16/12/2024
"Sifat Tangkai Jering Pemilik IKEA Yang Boleh Kita Ikuti".
Oleh Azmil Azali
Orang cakap kalau gaji makin besar, kita punya perbelanjaan pun makin banyak. Ye lah, malu kalau gaji dah besar tapi masih lagi tak tukar apa-apa.
Tapi benda ni tak terpakai dekat Ingvar Kamprad. Sebab dia punya perangai kedekut tu lebih teruk daripada member korang. Sebelum siapa Ingvar Kamprad.
Kepada yang s**a ajak crush lepak Ikea makan meatball spilt bill, korang wajib kenal pengasasnya iaitu Ingvar Kamprad. Sebab banyak perangi tangkai jering dia yang boleh korang ikuti.
Antaranya adalah Ingvar Kamprad sangat benci habiskan duit untuk benda yang sia-sia. Bukan macam korang yang belanja awek tak ingat dunia.
Ingvar Kamprad ni punya sayang duit sampai tahap dia sanggup potong rambut dekat negara dunia ketiga. Lebih murah katanya tapi kena tunggu dia ada kerja dekat luar negara dulu.
Selain itu dia juga gemar beli barang-barang bundle di pasar malam dan bazar karat. Dah lah murah, berkualiti dan boleh dapat baju yang rare. Senang cerita demo kena bare.
Bab kereta pulak, Ingvar Kamprad ni rilek je pakai Volvo 240 GL sejak tahun 1992. Orang nak kata apa katalah. Paling penting sekali dia faham kereta ni berfungsi untuk memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Tapi akhirnya dia tukar juga kereta baru sebab yang lama dah rosak.
Jadi korang rasan kenapa Ingvar Kamprad berjimat cermat sampai tahap tak masuk akal? Dia kedekut tahi hidung masin ke?
Jawapannya dia faham hukum psikologi di sebalik kewangan. Dia hambakan wang. Bukan wang hambakan dia. Melalui cara ni, Ingvar Kamprad dapat guna wang dia untuk memperbesarkan lagi perniagaan... bertambah kayalah jadinya.
Kepada korang semua, Ingvar Kamprad pun pandai berjimat cermat. Kita pulak baru je gaji naik sikit terus hentak loan ketam, Y16 dan iphone 16 pro max.
---
Kalau korang nak jadi kaya dan power berjimat cermat macam Ingvar Kamprad, sila baca BANGSA ENAM ANGKA. Boleh dapatkan di https://s.shopee.com.my/7Kgb3VJTI3