NurulLya Cuckoo

NurulLya Cuckoo Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NurulLya Cuckoo, Digital creator, Kuching.

19/10/2022

KEK BELACAN
BAHAN
-Butter 16oz
-Telur 10bj
-Susu pekat 1 tin sederhana
-Gula halus 1 1/2 gelas
-Srikaya 1tin kecil
-Milo 500gm
-Gula Hitam 4sudu makan
-Tepung gandum/hongkong 2 gelas

CARA
-Pukul gula+mentega hingga kembang
-Masukkan satu persatu telur
-Masukkan susu,srikaya, milo dan gula hitam
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit
-Gaul/mixer sebati
-Kukus 3-4jam sehingga masak
-acuan 9inci

selamat mencuba!
Kredit: adindadona

18/04/2022

kek span coklat:⁣
300g sponge mix coklat⁣
300g telur⁣
60g air⁣
Sedikit esen vanila⁣
60g minyak sayuran⁣

Masukkan semua bahan kecuali minyak. Putar sampai gebu. Dah gebu baru masukkan minyak. Kaup guna spatula atau senduk. Dah kaup rata baru masukkan dalam loyang saiz 9". Bakar suhu 170' selama 40min. Yang ni kena kenal oven masing-masing ya..⁣
Kek dah masak, terus keluarkan dari loyang.⁣

Bahan untuk mousse coklat:⁣
150g dark compound⁣
300g non dairy whipping cream⁣

Cairkan coklat guna kaedah double boil. Ketepikan.⁣
Putar whipping cream hingga gebu.⁣
Satukan dua bahan ni.⁣

Bahan untuk mousse putih:⁣
150g white compound⁣
300g non dairy whipping cream⁣

Sama juga kaedah macam mousse coklat ya. Cuma bila dah siap, bahagikan mousse putih kepada dua bahagian.⁣

Dah siap semua bahan, bolehlah belah kek span tu jadi 4 bahagian.⁣

Lapis pertama letak mousse putih, kemudian mousse coklat, ulang semula dengan mousse putih.⁣

Bahan untuk melepa keseluruhan kek:⁣

300g non dairy whipping cream/fresh cream pukul hingga kental⁣

Bahan ganache coklat:⁣
300g dark compound⁣
150g whipping cream⁣
1sb marjerin⁣

Cairkan dark compound dan marjerin guna kaedah double boil. Dah cair baru masukkan whipping cream. Gaul sebati.

Address

Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NurulLya Cuckoo posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share



You may also like