Padawan Cosmo - PC

Padawan Cosmo - PC Padawan Cosmo adalah satu Medium Media Massa mempromosi Masyarakat Padawan Umumnya.

๐“๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐†๐ฎ๐ง๐ฎ๐ง๐  ๐†๐š๐๐ข๐ง๐ Taman Negara Gunung Gading merupakan salah satu taman negara yang terletak di Sarawak. Taman N...
27/01/2025

๐“๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐†๐ฎ๐ง๐ฎ๐ง๐  ๐†๐š๐๐ข๐ง๐ 

Taman Negara Gunung Gading merupakan salah satu taman negara yang terletak di Sarawak. Taman Negara Gunung Gading berada di kawasan hutan hujan bergunung-ganang, kira-kira dua jam dari Kuching, iaitu berdekatan Lundu, bandar kecil di barat daya Sarawak. Taman Negara Gunung Gading mempunyai tarikannya yang tersendiri iaitu Bunga Rafflesia bunga terbesar di dunia. Selain itu, Taman Negara Gunung Gading juga merupakan salah satu tempat yang terbaik di Asia untuk melihat bunga Rafflesia berkembang.

Pelawat yang ingin melihat Rafflesia perlu berdaftar dengan pihak pengurusan taman negara dan memerlukan jurupandu yang ditetapkan sebelum dibenarkan mengunjungi mana-mana lokasi bunga Rafflesia kembang. Terdapat kira-kira 23 lokasi bunga Rafflesia dibuka untuk pelawat telah ditanda oleh pihak taman negara bagi memudahkan mereka mengunjunginya.

Taman Negara Gunung Gading meliputi kawasan seluas 4,196 hektar dan diwartakan pada 1983 bagi mewujudkan zon pemuliharaan bagi tumbuhan itu yang hampir pupus.

Selain bunga Rafflesia, Gunung Gading mempunyai tarikan lain seperti kawasan bukit-bukau, air terjun dan periuk kera. Pelawat boleh sampai ke taman yang terletak kira-kira 120 kilometer dari Kuching dengan mengambil masa hampir dua jam perjalanan melalui jalan raya.

Pada mulanya, taman ini merupakan kawasan pemuliharaan tertutup bagi Rafflesia yang menakjubkan, bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga satu meter diameter. Walau bagaimanapun, selepas pelbagai kajian kesan alam sekitar, Jabatan Taman Negara memutuskan bahawa Gunung Gading adalah satu khazanah yang patut dikongsi dengan orang ramai.

Ia telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1994. Walau bagaimanapun, Taman Negara Gunung Gading masih lagi dipantau dengan teliti oleh Jabatan Taman Negara untuk memastikan semua pelawat mendapat peluang untuk melihat bunga Rafflesia tanpa menyebabkan sebarang kerosakan kepada pucuk muda dan flora lain di kawasan berdekatan.

Satu laluan yang dibuat daripada papan telah dibina berhampiran kawasan di mana Rafflesia sering dijumpai, supaya pelawat berpeluang melihat bunga ini mekar berkembang.

Denai hutan menuju ke arah sungai, air terjun yang mengalir deras dan kawasan pergunungan, dengan satu laluan yang membawa pendaki ke puncak Gunung Gading (906m). Pergunungan berbatu di dalam Taman memberikan latar belakang menarik kepada bandar Lundu yang terletak berhampiran, dan juga pantai di Pandan dan Siar.

-pc

๐…๐€๐Œ๐ˆ๐‹๐˜Takrifan Keluarga menurut Wikipedia ialah satu kump**an manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwi...
24/01/2025

๐…๐€๐Œ๐ˆ๐‹๐˜

Takrifan Keluarga menurut Wikipedia ialah satu kump**an manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau penjagaan di mana para anggotanya tinggal dalam suatu tempat di bawah suatu rumah dalam keadaan saling bergantungan. Dua Jenis Sebuah Keluarga Asas dan Sebuah Keluarga Luas. Ia merupakan unit terkecil dalam sesebuah masyarakat yang asasnya terdiri daripada orang tua dan anak; orang tua tersebut ada baik secara berpasangan (sebagai suami isteri) ataupun tunggal - sama ada kerana kematian pasangan (duda atau janda) mahupun perceraian dengan pasangan tersebut.

Setiap pasangan suami dan isteri sudah pasti mengimpikan untuk mempunyai sebuah keluarga bahagia. Impian ini selalunya sudah dipasang dalam hati oleh individu sejak zaman remaja lagi untuk memiliki rumah tangga dan cahaya mata yang akan menyerikan kehidupan mereka kelak. Namun begitu, anda perlu tahu bahawa tidak semua keluarga itu adalah bahagia.

Pernahkah anda terdengar atau terbaca mengenai โ€œtoxic familyโ€? Ia adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada seseorang individu dalam kalangan ahli keluarga yang menjadi toksik, racun atau perosak dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Disebabkan mereka juga, kehidupan sebagai keluarga bahagia yang anda impikan boleh musnah begitu sahaja.

Bagi individu yang tidak pernah mempunyai masalah keluarga, mereka mungkin tidak tahu betapa s**arnya untuk menghadapi hidup sedemikian. Bayangkan, ibu bapa anda bercerai-berai, adik-beradik anda tidak bertegur sapa dan anda sendiri tidak mempunyai hala tuju. Adakah anda mahu menghadapi hidup yang begitu?

Tiada siapa yang mahukan institusi kekeluargaan yang bermasalah. Ia mungkin boleh dielakkan dan dengan sedikit perancangan, impian untuk mengecapi keluarga bahagia mungkin boleh dicapai.

Pesanan Padawan Cosmo - PC Komuniti. Buat yang bujang Dara/Teruna. Jangan risau dan takut untuk berkeluarga. "Yang baik dijadikan teladan, Yang Buruk jadikan Sempadan" .

Sumber Wikipedia dan Web hellodoktor.com
-Pc

"Take time, make yourself better."
17/01/2025

"Take time, make yourself better."

Check out PadawanCosmoโ€™s post.

11/01/2025

Dukacita dimaklumkan, saudara Renobi Anak Ala @ nama timangan Reno telahpun meninggal dunia pada 4 Jan 2025 di Pusat Jantung Sarawak. Jenazah mendiang telah dibawa ke kediaman beliau di Kampung Peraya, Padawan dan urusan pengebumian akan diadakan pada 6 Jan 2025(Isnin) di Tanah Perkuburan Katolik Kampung Peraya. Berita ini disampaikan kepada semua sahabat dan sanak saudara yang mengenali mendiang. Semoga dipermudahkan segala urusan keluarga mendiang. ๐Ÿ™๐Ÿ™

๐•๐ข๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐‡๐Œ๐๐• (๐‡๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ง๐ž๐ฎ๐ฆ๐จ๐ฏ๐ข๐ซ๐ฎ๐ฌ)Kebelakangan ini, berita mengenai peningkatan kes Human Metapneumovirus (hMPV) di Chin...
05/01/2025

๐•๐ข๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐‡๐Œ๐๐• (๐‡๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ง๐ž๐ฎ๐ฆ๐จ๐ฏ๐ข๐ซ๐ฎ๐ฌ)

Kebelakangan ini, berita mengenai peningkatan kes Human Metapneumovirus (hMPV) di China mungkin menimbulkan kebimbangan kepada ramai. Namun, penting untuk memahami situasi ini dengan lebih jelas

Fakta Mengenai hMPV:

1. Bukan Virus Baru:
hMPV telah dikenal pasti sejak tahun 2001 dan bukanlah virus baru. Kebanyakan individu telah terdedah kepada virus ini sejak kecil.

2. hMPV adalah penyakit yang tidak perlu di notifikasi dan dilaporkan
Penularannya berlaku melalui kontak rapat dan titisan pernafasan, serta biasanya berlaku secara bermusim di hujung tahun.

3. Kebanyakan Kes Adalah Ringan:
Bagi individu sihat, gejala hMPV biasanya ringan, seperti selesema biasa.

4. Langkah Pencegahan Sedia Ada:
โ€ข Cuci tangan dengan sabun dan air.
โ€ข Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin.

Fokuskan pada menjaga kesihatan diri dan keluarga. Sekiranya mengalami gejala pernafasan, dapatkan rawatan awal, terutamanya bagi kanak-kanak kecil dan warga emas.

Artikel Kredit: Page Public Health Malaysia
Kredit infografik: Naim Hamid

๐Œ๐”๐“๐ˆ๐€๐‘๐€ ๐Š๐€๐“๐€ "๐…๐€๐Œ๐ˆ๐‹๐˜"F- FatherA- AndM- MotherI- IL- LoveY- YouTahun 2024 kian berlabuh tirai. Hitungan 366 Hari kian ter...
28/12/2024

๐Œ๐”๐“๐ˆ๐€๐‘๐€ ๐Š๐€๐“๐€ "๐…๐€๐Œ๐ˆ๐‹๐˜"

F- Father
A- And
M- Mother
I- I
L- Love
Y- You

Tahun 2024 kian berlabuh tirai. Hitungan 366 Hari kian tercapai. Sempena Tahun Baru 2025, Admin Padawan Cosmo - PC rasanya belum terlambat mengucapkan Selamat Hari Natal dan rasa tidak juga terlalu awal mengucapkan Selamat Tahun Baru 2025. Semoga ditahun baru nanti, kita akan mendapat apa yang dihajati. "Buang yang Keruh, Ambil yang Jernih". Admin mendoakan semoga semua Lapisan Masyarakat umumnya dan Warga Padawan Khasnya. Sentiasa Sihat, Dimurahkan Rezeki dan Bahagia disamping Keluarga tercinta.

17/12/2024

๐๐„๐๐†๐ˆ๐Š๐‹๐€๐๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐Ž๐๐†๐’๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐“๐€.

Sebarang Pengiklanan dan Perkongsian Berita, boleh DM, admin.

๐€๐๐€ ๐ƒ๐ˆ๐€ ๐’๐„๐Š๐’๐˜๐„๐ ๐Ÿ’๐Ÿ—๐Ÿ– ๐Š๐€๐๐”๐ ๐Š๐„๐’๐„๐Š๐’๐€๐€๐? ๐€๐ƒ๐€๐Š๐€๐‡ ๐–๐€๐‰๐€๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐“๐„๐‘๐”๐’๐Š๐€๐?Seksyen 498 adalah satu perundangan dengan matlamat bagi me...
15/12/2024

๐€๐๐€ ๐ƒ๐ˆ๐€ ๐’๐„๐Š๐’๐˜๐„๐ ๐Ÿ’๐Ÿ—๐Ÿ– ๐Š๐€๐๐”๐ ๐Š๐„๐’๐„๐Š๐’๐€๐€๐? ๐€๐ƒ๐€๐Š๐€๐‡ ๐–๐€๐‰๐€๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐“๐„๐‘๐”๐’๐Š๐€๐?

Seksyen 498 adalah satu perundangan dengan matlamat bagi melindungi hak suami dalam mengekalkan perkahwinan dengan si isteri apabila pihak ketiga telah menggoda atau merampasnya.
Mudahnya ,ia adalah seksyen yang menjenayahkan (criminalise) perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang. Seksyen tersebut tidak terpakai untuk wanita yang menggoda suami orang. Maknanya hanya lelaki (suami) sahaja yang boleh didakwa di bawah seksyen tersebut"

Mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Sumber Astro Awani ; "PUTRAJAYA: Semua pihak diseru menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang kerana ia tidak berpelembagaan.

Mahkamah Persekutuan pada 15 Dis lepas memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana ia tidak berperlembagaan. Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara berkata panel hakim berpendapat bahawa seksyen itu adalah bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina, yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan."

Seperti sedia maklum. Selepas pemansuhan Seksyen 498 Kanun Keseksaan, banyak rumah tangga musnah dan amat menyedihkan pesalah tanpa segan silu tayang hubungan terlarang. Sebab "mereka" sedia maklum, undang-undang tidak dapat buat apa-apa. Sehingga Pasangan mengambil keputusan sendiri dengan mengabaikan undang - undang untuk dapat kelegaan dan kepuasan. Ini amat bercanggah dengan Norma Hidup. Fenomena seperti ini akan menyebabkan negara kembali ke zaman jahiliah dimana aktiviti maksiat berleluasa. Sementara itu, ada yang bertahan hidup berkeluarga, Disebabkan Komitmen. Tapi, menyebabkan kemudaratan. Serta menggalakkan amalan sw***er, tak bertamadun.

Justeru, Seksyen 498 Kanun Keseksaan Wajar dilaksanakan semula dan diperhalusi untuk mencegah aktiviti tidak bermoral terutama melibatkan institusi kekeluargaan. ๐’๐ž๐ค๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐Ÿ’๐Ÿ—๐Ÿ– ๐Š๐š๐ง๐ฎ๐ง ๐ค๐ž๐ฌ๐ž๐ค๐ฌ๐š๐š๐ง ๐ฐ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐๐ข๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐๐š๐ง ๐๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ก๐š๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ๐ข ๐‡๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐š๐๐š๐ฉ ๐ค๐ž๐๐ฎ๐š-๐๐ฎ๐š ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ค๐ฎ, "๐๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ฉ๐ฎ๐ค ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐š๐ค๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐›๐ฎ๐ง๐ฒ๐ข" ๐ฌ๐ฎ๐ฉ๐š๐ฒ๐š ๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ซ๐š ๐Ÿ–(๐Ÿ) ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง, ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐๐ข๐ฌ๐ค๐ซ๐ข๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ฌ๐ข ๐ฌ๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ฌ๐š๐ก ๐ก๐š๐ง๐ฒ๐š ๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐š๐ฅ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ฃ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ง๐š," ๐“๐š๐ฉ๐ข, ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ญ "๐๐š๐ฌ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ก" ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐š๐๐ฎ๐š๐ง.

Cuba bayangkan hubungan kekeluargaan yang sudah menjangkau 5 hingga 8 tahun musnah begitu sahaja. Maka, Hukuman dan denda setimpal harus dikenakan untuk menanggung Emosi terganggu dan Trauma Pasangan serta membazir masa seseorang yang begitu Tulus berkeluarga.

Hukuman Seksyen 498 Kanun Keseksaan sebelum ini memperuntukkan Penjara 2 Tahun atau Denda jika sabit kesalahan setidak-tidaknya memberi kelegaan dan mengembalikan semangat Pasangan untuk berusaha teruskan hidup.

https://vt.tiktok.com/ZS68oHXWs/

https://vt.tiktok.com/ZS6LgP2HG/

https://vt.tiktok.com/ZS6Mkfhkp/

" ...Yang Bujang jgn Risau Kahwin, Lepas ni yer..๐Ÿ˜‰

-PC

๐๐„๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐€๐…๐‘๐ˆ๐‚๐€๐ ๐’๐–๐ˆ๐๐„ ๐…๐„๐•๐„๐‘ (๐€๐’๐…)KUCHING: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) telah mengambil tind...
12/12/2024

๐๐„๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐€๐…๐‘๐ˆ๐‚๐€๐ ๐’๐–๐ˆ๐๐„ ๐…๐„๐•๐„๐‘ (๐€๐’๐…)

KUCHING: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) telah mengambil tindakan kawalan ke atas ternakan babi dan ladang ternakan babi di Mongkos, Daerah Tebedu susulan kes penyakit African Swine Fever (ASF) yang dikesan pada ternakan babi di kawasan berkenaan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, tindakan berkenaan diambil agar ia tidak merebak ke ladang-ladang babi yang berdekatan.

"Daerah-daerah lain di Sarawak masih bebas ASF. Virus ASF ini hanya menjangkiti ternakan babi sahaja dan tidak kepada manusia.

"ASF juga tidak menyerang ternakan lain kerana ia bersifat hos spesifik dan tidak zoonotik.

"Saya ingin mengingatkan kepada semua penternak untuk meningkatkan biosekuriti ladang dengan memastikan ladang mempunyai kemudahan seperti 'vehicle dip' atau 'foot dip' serta pagar perimeter yang utuh," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, penternak juga harus mengawal pergerakan keluar/masuk ternakan, kenderaan dan individu.

Katanya, pemindahan babi hidup adalah dilarang tanpa permit pemindahan daripada DVSS.

ASF adalah penyakit babi yang tidak mempunyai vaksin, tiada ubat dan boleh menyebabkan kerugian besar.

Oleh itu katanya, penternak harus mengambil berat terhadap langkah-langkah kawalan yang dinyatakan.

"Penternak babi diingatkan untuk tidak memberikan sisa makanan/sisa dapur kepada ternakan babi tanpa dimasak selama 30 minit untuk mencegah virus ini.

"Jangan membawa masuk haiwan baru yang tidak diketahui status kesihatan," katanya.

Dr Rundi berkata, tanda-tanda klinikal ASF adalah kematian tinggi pada ternakan babi, demam panas, kes**aran bernafas, kemerahan/lebam pada kulit, hilang selera makan, murung, muntah, cirit-birit, bengkak sendi, luka (ulser) kulit dan hidung berair.

Katanya, jika penternak mendapati adanya tanda-tanda ini, segeralah menghubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang terdekat.

"Berkenaan dengan video tular dalam Internet, ia merupakan video lama yang berlaku di luar negara dan bukannya di Sarawak.

"Video ini ditular semula. Bagi sambutan hari Krismas, bekalan babi di Sarawak adalah mencukupi dan boleh didapati di mana-mana kedai produk babi di seluruh Sarawak.

"Bekalan daging babi yang terdapat di pasaran adalah selamat untuk dimakan," ujarnya.

Oleh Jessica Jawing
Kredit Utusan Borneo Online

Di bawah melampirkan gambar zon di Tebedu


Dewasa ini, Seringkali kita terbaca perkataan "SKANDAL" dan di Normalise dalam kehidupan Harian. Amat Sedih bila membabi...
13/11/2024

Dewasa ini, Seringkali kita terbaca perkataan "SKANDAL" dan di Normalise dalam kehidupan Harian. Amat Sedih bila membabitkan institusi kekeluargaan.

S - Syaitan
K - Ketagih
A - Asmara
N - Nafsu
D - Duit
A - Aku
L - Lepas


Hari ini, melawat kakak. kebetulan "Off Day" bagi hadiah kat anak buah. Jadi, berbuallh yer. saya tanyalh, kwnx sama kam...
11/11/2024

Hari ini, melawat kakak. kebetulan "Off Day" bagi hadiah kat anak buah. Jadi, berbuallh yer. saya tanyalh, kwnx sama kampung. si "Barry" bukan nama sebenar, perkembangan dia. kakak beritahu dia dengan family berjual/berniaga sambil dukung anak๐Ÿฅฐ. selepas tidak bekerja lagi di KL.

Kesimp**annya, hidup Berkeluarga, bukan harta dan wang ringgit semata. Tapi, keikhlasan dan tulus dalam berkeluarga.

picisan admin

๐Š๐„๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐€๐ ๐ˆ๐“๐” ๐Œ๐€๐‡๐€๐‹.Sekiranya dikurniakan pasangan setia, anda adalah seseorang yang cukup beruntung kerana dia mungkin ...
21/09/2024

๐Š๐„๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐€๐ ๐ˆ๐“๐” ๐Œ๐€๐‡๐€๐‹.

Sekiranya dikurniakan pasangan setia, anda adalah seseorang yang cukup beruntung kerana dia mungkin akan menjaga anda dengan sebaik mungkin.

Namun bagi suami atau isteri yang melakukan pengkhianatan dalam hubungan, ia akan menyebabkan rumah tangga seri rumah tangga hilang dan anak-anak akan berasa kecewa.

Untuk menjadi pasangan yang setia memerlukan keinginan diri anda untuk setia. Antara perkara yang anda boleh amalkan ialah:

#1. Menghargai setiap pengorbanan

Sebagai suami, anda perlu menilai seberapa banyak pengorbanan yang telah pasangan anda lakukan.

Tetapkan di dalam hati dan fikiran untuk sentiasa mengingati setiap jasa isteri lakukan demi anda sehingga sanggup menggadaikan nyawanya demi melahirkan seorang zuriat.

Bukan itu sahaja, dia juga sanggup memilih untuk berjauhan dengan orang tuanya atau sanggup berhenti kerja hanya ingin memberikan yang terbaik buat anda dan seisi keluarga.

Sekiranya anda mengambil berat akan setiap perkara yang dilakukannya, pasti anda boleh โ€˜menutup mataโ€™ dari melihat kelebihan wanita lain di sekeliling anda.

#2. Sentiasa bersyukur

Ramai sebenarnya pasangan yang telah mendirikan rumah tangga lupa untuk bersyukur dengan anugerah jodoh yang diberikan.

Dalam hal ini, sentiasa bersyukur kerana terdapat insan yang menerima diri anda seadanya biarpun dia mengetahui setiap kelemahan dan kekurangan.

Isteri yang baik tidak akan memfokuskan pada kelemahan suami kerana hatinya ikhlas untuk meneruskan perjalanan sebagai suami isteri hingga ke akhir nafasnya.

Walaupun dia sebenarnya boleh memilih kehidupan dengan orang yang jauh lebih baik, tetapi dia masih ingin bersama anda maka bersyukurlah dengan kehadiran dirinya.

#3. Jujur dalam setiap perbuatan

Untuk menjadi pasangan setia, anda perlu membiasakan diri untuk jujur dalam berkata-kata dan setiap tindakan yang berlaku dalam seharian.

Hal yang pernah diingatkan bahawa permulaan seseorang menjadi tidak setia adalah sikap s**a berbohong dan menipu pasangan.

Sekiranya anda sering tidak jujur, anda sebenarnya telah meletakkan hubungan rumah tangga dalam keadaan berbahaya kerana mangsa penipuan akan mula tawar hati untuk berhadapan dengan anda.

Ia sekaligus telah mencipta sebuah pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diletakkan pasangan bertahun lamanya.

#4. Jangan menjemput orang ketiga

Kunci bagi sebuah kesetiaan terletak pada cara anda menjaga diri ketika berada jauh dari pasangan. Ia meliputi situasi di tempat kerja atau cara anda berhubung dalam media sosial.

Elakkan dari memuat naik status yang menunjukkan anda seolah-olah menjalani kehidupan bujang bagi mengelakkan perhatian orang ketiga.

Sentiasa tahu akan setiap batas pergaulan terutamanya anda perlu berada dengan mereka yang berlainan jantina.

Ingat, anda yang duduk berdua di dalam pejabat kerana perlu bekerja lebih masa akan mengundang godaan syaitan. Sekelip mata sahaja anda boleh terlupa akan suami/isteri dan anak-anak yang menunggu anda di rumah.

#5. Sentiasa bersama susah dan senang

Tidak semua pasangan akan terus bersama ketika hubungan dilanda kesusahan.

Sekiranya seorang isteri memilih untuk berada dengan anda melalui setiap detik getir seperti wang simpanan tidak mencukupi atau anda berhadapan dengan isu di tempat kerja, hargailah dirinya.

Hal ini kerana isteri dan anak-anak mampu menjadi penguat semangat anda untuk bangkit dari segala perkara yang membuatkan anda semakin lemah.

Bukan itu sahaja, genggamlah dengan erat tangannya agar anda dan isteri bersama-sama menempuhi setiap onak duri bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Namun, sekiranya ribut taufan ini telah berlalu, jangan p**a anda lupa akan pengorbanan yang telah isteri lakukan.

Justeru, cara paling mudah untuk membuatkan isteri berasa sering dihargai adalah dengan mengucapkan kata-kata terima kasih, membantu isteri melakukan kerja rumah dan sentiasa berusaha menjadi suami yang terbaik.



๐๐€๐‡๐€๐๐€ "๐’๐Š๐€๐๐ƒ๐€๐‹ ๐ƒ๐ˆ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€"Bahaya ! 10 Sebab Terjadinya โ€˜Scandalโ€™ Di Tempat Kerja.Istilah โ€˜Scandalโ€™ ataupun Kekasih ...
06/09/2024

๐๐€๐‡๐€๐๐€ "๐’๐Š๐€๐๐ƒ๐€๐‹ ๐ƒ๐ˆ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€"

Bahaya ! 10 Sebab Terjadinya โ€˜Scandalโ€™ Di Tempat Kerja.
Istilah โ€˜Scandalโ€™ ataupun Kekasih Gelap sering kita dengari di media sosial.

Haa, mesti korang tertanya-tanya kan ? Bagaimana isu scandal ini boleh berlaku terutamanya di tempat kerja ? Kat sini ada 10 sebab mengapa isu tersebut berlaku.

1. Sifat dan tabiat.

Percayalah bahawa tabiat buruk lelaki atau perempuan yang s**a dirinya menjadi kekasih gelap adalah punca berlakunya skandal di tempat kerja. Bagi mereka jika mereka menjadi buruan lelaki mahupun wanita, mereka menjadi lebih pop**ar dan istilah โ€œplaygirlโ€ atau โ€œplayboyโ€ akan digunakan bagi menerangkan secara jelas jenis lelaki atau wanita tersebut.

2. Kalah dengan pujuk rayu.

Kadangkala secara langsung kita menidakkan mahu terlibat dengan skandal di tempat kerja tetapi atas sebab dan faktor tertentu akhirnya kita tewas jua. Bergantung kepada bagaimana pasangan โ€œmemujukโ€ untuk menjadikan kita pasangan skandalnya, jika tewas atas rayuannya maka tentunya kita akan terlibat dalam skandal di tempat kerja. Ada juga yang tergoda p**a sebab wajahnya yang terlalu seri.

3, Mengisi kekosongan hati.

Hubungan rumahtangga yang tidak stabil boleh menjerumuskan seseorang memiliki skandal. Tanpa dicari, kadangkala zahiriah raut wajah kita boleh menceritakan segala-galanya tentang kesunyian kita kepada rakan sekerja yang pasti mengambil kesempatan kepada diri kita.

setia. Membina ikatan perkahwinan adalah sangat susah dan menghancurkannya terlalu mudah. Akibat terlalu memikirkan rakan sekerja di ofis, mereka sanggup melakukan kecurangan kepada pasangan yang sah dirumah.

9. S**a mengambil kesempatan

Ada juga lelaki atau wanita yang s**a mengambil kesempatan terhadap rakan sekerja demi kepuasan diri sendiri. Contohnya jika skandal yang dimiliki mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh yang mampu menuruti segala kehendak nafsu semata-mata. Maka tentunya kos yang dikeluarkan kepada kita bukannya percuma. Pasti ada ruang rakan sekerja mengambil langkah tertentu untuk menjadikan kita skandalnya.

10. Masa yang mencukupi

Tempoh masa bekerja dan berada di rumah adalah berbeza, waktu berada di pejabat lebih panjang jika dibandingkan waktu berada di rumah selain daripada tidur. Apa bila setiap hari bertemu, mata bertentang mata, saling bantu membantu, saling terhutang budi, saling berkongsi rahsia, saling makan bersama, mempunyai perasaan yang sama akhirnya skandal akan berlaku.



๐๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐‡๐–๐ˆ๐๐€๐ - ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐€๐‡๐–๐ˆ๐Kursus kahwin merupakan salah satu langkah mendidik pasangan untuk persediaan sebelum men...
18/08/2024

๐๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐‡๐–๐ˆ๐๐€๐ - ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐€๐‡๐–๐ˆ๐

Kursus kahwin merupakan salah satu langkah mendidik pasangan untuk persediaan sebelum menuju ke gerbang perkahwinan. Ia wajib diambil oleh orang Melayu beragama Islam dan bukan islam seperti Umat Kristian terutamanya Roman Katholik kerana kursus kahwin adalah persediaan mental dan fizikal untuk bakal pengantin menghadapi situasi sebenar alam perkahwinan.

Terbaru, kerajaan bercadang melaksanakan program pra-perkahwinan untuk pasangan bukan Islam yang mahu mendirikan rumah tangga bagi mengelak bilangan kes perceraian yang tinggi berterusan di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dilaporkan berkata, program itu penting bagi menyediakan asas kukuh untuk membina keluarga bahagia, terutama bagi pasangan yang baru berkahwin.

Ketika ini pihak kementerian sedang membincangkan kursus sedemikian untuk diikuti pasangan bukan Islam, mengikut kepercayaan agama masing-masing, katanya.

Contohnya, Kursus pra-perkahwinan adalah wajib bagi semua penganut Katolik untuk mempersiapkan diri mereka dengan tanggungjawab alam perkahwinan, kata Uskup Agung Gereja Roman Katolik, Kuching, Simon Poh.

Beliau berkata, kursus tersebut bertujuan membantu pasangan terbabit memahami tanggungjawab perkahwinan dan kekeluargaan. Mereka akan diajar komitmen kekeluargaan dan semua kemahiran dalam mengurus keluarga.

Masa depan anak akan lebih terjamin bersama keluarga yang berkemahiran apabila pasangan telah menghadiri kursus perkahwinan, katanya.

Peguam undang-undang keluarga, Honey Tan Lay Ean berkata, kursus pra-perkahwinan pasangan bukan Islam wajib dilaksanakan bagi menyediakan asas penting dalam perkahwinan.

Beliau berkata, kerap kali pasangan yang mahu berkahwin berasa malu untuk membincangkan perkara penting itu.

โ€œContohnya pasangan perlu menghormati antara satu sama lain, berkomunikasi dengan efektif, memahami bahawa keganasan rumah tangga adalah satu jenayah, faham tentang aset dimiliki pasangan atau hutang yang mereka ada.

Malah proses mendidik anggota masyarakat tentang perkahwinan boleh dimulakan di peringkat sekolah lagi, katanya.

Beliau berkata, di sekolah, mereka perlu diajar untuk menghormati antara satu sama lain, walaupun warna kulit dan agama adalah berbeza. Ia juga penting untuk memecahkan peranan stereotaip gender, baik wanita atau lelaki.

Buat Penambahan. Padawan Cosmo - PC ingin memberi cadangan supaya Kursus Pra Perkahwinan diwajibkan untuk Bukan Islam bila mereka bercadang mendaftar diri di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), melalui penambahbaikan dari sudut undang-undang. Supaya boleh mengelakkan masalah sosial dalam Institusi Kekeluargaan yang semakin menjadi kebelakangan ini.

-PC


Kesetiaan dalam hubungan suami isteri mahal nilainya kerana ia merupakan perkara penting yang akan mempengaruhi hala tuj...
03/08/2024

Kesetiaan dalam hubungan suami isteri mahal nilainya kerana ia merupakan perkara penting yang akan mempengaruhi hala tuju sesebuah perkahwinan sama ada kekal atau terputus di tengah jalan.

Mereka yang dikurniakan pasangan setia disifatkan sangat bertuah kerana mampu memelihara ikatan perkahwinan dengan baik.

Ini kerana lumrah sebagai manusia, sangat s**ar untuk memaafkan pasangan yang tidak setia atau curang yang boleh memusnahkan hubungan antara suami isteri.

Bayangkan, selepas bertahun hidup bersama dan melahirkan zuriat, rumah tangga mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga.

Tidakkah kamu penat, selepas bertahun mendirikan rumah tangga tapi retak ditengah jalan. Sama-sama kita mendalami Isu yang kian menjadi kebelakangan ini.

Ramai yang kurang bernasib baik dalam berumahtangga. Memilih untuk hidup membujang. selepas trauma mengharungi konflik dalam berumahtangga.

Padawan Cosmo ingin mendedahkan isu yang kian hangat kebelakangan ini mengenai NPD (Narcissistic personality disorder -Maniac) (Penyakit Selingkuh - Tidak pernah rasa Cukup/Puas)


Address

Kuching

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Padawan Cosmo - PC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share