News Aritok

News Aritok Menyalurkan maklumat dan berita terkini dan menarik untuk segenap lapisan masyarakat.

Buaya santai di bawah rumah penduduk di Tabuan HilirKUCHING, 11 Januari 2023: Seekor buaya yang berukuran sepanjang 10 k...
11/01/2023

Buaya santai di bawah rumah penduduk di Tabuan Hilir

KUCHING, 11 Januari 2023: Seekor buaya yang berukuran sepanjang 10 kaki berjaya ditangkap ketika ditemui di bawah rumah seorang penduduk di Kampung Tabuan Hilir di Kuching pada Rabu.

Buaya tersebut ditangkap oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak dari Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan penduduk kampung selepas pihak bomba menerima panggilan sekitar jam 11 pagi Rabu.

Selepas usaha menangkap reptilia pemangsa tersebut selesai, haiwan tersebut telah dibawa balik ke balai untuk proses penyerahan kepada pihak Sarawak Forestry (SFC).

Lima sekeluarga terbabit dalam kemalangan dua kenderaan  KUCHING, 9 Januari 2023: Sebuah kenderaan jenis Proton Waja yan...
09/01/2023

Lima sekeluarga terbabit dalam kemalangan dua kenderaan

KUCHING, 9 Januari 2023: Sebuah kenderaan jenis Proton Waja yang dinaiki sebuah keluarga terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhadapan Sekolah Chung Hua Taiton di Bau pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataannya berkata menerima laporan kejadian pada sekitar jam 5.54 pagi dan menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kemalangan.

Menurutnya lagi, setiba di lokasi, kemalangan akibat pelanggaran kereta tersebut dan sebuah pikap menyebabkan pemandu kereta tersepit dan mengalami kecederaan iaitu patah kaki kanan manakala empat penumpang lain mengalami kecederaan ringan.

Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba manakala pemandu pikap yang juga mengalami kecederaan ringan keluar dengan selamat.

Mangsa diberi bantuan kecemasan oleh pihak bomba di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulan dan unit EMRS.

05/01/2023

Rumah panjang di Uma Bakah musnah dalam kebakaran petang Khamis

BINTULU, KHAMIS, 5 Januari 2023: Kebakaran besar memusnahkan rumah panjang 15 pintu di Uma Bakah, Sungai Asap di Belaga pada petang Khamis.

Rumah panjang blok F tersebut yang merupakan blok tidak kekal terbakar 100 peratus namun kesemua penghuni dilaporkan selamat serta kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke blok rumah panjang yang lain.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu dalam kenyataan kepada media berkata Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Uma Daro Liling yang jaraknya 4 kilometer daripada rumah panjang tersebut menerima panggilan kecemasan pada jam 2.15 petang dan bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan 20 anggota serta sebuah pikap dan satu pam angkut untuk memadamkan kebakaran.

Manakala Balai Bomba dan Penyelamat Belaga (BBP) bergegas ke lokasi kebakaran yang jaraknya 95 kilometer setelah menerima panggilan kecemasan jam 2.20 petang yang sama daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sarawak.

PBS Uma Daro, Sungai Asap yang sampai ke lokasi kebakaran dibantu oleh penduduk kampung terbabit dalam pemadaman kebakaran menggunakan dua aliran 400 kaki dan dua nozel sumber pili api berjaya mengawal api dari merebak dan api berjaya dipadamkan pada jam 3.55 petang dan seterusnya kerja-kerja overhaul dan pengumpulan maklumat dilakukan oleh BBP Belaga dan BBP Bintulu yang tamat sekitar jam 5 petang yang sama.

Setakat ini anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Pembinaan Lampu Isyarat Lebuhraya Kuching-Samarahan Dijangka Siap November 2023KOTA SAMARAHAN RABU, 4 Januari 2023: Jaba...
04/01/2023

Pembinaan Lampu Isyarat Lebuhraya Kuching-Samarahan Dijangka Siap November 2023

KOTA SAMARAHAN RABU, 4 Januari 2023: Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor ‘penyelamat’ sedang melakukan yang terbaik untuk menyiapkan projek pembinaan lampu isyarat Lebuhraya Kuching-Samarahan.

Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Dato Peter Minos berkata projek itu sedang dilaksanakan dan dijangka disiapkan pada November tahun ini.

Menurut beliau, JKR dan kontraktornya melakukan segala-galanya untuk mengurangkan masalah kesesakan bersama polis trafik pada masa yang diperlukan seperti ketika melakukan kerja pada waktu malam apabila jalan raya kurang digunakan.

“MPKS berpuas hati dengan usaha JKR, tetapi dalam usaha menyelesaikan masalah kesesakan ini, terdapat masalah baharu yang tidak dapat dielakkan termasuk kesesakan dan dengan itu kesulitan kepada orang ramai,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna Lebuhraya Kuching-Samarahan untuk bersabar sementara JKR melaksanakan projek tersebut. -- UKAS

Paling trending di FB aritok.
03/01/2023

Paling trending di FB aritok.

Dua beradik rentung dalam kebakaran di GombakKUALA LUMPUR: Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah...
02/01/2023

Dua beradik rentung dalam kebakaran di Gombak

KUALA LUMPUR: Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Kampung Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut ialah Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan berusia tujuh tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi dan 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak telah diarahkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemukan rentung di sebuah bilik dan dipercayai terperangkap ketika kejadian berdasarkan keadaan mayat. Kebakaran itu melibatkan kemusnahan dianggarkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rumah dan kedua-dua mangsa dibawa keluar pada 4.43 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata ketika kejadian, ibu bapa mangsa tidak berada di rumah dan pintu rumah telah dikunci.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata mayat dua kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurutnya ibu bapa kanak-kanak yang maut dalam kebakaran itu akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat. - Bernama

KEBAKARAN TRAGIK: Dua beradik berusia enam dan sembilan tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Dewan, Kampung Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi. - Gambar JBPM Selangor

Dua penunggang maut motosikal bertembung malam tahun baruKUCHING: Dua lelaki ditemui meninggal dunia apabila motosikal d...
01/01/2023

Dua penunggang maut motosikal bertembung malam tahun baru

KUCHING: Dua lelaki ditemui meninggal dunia apabila motosikal ditunggangi kedua-dua mangsa bertembung di Jalan Kampung Menjau, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kemalangan yang berlaku jam 3.25 pagi melibatkan mangsa Augustine Julia, 19 dan Lopez Sauko Desnie, 21.

Menurutnya, ketika kejadian, motosikal ditunggang Augustine bergerak dari arah Kampung Menjau menuju ke Kampung Tabuan Rabak manakala motosikal yang ditunggang Lopez datang dari arah Kampung Tabuan Rabak menuju ke Kampung Menjau.

"Apabila sampai di Jalan Kampung Menjau, motosikal yang ditunggangi kedua-dua mangsa disyaki bertembung secara berhadapan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, akibat dari pelanggaran itu, Augustine meninggal dunia di tempat kejadian manakala Lopez disahkan meninggal dunia di Hospital Serian semasa menerima rawatan.

Ujarnya, kes masih dalam siasatan lanjut dan akan diklasifikasi di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lima kenderaan disita bersempena OPS khas ambang Tahun Baru 2023KUCHING, 31 Disember 2022 -Unit Operasi JPJ Negeri Saraw...
01/01/2023

Lima kenderaan disita bersempena OPS khas ambang Tahun Baru 2023

KUCHING, 31 Disember 2022 -Unit Operasi JPJ Negeri Sarawak telah mengadakan Operasi Ambang Tahun Baharu 2023 di lokasi -lokasi terpilih di seluruh Negeri Sarawak.

Operasi yang dijalankan secara berfokus untuk memantau,mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemandu atau pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987(Akta 334) serta Kaedah -Kaedah dibawahnya.

Dalam operasi ini kebanyakan notis ketidak patuhan jalan raya dikeluarkan diatas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, tiada cukai jalan,tiada Perlindungan insuran,penyalahgunaan lampu HID dan sebagainya.Dalam Operasi ini 5 buah kenderaan telah disita.

Turut hadir pada Operasi ini ialah YBrs.Tuan Norizan Bin Jili, Pengarah JPJ Negeri Sarawak,Puan Maya Binti Morsidi,Ketua Bahagian Penguatkuasa Negeri,Tuan Saifullah Bin Ali,Ketua Seksyen Operasi Negeri.

Untuk sebarang aduan trafik bolehlah disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan atau http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

31/12/2022

LIVE - Suasana di perkarangan Dataran Stadium Sarawak sempena Sambutan Ambang Tahun Baru peeingkat negeri Sarawak.

Orang ramai ambil peluang cuaca baik kunjungi pantaiKUCHING, 31 Disember 2022: Orang ramai tidak melepaskan peluang cuti...
31/12/2022

Orang ramai ambil peluang cuaca baik kunjungi pantai

KUCHING, 31 Disember 2022: Orang ramai tidak melepaskan peluang cuti hujung minggu untuk melawat kawasan menarik antaranya pantai Santubong yang terletak 23 kilometer dari bandar raya Kuching.

Walaupun keadaan laut agak bergelora dan ombak tinggi menghadkan aktiviti mandi-manda, ia tidak menghalang orang ramai dari beriadah di kawasan tersebut.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), negara berada dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang telah bermula pada 7 November 2022 dan dijangkakan berakhir pada bulan Mac 2023. Semasa tempoh MTL, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer per jam.

Sepanjang MTL 2022-2023, empat hingga enam episod luruan monsun dijangkakan berlaku dan menyebabkan ombak besar serta laut bergelora di Laut Cina Selatan. Beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka akan berlaku terutama di negeri - negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan utara Sabah.

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut ketika menerima rawatanKUCHING, 31 Disember 2022: Seorang penunggang motosikal...
31/12/2022

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut ketika menerima rawatan

KUCHING, 31 Disember 2022: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi disahkan maut ketika menerima rawatan selepas terbabit kemalangan jalan raya di kilometer 63, Jalan Sri Aman-Kuching, di sini pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sri Aman, ASP Mass Nur Haslinda Abdullah berkata, kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 8 pagi melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan motosikal yang ditunggangi mangsa.

Menurutnya, sebelum kejadian, kenderaan jenis MPV dalam perjalanan dari Pekan Sungai Tenggang menuju ke Kampung Abok manakala mangsa dalam perjalanan dari arah Kuching ke Sri Aman.

"Kemalangan berlaku di kilometer 63 Jalan Sri Aman Kuching di mana penunggang motosikal yang bergerak lurus dari Kuching ke Sri Aman telah berlanggar dengan MPV berkenaan yang keluar dari simpang Sungai Tenggang ke jalan utama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Akibat pelanggaran tersebut, katanya penunggang motosikal mengalami kecederaan dan telah di hantar ke Hospital Sri Aman untuk menerima rawatan.

"Semasa menerima rawatan, penunggang motosikal tersebut disahkan meninggal dunia di Hospital berkenaan," katanya sambil menambah, pemandu MPV tidak mengalami kecederaan.

Jelasnya, pemandu tersebut bagaimanapun hadir ke Balai Polis Trafik Sri Aman untuk membuat aduan dan siasatan lanjut.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sekiranya ada saksi melihat kejadian boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman 083-322121 sambung 267," katanya.

31/12/2022

𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗔𝗕𝗨𝗟 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗗𝗜 𝗞𝗨𝗖𝗛𝗜𝗡𝗚, 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak ingin merujuk kepada laporan media mengenai dakwaan seorang Doktor yang mencabul pesakit yang sedang menerima rawatan telah ditahan polis di Kuching, Sarawak pada 29 Disember 2022.

JKN Sarawak mengesahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat berkaitan dakwaan tersebut pada hari yang sama dan satu tangkapan polis telah dilakukan.

JKN Sarawak amat memandang serius ke atas dakwaan yang menyentuh mengenai kod etika profesional seorang Pengamal Perubatan dan juga sebagai penjawat awam. Adalah dimaklumkan bahawa kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis. Justeru, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga boleh menjejaskan siasatan.

JKN Sarawak sentiasa memandang berat berkaitan keselamatan pesakit yang menerima rawatan di semua fasilitinya di Sarawak. JKN Sarawak turut berharap agar kejadian ini tidak menjejaskan penerimaan perkhidmatan rawatan di kalangan orang ramai.

Sekian, terima kasih.

𝗗𝗥 𝗢𝗢𝗜 𝗖𝗛𝗢𝗢 𝗛𝗨𝗖𝗞
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵
𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸
𝟯𝟭 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮

Senarai Kabinet Menteri di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber Grafik: WeirdKaya
02/12/2022

Senarai Kabinet Menteri di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber Grafik: WeirdKaya

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10! Tahniah Datuk Seri Anwar.
24/11/2022

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10! Tahniah Datuk Seri Anwar.

17/11/2022

Saluran paip gas SSPG meletup

LAWAS: Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam letupan saluran paip gas Sabah-Sarawak di Long Ugui, Lawas pada Rabu.

Mangsa yang terbunuh iaitu seorang warga Indonesia dikenali sebagai Hadi Wiyono ditemui mati di dalam jengkaut yang terbakar, manakala dua yang lain dikenali sebagai Hendrick dan Gabriel Meripa, melecur di beberapa bahagian badan akibat letupan tersebut.

Keluasan kebakaran dan letupan dianggarkan pada jarak 400 meter radius dan letupan boleh didengari oleh penduduk berhampiran. Turut musnah ialah sebuah jengkaut yang terbakar 100 peratus serta sebuah lori dan sebuah motosikal.

Tambah satu hari lagi jadi 2 untuk orang Sarawak. Selamat bercuti....
15/11/2022

Tambah satu hari lagi jadi 2 untuk orang Sarawak. Selamat bercuti....

15/11/2022

Premier umum cuti pada 18hb November Jumaat ini.

13/11/2022

Tiga maut dalam kebakaran yang berlaku di Gita, Kuching malam ini.

Al-Fatihah...

12/11/2022
12/11/2022

Pemuda cedera terlibat kemalangan kendiri

KUCHING: Seorang pemuda mengalami kecederaan setelah kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Batu 10 Kota Padawan, di sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba memberitahu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikerah ke lokasi setelah menerima panggilan sekitar jam 2.49 pagi.

Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang telah jatuh ke dalam longkang.

"Mangsa bagaimanapun berjaya keluar sendiri dari kenderaan sebelum pasukan bomba tiba," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa di bantu oleh pasukan bomba setibanya di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak perubatan.

Caption: Bomba membantu mangsa yang terlibat kemalangan kendiri di Jalan Batu 10 Kota Padawan, di sini awal pagi tadi.

12/11/2022
12/11/2022

PRU15: Beri sokongan padu kepada Shafizan

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai misi untuk membangunkan negeri ini menerusi usaha menuntut hak dalam MA63 dan PCDS2030.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Bersatu, Datuk Julaihi Narawi berkata bahawa, menerusi wawasan berkenaan, GPS mempunyai hala tuju yang jelas dan ini sekali gus menjadikan GPS satu parti yang terbaik untuk Sarawak.

"Oleh sebab itu, penting untuk kita memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan datang sebagai usaha menjadikan Sarawak maju.

"Ini disebabkan kita memerlukan suara yang kuat di Parlimen bagi menuntuk hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam perjanjian MA63," katanya semasa majlis menandatangani MoU serta pertukaran perjanjian SDEC dengan rakan strategik di Hotel Hilton, semalam.

Sehubungan itu, beliau meletakkan harapan supaya calon GPS-PBB di Parlimen Batang Lupar mampu meraih kemenangan yang besar pada PRU ini.

"Kita perlu melakukan yang terbaik bagi memastikan calon GPS di Batang Lupar menang.

"Calon (Mohamad Shafizan Kepli) perlu menang dan menang besar di Batang Lupar," katanya yang juga Pengarah Operasi PRU Sebuyau.

Caption: Penyokong GPS semasa penamaan calon GPS Parlimen Batang Lupar di PPC Sri Aman

12/11/2022

FIGHTERS 📣 6 DAYS LEFT BEFORE REGISTRATION CLOSES‼️

RENTAP FIGHTING CHAMPIONSHIP
🗓 17 December 2022
📍 Kuching Civic Center, Sarawak

Professional & Amateur Muay Thai

Please send in your fighter’s profile with the following details:
Full Name
IC/Passport no
Age
Gender
Weight
Height
Fight experience
Gym/Team
Coach/Manager name
Contact number
Profile photo

RM50 fighter registration fee (inc. Insurance, T-shirt, Medal & In Fight Style discounts)

Registration will close on 15 November 2022‼️

Contact us for more details
📞 http://www.wasap.my/60149450515
📧 [email protected]

Muay Girl Promotions
Grit Event Management

Design by Bob Khairy https://www.behance.net/BKFight4Art




12/11/2022
12/11/2022

Address

Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when News Aritok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to News Aritok:

Videos

Share


Other Media/News Companies in Kuching

Show All

You may also like