LD memberi maklumat terkini yg bermanfaat kepada seluruh warga Lahad Datu khasnya.

21/11/2024

Kebakaran di kg barigas, Tungku.

01/11/2024
18/10/2024

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

18 Oktober 2024

Pengumuman penting ‼️

GOTONG-ROYONG CARI DAN MUSNAH TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DI KAMPUNG TECK GUAN.

Tarikh: 19 Oktober 2024 (Sabtu)
Masa: 07.30 pagi hingga selesai
Tempat berkumpul: Masjid Nurul Ibadah Kg Teck Guan

πŸ“’ Perhatian kepada semua penduduk Kampung Teck Guan untuk turun bersama-sama melakukan gotong-royong Cari dan Musnah tempat-tempat pembiakan Nyamuk Aedes di sekitar kawasan kampung anda.

πŸ“Œ Tidak Peduli Maut Menanti πŸ“Œ

Menghapus Demam Denggi adalah tanggungjawab bersama






PENTING :- Dikemaskini 12.22 pm18 Okt 2024 (Lahad Datu) -  Jawatankuasa Bencana Daerah Lahad Datu hari ini mengaktifkan ...
18/10/2024

PENTING :- Dikemaskini 12.22 pm

18 Okt 2024 (Lahad Datu) - Jawatankuasa Bencana Daerah Lahad Datu hari ini mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Lahad Datu sebagai persiapan awal menghadapi sebarang kemungkinan berikutan pengumuman oleh JUPEM melalui laman web mereka mengenai Fenomena Air Pasang Tahap Ekstrem di beberapa kawasan termasuk Lahad Datu.

Sehubungan itu, Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jkuasa Bencana Daerah menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan berisiko untuk sentiasa peka dan mengambil langkah berjaga-jaga dan langkah keselamatan yang perlu sebagai persediaan awal sekiranya berlaku sebarang bencana yang berkaitan.

Orang ramai boleh menghubungi NO Pusat Bencana Daerah di talian 089-880991 untuk aduan atau mendapatkan maklumat lanjut.

DIKongsikan Senarai kawasan kampung yang dijangka berisiko dan perlu mengambil perhatian.

JANGAN PANIK.. INI hanya peringatan dan makluman untuk langkah berjaga-jaga dan bersedia lebih awal. Sentiasa ikuti arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang bencana yang berkaitan. Terima Kasih.

Sumber : Jkuasa Bencana Daerah L. D


14/10/2024

Tahniah diucapkan kepada Tuan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Lahad Datu atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ADK) yang bersempena sambutan ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Yang Di Pertua Negeri Sabah Pada 5 Oktober 2024.



01/10/2024
09/09/2024

LAHAD DATU; [9 SEPT 2024] TYT SABAH – RASMI MASJID DAERAH TUNGKU.

28/07/2024

Assalamualaikum dan Salam Keluarga Madani , Korang di jemput datang beramai ramai , jemput ahli keluarga, jiran tetangga yang berada di Sabah khususnya yang berdekatan dengan Tungku ke Program yang akan dibuat Ogos ini.

Program kali ini akan dibuat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim , Zon Maritim Lahad Datu.

Tarikh : 16-18 Ogos 2024
Hari : Jumaat - Ahad
Masa : 08.00 pagi - 11.00 malam
Tempat : pantai Kasih Lasa Kg Bangingod Tungku

Pengisian
1. Penceramah jemputan
2. Taklimat & Pameran agensi /Jabatan
2. Pertandingan Perahu Berhias
3. Tarik tali
4. Booth jualan makanan/minuman
5. Sukan rakyat
6. Pertandingan Tarian igal- igal
7. busking
8. Pertandingan mewarna kanak-kanak
10. Rumah hantu
11. Mini game
12. Doopa doopa
13. Pertandingan Bola tampar wanita
14. Pertandingan Bola tampar pantai lelaki
15. Sukaneka
16. Santai kaki Motor Tungku 2.0
17. Pertandingan Tarik Tali
18. Selebriti Jemputan
Dan Banyak lagi...

Anjuran : Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia zon Maritim Lahad Datu

Dengan Kerjasama:
Pejabat Daerah kecil Tungku & JKKK kg Bangingod

Dikelolakan oleh : Belalang Tempur organizer & Tungku hikers Club

teratas
Lahad Datu Info.
Lahad Datu info.
.



17/05/2024

LAHAD DATU; 14 MEI 2024 GOTONG ROYONG MADANI 2024 JADIKAN LAHAD DATU LANDSKAP INDAH

30/01/2024

LAHAD DATU; 28 JAN 2024 πŸ”΄ MASALAH SAMPAH – HENTI TUDING JARI, CARI PENYELESAIAN BERSAMA

30/01/2024

LAHAD DATU; [27 JAN 2024] πŸ”΄ MASALAH SAMPAH – PENGGUNAAN PLASTIK TIDAK TERKAWAL DAN SIKAP MASYARAKAT PUNCANYA?

03/12/2023

Pesanan Habib Ali Zaenal Abidin untuk semua dijemput hadir ke Program Maulid Akbar Lahad Datu 2023.

Ahlan Wa Sahlan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid ke Lahad Datu Sabah. Semua dijemput hadir ke Maulid Akbar Lahad Datu 20...
25/11/2023

Ahlan Wa Sahlan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid ke Lahad Datu Sabah. Semua dijemput hadir ke Maulid Akbar Lahad Datu 2023.

Pembuat roti canai disamun, dirogol sebelum dibunuhLahad Datu: Seorang wanita yang bekerja sebagai pembuat roti canai bu...
14/11/2023

Pembuat roti canai disamun, dirogol sebelum dibunuh

Lahad Datu: Seorang wanita yang bekerja sebagai pembuat roti canai bukan sahaja disamun dan dirogol malah dibunuh sebelum mayatnya ditemukan di dalam kawasan semak sebuah kebun pisang di Kampung Pisang, di sini, hari ini.

Mayat wanita warga asing berusia 36 tahun itu ditemukan dalam keadaan separuh bogel oleh ahli keluarganya, pada 8.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada 8.26 pagi.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat wanita berusia 36 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira 600 meter dari rumahnya.

Sumber : harian metro

LAHAD DATU : Selepas kira-kira 12 jam diburu, suspek yang dipercayai menetak mati kanak-kanak lelaki di perumahan pekerj...
24/09/2023

LAHAD DATU : Selepas kira-kira 12 jam diburu, suspek yang dipercayai menetak mati kanak-kanak lelaki di perumahan pekerja Felda Sahabat 30, di sini, ditahan, hari ini.

Suspek, Paulus Poka Lolo, 33, ditahan sepasukan polis bantuan Felda di dalam kawasan blok 12 ladang FGV PM Sahabat 41, di sini, jam 7 pagi.

DAERAH LAHAD DATUBUDAK 11 TAHUN MAUT DI TETAK RAKAN BAPA TIRILAHAD DATU - Seorang kanak-kanak lelaki maut akibat ditetak...
23/09/2023

DAERAH LAHAD DATU

BUDAK 11 TAHUN MAUT DI TETAK RAKAN BAPA TIRI

LAHAD DATU - Seorang kanak-kanak lelaki maut akibat ditetak oleh rakan kepada bapa tirinya dalam kejadian di sebuah perumahan pekerja Felda Sahabat 30, dekat pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa berusia 11 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan halaman rumah dengan kesan tetakan oleh objek tajam dipercayai parang pada bahagian belakang dan depan kepala, belakang leher serta putus tapak tangan kiri.

Menurutnya, mangsa ketika kejadian ditinggalkan bersama suspek oleh kedua ibu bapanya kerana keluar bekerja di ladang kelapa sawit kira-kira jam 7.30 pagi.

"Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah ke lokasi bagi menjalankan siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Rohan Shah berkata, pihaknya juga sedang giat mengesan suspek yang juga warga asing dan rakan kepada bapa tiri mangsa.

"Suspek merupakan pekerja am ladang berumur 33 tahun dan beralamat di perumahan pekerja Lestari Kampung Indera Bakti.

"Suspek telah menghilangkan diri selepas kejadian itu dan motif pembunuhan masih belum dikenal pasti," katanya.

Katanya lagi, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum mati," katanya.

Sehubungan itu, Rohan Shah memohon kerjasama daripada orang ramai terutama masyarakat di sekitar Felda Sahabat supaya menyalurkan maklumat mengenai suspek.

"Orang ramai boleh melaporkan segera di balai berhampiran atau kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu, Asisten Superintenden Kharuddin Husain di talian 013-9071709," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Kenali Daerah Kita . 🫰🏻SHARE tanda ❀️
14/09/2023

Kenali Daerah Kita . 🫰🏻
SHARE tanda ❀️



Address

Fajar Centre
Lahad Datu Town
91100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to LD:

Videos

Share