Sarawakku

Sarawakku Welcome to the official page Premier of Sarawak
(7)

KUCHING, 22 Nov - Penasihat MAKSAK Wanita Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tunku Haji Bujang hadiri Majl...
22/11/2023

KUCHING, 22 Nov - Penasihat MAKSAK Wanita Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tunku Haji Bujang hadiri Majlis Kembara Dakwah Khas “Suci Dalam Debu” bertempat di Auditorium Yayasan Sarawak.

Majlis berkenaan adalah anjuran MAKSAK Wanita Sarawak dengan kerjasama Yayasan Sarawak.

Majlis ceramah tersebut disampaikan oleh penceramah Ustaz Nabil Ahmad iaitu Pengurus Pematuhan Syariah Alhijrah Media Corporation.

Turut hadir, Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak Datin Amar Baduyah Bujang, Bendahari Kehormat SABATI YBHg Datin Hajah Siti Shorgayah binti Ahmad Zaidin, serta ahli EXCO sabati. -Sarawakku

CONSUMERS CAN SELL BACK POWER TO GRID WITH NEW LAW: PREMIERDENPASAR (Bali): The newly-passed amendment to the Electricit...
22/11/2023

CONSUMERS CAN SELL BACK POWER TO GRID WITH NEW LAW: PREMIER

DENPASAR (Bali): The newly-passed amendment to the Electricity Ordinance among others will enable homeowners to install solar panels on rooftops to produce electricity up to 50 KW, Premier Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg said last night, here.

Excess electricity generated by solar panels without the requirement of a license could be sold back to the grid thus providing a source of income for house owners, he pointed out.

This would also be an additional source of clean power to add to other renewable sources especially hydropower, he further said.

He said these in his speech at a dinner here organized by the Sarawak Association of Bumiputera Consultant Engineers at a local hotel in conjunction with his visit here to attend the three-day 41st Conference of Asean Federation of Organisations of Engineers (CAFEO).

The Premier, who arrived here yesterday afternoon with his entourage will be conferred the Distinguished Honourary Fellow Award by ASEAN Federation of Engineering Organisations (AFEO) and later deliver a short address to 1,000 delegates from 10 Asean countries.

He said the new law would open up further opportunities for the engineering fraternity in Sarawak as houses needed new designs in line with the new policy which he described as historic.

In the same vein and in reference to the law to empowering Petros to be sole gas aggregator in Sarawak, he also pointed out that the second law being tabled in the current DUN was important and historic as well.

The law would make Petros, the State’s oil and gas company the single entity responsible for gas distribution in Sarawak in line with the State’s Gas Roadmap initiative that would involve both LPG and offshore gas feedstock to the downstream industries.

Again, he pointed out that this initiative would open even more opportunities for Sarawak’s engineers as many aspects of engineering services and expertise were required to realize the Roadmap’s objectives.

Accompanying the Premier were Deputy Minister of Infrastructure and Port Development, Datuk Zaidel Lariwoo and senior government officials.

PREMIER SARAWAK MENGHADIRI CAFEO KE-41, TERIMA ANUGERAH FELLOW KEHORMAT SELASA, 21 NOVEMBER 2023DENPASAR (BALI): Premier...
21/11/2023

PREMIER SARAWAK MENGHADIRI CAFEO KE-41, TERIMA ANUGERAH FELLOW KEHORMAT

SELASA, 21 NOVEMBER 2023

DENPASAR (BALI): Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang selamat tiba di Bali bagi menghadiri Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (CAFEO) Ke-41.

Beliau bersama rombongan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di sini pada jam 1.03 petang waktu tempatan.

Hadir sama mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo, Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar, Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Abang Ahmad Abang Morni serta pegawai-pegawai kerajaan lain.

Majlis perasmian CAFEO Ke-41 dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Nusa Dua Bali pada Rabu ini.

Dalam majlis itu Datuk Patinggi Abang Zohari dijangka dianugerahkan dengan gelaran ‘Honorary Fellow’.

Penghargaan khusus ini dikhaskan secara terpilih untuk individu terkemuka yang telah menunjukkan sumbangan luar biasa kepada profesion kejuruteraan, kemajuan institusi, dan usaha negara yang penting dengan menyandang gelaran “Dist. Hon. FAFEO” pasca nominal yang terkenal.

Persidangan selama tiga hari bermula dari 20 hingga 23 November itu akan menghimpunkan lebih 1,000 delegasi termasuk jurutera Indonesia, negara-negara ASEAN lain dan wakil-wakil antarabangsa.

Di samping itu, CAFEO merupakan platform pertemuan jurutera, profesional dan pakar dari 10 negara ASEAN untuk bertukar pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik dalam bidang kejuruteraan.

Dengan penganjuran CAFEO Ke-41 ini, Indonesia menjadi negara ke-10 dalam Asia menjadi tuan rumah persidangan tersebut dengan tema “Igniting ASEAN’s Blue Economy and Green Energy” pada tahun ini.

Premier Sarawak juga dijadualkan menyertai Forum Menteri ASEAN yang berlangsung di Bali.

Another record budget at RM12.363 bil for 2024.
20/11/2023

Another record budget at RM12.363 bil for 2024.

Premier Proposes Trust Fund to Transform Affordable Housing DevelopmentKUCHING, Nov 19 - Premier of Sarawak, Datuk Patin...
19/11/2023

Premier Proposes Trust Fund to Transform Affordable Housing Development

KUCHING, Nov 19 - Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, has put forward an innovative proposal aimed at reshaping the landscape of affordable housing development in the state.

During the Housing Development Corporation's (HDC) Golden Jubilee celebration dinner at Penview Convention Centre, Abang Johari suggested the establishment of a trust fund to replace the current obligation for the private sector to allocate 30 per cent of their housing projects to low-cost housing.

"My idea is, instead of (building) physical 30 per cent houses, you (private sector) substitute that with a certain amount of fund equivalent, maybe to the 30 per cent value of that scheme, and you contribute to a special trust fund," he explained.

He emphasized that this approach would allow the private sector to contribute financially, while the government would take charge of constructing low-cost houses on behalf of the developers through the proposed trust fund.

The Premier highlighted that such a shift would empower developers to tailor their housing schemes to the specific needs of different locations, offering greater flexibility in planning. This, he believes, would be a more efficient way to address the housing needs of the community.

Abang Johari also stressed that the trust fund concept would aid the government in strategically planning and developing high-quality affordable housing, preventing the private sector from engaging in lackluster efforts.

"Otherwise, you look at the cases brought to Sarawak Housing Purchaser's Claims Tribunal where there are a lot of complaints such as leaking roofs in new homes,” he remarks.

However, the Premier acknowledged that this groundbreaking proposal would need approval from the State Cabinet before implementation.

Also present were Minister in the Premier's Department Dato Sri John Sikie Tayai, Deputy Minister of Public Health, Housing and Local Government Datuk Michael Tiang Ming Tee, and HDC chairman Abdul Yakub Arbi.

SABATI TERIMA RM 1.3 JUTA UNTUK KERJA AMALKUCHING, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Z...
19/11/2023

SABATI TERIMA RM 1.3 JUTA UNTUK KERJA AMAL

KUCHING, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menyempurnakan Majlis Perasmian Galeri Laila di Wisma SABATI di sini, pada Ahad.

Terdahulu, Premier dan isteri melawat galeri baharu di Wisma SABATI itu dinamakan Galeri Laila sebagai pengormatan kepada pengasas dan Presiden Pertama SABATI Datuk Patinggi (Dr) Laila Taib.

Ketika berucap di majlis berkenaan, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) memberi sumbangan sebanyak RM1.3 juta kepada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) untuk kerja-kerja amal. RM1 juta disumbangkan oleh PETROS, manakala kerajaan Sarawak menyumbangkan RM300,000.

Menurutnya, sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan oleh SABATI untuk meneruskan kerja-kerja amal dalam membantu golongan yang memerlukan di Sarawak.

“Sekiranya Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bekerjasama dengan SABATI dari segi kesihatan, RM1 juta daripada PETROS ini boleh digunakan oleh badan amal ini untuk membantu pendidikan di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar,” jelasnya.

Datuk Patinggi Abang Zohari menambah, keputusan untuk menyalurkan RM300,000 kepada SABATI khususnya dibuat selepas perbincangan dengan ahli-ahli kabinet Sarawak yang hadir semasa majlis perasmian tersebut.

Hadir sama, tiga Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta isteri Datin Amar Dato Doreen Mayang, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian serta isteri Datin Amar Enn Ong Siok Ean, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar serta isteri Dato Fatimah Mohd Iskandar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri Datin Amar Baduyah Bujang, Menteri-Menteri Kabinet Sarawak serta dif-dif kenamaan yang lain.

Sarawak towards becoming a hydrogen hub in Asia
19/11/2023

Sarawak towards becoming a hydrogen hub in Asia

The Malaysian state of Sarawak, which holds an abundance of natural resources, is aiming to be a major exporter of green energy. It is leading the country’s push towards a low-carbon economy by tapping the state's abundance of hydropower to produce green hydrogen. Melissa Goh has more.

MESYUARAT PRE-COUNCIL PERSIDANGAN DUNKUCHING - Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abg Haji ...
18/11/2023

MESYUARAT PRE-COUNCIL PERSIDANGAN DUN

KUCHING - Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abg Haji Openg merangkap Presiden Gabungan Parti Sarawak telah hadir dan mempengerusi Mesyuarat Pre- Council Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Sarawak Kesembilanbelas bertempat di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, Kuching.

Mesyuarat Pre-Council tersebut adalah sebagai persediaan untuk Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kedua DUN ke-19 yang akan berlansung dari 20-29 November 2023.

Sarawak maju makmur
18/11/2023

Sarawak maju makmur

Sarawak is looking to build more tourism facilities and attractions, and hold more international events.

PREMIER, ISTERI  HADIRI MAJLIS ULANG TAHUN KE 15 SCORE KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul...
18/11/2023

PREMIER, ISTERI HADIRI MAJLIS ULANG TAHUN KE 15 SCORE

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg beserta isteri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun SCORE yang Ke-15, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), pada Jumaat.

Terdahulu, ketibaan Premier dan isteri disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datu Ismawi Ismuni dan beberapa kenamaan lain.

Hadir sama meraikan ulang tahun SCORE itu adalah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato' Sri Nancy Shukri, Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datu Ismawi Ismuni, Mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Numpang serta dif-dif kenamaan yang lain.

Premier Terima Dua Kunjungan Hormat Hari IniKUCHING, 2 Nov - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abd...
17/11/2023

Premier Terima Dua Kunjungan Hormat Hari Ini

KUCHING, 2 Nov - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg terima dua kunjungan hormat di pejabatnya pagi tadi.

Kunjungan hormat oleh Brigedier Jeneral Adnan bin Hj Hashim, Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia.

Antara perbincangan kunjungan tersebut adalah berkenaan dengan keselamatan sempadan Sarawak.

Kunjungan kedua adalah Kunjungan hormat dan Penyerahan Zakat oleh YBhg. Dato' Khairussaleh Ramli, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank kepada Tabung Baitulmal Sarawak dan turut disaksikan oleh Premier Sarawak.

PREMIER HADIRI SDCCM SERIAN Serian: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun ...
16/11/2023

PREMIER HADIRI SDCCM SERIAN

Serian: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menghadiri dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Negeri (SDCCM) di Pusat Persidangan Serian (SCC) pada pagi Khamis.

Hadir sama, dua Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan dif-dif kenamaan yang lain.

Premier Sarawak Dan Isteri Hadiri Jemputan Hari DeepavaliKUCHING, 12 Nov - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) ...
12/11/2023

Premier Sarawak Dan Isteri Hadiri Jemputan Hari Deepavali

KUCHING, 12 Nov - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan isteri menghadiri jemputan sempena sambutan Hari Deepavali di sini.

Kunjungan tersebut merupakan jemputan Deepavali oleh Shankar R.P Asnani di King Curry House untuk makan tengah hari.

Turut hadir dua Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng dan Dato Richard Wee Liang Chiat.

11/11/2023
PREMIER RASMI PROGRAM TVS PRIHATIN GEDONG, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Openg merasmikan Maj...
11/11/2023

PREMIER RASMI PROGRAM TVS PRIHATIN

GEDONG, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Openg merasmikan Majlis Perasmian TVS Prihatin sempena Ulang Tahun TVS yang Ke-3 di Dewan Datuk Patinggi Ali Gedong pada Sabtu.

Terdahulu, ketibaan Premier disambut oleh warga TVS dan diikuti dengan sesi menanam pokok di Masjid Al-Kauthasar bersama Pengerusi Bank Pembangunan Sarawak (DBOS), Datuk Amar Tan Sri (Dr) Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang bertujuan merealisasikan komitmen TVS untuk memelihara alam sekitar dan juga sebagai simbolik perasmian.

Beliau kemudiannya melawat kediaman Mohd Erowan Suhaili, salah seorang penerima dekoder MYTV sumbangan dari pihak TVS kepada 300 orang penduduk Gedong.

Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Korporat; Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Ir. Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Il Datuk Maclaine Ben @ Martin Ben, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri & Pelaburan Sarawak Dato Sri Mohd Naroden Majais dan Timbalan Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TVS Kushairi Abang.

MAJLIS JAMUAN TAHUNAN IEM CAWANGAN SARAWAK -KUCHING,  10 Nov. - Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Abang Johari Bin Tun ...
11/11/2023

MAJLIS JAMUAN TAHUNAN IEM CAWANGAN SARAWAK -

KUCHING, 10 Nov. - Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Abang Johari Bin Tun Abang Haji Openg telah hadir ke Majlis diatas bertempat di sebuah hotel di Kuching.

YAB Premier Sarawak antara ucapan amanat beliau merakamkan terima kasih diatas sumbangan para jurutera Sarawak dalam membantu membina infrastruktur di seluruh Sarawak

Katanya lagi, beliau mempelawa semua jurutera untuk bersama kerajaan Sarawak menjayakan dasar PCDS2030 khusnya perubahan kepada era baharu Teknologi Hijau dan mencapaikannya

Tambahnya lagi, Kerajaan Sarawak akan membantu Institute Engineering Malaysia( IEM )Sarawak dengan mencari tanah dan peruntukan untuk mereka membina sebuah pusat data di Sarawak.

Diakhir majlis, beliau menyampai Anugerah IEM Malaysia kepada pelajar cemerlang dari IPT Awam yang berada di Sarawak

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah ak Embas, YB Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia, Ybhg Prof Ir Norlida bt Buniyamin Presiden IEM Malaysia, YBhg Ir Stephanie Sim Hui Kheng dan kenamaan lain.

Bantuan Khas Untuk Pelajar Sarawak: Abang Johari Bakal Umum Bantuan Istimewa untuk 5,000 Pelajar Setiap TahunKUCHING: Pr...
09/11/2023

Bantuan Khas Untuk Pelajar Sarawak: Abang Johari Bakal Umum Bantuan Istimewa untuk 5,000 Pelajar Setiap Tahun

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bakal mengumumkan bahawa kerajaan Sarawak berhasrat untuk memberi bantuan kemudahan pendidikan kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam golongan B40 di negeri ini.

Perkara tersebut dibuat dalam rangka memperkukuhkan dasar pendidikan di Sarawak dan memberikan peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk mengakses pendidikan tinggi.

“Dalam dasar kita ke arah memberikan pendidikan tertiari percuma dan di dalam belanjawan kita pada tahun hadapan, kita mengambil kira juga bantuan yang harus kita beri kepada pelajar IPTA dan IPTS,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pameran Literasi Kewangan di Muzium Budaya Borneo pada hari Khamis.

Beliau menjelaskan bahawa butiran lanjut mengenai bantuan ini akan diumumkan dalam Belanjawan 2024 yang akan disampaikan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-20, yang dijadualkan bermula pada 20 November ini.

"Saya sedar bahawa pelajar IPTA dan IPTS memerlukan bantuan, terutamanya dari kalangan keluarga B40. Oleh itu, kita sedang mencari penyelesaian untuk membantu kira-kira 5,000 pelajar setiap tahun dengan menyediakan bantuan kewangan termasuk pembayaran yuran dan bantuan buku teks," ujar beliau.

Beliau menegaskan bahawa inisiatif ini merupakan satu langkah penting dalam usaha kerajaan Sarawak untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Marzunisham Omar, Kartunis tersohor Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat dan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Nancy Jolhi.

SARAWAK, PETRONAS TERUS PERKUKUH KERJASAMA: PREMIERRABU, 8 NOVEMBER 2023KUALA LUMPUR: Sarawak melalui Petroleum Sarawak ...
08/11/2023

SARAWAK, PETRONAS TERUS PERKUKUH KERJASAMA: PREMIER

RABU, 8 NOVEMBER 2023

KUALA LUMPUR: Sarawak melalui Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus memperkukuhkan kerjasama dua hala dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam menguruskan minyak dan gas termasuk penerokaan di luar pantai Sarawak.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) perkara tersebut antara topik utama perbincangan antara kerajaan Sarawak dan Petronas pada 3rd Annual Strategic Dialogue (ASD) Sarawak – Petronas yang diadakan di Petronas Twin Tower, Kuala Lumpur pada Rabu.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, dialog di bawah Perjanjian Komersial antara Sarawak dan Petronas itu juga menyentuh mengenai industri Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) selain tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak Petronas dalam bidang pendidikan.

"Pertama saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Petronas yang mempengerusikan mesyuarat atau dialog dalam kerangka kerjasama di bawah Commercial Settlement Agreement antara Petronas dan Sarawak.

"Kita telah banyak berbincang méngenai perkara-perkara yang ada hubung kait dengan CCUS (carbon storage), keduanya mengenai social responsibility Petronas menolong kita termasuklah pendidikan.

"Ketiganya memantapkan lagi kerjasama antara Petronas dan Petros di dalam menguruskan bidang minyak dan gas termasuklah offshore exploration."

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan dialog tersebut bersama Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Tambahnya, kerajaan Sarawak juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Petronas dalam meneroka pengeluaran tenaga alternatif selain daripada minyak dan gas.

"Dan juga mungkin kerjasama kita di luar bidang-bidang di luar minyak dan gas kerana sekarang ini kita menghadapi masalah iklim dan kita ada alternative energy seperti hidrogen.

"Kita boleh berbincang bersama untuk menerokai tenaga-tenaga lain selain daripada minyak dan gas kerana saya berpendapat bahawa nilai minyak dan gas akan menurun dari konteks global business sebab wujudnya alternative energy yang akan digunakan oleh industri.

"Namun demikian dialog ini sangat berhasil dan ia akan memberi pulangan dan kemakmuran kepada Sarawak," tambah Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari lagi.

Dialog berlangsung kira-kira 2 jam setengah itu turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz.

Selain itu, Peguam Besar Sarawak Datu Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Dato Sri Mohd Naroden Majais dan Penasihat Peguam Negeri Dato Sri JC Fong turut serta dalam dialog berkenaan.

Terdahulu, Premier Sarawak menerima kunjungan hormat daripada Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.

Perbincangan berlangsung kira-kira sejam itu diadakan di Petronas Twin Tower Kuala Lumpur.

Turut serta dalam kunjungan hornat tersebut Datuk Amar Awang Tengah dan Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Sebelum berangkat pulang, Premier Sarawak dan dif-dif kenamaan yang lain sempat meninjau panorama di sekitar Kuala Lumpur di Skybridge Petronas Twin Tower.

PREMIER HADIRI MESYUARAT SDG NEGARA 2023SELASA, 7 NOVEMBER 2023KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr...
07/11/2023

PREMIER HADIRI MESYUARAT SDG NEGARA 2023

SELASA, 7 NOVEMBER 2023

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg antara pemimpin yang hadir pada Mesyuarat Majlis Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara Tahun 2023 yang diadakan di Bangunan Parlimen pada Selasa.

Mesyuarat berlangsung kira-kira 1 jam itu telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ia turut dihadiri Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri serta wakil-wakil kementerian.

Mengiringi Premier Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Ketika ditemui, Premier Sarawak berkata mesyuarat tersebut membincangkan mengenai SDG di bawah 17 perkara-perkara yang dipantau oleh Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, mesyuarat itu juga turut menyentuh mengenai pembangunan ekonomi yang seimbang dan juga mengenai kemiskinan serta tenaga boleh diperbaharui.

“Pihak Pesuruhjaya PBB ada menyebut mengenai apa yang dilaksanakan oleh Sarawak dari sudut 'renewable energy'.

“Dalam pembangunan, kita mengambil kira apa yang telah disebutkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai program sustainability,” katanya.

SDG dilaksanakan dalam tiga fasa mengikut rancangan pembangunan negara, bermula dengan Rancangan Malaysia Ke-11, 2016-2020 dan kini sedang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12, 2021-2025 serta akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13, 2025-2030.

Pelaporan kemajuan SDG negara dilaksanakan setiap empat tahun, sejajar dengan saranan PBB agar pembentangan laporan dilakukan secara berkala menerusi Laporan Semakan Kebangsaan (VNR).

Sementara itu, Premier Sarawak dijadual menghadiri Sarawak - Petronas Annual Strategic Dialogue 2023 di Petronas Twin Tower, Kuala Lumpur pada Rabu.

Terdahulu, beliau dijadual menerima kunjungan hormat dari Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz. – EDISI UKAS

MAJLIS SANTAPAN NEGERI BERSEMPENA KEBERANGKATAN LAWATAN SULTAN SELANGOR DAN TENGKU PERMAISURI- KUCHING, 6 Nov.Kebawah Du...
07/11/2023

MAJLIS SANTAPAN NEGERI BERSEMPENA KEBERANGKATAN LAWATAN SULTAN SELANGOR DAN TENGKU PERMAISURI-

KUCHING, 6 Nov.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajjah Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Santapan Negeri bertempat di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Keberangkatan tiba Baginda berdua di sambut oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari bin Tun Abang Haji Openg dan isteri, YBhg Datuk Amar Puan Sri Hajjah Jumaani bt Tun Tuanku Haji Bujang.

Majlis tersebut sebagai menghargai kesudian baginda berdua mengadakan lawatan ke Sarawak dan Santapan tersebut diserikan dengan nanyian dan persembahan kebudayaan dari pelbagai kaum di Sarawak.

Turut hadir bersama Duli Yang Amat Mulia, Raja Muda Selangor, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah ak Embas, YB Datuk Amar Awang Tengah bin Ali Hassan, YB Datuk Amar Prof Dr Sim Hui Kian, Speaker DUN Sarawak, YBhg Datuk Amar Tan Sri Awg Asfia bin Nassar dan kenamaan lain

KUCHING, 6 Nov - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melawat Juma’a...
06/11/2023

KUCHING, 6 Nov - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melawat Juma’ani Pavilion pada tengah hari tadi.

Isteri Premier, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tunku Haji Bujang turut hadir menyambut keberangkatan tiba baginda berdua ke Juma’ani Pavilion.

Sejurus tiba, baginda menandatangani buku pelawat dan dibawa melawat di sekitar galeri Juma’ani Pavilion, dan seterusya ke galeri pembuatan dan bengkel di aras atas.

Turut hadir dalam lawatan tersebut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta isteri, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asia Awang Nasar serta isteri dan dif-dif kenamaan yang lain. -Sarawakku

AUTONOMI PENUH PENDIDIKAN MATLAMAT SARAWAK: PREMIERKUCHING: Autonomi penuh dalam bidang pendidikan bagi Sarawak akan  me...
06/11/2023

AUTONOMI PENUH PENDIDIKAN MATLAMAT SARAWAK: PREMIER

KUCHING: Autonomi penuh dalam bidang pendidikan bagi Sarawak akan memperluaskan peluang pendidikan kepada anak-anak Sarawak, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg.

Sama-sama penting, beliau percaya dasar pendidikan yang stabil dan tidak berubah-ubah serta kemudahan yang baik dapat meningkatkan prestasi pendidikan di Sarawak.

Dengan autonomi penuh dalam bidang pendidikan, Sarawak akan dapat menyelaraskan pendidikan dengan keperluan setempat, merancang program-program inovatif, dan memberikan peluang yang lebih luas bagi pertumbuhan ilmu dan pengetahuan kepada generasi muda Sarawak, tekan beliau.

Beliau berkata demikian pada majlis konvokesyen ke-27 UNIMAS pada Isnin.

Tidak hanya di peringkat universiti dan pengajian tinggi, fokus pembangunan modal insan kelas pertama turut dimulakan di peringkat awal persekolahan, ujar beliau.

Beliau berkata kerajaan Sarawak sedang berbincang dengan kerajaan persekutuan untuk mendapatkan autonomi penuh dalam bidang pendidikan.

“Ini adalah langkah penting untuk memastikan anak-anak kita menerima pendidikan terbaik demi masa depan yang cemerlang,” kata beliau.

Turut berucap Professor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS.

Turut hadir Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Pengerusi, Lembaga Pengarah UNIMAS.

Seramai 3,897 pelajar bergraduat daripada peringkat kedoktoran falsafah, sarjana, sarjana muda dan diploma pascasiswazah keseluruhannya.

PREMIER MEMBERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA BEKAS SETIAUSAHA SULIT AHAD: Premier Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun A...
05/11/2023

PREMIER MEMBERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA BEKAS SETIAUSAHA SULIT

AHAD: Premier Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg pada malam ahad telah menziarahi keluarga Allahyarham Haji Ahmad Mansor untuk memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham di kediaman keluarganya di Jalan Stadium, Kuching.

Allahyarham Haji Ahmad Mansor yang telah meninggal dunia pada petang Ahad adalah bekas setiausaha sulit Datuk Patinggi Abang Haji Johari ketika beliau menyandang jawatan menteri di beberapa kementerian sebelum ini.

TUANKU SULTAN SELANGOR SAKSI REGATTA SARAWAKKUCHING: DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Sala...
05/11/2023

TUANKU SULTAN SELANGOR SAKSI REGATTA SARAWAK

KUCHING: DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada petang Abad telah berkenan berangkat untuk menyaksikan Regatta Sarawak di Tebingan Kuching.

Tuanku Sultan telah berangkat tiba di sini pada petang Sabtu dari Bintulu setelah berkenaan menyampaikan skrol kepada para graduan sempena konvokesyen Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu sebagai canselor Universiti tersebut.

Premier Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg turut berada di Tebingan Kuching untuk menyambut ketibaan Baginda yang ditemani oleh Permaisuri Tengku Hajjah Norashikin.

Sama-sama hadir Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni dan menteri-menteri kabinet lain.

Rancangan Transformasi Sibu Sarawak Bakal Melonjakan Pembangunan kepada Kapit, Sarikei, dan Belawai.Sibu, 5 Nov - Premie...
05/11/2023

Rancangan Transformasi Sibu Sarawak Bakal Melonjakan Pembangunan kepada Kapit, Sarikei, dan Belawai.

Sibu, 5 Nov - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata Kerajaan Sarawak mempunyai rancangan jangka masa panjang untuk membangunkan semula bandar Sibu dalam tempoh 15 tahun dijangka bakal memberikan lonjakkan pembangunan kepada tiga kawasan utama, menurut iaitu Kapit, Sarikei, dan Belawai.

Semasa merasmikan Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Sibu sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Hotel Kingwood, Abang Johari menjelaskan bahawa beliau mempunyai Pelan Induk baharu untuk Kapit.

Menurut beliau, Kapit boleh dibangunkan sebagai destinasi bulan madu disebabkan keunikan dan daya tariknya kepada pelancong. Beliau memberi contoh bandar Burgen di Norway sebagai model yang sesuai dengan ciri geografi Kapit yang berbukit-bukau yan cantik.

“Model bandar Burgern itu amat sesuai dengan Kapit yang bergunung-ganang dan pemandangan yang cantik,” katanya.

"Pembangunan ini akan memberi kemajuan kepada Sarawak, terutama dalam sektor pelancongan. Kita juga merancang untuk membangunkan Sarikei dan Belawai sebagai kawasan tarikan pelancongan, serupa dengan destinasi di Hawai," katanya.

Beliau menambah, dengan pengambilalihan syarikat penerbangan Maswing oleh Sarawak, kawasan-kawasan tersebut akan menjadi lebih mudah diakses, memberi peluang besar kepada industri pelancongan Sarawak.

Selain itu, dalam isu tenaga, Abang Johari juga merancang untuk meningkatkan bekalan tenaga di Sarawak melalui projek empangan hidroelektrik melat yang meliputi sungai-sungai kawasan di luar bandar.

Beliau menambah bahawa projek tersebut bukan sahaja akan meningkatkan bekalan air asli negeri untuk penghasilan tenaga elektrik bahkan akan meningkatkan pembiakan ikan.

Di bawah air terjun itu boleh dibuat turbin. Jika buat turbin maka terhasilah elektrik. Ikan kita dapat, oksigen dapat dan elektrik pun kita dapat,” kata beliau.

Dalam usaha merealisasikan rancangan ini, Abang Johari menekankan keperluan sokongan dan perpaduan erat di kalangan ahli Parti PBB dan parti-parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau juga menegaskan hasrat Parti PBB untuk meningkatkan pendapatan Sarawak sebagai antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Address

Petra Jaya
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sarawakku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Sarawakku “Nadi Informasi Rakyat”

Sarawak is the official medium of the Sarawak Government to provide right & accurate information on the activities of the Chief Minister of Sarawak.


Other News & Media Websites in Kuching

Show All