Kudat Viral Terkini

Kudat Viral Terkini Untuk perkongsian topik viral dan isu-isu semasa yg berlaku dalam negeri dan serata dunia.
(1)

Assalammualaikum wbt dan Salam sejahtera, untuk makluman rakan² semua GIATMARA KUDAT membuka peluang kepada semua anak² ...
05/06/2024

Assalammualaikum wbt dan Salam sejahtera, untuk makluman rakan² semua GIATMARA KUDAT membuka peluang kepada semua anak² muda yg berminat mengikuti program kemahiran boleh lah terus memohon scan imbas untuk pemohon..

PROGRAM DITAWARKAN

1 SISTEM KOMPUTER (SKM tahap3)
2.JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN (SKM 2)
Kemudahan:-
1. Elaun bulanan RM 200
2. Yuran pengajian PERCUMA
3. Sijil profesional GIATMARA
4. Sijil Kemahiran Malaysia SKM tahap 3

Syarat kemasukan:
1. Warganegara Malaysia
2. Bumiputera
3. Berumur 15 tahun ke atas
4. Pandai MEMBACA, MENULIS, MENGIRA DAN BERMINAT DALAM BIDANG YG DI POHON

Tempoh masa 6 bulan
Sila hubungi untuk keterangan lanjut:

* 088612489*pejabat

Dr Raymond  Mojumah salah seorang ilmuan Rungus yg tersohor. Merupakan seorang pendidik berpengalaman,telah  menulis ban...
31/05/2024

Dr Raymond Mojumah salah seorang ilmuan Rungus yg tersohor. Merupakan seorang pendidik berpengalaman,telah menulis banyak buku dan juga sasterawan Rungus. Beliau kelihatan berada dalam Pesta Buku Kuala Lumpur 2024 dan bergambar bersama PMX ketika PMX mengumumkan pemberian baucer buku Rm 100 pada acara tersebut.

Kejadian berlaku kemarin di kawasan kedai baru bandar kudat. Semakin hari semakin banyak kejadian menakutkan berlaku.
22/05/2024

Kejadian berlaku kemarin di kawasan kedai baru bandar kudat. Semakin hari semakin banyak kejadian menakutkan berlaku.

Harap kita ada rezeki umur panjang agar sempat menikmati jalan yg lebih pendek menuju kk.
11/05/2024

Harap kita ada rezeki umur panjang agar sempat menikmati jalan yg lebih pendek menuju kk.

Jemputan utk orang² yg kuat dan gagah. Sila teliti semua syarat pertandingan dalam gambar. Admin tolong share sja.
04/05/2024

Jemputan utk orang² yg kuat dan gagah. Sila teliti semua syarat pertandingan dalam gambar. Admin tolong share sja.

Patutlah kudat sukar betul membangun sbb semua perancangan kudat mesti paling belakang dapat.
26/04/2024

Patutlah kudat sukar betul membangun sbb semua perancangan kudat mesti paling belakang dapat.

09/04/2024

Video fenomena gerhana matahari penuh di kudat berlaku pada 24/10/1995. Gerhana penuh yg berlaku jam 12:45 tghari itu menyaksikan bandar kudat bergelap seperti malam kira² 1 minit 55 saat.

Elakkan membuat pembakaran terbuka di musim panas begini. Dan ingat jgn buang sembarangan rokok anda sbb ia sgt mudah me...
03/04/2024

Elakkan membuat pembakaran terbuka di musim panas begini. Dan ingat jgn buang sembarangan rokok anda sbb ia sgt mudah mencetuskan kebakaran hutan ketika cuaca kering dan berangin ini. Lagipun perbuatan membuang puntung rokok sembarangan bukanlah sikap orang yg bijak dan bertamadun.

02/04/2024
Atas kertas kudat masih banyak stok air.
19/03/2024

Atas kertas kudat masih banyak stok air.

Ujian siren tsunami hari ini.
11/03/2024

Ujian siren tsunami hari ini.

10/03/2024

Program Pengampunan Pendatang Tanpa Izin Sedang Di Laksanakan,Di Harap Kepada Warga Filipina, Pakistan serta Indonesia Yang Tidak Punya Dokumen Sah Ambik Peluang Untuk Balik Ke Negara Asal Tanpa Di Kenakan Tindakan Undang2,Selepas Ianya Tamat Tiada Ruang Dan Peluang. Penguatkuasaan Akan Di Laksana Dengan Tegas,Untuk Daerah Di Seluruh Negeri Sabah,Antara Hot Spot Kawasan Perkampungan Tumpuan Penempatan Warga Asing Yang Sedang Dalam Perhatian Pihak Penguatkuasa Jabatan Imigresen Adalah Seperti Berikut:

1.Kampung Landung Ayang Kudat
2.Kampung Perpaduan Ria Kudat
3.Kampung Delima Sepanggar
4.Kampung Kelansanan Inanam
5.Kampung Tanjung Kapor Kudat
6.Kampung Muhibbah Kudat
7.Taman Lajong Kudat
8.Kawasan Perkampungan Pulau Banggi Kudat
9.Kawasan Taman Pakka Kudat
10.Rumah Tumpangan Dan Sewa Seluruh Sabah
11.Kampung Pengaraban Kudat
12.Kampung Pantai Bahagia Kudat
13.Kawasan Perindustrian Perikanan Kudat
14.Kampung Bingolon Kudat
15.Kampung Warisan Inanam
16.Kawasan Perkampungan Kunak Sabah
17.Kawasan Perkampungan Lahad Datu Sabah

Menurut Sumber Penguatkuasan Kali ini Di lakukan Secara Bersepadu Dengan Memfokuskan Pati Tanpa Dokumen Dan Permit Kerja Yang Sah,Masalah Penyambungan Air Dan Elektrik Secara Haram,Serta .Majikan Yang Mengupah Pati Tanpa Permit Kerja Yang Sah.Operasi Penguatkuasa Turut Di Sertai,Unit Penguatkuasa Jabatan Air Sabah,Sabah Elektrik city,Jabatan Pendaftaran Negara,Serta Polis DiRaja Malaysia,Kepada Orang Ramai Jika Ada Maklumat Di Kawasan Anda Berkenaan Kehadiran Pati Sila Hubungi Talian Khas Jabatan Imigresen Sabah.

Text: page Fb jabatan imigresen sabah.

Mungkin inilah cara anak² kudat mendapatkan Diploma yg paling murah, jimat, dekat dan mudah. Bagi anda yg mempunyai anak...
06/03/2024

Mungkin inilah cara anak² kudat mendapatkan Diploma yg paling murah, jimat, dekat dan mudah. Bagi anda yg mempunyai anak² yg mempunyai kecenderungan dan minat dalam bidang kemahiran inilah masanya utk mereka mendalamkan ilmu dan minat mereka. Jgn lupa kebolehpasaran graduan lepasan bidang teknik dan vokasional ini sgt tinggi, pada masa yg sama mereka masih bisa melanjutkan tahap akademik mereka ke peringkat yg lebih tinggi seperti pelajar aliran biasa. Bagi anda atau anak² yg berminat sila semak dengan teliti tarikh² penting agar anda tak terlepas peluang keemasan ini. Manalagi tempat dapatkan sijil Diploma yg tak perlu pergi ke luar daerah selain belajar di kolej vokasional kudat? Jangan sampai anda terlepas peluang mendapatkan tiket belajar di kolej vokasional kudat utk sessi 2024.

12/02/2024

Selamat Sejahtera:

Berikut adalah maklumat berkaitan penerbangan membawa balik jenazah dari Australia ke Sabah dan Upacara Penghormatan Terakhir mendiang Daty Adun.

📅 13.2.2024 (Selasa)

🕙 4.00 pm: Jenazah dijangka tiba di KKIA dan dibawa ke Kg Rangalau KB (kg suami mendiang) kemudian dibawa pulang ke Kg. Kuala Parapat Kudat.
🕙 10.30pm jenazah dijangka tiba di Dewan Serbaguna Gereja SDA Kuala Parapat Kudat Kebaktian Penghiburan akan diadakan sebaik sahaja jenazah tiba.

📅 14.2.2024 (Rabu)

🕙 12.30 T hari: Upacara penghormatan terakhir diadakan di Gereja SDA Kuala Parapat Kudat dan jenazah akan disinggahkan ke rumah kediaman Amai Adun Mosukup semasa dalam perjalanan menuju ke tanah perkuburan.

🕙 2.00 pm: Upacara pengkebumian dilakukan di tanah perkuburan keluarga di Parapat-Tombil.

Kebaktian Penghiburan akan di adakan selama tiga mlm berturut-turut mulai 14.2.2024 hingga 16.3.2024 pukul 7.00 pm di Dewan Terbuka Gereja SDA Kuala Parapat Kudat.

Pihak keluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kemurahan hati para Penderma serta doa kalian:
- YB. Datuk Wetrom Bahanda (MP P.168 K.Marudu)
- YB. Dato Verdon Bahanda (MP P 167 Kudat)
- YB. Isnaraissah Munirah Majilis (MP P.169 K. Belud)
- YB. Datuk Julita Mojingki (ADUN N.5 Matunggong)
- Sabah-Sarawak Borneo Natives Organization Inc. Australia.
- Pelayanan Wanita Wilayah 1
- Pelayanan Wanita SDA SeSabah
- Anggota Jemaat Gereja SDA Kuala Parapat
- Penderma Kg. Rangalau KB
- Penduduk Kg. Kuala Parapat - Parapat Darat.
- Para Penderma dari rakan-rakan di Facebook
- Semua penderma yg bermurah hati.
- Anggota Jemaat SDA seSabah
- Anggota Jemaat PCS Kg. Parapat Darat
- Lembaga Gereja SDA Kuala Parapat
- Ahli keluarga Jackry Sinong (suami mendiang)
- Ahli keluarga besar Mosukup.

Kiranya Tuhan memberkati kalian.

Daripada,
Adun Mosukup & Keluarga

Gambar dan text dari page SSIA yg dipost 2 jam yg lalu. Kempen Pungut Derma: Bantu Hantar Mendiang Daty Pulang ke Sabah....
01/02/2024

Gambar dan text dari page SSIA yg dipost 2 jam yg lalu.

Kempen Pungut Derma: Bantu Hantar Mendiang Daty Pulang ke Sabah.

TARGET DONATION : $18,000 AUD

Pihak admin SSIA ingin memohon bantuan anda khususnya komuniti Sabah dan Sarawak yang tinggal di Australia untuk menderma seikhlas hati . Dana ini adalah untuk menampung kos penghantaran jenazah Mendiang Daty, yang berumur 43 tahun dan berasal dari Kudat, Sabah, untuk bersatu kembali bersama keluarga buat kali terakhir sebelum di kebumikan di kampung halaman.

Mendiang Daty, yang datang ke Australia pada tahun 2018, telah meninggal dunia pada Januari 2024 di hospital Mildura akibat masalah usus yang kronik telah meninggalkan suami serta seorang anak kecil berumur 3 tahun yang masih berada di Australia, situasi ini benar-benar memerlukan simpati dan sokongan dari kita semua.
Admin SSIA merayu dan ingin menyeru seluruh komuniti Sabah dan Sarawak di Australia untuk bersama-sama dalam menyempurnakan misi yang mulia ini.
Marilah kita bersatu dan saling tolong menolong hulurkan bantuan untuk memastikan Mendiang Daty serta suami dan juga anaknya dapat kembali ke Sabah, menghadapi masa depan dengan lebih baik dan penuh harapan. Setiap sumbangan, tidak kira seberapa kecil, sangat membantu dan amatlah dihargai.

Semoga usaha kita bersama ini memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga yang ditinggalkan.
Admin SSIA terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Tuhan melindungi dan memberi kesihatan yang baik kepada kita semua di dalam usaha kita mencari rezeki di negara Australia.
Sekian dan terima kasih.

Admin SSIA

Keputusan perlawanan terakhir peringkat kumpulan, malaysia berjaya mengikat pasukan gergasi Asia korea selatan dengan go...
25/01/2024

Keputusan perlawanan terakhir peringkat kumpulan, malaysia berjaya mengikat pasukan gergasi Asia korea selatan dengan gol 3-3. Sekaligus membawa balik satu markah berharga dan 3 gol sebagai saguhati utk edisi piala asia kali ini. Tahniah pasukan malaysia anda bangkit terlalu lewat.

🟩 BERITA BAIK 🟩KOLEJ KEMAHIRAN KIMPALAN/ WELDING. 🟩Berita baik Khas untuk orang² Sabah & Sarawak  🔥🔥🟩 Pengambilan pelati...
22/01/2024

🟩 BERITA BAIK

🟩KOLEJ KEMAHIRAN KIMPALAN/ WELDING.

🟩Berita baik Khas untuk orang² Sabah & Sarawak 🔥🔥

🟩 Pengambilan pelatih baru untuk kursus Kimpalan/Welding kini dibuka

🟩 Bagi mereka yang berminat dan ada keinginan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran kimpalan/welding, anda boleh mengikuti kursus ini.

🟩 Syarat-syarat kelayakan seperti berikut

▪️Warganegara Malaysia
▪️Umur diantara 15 tahun - 45 tahun
▪️Lelaki & Perempuan
▪️ Boleh membaca mengira dan menulis
▪️Sihat Tubuh Badan
▪️Bebas tunggakan pinjaman PTPK

▪️ Tiket penerbangan (sehala/one way) 🛫 disediakan untuk pelatih yang dari Sabah & Sarawak

✅ Tempat kursus di Selangor.
✅ Tempoh kursus 18 bulan Tahap 3
✅ Hostel disediakan dengan bayaran yang berpatutan
✅ Elaun RM600 sebulan
✅💯 Pinjaman PTPK

Terdapat 5 Kursus yang ditawarkan ialah:

🔆 Welding SMAW
🔆 Welding TIG
🔆 Welding FLUXCORE
🔆 Welding GMAW
🔆 Welding GTAW&SMAW ( COMBINE )

🟩 Untuk sebarang pertanyaan boleh tekan link whatsapp di bawah ini :

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Budak ini telah menghadirkan diri ke  pemilihan utk mewakili pasukan Kudat FA namun malang sekali nasibnya sbb panel pem...
21/01/2024

Budak ini telah menghadirkan diri ke pemilihan utk mewakili pasukan Kudat FA namun malang sekali nasibnya sbb panel pemilih menolaknya dari mewakili Kudat FA. Penolakan itu tidak mematahkan semangatnya lalu membuat budak ini telah lari ke Kota Marudu utk mengadu nasib, untungnya Kota Marudu FA menerimanya dengan tangan terbuka.

Di hari pertandingan pasukan bolasepak KM FA berjaya membelasah pasukan Kudat FA 4-0, lebih memeritkan lagi pemain yg mereka reject berjaya menghasilkan gol hatrick. Dan diakhir pertandingan pemain ini akhirnya menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan torehan 5 gol.

Tahniah adik Aaron Aiwin Jensin atas kejayaaan yg amat membanggakan ini. Beliau yg juga merupakan seorang pelajar kolej vokasional Kudat dan kedua ibubapanya juga merupakan anak jati kudat sudah tentu membuat kolej vokasional dan deerah kelahirannya turut berbangga dengan kejayaan manis ini.

Disclamer: Tulisan ini lebih kepada menyorot kepayahan dan halangan yg terpaksa di tempuh oleh pemuda ini berbanding pemain lain hingga berjaya menjulang pasukannya menjadi juara dan menjadi penjaring terbanyak. Bukannya mengdiskredit atau mengecam mana² pihak. Lagipun kalau budak ini berjaya terpilih mungkin dia hanya akan menjadi pemanas bangku simpanan dan tidak berpeluang menjadi penjaring terbanyak. Kita mesti kekal positif bila berdepan dengan penolakan, inilah yg admin cuba sorotkan dalam pos ini.

Tidak terfikirkah pihak berkuasa tempatan serta pemimpin² politik di kudat  supaya dapat memanfaatkan acara besar sepert...
06/01/2024

Tidak terfikirkah pihak berkuasa tempatan serta pemimpin² politik di kudat supaya dapat memanfaatkan acara besar seperti ini utk menjana ekonomi. Antara idea yg boleh difikirkan ialah mengadakan skrin besar utk semua siaran langsung perlawanan yg membabitkan pasukan malaysia di stadium kudat atau pentas tomborungus. Pada masa yg sama aktiviti karnival jualan turut diadakan jadi para peniaga kecil tempatan boleh melakukan aktiviti jualan. Disamping itu banyak acara sukan dan hiburan yg boleh dianjurkan utk memeriahkan dan menarik lebih ramai pengunjung, Tali silaturahim antara penduduk kudat juga boleh dieratkan melalui anjuran ini. Paling penting sudah 42 tahun malaysia tak layak ke piala asia secara merit, jadi inilah masanya seluruh lapisan masyarakat meraikan bersama² detik gemilang dan menggembirakan ini.

04/01/2024
Kita dah boleh daftar Pangkalan Data Utama (PADU)  bermula sekarang1. Klik https://padu.gov.my2. Klik Daftar Sekarang3. ...
02/01/2024

Kita dah boleh daftar Pangkalan Data Utama (PADU) bermula sekarang

1. Klik https://padu.gov.my
2. Klik Daftar Sekarang
3. Lengkapkan maklumat yang diminta
4. Daftar masuk selepas selesai pendaftaran untuk lengkapkan data anda

Lima bandar/daerah utama di sabah iaitu Kudat, Kota Kinabalu, Keningau, Tawau dan Sandakan. Lihat saja carta pungutan pi...
23/12/2023

Lima bandar/daerah utama di sabah iaitu Kudat, Kota Kinabalu, Keningau, Tawau dan Sandakan. Lihat saja carta pungutan pingat ketara sudah kudat ini satu tpt yg sgt mundur berbanding daerah utama yg lain. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan kudat sgt lemah hingga sub-daerah seperti kota marudu dan pitas boleh mengatasi daerah kudat sedangkan dari segi fasiliti sukan kudat yg jaguh. Apa sebenarnya yg terjadi? Harus dengan jujur kita akui kita ini lemah dan mundur baru kita² mencari jalan dan solusi utk mengatasi masalah ini.

JoBranko(bekas gitaris wings) salah seorang gitaris tanah air yg paling terkenal dan  digeruni telah menjejakkan kaki di...
13/12/2023

JoBranko(bekas gitaris wings) salah seorang gitaris tanah air yg paling terkenal dan digeruni telah menjejakkan kaki di Tanjung Simpang Mengayau. TQ Jo sbb sudi datang melawat kudat.

📸 Look at this post on Facebookhttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=832268842030549&id=100057423221015&mibextid=C...
13/12/2023

📸 Look at this post on Facebook
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=832268842030549&id=100057423221015&mibextid=CDWPTG

PROGRAM SIJIL PERIKANAN
Nombor akreditasi MQA :(MQA/FA 7564)
Hebahan Ambilan Pelajar sesi 2024/25
Kemasukan MAC 2024

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:
🔥 YURAN PERCUMA
🔥 PENGINAPAN DISEDIAKAN
🔥 MAKAN MINUM DISEDIAKAN
🔥 ELAUN SARA DIRI RM 200 - RM 300 SEBULAN
~~~~~~~~~~~~~~
Akademi Perikanan Malaysia - APM adalah satu komponen pusat latihan di bawah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perikanan Malaysia, bertempat di Chendering, Kuala Terengganu menawarkan pengajian peringkat sijil iaitu Program Sijil Perikanan.
Tempoh pengajian selama 2 Tahun.
Peluang terbuka kepada pelajar lepasan SPM
Syarat kemasukan:
----------------------
SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 – 30 tahun
- Berkelulusan SPM atau SPMV atau lepasan SKM Tahap 2 yang setaraf dan mempunyai kelayakan minumun berikut: (Lulus dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Sains)
- Sihat tubuh badan
- Belum berkahwin (kecuali pegawai kerajaan)
- Berjaya dalam temuduga
Sekiranya berminat, boleh layari laman web dibawah untuk memohon
https://epengambilan.dof.gov.my
Sebarang Pertanyaan, sila hubungi
www.wasap.my/+60179244348 - En Akmal
www.wasap.my/+0194740468 - Pn Shuhada
096172361 APM

Permohonan dibuka sehingga hingga 31 Disember 2023

Pekan Sikuati tempoh dulu².Kredit gambar kpd pemilk gambar.
11/12/2023

Pekan Sikuati tempoh dulu².
Kredit gambar kpd pemilk gambar.

Berlaku di kudat siang tadi.
07/12/2023

Berlaku di kudat siang tadi.

Address

Kudat
Kudat
89050

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 17:00 - 21:00
Saturday 17:00 - 21:00
Sunday 13:05 - 20:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kudat Viral Terkini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Media/News Companies in Kudat

Show All