LIMBANGfm

LIMBANGfm ๐—ฅ๐—ง๐—  ๐—Ÿ๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ณ๐—บ, ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ ๐——๐—ถ ๐—›๐—ฎ๐˜๐—ถ
๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฐ.๐Ÿต ๐— ๐—›๐˜‡ (Limbang)
๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿญ.๐Ÿญ ๐— ๐—›๐˜‡ (Lawas)
๐Ÿต๐Ÿฐ.๐Ÿฑ ๐— ๐—›๐˜‡ (Medamit)

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—ง๐—  ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š

๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ณ๐—บ :
โ€ข ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚
(0900-1200 : Isnin-Ahad)
โ€ข ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐˜‚๐—ป ๐—•๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด
(1200-1500 : Isnin-Ahad)
โ€ข ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐˜†๐—ฎ
(1500-1800 : Isnin-Ahad)
โ€ข ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป
(1800-2100 : Setiap Khamis)

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—˜๐—ต๐˜„๐—ฎ๐—น ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ (๐—•๐—˜๐—ฆ) ๐—Ÿ๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด
โ€ข Liputan Berita Tempatan Limbang dan Lawas
(Berita TV dan Radio)
โ€ข Cerita Pagi Sarawak (CPS)
dalam Selamat Pagi Malaysia

16/01/2025
15/01/2025

Tahukah anda?

Terdapat kebaikan dalam setiap budaya sihat yang kita amalkan, ini termasuklah budaya menderma darah. Selain dapat membantu pesakit yang memerlukan, terdapat 6 kebaikan yang boleh kita perolehi dengan menderma darah.

Disini kami kongsikan kebaikan menderma darah. Teruskan menderma darah secara berkala bagi melestarikan bekalan darah di Malaysia. Untuk maklumat lanjut berkaitan lokasi pendermaan darah, sila layari laman sesawang rasmi Pusat Darah Negara di www.pdn.gov.my






15/01/2025

DUA DARIPADA LIMA MANGSA KEMALANGAN NGERI MERUPAKAN PELAJAR 16 TAHUN

Kuching, 15 Januari-Polis mengesahkan dua dari lima mangsa rempuhan maut di Jalan Teo Kui Sing-Stutong Baru, Kuching tengahari semalam merupakan remaja masing-masing berumur 16 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, kereta yang dipandu suspek itu membawa tiga penumpang, dua terbunuh dan seorang lagi pelajar perempuan yang mengalami kecederaan parah.

Manakala kereta yang dirempuh di laluan bertentangan p**a melibatkan dua buah kenderaan jenis sedan, dua darinya terbunuh dan pemandu jenis Toyota p**a selamat.

Dihubungi RTM di Kuching pagi tadi dedahnya lagi seorang penunggang motosikal turut terbunuh dalam insiden itu dan seorang lagi selamat.

Beliau meminta Kerjasama orang awam untuk menghentikan penyebaran maklumat palsu mengenai rempuhan tersebut kerana ia akan mengganggu siasatan.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah yang dihubungi RTM menyuarakan kebimbangan akan insiden yang mengorbankan lima nyawa termasuk beberapa pelajar.

Beliau turut mengingatkan orang awam untuk tidak sesuka hati menularkan video-video di lokasi kejadian.

"kita selalu melihat di tempat kejadian orang ambik video sedangkan apa yang perlu adalah.... orang yang melihat video dan keluarga yang terlibat tu"

Tinjauan RTM di lokasi kejadian pagi tadi mendapati kerja-kerja pembersihan oleh pihak majlis bandaraya sedang giat dijalankan bagi memastikan aliran trafik lebih lancar.

Dickin

14/01/2025

EMPAT MAUT, DUA CEDERA PARAH DALAM REMPUHAN BERGANDA DI JALAN STUTONG BARU

KUCHING, 14 Januari: Empat maut manakala dua cedera parah selepas terlibat dalam satu kejadian rempuhan berganda di Jalan Stutong Baru, Kuching tengahari tadi.

Dalam kejadian sekitar 12.50 tengahari itu, sebuah kenderaan jenis Proton yang datang dari arah pusat bandar dipercayai telah hilang kawalan sebelum merempuh masuk ke laluan bertentangan.

Dalam rakaman dashcam oleh salah seorang pengguna jalan raya turut menyaksikan kenderaan terbabit telah merempuh dua kenderaan jenis sedan dan dua lagi motosikal yang datang dari arah pusat bandar.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah yang dihubungi pemberita mengesahkan kes berkenaan di Kuching petang tadi.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mangsa yang terlibat.

Tiga lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di hospital Umum Sarawak.

Kes kini disiasat dibawah seksyen 41, kurungan 1, akta pengangkutan jalan 1987.

Dickin

14/01/2025
14/01/2025

Kanser Serviks juga dikenali sebagai Kanser Pangkal Rahim.

Pada peringkat awal kanser, ia berlaku di sekitar serviks iaitu bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan va**na. Kemudian, pada peringkat lewat p**a, kanser merebak ke tisu-tisu atau organ berhampiran seperti pundi kencing dan bahagian usus.

Pengesanan dan rawatan awal boleh dilakukan melalui ujian HPV dan pap smear. Ujian-ujian ini boleh dilakukan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan secara PERCUMA.






13/01/2025

BANTUAN SKAS AKAN DISALURKAN MULAI 18 FEBRUARI

KUCHING , 13 JANUARI - Sumbangan Keperluan Asas Sarawak S-K-A-S akan mula dikreditkan ke akaun Spay Global penerima mulai 18 Februari depan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu memastikan setiap isi rumah di negeri ini memiliki keperluan asas yang mencukupi.

Ujar Premier, S-K-A-S bukan sekadar bantuan biasa, tetapi melambangkan perkongsian kejayaan Sarawak dengan rakyatnya agar anak-anak ke sekolah dalam keadaan sihat.

Premier Sarawak berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Yang Amat Berhormat Premier Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini.

Dalam masa sama dengan menggunakan platform digital ia dapat menyampaikan perkhidmatan awam dengan lebih cekap dan memastikan tiada sesiapa yang tercicir.

Setakat 12 Januari, sebanyak 398,942 permohonan bantuan SKAS diterima iaitu 45.0% daripada jumlah sasaran.

Wartawan : Debbie

13/01/2025

โš ๏ธ Awas makanan bergoreng!

Makanan bergoreng memang sedap, rangup dan mudah didapati di mana-mana.

Tetapi makanan bergoreng ๐Ÿ—๐Ÿ”๐Ÿ•๐ŸŸ๐ŸŒญ mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi dan boleh meningkatkan risiko penyakit jika diambil secara berlebihan.

๐Ÿ‘๐Ÿป Pilihlah kaedah masakan yang sihat untuk seluruh keluarga tersayang.






13/01/2025

PREMIER SARAWAK UMUMKAN MASWINGS KINI MILIK SARAWAK

KUCHING, 13 JAN -Pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings oleh kerajaan Sarawak kini sudah selesai.

Perkara itu dinyatakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg HARI INI.

โ€œApa yang dapat saya bagitau hari ini adalah maswings beres, maksudnya kita dah mengambil alih ada majlis mendatangani persetujuan dalam masa satu bulan lah.. sebelum puasa dan mungkin di Kuching.. โ€ - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Mengulas lanjut, katanya nama baharu untuk syarikat penerbangan Maswings itu akan diumumkan kelak.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Yang Amat Berhormat Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini.

Wartawan : Debbie

13/01/2025

Kekejangan otot ialah kontraksi otot yang kuat di luar kawal. Kontraksi otot ini berterusan dan ianya berlaku secara tiba-tiba. Keadaan tersebut menimbulkan rasa sakit yang mengganggu pergerakkan anggota tersebut.

Kekejangan otot sering kali berlaku ketika bersukan ๐Ÿƒ๐Ÿผโ€โ™‚๏ธ๐Ÿšด๐Ÿผโ€โ™‚๏ธ dan semasa menjalankan aktiviti fizikal terutamanya di kalangan atlet.

Punca berlakunya kekejangan adalah disebabkan oleh pengump**an asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan dan pada masa yang sama mengakibatkan kandungan oksigen serta nutrien di dalam otot semakin berkurangan.

โš ๏ธ Namun, diet yang kaya dengan potasium, kalsium dan magnesium boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.






13/01/2025

๐Ÿ“Œ Di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam tiada istilah โ€œkepamโ€ kerja. Kita harus menyegerakan tugasan yang diamanahkan sejurus arahan dikeluarkan.

๐Ÿ“Œ Jangan tunggu selepas waktu bekerja untuk claim OT atau amalan โ€œesok lah buatโ€ dan selepas itu kerja berkenaan tergendala berminggu-minggu atau berbulan lamanya.

๐Ÿ“Œ Ingat ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ธ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ฅ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฅ, apa yang kita berikan akan kembali kepada kita. Jika kita menyegerakan kerja, dapat mempermudahkan rakyat maka, kebaikan itu akan berbalik kepada kita.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia






13/01/2025

Salam sejahtera Masyarakat Limbang, khusus bagi penduduk area Medamit dan berdekatan, berikut adalah hebahan lawatan pasukan klinik pergigian bergerak Limbang. Butiran lawatan seperti tertera di bawah, jumpa di sana ๐Ÿ‘‹

Address

RTM Limbang, Jalan Penyiaran
Limbang
98700

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+6085211246

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LIMBANGfm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to LIMBANGfm:

Share

Category