Kak Jayyy

Kak Jayyy Tak mintak banyak tolong like dan follow..terima kasih.. Don't mess with melaka♥️

02/02/2025
𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜 𝗔𝗜𝗥 𝗦𝗨𝗡𝗤𝗨𝗜𝗖𝗞 𝗟𝗔𝗜𝗖𝗜BAHAN-BAHAN* Sunquick* Laici* Susu pekat* Susu cair* Aiskrim vanila* Garam* Air putihCARA BUAT*...
02/02/2025

𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜 𝗔𝗜𝗥 𝗦𝗨𝗡𝗤𝗨𝗜𝗖𝗞 𝗟𝗔𝗜𝗖𝗜
BAHAN-BAHAN
* Sunquick
* Laici
* Susu pekat
* Susu cair
* Aiskrim vanila
* Garam
* Air putih
CARA BUAT
* Blend buah laici bersama air laici & sunquick
* Masukkan susu pekat, susu cair dan sedikit garam blend lagi
* Sediakan ais biar melimpah didalam jug
* Tuangkan air yang diblend tadi
* Hiaskan dengan aiskrim vanila dan buah laici

Turkish milk bread INGREDIENTS:500g (4 cups) flour160ml (2/3 cup) warm milk160ml (2/3 cup) warm water7g (2 tsp) dry yeas...
30/01/2025

Turkish milk bread

INGREDIENTS:
500g (4 cups) flour
160ml (2/3 cup) warm milk
160ml (2/3 cup) warm water
7g (2 tsp) dry yeast
10g (1 tbsp) sugar
6g (1 tsp) salt
20ml (1 tbsp) olive oil
Kredit : Pemilik Resepi

Saya nak share resepi dan tips utk masak pulut kuning jd cantik, merelit, lemak, lembut, n sebiji² (tak benyai atau lemb...
30/01/2025

Saya nak share resepi dan tips utk masak pulut kuning jd cantik, merelit, lemak, lembut, n sebiji² (tak benyai atau lembik/ kembang).
Resepi ni dr mak sy, sy guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun dh.. Alhamdulillah jd sumber rezeki, yg penting customer selalu rindu nk order lg hehe

Bahan² n steps:
1)1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)

*beras pulut susu nnt pulut kuning jd benyai lembik.. Kalau boleh cari beras pulut yg pnjg skit, elakkn yg jenis montok² hehe

- bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dlm 2 sb (at least 3 jam)
- sebelum kukus, kena bilas blk dgn air paip.. Sejat dgn penapis

* perlu bilas blk utk hilang kn bau kunyit berlebihan n pulut tahan lama.. Please jgn guna perwana 😅
2) Halia 1/2 inchi (wangi n buang angin)
- kupas n cincang nipis² n paling halus

*org yg mkn x kan prasan pon ada halia dlm pulut 😁

3) Daun Pandan 5helai (wangi)
- 3 helai koyak 3 n ikat utk letak dlm pulut masa kukus
- 2 helai koyak 3 jgk utk buat lapik pulut dlm periuk kukus..

4) Panaskan air dlm pengukus, n Masukkan beras pulut dlm pengukus, halia cincang tabur bg sekata dlm pulut, dan daun pandan td.. Tutup dan kukus dlm 15-20 minit ikut pd jenis pengukus atau Kuantiti pulut.. So kukus smpai pulut dh msk.

5) santan fresh n pekat : 250-300 gram
- dlm besen sederhana, masukkn 2 cwn air panas (baru didih, sy guna air panas cuckoo), masuk 1.5 sb gula, 1.5 sk garam. Larutkn gula dan garam.. Then masuk kn santan pekat td.. Kacau2 smpai rata sebati.. Test rasa tgk, ada masin n manis sikit..

6) Sediakan besen yg agak besar, masuk kn pulut yg dh siap dikukus td.. Keluarkn daun pandan.. Tuangkn kuah santan yg dibancuh td ke atas pulut.. Terus kacau2 smpai sekata semua.. Jgn risau tgk kuah santan tu b*k (org kedah kata berlaut😅) sbb satgi pulut akan serap habis kuah santan tu.. Baru lah pulut jd lembut.. Make sure kacau pulut smpai rata hilang ketul..
Then tekan² n ratakan dlm besen td, biar dia rehat dlm 10 - 15 min baru cedok utk packing atau mkn..

*** pulut yg cukup lemak, kita akan nmpk santan tu mcm bertali putih² kt senduk..

*** pulut selepas gaul santan tak perlu kukus blk kali ke 2.. Cukup sekali sahaja sblum masuk santan.. Kalau kukus blk nnt pecah minyak n lemak santan..santan x lekat pd pulut..
Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam diluar.. Sbb kita dh bancuh santan dgn air panas..

*** yg ni resepi dan cara keluarga sy.. Terpulang pd kwn2.. Sy sekadar berkongsi tips utk dapat kn rasa yg sedap n tekstur pulut yg cantik.. Mungkin boleh dijadikan jualan sbg sumber rezeki..

Try lah kawan² insyaallah menjadi dan puas hati 😁

Kredit: Masmira Idris via MAHN

Musim buat biskut raya, penting ada s**atan macam ni. Senang nak buat rujukan
29/01/2025

Musim buat biskut raya, penting ada s**atan macam ni. Senang nak buat rujukan

Tips s**atan masakan utk kenduri ba gais
29/01/2025

Tips s**atan masakan utk kenduri ba gais

Alkisah beberapa hari yang lepas, di sebuah kedai bakeri.. tak yah cakaplah apa nama kan.. satu kisah tentang oxygen abs...
29/01/2025

Alkisah beberapa hari yang lepas, di sebuah kedai bakeri.. tak yah cakaplah apa nama kan.. satu kisah tentang oxygen absorber ( food grade )..

Pembeli : Dik apa beza oxygen absober warna biru dan hijau. Akak nak letak untuk biskut

Staff kedai : Sama ja kak, packaging ja lain..
Aku yg dengar geleng kepala, kalau tak tahu jangan pandai2 buat tahu.. Moral of the story, jangan percaya 100% pada penjual. Aku jumpa akak tu dan terangkan.. mula2 dia rasa mcm percaya tak percaya.. betul ke mamat ni.. bila tunjuk business card baru dia senyum.

Ada beza ya sahabat2 semua, jangan main beli ja

1. Pastikan ianya food grade
2. Warna pada packaging menentukan fungsi pada makanan yg berlainan

💚Warna Hijau ( Food Dessicant )
* kelembapan relatif yang rendah
- kerepek
- biskut
- chips
- cakes

🩵Warna Biru ( Dry Maestro )
- Kekacang
- Ikan bilis
- pasta
- beras

💛Warna Kuning ( Oxygen absorber )
- Tepung2
- rempah serbuk
** mengelakkan tepung & serbuk rempah lembap

But it doesn't matter main hentam guna mana2 pun tapi tak mencapai fungsi yang optimum

Semoga bermanfaat
Kredit saiful azmi suhaimi

Masakan dlm pantang yg x pernah jemu spai ke tua3 ulas bawang putih2 ulas bawang merah1 inci halia1 inci kunyit1 sudu te...
29/01/2025

Masakan dlm pantang yg x pernah jemu spai ke tua

3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci kunyit
1 sudu teh lada hitam
Blend semua bahan dan tumis sampai garing
Mas**an air asam jawa, santan dan ikan talang masin...masak spai hampir kering...siap
Mkn waktu hujan...layannn

Credit : Latifah Othman

𝗠𝗔𝗡𝗡𝗘𝗥𝗦 / 𝗔𝗗𝗔𝗕 1. Jangan call seseorang berturut-turut. Kalau tidak berjawab, maknanya mereka sedang buat sesuatu yang p...
29/01/2025

𝗠𝗔𝗡𝗡𝗘𝗥𝗦 / 𝗔𝗗𝗔𝗕
1. Jangan call seseorang berturut-turut. Kalau tidak berjawab, maknanya mereka sedang buat sesuatu yang penting. Mesej selepas itu dan tanya bila masa sesuai untuk call.

2 . Jangan sesekali order menu yang mahal bila ada orang belanja. Lebih molek, minta orang yang belanja pilihkan menu. Sensitif terhadap orang yang belanja.|

3. Jangan lah bertanya soalan janggal seperti, "Oh, belum kahwin ya? Umur sudah berapa ni?", atau "Belum ada anak ya? Kan dah lama kahwin?", "Kenapa belum beli rumah?". Itu hal peribadi. Tidak perlu ditanya. Bukan hal kita.

4. Selalu buka dan pegangkan pintu untuk orang dibelakang kita, terutamanya warga tua atau ibu sedang dukung anak. Tidak rugi bantu mudahkan orang lain.

5. Berhati-hati dalam bergurau. Tidak semua orang boleh terima cara kita. Kalau orang tidak s**a, hentikan. Jangan diulang lagi.

6. Bila terima mesej, balas walaupun terlambat atau sedang sibuk. Ingat, bukan kita sahaja sibuk. Bila sudah lapang, tetap balas dan mohon maaf atas kelewatan.

7. Beri pujian di khalayak, tetapi beri kritikan secara peribadi dan tersendiri. Niat untuk menambah baik, bukan mengaibkan.

8. Jangan buat perancangan di depan mereka yang tidak terlibat atau tidak dijemput sekali. Kalau sudah terbagi tahu, eloklah jemput terus.

9. Hormati seseorang pada nilainya, bukan jawatan atau posisi. Seorang tukang cuci layak dilayan sama seperti seorang CEO. Mereka sama-sama manusia. Layanan kita yang penuh adab adalah cerminan nilai dalam diri kita.

Perkongsian Cikgu Tengku Faris
Gambar sekadar hiasan

Doa dan Harapan Malam Israk dan Mikraj... Malam 27 Rejab 1446H 🕋❤️
26/01/2025

Doa dan Harapan Malam Israk dan Mikraj... Malam 27 Rejab 1446H 🕋❤️

Petua hidup1. Setiap kali memasak, baca doa:"Laisa laha mindunillahi kasyifah"Tiada baginya selain Allah yang Maha Melin...
26/01/2025

Petua hidup
1. Setiap kali memasak, baca doa:
"Laisa laha mindunillahi kasyifah"
Tiada baginya selain Allah yang Maha Melindungi.
Moga tiada racun yang boleh merosakkan kita dan keluarga serta Allah jadikan makanan itu penawar kepada segala penyakit hati.
2. Semasa memulakan perjalanan ke tempat kerja, tempat belajar atau sebagainya, biasakan diri kita dan keluarga sedekahkan al-Fatihah kepada ibu ayah serta saudara yang telah meninggal.
Setiap satu nama, satu al-Fatihah dibaca.
Andai itu perjalanan kita yang terakhir, moga2 kematian kita tidak sia-sia.
3. Setiap kali melihat anak-anak sedang makan, sebut...
"Ya Allah berkati rezeki yang anakkku makan"
Setiap suapan yang masuk ke dalam perut anak, moga Allah redha dan tumbuhkannya menjadi darah daging yang berkat.
4. Setiap Kali selesai melakukan kerja atau tugasan, bacalah..
Bismillahi tawakkal tu 'ala llah la hauwla Wala Quwwata illa billah.
Moga Allah melengkapkan apa yang kurang dan menjadikan hati kita kuat berpaut kepada Allah Rabbul Jaliil.
5. Ketika ibu ayah kita meninggal, elekkan bergaduh tentang harta kerana roh mereka tidak akan tenang dan terseksa. Mereka akan merintih kesedihan.
5. Bila bergaduh mulut dengan pasangan..
"Lafazkan Illa Qiilan salaman salama"
Moga Allah waraskan fikiran kita dan tidak lemas dengan ujian hidup ini.
6. Bila berhadapan dengan seorang yang keras dan s**a menentang, bacalah...
Ya latiif
Ya latiif
Ya Allah yang Maha Lemah Lembut...
Lembutkan hati dia (Sebut nama)
Satu perkara yang kita kena pegang...Jika urusan hidup ini kita serah total kepada Allah dan fokuskan kepada bahagia akhirat, pasti segalanya lancar.
Amiiin ya Allah 🤲

C&p : Aminah Mat Yusoff

Kari Daging Perap Ye perap sebab kami perap daging tu dengan serbuk kari at least selama 2 jam. Kami guna sekitar 1 kg d...
25/01/2025

Kari Daging Perap

Ye perap sebab kami perap daging tu dengan serbuk kari at least selama 2 jam. Kami guna sekitar 1 kg daging segar, dipotong melawan urat. First buat yang ni dulu. Perap daging dengan 3 sudu besar sebuk kari.

Barulah kick Insyallah

1. Tumbuk 4 biji bawang merah saiz sederhana. 5 ulas bawang putih, 1 inci halia. Blend pun boleh.

2. Ketuk 2 batang serai, ambil 2 tangkai daun kari, ambil penumis 4 sekawan.

3. Dah siap perap, jom tumis bahan nombor 1 dan nombor 2. Kalau nak masuk serbuk cili atau cili kisar dekat step ni.

4. Dah naik bau, masukkan 1 sudu besar serbuk kunyit
masukkan daging yang diperap tadi. Dan gaul. Tunggu sampai air daging keluar. Masukkan lagi extra serbuk kari daging lagi 2 sudu besar.

5. Masukkan 1 atau 2 biji tomato dipotong 4. Memang nak dia hancur dalam kari. Sangat sedap ye. Biar je dia mereneh sampai keluar air daging dan terbit minyak.

6. Masukkan air masak ke dalam periuk. Aku letak paras daging jangan banyak sangat. Biarkan daging empuk. Kami reneh sehingga 1 jam 15 minit.

7. Masukkan santan, 1 kotak kecil pun ok, bersama kentang.

8. Didihkan kuah dan biar kentang empuk. Masukkan 2 sudu kerisik.

9. Perasakan dengan garam, sedikit gula.

Siap.

Selamat mencuba!

Kredit: Syalfarina Razali

SUKATAN MENTEGA DAN GULA SEBAGAI PANDUAN MEMBUAT KUEH..😚🥰SEMOGA BERMANFAAT
25/01/2025

SUKATAN MENTEGA DAN GULA SEBAGAI PANDUAN MEMBUAT KUEH..😚🥰

SEMOGA BERMANFAAT

❤️.Apam Nasi Gebu Gebas🥰❤️🤤🧁Resepi Apam Beras@Nasi 🌹1 Cawan Nasi🌹1 Cawan Tepung Beras🌹1 Cawan Tepung Gandum🌹1 Cawan Gula...
25/01/2025

❤️.Apam Nasi Gebu Gebas🥰❤️🤤

🧁Resepi Apam Beras@Nasi

🌹1 Cawan Nasi
🌹1 Cawan Tepung Beras
🌹1 Cawan Tepung Gandum
🌹1 Cawan Gula
🌹1 Peket Yis
🌹1 1/2 Cawan Air

🧁Blend semua bahan dan letak pewarna yg diinginkan🥰
🧁Perap 40 minit
🧁Kukus 12 minit Api Kuat

*Sebelum masuk adunan ke acuan kacau dulu adunan untuk buang angin/rongga.
**Selepas masukkan ke acuan, terus masukkan ke kukus dan kukus hingga masak (12minit)

Kredit empunya resepi

Bau tandas, terutamanya bau air kencing, memang susah nak hilangkan. Nasib baik, terdapat penyelesaian semula jadi buata...
25/01/2025

Bau tandas, terutamanya bau air kencing, memang susah nak hilangkan. Nasib baik, terdapat penyelesaian semula jadi buatan sendiri yang bukan sahaja menghilangkan bau, tetapi juga meninggalkan aroma segar dan menyenangkan di bilik air.

Semburan DIY Penghilang Bau Tandas

Bahan-bahan:

2 biji lemon
5-10 kuntum bunga cengkih
1 sudu cecair vanila
1 cawan air

Sediakan Lemon: Hiriskan lemon secara nipis. Memandangkan ia bebas racun perosak, ia lebih berkesan untuk menghilangkan bau.

Infusi Cengkih: Didihkan bunga cengkih dalam periuk kecil bersama air selama kira-kira 5 minit untuk mengeluarkan minyak pati.

Gabungkan Bahan-bahan: Tambahkan hirisan lemon dan vanila ke dalam infusi cengkih. Biarkan campuran tersebut selama 10 minit untuk menyatu sepenuhnya.

Tapis dan Simpan: Tapis cengkih dan hirisan lemon, kemudian tuangkan cecair ke dalam botol semburan.

Gunakan di Bilik Air: Semburkan di sekitar tandas, dinding, dan kawasan di mana bau air kencing paling kuat. Anda juga boleh menggunakannya untuk membersihkan lantai bilik air. Semburan ini akan menghilangkan bau air kencing dan meninggalkan wangian semula jadi yang segar.

Tips Tambahan untuk tandas yang Berbau Segar

Pastikan Pengudaraan Baik: Buka tingkap atau gunakan kipas ekzos selepas setiap penggunaan untuk mengeluarkan kelembapan dan bau.

Bersihkan Secara Berkala: Lakukan pembersihan mendalam sekurang-kurangnya sekali seminggu, dengan fokus pada kawasan seperti tandas, tempat mandi, dan sinki.

Produk Pembersih Semula Jadi: Gunakan produk semula jadi seperti cuka atau baking soda untuk membasmi kuman dan meneutralkan bau.

Yang batuk masa baring, masa nak tidur, batuk gatal dalam kerongkong tapi tak ada kahak, kena baca ni.Sebelum tidur ambi...
25/01/2025

Yang batuk masa baring, masa nak tidur, batuk gatal dalam kerongkong tapi tak ada kahak, kena baca ni.

Sebelum tidur ambil 2 biji bunga cengkih dan kunyah. Makan bunga cengkih boleh hilang batuk ‘kering’ yang bila baring masa tidur dia datang. Atau waktu siang tengah bersembang dia datang serang.

Orang putih kata nagging coughing.

Cara nak buat senang saja. Bunga cengkih ni kena sangai dulu. Sangai ni pun sekejap saja. Dalam seminit dua gitu.

Eugenol dalam bunga cengkih akan bantu legakan sikit dan hilangkan sensasi batuk tu Insyaa Allah. Eugenol ni akan hilangkan radang pada throat atau tekak kita tu.

Kalau tak sanggup nak kunyah, ambil segenggam bunga cengkih dan rebus. Minum air ‘teh bunga cengkih’ tu.

Kalau malas sangat, letak 3 titis Essential Oil bunga cemgkih dalam air. Minum.

Begitulah...

Kenalah cuba ya kalau tak nak batuk ‘kering’ tu lagi.

Kredit: DrRizal Abu Bakar

korang nk buat utk family time cuti² raya nt boleh la cuba..Resepi..1. Ayam cuci ptg2 toskan..2. Cili kering,bwg besar,b...
25/01/2025

korang nk buat utk family time cuti² raya nt boleh la cuba..

Resepi..
1. Ayam cuci ptg2 toskan..
2. Cili kering,bwg besar,bwg putih,halia,serai,kunyit hidup,(diblend)
3. Ketumbar & jintan manis (dblend halus)
Tumis bhn² tanpa myk,pastikan garam gula secukup rasa, masukkan ayam masak setgh masak..kemudian letak ayam diats stand renyis olive oil,myk masak pn bleh.. bakar pd suhu af 200-15minit (brgantung af masing² xckup masak tambah masa), suhu oven 180-20 minit..

Utk kuah..
1. Cili kering,bwg putih (dblend)
2.sos cili,gula merah,gula pasir & 1 sudu besar tpg jagung,..
Panaskn kuali@periuk,masukkn cili,masukkn sedikit air kacau² sehingga cili masak, kemudian masukkn sos cili,gula,air gula merah,& tpg jagung..kacau sehingga kuah jd pekat, pastikn gula garam secukup rasa, jika ada bijan campur je dlm kuah tu.
Kredit: Suisan Aliezsha

Address

Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kak Jayyy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share