MGT

MGT Mining Gold Team by Consultant Azlina Binti Abdul Aziz & Shahril Adzrol B. Abdul Hamid Shukri❤️ Paling penting konsistens setiap bulan wajib menyimpan.



Jika belum mampu bermula besar, mulakan dengan jumlah yang kecil. Bagi orang berniaga, ushakan buat simpanan harian dalam emas di Quantum Metal jika dapat. Menabunglah dengan emas sebelum hari tua datang. Bermula kita muda adalah sebaik-baiknya. Didiklah anak-anak kita untuk mulai menyimpan emas serendah RM10 sahaja. Tiada alasan lagi. Semua boleh bermula

Orang muda yang tidak meras

akan susah waktu mudanya akan susah waktu tuanya nanti. Orang muda yang bermalasan sewaktu mudanya, tidak akan merasa senang waktu tuanya. Bagaimana mahu bermula di Quantum Metal? Agar anda boleh mulai menyimpan emas segera? Pendaftaran untuk *Gold Saving Account *adalah PERCUMA click link bio ���

http://bitly.ws/pIcz
http://bitly.ws/pIcz
http://bitly.ws/pIcz

05/10/2024

Suatu masa dulu

21/06/2024
07/06/2024

Malam tadi dah masuk bulan Zulhijjah

•Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang istimewa dan memberi banyak kelebihan kepada umat Islam, terutamanya pada 10 hari terawal bulan ini.
Antara amalan pada 10 hari awal ini ialah puasa dari 1-9 Zulhijjah.
📌 Tarikh-tarikh Penting Puasa Zulhijjah 2024

✅ SUNNAH PUASA 1-9 ZULHIJJAH :

1 Zulhijjah = Sabtu, 08.06.2024
2 Zulhijjah = Ahad, 09.06.2024
3 Zulhijjah = Isnin, 10.06.2024
4 Zulhijjah = Selasa, 11.06.2024
5 Zulhijjah = Rabu, 12.06.2024
6 Zulhijjah = Khamis, 13.06.2024
7 Zulhijjah = Jumaat, 14.06.2024
8 Zulhijjah = Sabtu, 15.06.2024 (Hari Tarwiyah)
9 Zulhijjah = Ahad, 16.06.2024 (Hari Arafah)
❌ HARAM PUASA :

Hari Raya Aidiladha : 10 Zulhijjah = Isnin, 17.06.2024
Hari Tasyrik : 11 Zulhijjah = Selasa, 18.06.2024
Hari Tasyrik : 12 Zulhijjah = Rabu, 19.06.2024
Hari Tasyrik : 13 Zulhijjah = Khamis, 20.06.2024

📌 Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Tarwiyah & Arafah

🍀 Niat Puasa Sunat Zulhijjah
(1-7 Zulhijjah)

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Ta’ala”

🍀 Niat Puasa Sunat Tarwiyah
(8 Zulhijjah)

نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Ta’ala”

🍀 Niat Puasa Sunat Hari Arafah
(9 Zulhijjah)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala”

❤️ Jom kita berniat, siapkan diri dan rebut peluang keemasan ini. Perbanyakkan amalan pada 10 hari awal bulan Zulhijjah ini dengan berpuasa sunat, perbanyakkan berzikir, berdoa, bersedekah, membaca Al-Quran, melakukan ibadah korban bagi yang mampu, menghidupkan suasana hari raya dengan takbir dan memperbanyakkan pelbagai lagi amal soleh.
📌 Keistimewaan & Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah
1. Pahala Yang Lebih Besar Daripada Jihad.
Rasulullah ﷺ bersabda:
مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‌‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ‏”‌‏.‏
“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad?
Menurut al-Imam Ibn Hajar:
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain.
(Fath al-Bari)

2. Hari Yang Paling Baik Dalam Setahun
10 hari pertama Zulhijjah dianggap sebagai hari yang paling baik dalam setahun.
Rasulullah ﷺ bersabda:
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”
Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.
Kata beliau:
أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadan, dan malam sepuluh akhir Ramadan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah.
(Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287)
3. Hari Yang Dicintai Allah
Rasulullah ﷺ bersabda:
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid”
(Hadis Riwayat al-Tabrani)

Semoga Allah SWT pilih kita dan menerima segala amal soleh yang kita lakukan pada hari-hari yang dicintai oleh Allah SWT ini iaitu 10 hari awal Zulhijjah. Aamiinn 🤲
Pilih kami Ya Allah.....





07/06/2024

26/2/2022 our second batch Perth Mint Gold Bar received 🤲🏼

07/06/2024

29/4/2023 berkongsi bersama Makcik Rokiah

07/06/2024

20/6/2023 my husband berkongsi manfaat simpanan emas di kg halaman sendiri ❤️❤️❤️

07/06/2024
07/06/2024

My schoolmate since 1980

Di QMP pun ada Medical Check up reasonable price. Ahli QM yang ada Float Account boleh la guna beli emas di GSA dulu. Em...
23/05/2024

Di QMP pun ada Medical Check up reasonable price. Ahli QM yang ada Float Account boleh la guna beli emas di GSA dulu. Emas GCA & GAE20X dapat, kesihatan pun dapat Alhamdulillah.

Stock up siap2 for Personal Care and Supplements. Alhamdulillah 😍😍😍

15/05/2024

Antara 3 "mindset" yang saya ubah apabila saya dalam kekusutan bermula tahun lalu ialah:

1. Berhenti letak dalam diri kalau bersedekah, akan dapat rezeki lebih banyak.

2. Berhenti letak dalam diri kalau bertahajjud, akan datang rezeki melimpah ruah.

3. Berhenti letak dalam diri kalau buat baik kepada ibu bapa, keluarga, isteri, anak-anak akan buat rezeki tak putus-putus.

Saya cuba memahami semula konsep yang diajarkan oleh entah siapa tentang 3 hal di atas.

Mencari benar-benar orang memahami agama. Rupanya kita semua salah faham.

Sedekah sebenarnya adalah menghapuskan dosa, bukti keimanan kepada Allah dan memberi pahala yang sangat besar di sisi Allah. Benar ia ada kaitan dengan rezeki. Namun salah niat, hancur pahala.

Beri ini nak dapat itu. Salah weh.

Bangun tahajjud malam-malam. Duk minta nak kaya, duk minta nak berharta, duk minta nak itu nak ini. Hangpa kena faham tahajjud ini adalah tentang keikhlasan diri mengadap Allah di malam yang tiada sesiapa nampak kecuali Allah. Ia juga tentang menghapuskan dosa, mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keredaan Allah.

Akhir sekali tentang buat baik kepada ibu bapa. Kita buat baik sebab kita nak rezeki kita melimpah ruah? Kuangkuangkuang. Ibu bapa itu tanggungjawab kita weh. Tak perlu ada sebab pun untuk terus buat baik kerana ia memang tanggungjawab kita pun. Tak perlu pun kalau ia tentang rezeki dan sebagainya, ia memang wajib berbuat baik.

Sejak saya ubah semua ini, saya jadi lain. Saya buat sahaja ikut keikhlasan hati saya.

Perkara paling mustahak kita memohon dari Allah ialah taubat kita diterima, keampunan kita sebagai hamba itu diterima dan keredaan Allah kita hidup berpuluh tahun itu diterima.

Lalu waktu itulah Allah beri itu beri ini. Waktu itu kita tak terfikir pun ia datang bagaimana dan cara apa.

Kita usahakan sahaja ikut apa ada di tangan kita. Selebihnya kita berbuat dan berusaha.

Ingat kawan-kawan,

Sedekah nak rezeki lebih, akan kecewa. Akan mula ada dalam hati "aku dah sedekah pun tak ada pun dapat rezeki berganda."

Tahajjud nak duit berkepuk, akan kecewa. Dah tahajjud sebulan dua masih dalam kesusahan, mula akan rasa ibadah itu adalah ibadah yang salah. Padahal niat kita yang salah.

Buat baik kepada ibu bapa sebab nak jualan laris. Tiba-tiba makin lingkup, mula rasa malas dah nak buat baik. Mula rasa ibu bapa itu menyusahkan. Jangan weh.

Semua itu kena perbaiki niat.

Sedekah sahaja lillahi taala.
Tahajjud sahaja lillahi taala.
Buat baik sahaja lillahi taala.

Betulkan niat. Betulkan hati. Betulkan jiwa.

Kalian akan tenang hadap ujian.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Di Makkah semasa menanti solat jumaat, inilah yang buat saya sedih dan mengalir air mata. Saya pernah di situasi di atas. Ampuni aku ya Rabb.

Via: FB Khairul Hakimin Muhammad

Address

Nilai

Telephone

+60194091975

Website

https://consultant.qbeb.org/profile/L3XUX3BC

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MGT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MGT:

Videos

Share