11/05/2021
Luangkan masa sedikit, baca dan fahami.
Ramai yang menanti keputusan SDMC sama ada melaksanakan PKP atau tidak nanti. Namun, perkara yang lebih penting, apakah perbezaan PKPB & PKP apabila PKP dilaksanakan?
๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ก๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ค
PKPB SDMC - Bazaar Ramadan tidak dibenarkan buka.
PKP - Sekejap boleh buka, sekejap tutup, sekejap buka lagi. ๐
PKPB - Sekolah tutup sehingga 13 June.
PKP - Sekolah tutup sehingga 13 June.
PKPB: Shopping mall masih dibuka.
PKP: Shopping mall masih dibuka.
PKPB: Dine-in tidak dibenarkan di PKPB Khusus di Sibu, Bintulu, Sarikei, Kapit, Betong. Hanya take-away. (Kuching sahaja masih dibenarkan dine-in setakat ini).
PKP: No dine-in. Hanya take-away di kawasan PKP.
PKPB: Majlis sosial tidak dibenarkan
PKP: Majlis sosial tidak dibenarkan
Tempoh berkurung PKPB di Sarawak:
Betong: 7 malam
Bintulu, Kapit & Sibu: 8 malam
Kuching, Sarikei & Miri: 10 malam
Tempoh berkurung PKP di Semenanjung: 12 malam
PKPB: Pasar malam tidak dibenarkan beroperasi di zon merah (kecuali Pasar Malam Metrocity di Kuching & Pasar Malam Saberkas di Miri dpt pengecualian).
PKP: Pasar malam masih dibenarkan beroperasi.
PKPB: Sambutan Hari Raya terhad pada Hari Raya pertama sahaja utk KELUARGA TERDEKAT & penjarakkan fizikal.
PKP: Sambutan Hari Raya tidak dibenarkan.
PKPB: Hanya 3 orang dibenarkan dlm kereta (Kuching masih ikut kapasiti penuh kenderaan)
PKP: Hanya 3 orang dibenarkan dalam kereta.
PKPB: Hanya 30% pekerja bahagian PENGURUSAN dibenarkan bekerja di office. 70% perlu bekerja di rumah.
PKP: Hanya 30% pekerja bahagian PENGURUSAN dibenarkan bekerja di office. 70% perlu bekerja di rumah.
PKPB: 50% pekerja bahagian OPERASI dibenarkan bekerja di office.
PKP: Hanya 30% pekerja bahagian OPERASI dibenarkan belerja di office.
PKPB: Taska & tadika tutup. Hanya dibuka utk anak petugas frontliners.
PKP: Taska & tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP ditetapkan.
PKPB: Rentas daerah dibenarkan dalam zon sama.
PKP: Rentas daerah tidak dibenarkan kecuali urusan kerja (hanya perlu tunjuk surat office kpd polis).
PKPB: Solat sunat Aidilfitri dibenarkan dgn 50% kapasiti.
PKP: Hanya 50 org dibenarkan untuk masjid besar & 20 orang dibenarkan utk surau/masjid kecil.
PKPB: Seminar, bengkel, kursus, latihan & exhibition tidak dibenarkan.
PKP: Seminar, bengkel, kursus, latihan & exhibition tidak dibenarkan.
PKPB: Panggung wayang & karaoke tidak dibenarkan buka.
PKP: Panggung wayang & karaoke tidak dibenarkan buka.
PKPB: Tidak digalakkan ziarah kubur utk Hari Raya (tidak boleh lebih 5 orang)
PKP: Tidak dibenarkan ziarah kubur utk Hari Raya
PKPB: Semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi.
PKP: Semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi.
PKPB: Gym tutup di Sarawak.
PKP: Gym dibenarkan buka di Semenanjung.
===============
Jika kita membuat perbandingan SOP Sarawak sedia ada dengan SOP PKP, SOP kita sedia ada sudah 99% hampir sama seperti PKP.
SDMC hanya perlu memperketatkan pergerakkan antara daerah. Hanya benarkan rentas daerah untuk tujuan bekerja (tunjuk surat dari majikan kepada polis semasa roadblock seperti PKP di Semenanjung). Selain itu, perketatkan SOP di Kuching yang masih longgar seperti no-dine & no pasar malam.
Adakah kita lihat PKP 2.0 yang dilaksanakan 10 minggu di Semenanjung awal tahun ini berhasil? Sekarang, Semenanjung perlu PKP kali ke-3 semula. Bak kata Albert Einstein, โ๐๐จ๐ข๐ง๐ ๐ญ๐ก๐ ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐ญ๐ก๐ข๐ง๐ , ๐๐ฎ๐ญ ๐๐ฑ๐ฉ๐๐๐ญ๐ข๐ง๐ ๐๐ข๐๐๐๐ซ๐๐ง๐ญ ๐ซ๐๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ญ.โ
Impak melaksanakan PKP hanya membuatkan B40 yang bergaji hari kehilangan pendapatan & yang berjual di tepi jalan dapat jualan rendah.
Akhir sekali, cuba ingat kembali kluster-kluster yang wujud di Sarawak. Kluster funeral, kluster bistro/dinner (kluster ICOM) kluster gotong-royong, kluster sekolah... semuanya berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kita bersama keluarga/kawan.
Bila disebut keperluan menjaga SOP: ianya bermaksud 100% ikut. Bukan separa sahaja.
Pelitup muka pakai betul2, jangan buka walaupun sekejap untuk bercakap. Keluar dengan kawan, bila makanan sampai, buka mask & selepas itu, bergossip berjam-jam tanpa mask. Di dalam kereta, kita buka mask dengan orang bukan serumah. Di office mungkin kita pakai mask, tapi apabila beloyar di pantry, tidak menggunakan mask. Semasa raya pun sama, apabila ke rumah keluarga, tolong guna mask. Buka mask untuk bergambar pun berisiko tinggu. Itulah punca-punca COVID19 merebak di Sarawak. Kita tidak patuh SOP 100%. Bukan salah SDMC.
โ
Guna pelitup muka betul2. Jangan buka walaupun seminit utk bercakap. Jangan letak di dagu.
โ
Penjarakan fizikal perlu lebih 1meter setiap masa.
โ
Perlu sentiasa basuh tangan dgn sabun.
โ
Duduk dirumah jika tiada keperluan keluar.
Fikir-fikirkanlah...
Credit: Sarawak Covid19 Awareness Group