan Islam (MIKKI)📆Tarikh : 19/6/2022🗓️Hari : Ahad⏰Masa: 10....
18/06/2022

‼️ Istimewa untuk anda‼️

Program Minggu Keusahawanan Dan Kewangan Islam (MIKKI)

📆Tarikh : 19/6/2022
🗓️Hari : Ahad
⏰Masa: 10.00 AM - 11.30 AM
🖥️Platform : Fb SPI USIM

BICARA ILMIAH : “SYARIAT BERNIAGA DALAM ISLAM”

🔖 Panel
PROF MADYA DR NIK RAHIM BIN NIK WAJIS
(Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang- Undang, USIM serta seorang
penulis buku popular “KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN”)

SAVE THE TIME 🗓️📌

📌 TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR USIM DAN ORANG AWAM

✅Penceramah Professional
✅ Penyertaan adalah percuma

📍 E-Tullabiyyah Direkodkan

▶️Link pendaftaran
https://forms.gle/vfVuX8SyXuKubWfL6

📞Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
👨🏻 Khairul Azman: http://www.wasap.my/0199257948

Program ini anjuran Biro Ekonomi dan Keusahawanan, Sekretariat Pusat Islam USIM 21/22 , dengan kolaborasi 2 buah persatuan iaitu :

⭐ Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia,

⭐ Rakan Siswa Yadim

Alhamdulillah...eBook saya yang ke 35 baru saja siap. Ebook ini berkisar tentang sejarah hidup saya yang saya kongsikan ...
15/06/2022

Alhamdulillah...eBook saya yang ke 35 baru saja siap. Ebook ini berkisar tentang sejarah hidup saya yang saya kongsikan dengan sahabat semua. Moga ada suatu yang bermanfaat untuk semua. Ameen..
http://drnikebookparadise.com/N_ShowDetails.aspx...

17/09/2021

Mana lagi best dan menguntungkan? Simpan duit di Tabung Haji atau beli emas? Perbandingan 10 tahun.

31/08/2021
Salam sahabat. Sempena Ramadhan al Mubarak ini saya wakafkan 3 buah ebook tulisan saya bernilai RM50.00  (2 buah berasal...
07/05/2021

Salam sahabat. Sempena Ramadhan al Mubarak ini saya wakafkan 3 buah ebook tulisan saya bernilai RM50.00 (2 buah berasal dari buku fizikal) yang diterbitkan sendiri oleh syarikat saya NAM Publications. Untuk dowload ebook sila ke - http://www.drnikrahim.com/2021/05/wakaf-ebook-untuk-dimanfaatkan-oleh.html - Moga bermanfaat insya Allah.

Salam sahabat semua,Moga dirahmati Allah setiap masa. Dah lama saya pendam. Nak sangat kongsi dengan sahabat semua "Kenapa Saya Tidak ...

JOM SERTAI BENGKEL EBOOK "CONFIRM JADI" - BECJA KALI KE 8.26.12.2020 (AHAD)BENGKEL TERHANGAT MASA KINI!!BENGKEL TERAKHIR...
24/12/2020

JOM SERTAI BENGKEL EBOOK "CONFIRM JADI" - BECJA KALI KE 8.
26.12.2020 (AHAD)
BENGKEL TERHANGAT MASA KINI!!
BENGKEL TERAKHIR PENUTUP TIRAI 2020!
10 SEBAB, Kenapa Anda patut serta bengkel ini?
1. Anda akan diajar bagaimana anda boleh menulis dengan cara mudah dan pantas meskipun anda bukan seorang penulis.
2. Anda akan diajar kaedah berkesan memasarkan ebook anda secara PECUMA!
3. Anda juga akan diajar cara membuat format ebook, cara pantas merancang penulisan (proposal), cara membuat cover ebook dalam masa 10 minit dan cara menukar kepada ebook cover dalam format 3D.
4. Anda juga akan ditunjukkan kaedah mudah untuk menjadi penerbit buku dan ebook.
5. Anda akan diajar cara untuk dapatkan ISBN dan E-ISBN secara PERCUMA.
6. Anda juga akan ditunjukkan cara untuk memohon gran kerajaan sehingga RM9,000.
7. Anda juga akan diajar RAHSIA menulis ebook secara sangat pantas (31 ebook dalam masa 8 bulan)
8. Ada juga akan diajar cara menulis secara PANTAS tanpa menggunakan tangan.
9. Anda juga akan diajar cara membina kamus dalam bahasa Melayu menggunakan word.
10. Anda juga akan dianugerahkan sijil yang comel sebagai tanda kejayaan anda menamatkan pengajian melalui BECJA.
JADI TUNGGU APA LAGI?
DAFTAR SEKARANG! HANYA RM150.00 @ RM100 JIKA MENDAFTAR SECARA BERKUMPULAN (5 ORANG KE ATAS).
HANYA TERHAD KEPADA 10 PESERTA SAHAJA!
SAPA CEPAT DIA DAPAT.
Untuk menjamin tempat anda, sila buat bayaran ke akaun di bawah:
MAYBANK - NIK RAHIM NIK WAJIS - 1643 1528 0141
Sila hantar bukti pembayaran anda ke nombor di bawah:
018 369 4793 atau 018 356 3832

Alhamdulillah...syukur kepada Allah SWT. E-Book saya yang ke 30 kini berada di pasaran. Bagi sahabat yang inginkan pandu...
18/11/2020

Alhamdulillah...syukur kepada Allah SWT. E-Book saya yang ke 30 kini berada di pasaran. Bagi sahabat yang inginkan panduan yang lengkap dan komprehensif tentang penulisan e-book dan pemasaran dipersilakan mendapatkan e-book ini.
E-book ini juga kongsikan cara-cara bagaimana untuk menjadi penerbit, mendaftar di SSM dan kaedah untuk mendapatkan E-ISBN untuk e-book tulisan anda.
Jangan lepaskan peluang ini.
Nota: E-Book bernilai RM35 ini diberikan secara PERCUMA kepada semua peserta Bengkel E-Book Confirm Jadi Insya Allah.

http://www.drnikebookparadise.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=ED2071

E-Book - Confirm Jadi - adalah e-book ke 30 Dr Nik Rahim bin Nik Wajis. E-book ini mengandungi pandu

BENGKEL PENULISAN E-BOOK - CONFIRM JADI.Salam sahabat. Saya percaya ramai dari sahabat yang mempunyai pengalaman menarik...
16/11/2020

BENGKEL PENULISAN E-BOOK - CONFIRM JADI.
Salam sahabat.
Saya percaya ramai dari sahabat yang mempunyai pengalaman menarik untuk dikongsikan atau ada kemahiran tertentu atau ilmu-ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak dan keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat amnya.
Ilmu yang bermanfaat akan menjadi saham yang sangat berguna buat kita di akhirat nanti.
Nabi SAW bersabda:
"Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia".
Namun ramai yang tidak tahu macamana nak kongsikan ilmu dan pengalaman mereka secara lebih mudah dan kekal yang boleh dimiliki untuk selama-lamanya.
Ya! e-book adalah kaedahnya.
Curahkan segala ilmu dan pengalaman dalam e-book. Tak tahu caranya? mari sini saya tunjukkan caranya.
Alhamdulillah kini saya sudah mempunyai lebih dari 30 e-book dan saya percaya sedikit pengalaman ini dapat membantu sahabat semua untuk menulis dan memiliki e-book.
Saay berjanji untuk membantu sahabat semua hingga memiliki e-book sendiri selepas bengkel ini.
Jom Mendaftar!
Saya hanya akan menerima 10 orang sahaja untuk satu sesi. Sapa cepat dia dapat!
Jangan tangguhkan niat anda untuk mencurah ilmu kepada masyarakat. Esok belum tentu akan hadir.
Daftar sekarang!
Untuk menempah tempat anda, pohon membuat bayaran ke akun di bawah:
Maybank - Nik Rahim Nik Wajis - 1643 1528 0141.
Setelah sahabat membuat pembayaran, sila wasap bukti bayaran ke 018 3563832. Sila piliha tarikh yang bersesuaian dengan sahabat semua.
Syukran.
Akhukum Fillah
Dr Nik Rahim.
13.11.2020.

E-Book terhangat di pasaran.Lady Made of Steel (Siri 1)Ebook ini menceritakan pengalaman penulis sebagai ibu tunggal yan...
31/10/2020

E-Book terhangat di pasaran.

Lady Made of Steel (Siri 1)

Ebook ini menceritakan pengalaman penulis sebagai ibu tunggal yang bangkit setelah melalui perjalanan hidup yang berliku. Bagaimana penulis menepis ego dan mengawal emosi, demi memastikan permata hatinya mendapat kasih sayang kedua-dua ayah dan ibu, walau dengan hanya co-parenting.

Boleh beli di sini. Klik je link ni -
http://www.drnikebookparadise.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=EA2129

Ebook ini menceritakan pengalaman penulis sebagai ibu tunggal yang bangkit setelah melalui perjalana

Salam sahabat2 yang dikasihi sekelian. Ini adalah rakaman video kuliah subuh pagi tadi. Jom sama2 kita  ikuti. Moga berm...
20/09/2020

Salam sahabat2 yang dikasihi sekelian. Ini adalah rakaman video kuliah subuh pagi tadi. Jom sama2 kita ikuti. Moga bermanfaat. - https://www.youtube.com/watch?v=nMCO7Z0VESQ

KENAPA PERLU PERCAYA KEPADA RASUL

Sahabat dah ada ebook? tak tau nak pasarkan kat mana? Jom join saya secara percuma di sini - Ikut saja arahan yang diber...
08/09/2020

Sahabat dah ada ebook? tak tau nak pasarkan kat mana? Jom join saya secara percuma di sini - Ikut saja arahan yang diberikan. Sebelum tu kena download telegram dulu yer. :)

Join me in the Ecommerce and Mcommerce Revolution. Own a Digital BookStore c/w Quality EBooks.

Registration Steps
1. Click below URL Link
2. Click START
3. Click COMPLETE SIGNUP
4. Click SHARE or OK
5. DONE

Telegram Referral Link:
https://telegram.me/EbookBizTechBot?start=EBS14191209

This Bot help Business Partner manage Affiliate Program and BookStore. Invite URL Link only for Basic-Venchise Partners

Saya ingin membantu sahabat!Salam sahabat yang dikasihi. Saya tahu ramai sahabat di luar sana yang amat terkesan dengan ...
05/06/2020

Saya ingin membantu sahabat!

Salam sahabat yang dikasihi. Saya tahu ramai sahabat di luar sana yang amat terkesan dengan PKP/PKPD sejak beberapa bulan yang lalu. Ramai yang kehilangan kerja dan punca pendapatan.

Justeru, saya dengan rendah hati ingin menawarkan sedikit bantuan kepada sahabat-sahabat.

Kita tahu, selain makan gaji, perniagaan adalah satu sumber pendapatan yang sangat lumayan sebenarnya.

Jadi saya ingin mengajak sahabat-sahabat yang terkesan dengan PKP/PKPD ini untuk bersama-sama memulakan perniagaan dengan saya melalui syarikat Myway. Sebuah syarikat bumiputera yang mengeluarkan produk kesihatan -Sea Mineral.

Bimbingan secara percuma secara online akan dibuat bagi mereka yang terpilih.

Sahabat risau tentang modal? Usah risau kerana saya akan membantu anda untuk dapatkan modal (Tiada pembayaran balik). Asal sahaja sahabat benar-benar serius untuk berjaya.

Untuk makluman sahabat, RM265 diperlukan bagi memulakan perniagaan ini.

(Jika ada sahabat yang ingin membuat kebajikan dengan membantu menyediakan modal di atas, sangat-sangatlah dialu-alukan)

Saya hanya mampu membantu seramai 10 orang sahabat sahaja buat permulaan ini. Jumlah ini akan ditambah dari masa ke semasa insya Allah.

Jika sahabat benar-benar serius untuk selesaikan masalah kewangan, sila hubungi saya di nombor di bawah:

www.wasap.my/60183563832/bisnesmyway/
www.wasap.my/60183563832/bisnesmyway/
www.wasap.my/60183563832/bisnesmyway/

Sila nyatakan nama penuh, no kad pengenalan dan alamat rumah/pejabat serta kenapa sahabat memilih untuk sertai perniagaan ini.

Sekian wassalam
Ikhlas dari saya
Dr Nik Rahim Nik Wajis.

Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya sembilan persepuluh dari rezeki itu terletak dalam perniagaan"

04/06/2020

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Mukmin Seperti Satu Jasad*

عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

_*Daripada Nukman bin Basyir RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Perumpamaan kaum Mukmin dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah satu anggota badan sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit dengan berjaga malam dan demam."*_ (Musnad Ahmad No: 17907) Dar Ihya’ Turath Arabiy. Status: Isnad Tsiqah

*Pengajaran:*

1. Setiap Mukmin adalah bersaudara

2. Kita sesama mukmin adalah diumpamakan seperti satu tubuh badan, ada yang mungkin menjadi kaki, tangan, gigi, dan sebagainya.

3. Jika salah satu anggota kita sakit seperti gigi sakit, seluruh anggota turut menanggung kesusahan mungkin tidak boleh tidur malam atau mungkin boleh demam.

4. Sayangi saudara mukmin kita sepertimana kita sayang kepada diri kita. Jika mereka susah atau sakit, menjadi kewajipan kita membantu mereka. Dia adalah sebahagian daripada anggota kita.

5. Jangan biarkan saudara mukmin kita berada di dalam kesusahan sedangkan kita senang lenang.

6. Sempena bulan Syawal ini, pereratkanlah hubungan ukhuwah dengan saling berkasih sayang sesama muslim.

*Negara Rahmah Ummah Sejahtera*





04hb Jun 2020
12hb Syawal 1441H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

03/06/2020

Berita GEMBIRA buat pesakit gout

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISSayangi Orang Lain Agar Kita Disayangiعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عَمْرٍو، قَالَ: قَالَ رَسُولُ الل...
01/06/2020

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sayangi Orang Lain Agar Kita Disayangi

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عَمْرٍو، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ اللَّهُ، ارْحَمْ مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكَ مَنْ فِي السَّمَاءِ

Daripada Abdullah bin Amir RA, Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang menyayangi (orang lain) pasti akan disayangi Allah. Sayangilah setiap penduduk bumi, nescaya engkau akan disayangi para penghuni langit” (Mu’jam Awsat li al-Tabarani No: 9009) Maktabah al-Maarif Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang menyayangi makhluk, Allah akan menyayanginya

2. Orang yang mengasihi orang lain, dia akan disayangi oleh penghuni dilangit

3. Sifat saling menyayangi datang daripada mereka yang memiliki kejernihan jiwa dan kesucian rohani

Berusahalah menyayangi orang lain. Jauhi prasangka buruk, membuat tuduhan, menghukum, memberi gelaran buruk dan memfitnah terhadap orang lain. Elakkan permusuhan dan persengketaan. Ambillah kesempatan di bulan Syawal ini untuk mempereratkan yang dekat dan merapatkan yang jauh.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera





31hb Mei 2020
08hb Syawal 1441H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

Jom ikuti tazkirah ringkas Ramadhan oleh Ustaz Dr Nik Rahim Nik Wajis bertajuk - Ramadhan: Bekalan terbaik mengadapi har...
20/05/2020

Jom ikuti tazkirah ringkas Ramadhan oleh Ustaz Dr Nik Rahim Nik Wajis bertajuk - Ramadhan: Bekalan terbaik mengadapi hari-hari mendatang yang sangat mencabar.
https://www.youtube.com/watch?v=_A9hpueltn4

Bertuahlah mereka yang memanfaatkan bulan Ramadhan al Mubarak untuk mencari bekalan terbaik buat menghadapi hari-hari mendatang yang sangat mencabar

Address

Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedai Buku Kita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kedai Buku Kita:

Videos

Share

Nearby media companies


Other Book & Magazine Distributors in Nilai

Show All

You may also like