Abang Hardware

Abang Hardware Life as Kampung boy. Yang sudah follow,terima kasih,magsukul,thank you,shukran,salamat😊.

Tahu tak,di Sabah ni bukan saja sunsetnya yang lawa🤩Ikan bilis keringnya pun cantik²😍.Alhamdulillah,petang ni berkesempa...
20/01/2025

Tahu tak,di Sabah ni bukan saja sunsetnya yang lawa🤩
Ikan bilis keringnya pun cantik²😍.
Alhamdulillah,petang ni berkesempatan temankan beliau cari² stok ikan bilis kering dekat kampung sebelah🤠.
Jiwa kampung,tak selesa bila tiada rasa sambal² bilis tu...
Sambal bilis + ikan kering rangup + nasi lemak = 🤤



p/s ;kawan² yg mau selit order boleh whatsapp kita ya😁.
011-3167 3101

Saya budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan😊
12/01/2025

Saya budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan😊

09/01/2025

Cara Pasang Swan Paip Singki.

(repost video)

07/01/2025

Cara Pasang Pump Tandas.
(Repost video)

Apa Itu Screw Extractor?Screw extractor adalah alat khas yang direka untuk mengeluarkan skru atau bolt yang rosak, patah...
06/01/2025

Apa Itu Screw Extractor?

Screw extractor adalah alat khas yang direka untuk mengeluarkan skru atau bolt yang rosak, patah, atau tersumbat dalam bahan kerja. Skru yang rosak mungkin disebabkan:

Kepala skru haus (stripped head).
Skru patah dan bahagian batangnya tertinggal dalam lubang.
Skru tersekat akibat karat atau ketat terlalu kuat.

Screw extractor biasanya diperbuat daripada bahan logam keras (seperti keluli tahan karat) dengan reka bentuk spiral berlawanan arah jam (reverse thread).

Jenis Screw Extractor
1. Spiral Flute Extractor (paling biasa digunakan)
Mempunyai reka bentuk spiral yang mencengkam skru apabila dipusing.
Berfungsi untuk skru yang rosak tetapi masih mempunyai sisa batang.

2. Straight Flute Extractor
Digunakan untuk skru atau bolt yang sangat keras.
Lebih sesuai untuk kerja berat.

3. Screw Extractor dengan Set Drill Bit
Lengkap dengan drill bit untuk membuat lubang pada skru sebelum menggunakan extractor.

Cara Menggunakan Screw Extractor

1. Peralatan yang Diperlukan:
i.Screw extractor set.
ii.Drill (gerudi) dan mata gerudi besi (drill bit).
iii.Wrench atau pemutar skru boleh laras.
iv.Pelincir (contohnya WD-40 untuk skru berkarat).

2. Langkah-Langkah:

Langkah 1:
Bersihkan kawasan sekitar skru yang rosak.
Jika skru berkarat, sapukan pelincir dan tunggu beberapa minit supaya mudah ditanggalkan.

Langkah 2:
Gunakan drill untuk membuat lubang kecil di tengah kepala atau batang skru yang rosak.
Pilih drill bit bersaiz sesuai (biasanya 50-75% diameter batang skru).

Langkah 3:
Pilih screw extractor bersaiz sesuai dengan lubang.
Masukkan hujung extractor ke dalam lubang yang telah dibuat.

Langkah 4:
Gunakan wrench atau pemutar skru untuk memutar screw extractor berlawanan arah jam.
Benang spiral pada extractor akan mencengkam bahagian dalam skru.

Langkah 5:
Teruskan memutar perlahan sehingga skru rosak berjaya dikeluarkan.

Tips Penting
1. Pastikan saiz sesuai: Jangan gunakan extractor terlalu kecil, kerana ia mungkin patah di dalam skru.

2. Gunakan tekanan stabil: Jangan terlalu kuat, kerana ia boleh merosakkan extractor.

3. Pelinciran: Untuk skru berkarat, gunakan pelincir untuk memudahkan kerja.

Dengan extractor,masalah skru rosak dapat diselesaikan dengan mudah tanpa perlu menggantikan keseluruhan komponen.

04/01/2025

DiY Key Hanger ( part 2 )

Bah jum lah kita siram sayur😁.senyum² juga bah kamu😄.Kalau limpas dekat page kamu jan lupa like ya😄😄.
04/01/2025

Bah jum lah kita siram sayur😁.

senyum² juga bah kamu😄.
Kalau limpas dekat page kamu jan lupa like ya😄😄.



03/01/2025

Kugutan.

p/s; bukan ugutan ya😂

Kukur kelapa tradisional,masih ada ka guna ni😁,
tempat kamu panggil apa?

01/01/2025

Limau & lada.


Selamat tahun baru semua......Hari ni cuti....sempat terciduk bantu beliau di dapur buat kuih onde²😂Specialnya hari ni a...
01/01/2025

Selamat tahun baru semua......
Hari ni cuti....sempat terciduk bantu beliau di dapur buat kuih onde²😂
Specialnya hari ni abang guna kukuran kelapa tradisional...lama sdh alat tradisional ni,dari zaman arwah nenek lagi.....beliau bilang rasa kelapa yg dikukur tak sama dengan guna mesin moden tu😁...
Kalau di Pantai Timur Sabah panggil kugutan....tempat kamu apa?

p/s; patutlah orang dulu2 sihat,memasak saja pun bekeringat bah😂😂

28/12/2024

Key Hanger Part 1



24/12/2024

Selamat malam semua😊
Terima kasih untuk hari ni❤️

24/12/2024

Lembu.



Celebrating my 2nd year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. 🙏🤗🎉I...
22/12/2024

Celebrating my 2nd year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. 🙏🤗🎉

I am beyond grateful for each and every one of you untuk 2 tahun ni❤️
Terima kasih support page Abang Hardware 😊.

19/12/2024

Selamat malam semua😊
Terima kasih untuk hari ni❤️

Sistem Perpaipan Aqueduct dan Hubungannya dengan Sistem ModenSistem perpaipan telah wujud sejak beribu tahun lalu, denga...
16/12/2024

Sistem Perpaipan Aqueduct dan Hubungannya dengan Sistem Moden

Sistem perpaipan telah wujud sejak beribu tahun lalu, dengan salah satu inovasi terawal ialah aqueduct dari tamadun Rom Purba. Aqueduct membawa air dari sumber semula jadi ke bandar menggunakan graviti, melalui saluran terbuka dan jambatan berbentuk lengkung. Contoh terkenal ialah Aqua Appia yang dibina pada tahun 312 SM, membekalkan berjuta-juta liter air ke rumah dan tempat awam.

Bagaimana Aqueduct Menginspirasi Sistem Moden?
Banyak konsep aqueduct diadaptasi ke sistem perpaipan moden:

1. Prinsip graviti digunakan untuk mengalirkan air dengan cekap.

2. Saluran tertutup menggantikan saluran terbuka untuk mengelakkan pencemaran.

3. Sistem pembetungan moden mengambil inspirasi dari reka bentuk saliran tamadun lama.

Kini, sistem moden menggunakan bahan seperti PVC yang tahan lama, dan teknologi seperti sensor pintar untuk mengesan kebocoran. Usaha juga ditumpukan kepada kelestarian, seperti penggunaan semula air hujan, menunjukkan kesinambungan inovasi dari tamadun purba ke era moden.

"Adakah anda tahu sistem air seperti aqueduct pernah wujud lebih awal di Mesir atau tamadun lain?

Petua orang tua² yang masih relevan masa kini.
15/12/2024

Petua orang tua² yang masih relevan masa kini.

13/12/2024

Address

Lahad Datu Town
61112

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601131673101

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abang Hardware posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Abang Hardware:

Videos

Share