MelakaFirst

MelakaFirst MF4U (Melaka First)
Media berdaftar dibawah Kementerian Penerangan Malaysia, media swasta dari Melaka.

Ikuti kami di semua platform sosial: & untuk berita terkini!

18/05/2025

BETTA BERLAGA! 2082 EKOR, NILAI MELETUP RATUS RIBU!
Oleh: Tauke | MF4U News

Melaka tak pernah sunyi dari kejutan — dan kali ini, giliran ikan laga p**a mencuri tumpuan apabila Majesty Betta Championship Vol. 1 berjaya menggegarkan Dewan Japerun Duyong dengan kehadiran 2082 ekor ikan laga dari seluruh Malaysia.

Kalau dulu orang anggap ikan laga ni ‘ikan RM2’, hari ini ia muncul sebagai spesies premium dengan nilai seekor mencecah sehingga RM5,000. Perubahan drastik ini bukan magik, tapi hasil dari inovasi kacukan, pemilihan baka, dan keunikan warna serta sirip yang luar biasa. Dunia betta sudah berevolusi — bukan sekadar hobi, tapi satu industri yang penuh gaya dan bernilai tinggi.

Acara ini bukan kecil-kecil anak. Dengan penyertaan melebihi dua ribu ekor ikan, pelbagai jenis spesies ditampilkan, antaranya:
Fancy Nemo Fancy (FnF), Double Tail Plakat (DTPK), Giant, Dumbo, Abnormal, Neon Classic, Halfmoon Plakat (HMPK), Crown Tail (CT), Double Tail Halfmoon (DTHM), dan Halfmoon (HM).
Nama-nama yang mungkin asing bagi orang luar, tapi sangat bernilai di mata peminat tegar betta.

Apa yang lebih menarik, acara ini juga menampilkan slot eksklusif “Ikan Bertuah Pilihan YB Datuk Mohd Helmy”, satu penghormatan kepada penternak yang berjaya menarik perhatian tetamu kehormat tersebut. Sekaligus, ia memberi isyarat jelas bahawa industri ikan laga kini semakin diterima dan dipandang tinggi.

Dengan nilai keseluruhan ikan yang dipertandingkan dianggarkan melebihi ratusan ribu ringgit, Majesty Betta Championship Vol. 1 bukan sekadar pertandingan — ia satu pencetus gelombang baru dalam dunia ikan hiasan tempatan. Penternak semakin berani melangkah ke hadapan, dan Melaka kini diangkat sebagai pentas utama dunia betta Malaysia.

17/05/2025

"Tak ada jalan pintas untuk berubah, tapi ada jalan pasti — konsisten dan sabar." Tauke Tikus

17/05/2025

“Anak Muda Nadi Masa Depan Melaka – Hari Belia Negara 2025 Disambut Penuh Gemilang di Bukit Serindit”
By Tauke

MELAKA, 17 Mei 2025 – Malam ini, Taman Rekreasi Bukit Serindit menyaksikan lautan semangat anak muda yang membanjiri ruang acara sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2025. Di bawah langit yang diterangi cahaya pentas dan kibaran bendera, detik bersejarah ini dirasai sebagai bukti bahawa Melaka bukan sekadar negeri bersejarah — tetapi negeri yang sedang mencipta sejarah baru, bersama generasi muda sebagai nadi utama.

Majlis perasmian yang berlangsung dalam suasana penuh gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, yang menyampaikan ucapan sarat dengan harapan, keyakinan dan amanat kepada seluruh warga belia Melaka. Dalam nada tegas namun penuh kasih seorang pemimpin negeri, beliau menyatakan bahawa lebih 200,000 belia di Melaka bukan sekadar statistik, sebaliknya merupakan aset paling berharga yang bakal mencorak wajah negeri dan negara.

Beliau menegaskan bahawa pentadbiran kerajaan negeri hari ini tidak mahu melihat belia hanya terlibat dalam program-program permukaan, sebaliknya benar-benar mendengar suara mereka dari peringkat akar umbi — dari meja perbincangan sehinggalah ke pelaksanaan dasar. Menyedari hakikat bahawa anak muda hari ini tidak mahu dipaksa, tetapi mahu diberi peluang, Ketua Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan terus membina ekosistem pembangunan belia yang kondusif, inklusif dan mampan, merangkumi infrastruktur, peluang pekerjaan, sokongan latihan serta ruang ekspresi.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin utama negeri dan negara. Antara yang hadir termasuklah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Dato’ Azhar bin Haji Arshad; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Adam Adli bin Abdul Halim; EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, YB Datuk VP Shanmugam; dan Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka, YB Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar.

Turut bersama ialah EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, YB Datuk Rais bin Yasin; Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, YB Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem; serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani Siran yang terus komited mendokong pelaksanaan program pembangunan belia di negeri ini.

Sambutan yang berlangsung dua hari ini turut menampilkan pelbagai aktiviti, pameran, serta persembahan yang mencerminkan kepelbagaian bakat dan potensi anak muda Melaka. Di setiap sudut taman, gelak tawa dan sorakan kedengaran — satu bukti bahawa belia hari ini tidak lagi terpinggir, tetapi diraikan.

Tema “Yakin Boleh” bukan sekadar slogan, tetapi satu seruan agar seluruh anak muda Melaka tampil dengan jati diri, yakin dengan potensi diri, dan berani menerobos batas kebiasaan demi masa depan yang lebih gemilang. Ketua Menteri mengakhiri ucapannya dengan menyuntik semangat warisan yang relevan buat generasi kini: “Bijak laksana Tuah, berani laksana J***t – inilah roh anak muda Melaka.”

Malam ini, Bukit Serindit bukan hanya menjadi tapak sambutan, tetapi simbol permulaan baru untuk anak muda Melaka bangkit, melangkah ke hadapan sebagai pemacu negeri dan negara.

***t

Sakit Mata Bila Tengok Cuti Sekolah Dah Nak Dekat Lepas Ini Ramai  Orang Luar Atau Pelancong Datang Masuk Melaka Buat Ma...
17/05/2025

Sakit Mata Bila Tengok
Cuti Sekolah Dah Nak Dekat
Lepas Ini Ramai Orang Luar Atau Pelancong Datang Masuk Melaka
Buat Malu Sahaja
Tepi Jalan Besar

Kredit : Pengadu

15/05/2025

“Dia Tidak Pulang Seperti Biasa… Al-Fatihah Buat Wanita Ini”

Suasana pilu menyelubungi petang ini apabila seorang wanita berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Lebuh Sungai Udang - Paya Rumput - Ayer Keroh (SPA), berhampiran persimpangan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang sekitar jam 6.30 petang tadi.

Pemergiannya mengejutkan ramai… Dia tidak p**ang seperti biasa. Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sumber: Melaka TV
Visual: Zaidi Yaacob


14/05/2025

Sarjan tentera disyaki cabul pelajar MRSM

14/05/2025

RAIKAN PANDANGAN & KEMBALI KE MEJA RUNDINGAN.

1. Pada hari Khamis lepas saya ada membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP berkaitan pembahagian kerusi pada Pilihan raya di Melaka akan datang

2. Saya cuba memikir dan menyelami hasrat penyokong- penyokong DAP usai persidangan mereka .

3. Saya percaya bahawa apa-apa pandangan berkaitan pembahagian kerusi haruslah berteraskan kepada prinsip yang memikirkan kestabilan dan kesejahteraan rakyat.

4. Saya ingin mengajak semua pihak dan rakan-rakan dalam kerajaan Perpaduan untuk mengamalkan budaya politik matang dan saling hormat- menghormati.

5. Amalkan resmi orang lama-lama seperti mencari rambut dalam tepung. Tepung tak berselerak. Rambut pun dapat dikumpulkan.

6. Ayuh!!! Melaka ini milik kita bersama. Jom kita saling bersatu hati.

J***t Akmal
Ketua Pemuda Amanah
Negeri Melaka.

09/05/2025

Kereta Terbalik Berdekatan Hospital Melaka: Kemalangan Di Tengah Malam

Satu kemalangan telah berlaku berhampiran Hospital Melaka pada lewat malam tadi apabila sebuah kereta dipercayai hilang kawalan lalu terbalik di tengah jalan. Insiden tersebut menarik perhatian orang ramai kerana lokasinya yang terletak di kawasan hospital yang sentiasa sibuk dengan kenderaan keluar masuk.

Setakat ini, keadaan sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan. Pihak berkuasa telah berada di lokasi untuk mengawal keadaan dan menjalankan siasatan lanjut.



,🎥Amy_melaka04

“Pantang Anak Melayu Mengalah” – Dr Akmal Cabar DAP Bertanding di Merlimau   By Tauke Suasana politik Melaka kembali han...
09/05/2025

“Pantang Anak Melayu Mengalah” – Dr Akmal Cabar DAP Bertanding di Merlimau
By Tauke

Suasana politik Melaka kembali hangat apabila ADUN Merlimau merangkap Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, tampil dengan kenyataan berani mencabar pimpinan utama DAP dan Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kawasan tradisi Barisan Nasional itu.

Dalam kenyataan berapi yang kini hangat diperkatakan di media sosial, Dr Akmal menegaskan bahawa beliau tidak gentar untuk berdepan sesiapa sahaja dari pihak pembangkang, termasuk tokoh besar DAP.

> “Sedikit pun tidak risau dan takut. Malah saya mengalu-alukan pemimpin besar DAP atau PH untuk bertanding di Merlimau,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan keberanian lawannya dan menegaskan kerusi Merlimau tidak akan diserah secara percuma.

> “Kalau kamu berani, kamu pun boleh bertanding di Merlimau jika pemimpin DAP yang lain takut. Tetapi untuk serahkan kerusi percuma pada kamu, pantang anak Melayu mengalah.”

Dr Akmal turut mencabar secara terbuka sesiapa sahaja dari DAP agar tampil ke gelanggang politik Merlimau:

> “Jom kita lawan di Merlimau, saya cabar dan saya tunggu! Itupun jika berani lah, jangan sembang jer brother.”

Kenyataan ini dipercayai sebagai reaksi kepada teguran Ketua Pemuda DAP Melaka, Cassel Krishnan, berhubung isu agihan kerusi di bawah Kerajaan Perpaduan.

Pemerhati politik menjangkakan bahawa DUN Merlimau bakal menjadi medan pertarungan tumpuan dalam pilihan raya akan datang, dengan tumpuan sama ada BN dapat mengekalkan pengaruhnya atau berdepan kejutan daripada gabungan lawan.

09/05/2025

"RM30,000 Lesap! Tapi Penduduk Tak Mengalah, Akhirnya Pencuri Kena Tangkap"
By Tauke

Selepas lebih dua bulan menanggung kerugian akibat kehilangan 13 ekor lembu, penduduk Kampung Kemahang 1 di Tanah Merah akhirnya berjaya menahan tiga suspek pencuri yang dipercayai dalang utama kejadian.

Berkat semangat kejiranan, mereka bergilir-gilir berjaga malam selama seminggu — dan hasilnya, suspek berjaya ditangkap di beberapa lokasi sekitar kampung.

Ini bukan sekadar soal lembu. Ini soal maruah, perjuangan dan keberanian sebuah komuniti yang tak rela ditindas lagi.

Tahniah penduduk Kampung Kemahang 1! Kalian wira sebenar kampung.



Sumber: Infosemasa

09/05/2025

"Detik Cemas di Gelang Patah: Kereta Terperangkap Antara Dua Lori, Netizen Tertanya Bagaimana Ia Boleh Berlaku?"

Satu situasi mencemaskan dirakam di Gelang Patah Sentral, Johor, apabila sebuah kereta kecil kelihatan berada di tengah-tengah antara dua buah lori besar. Video yang tular di media sosial ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen mengenai punca kejadian dan isu keselamatan di jalan raya.

Ramai berharap tiada kecederaan berlaku dan menjadikan insiden ini sebagai peringatan penting agar sentiasa berhati-hati, terutamanya ketika berada di laluan yang melibatkan kenderaan berat.




Sumber : Video Media Sosial

09/05/2025

"Sedang Menikmati Makan Malam, Tiba-tiba Dirempuh SUV – Warga Emas Cedera Tersepit di Restoran"
By Tauke

“Bayangkan sedang makan malam, tiba-tiba dinding restoran dirempuh SUV... suara jeritan, kaca berderai, dan seorang warga emas tersepit di bawah kenderaan.”

Kejadian cemas di sebuah restoran makanan segera di Sitiawan mengejutkan pelanggan dan pekerja malam tadi. Sebuah SUV jenis Volvo dipercayai terbabas lalu merempuh masuk ke dalam premis, menyebabkan seorang wanita warga emas berusia 70-an cedera dan tersepit.

Orang awam bertindak pantas menyelamatkan mangsa sebelum pasukan bomba tiba. Momen penuh debar ini sempat dirakam dan kini tular di media sosial.

Sama-sama kita doakan kesihatan makcik ni pulih seperti sediakala.
Dan ingatlah, satu detik kecuaian boleh mengubah segalanya.








Sumber berita harian

Address

Iks Duyung
Malacca City
75460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MelakaFirst posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MelakaFirst:

Share