12/08/2020
10 TIPS PENJAGAAN ANAK KUCING
10 Tips Penjagaan Anak Kucing
Seperti manusia juga, kita boleh bentuk seekor kucing dari kecil lagi. Kalau dari kecil kita belai dan sayang, Insyallah kucing itu akan manja dengan kita walaupun bila besar dah jadi abam kawasan. Hahaha. Kalau dari kecil, kita selalu pukul dan marah marah, kucing itu akan membesar dalam keadaan ketakutan dan mungkin menjadi agresif dan penakut. So bimbingan awal itu penting. Bak kata orang, kitalah yang mewarnai mereka dengan warna warna kebaikan. So tengok cara penjagaan anak kucing ini dan compare dengan apa korang buat. Mungkin boleh diperbaiki dan juga mungkin korang ada pendapat yang lain. Bolehlah share di bahagian komen
Tempat Tidur Yang Selesa dan Selamat
Anak kucing ini perlu berasa selamat dan terjamin lagi lagi kalau baru sampai ke rumah yang baru. Ianya memberi kesan yang mendalam pada anak kucing ini. Mungkin korang boleh carikan bed cat yang ada di pasaran. Kalau tak sediakan kotak kadbod atau bakul yang tidak terlalu kecil dan dilapik selimut, tuala lama atau carikan kertas surat khabar. Pastikan ianya hangat selesa dan mudah dibersihkan. Kertas surat khabar mempunya carbon yang mampu memanaskan anak kucing. Lepas itu jangan letak jauh, tinggi atau dalam lubang. Mungkun korang boleh letak di penjuru dinding.
2 Mangkuk Yang Tidak Mudah Pecah
Yang ini untuk bekas makanan dan minuman anak kucing. Cari yang tidak terlalu tinggi dan dalam yang bersesuaian dengan saiz anak kucing. Di sarankan untuk beli jenis seramik. Ianya berat dan tak la bergerak gerak dan susah untuk pecah. Selain itu pastikan ianya bersih dan mudah dicapai.
Bekalan Makanan dan Waktu Makan Yang bersesuaian
Anak kucing ini ada beberapa peringkat dan cik en akan kecilkan skop dengan bahagikan kepada umur.
Kurang dari 2 bulan – Disuggestkan beri makanan wet food yang dicairkan. Perut masih kecil dan perlu makan sedikit dan kerap bersama susu. Lebih memudahkan berikan wet food kitten yang ada di pasaran tapi cairkan sedikit lagi. Kuantitinya lebih kurang 45 gram ke 50 gram setiap hari
2-4 bulan – Masa ini masa anak kucing mula explore, bermain dan membesar jadi banyak pakai tenaga yang banyak so kenalah bagi yang lengkap nutrisi seperti,mineral, kalsium dan phosphorus untuk tulang dan gigi, anti-oksida (taurine, Vitamin A dan E) untuk memperkuatkan system imunisasi serta protein untuk kuatkan otot. So masa ini boleh bagi wet food dalam 50gram ke 90 gram sehari. Masih juga berikan susu tau untuk kalsium. Baik untuk tulang.
Susu yang sebaiknya asalah susu ibu kucing. Boleh cari ibu tumpang atau carilah susu formula di mana mana pet shop. Tidak digalakkan bagi susu lembu kerana susu lembu ada laktosa yang sangat tidak sesuai untuk perut kucing. Kalau TERDESAK bolehlah beri tapi tambah dengan air supaya cair. Kalau cik en susah sangat nak cari di pet shop cik en suggest beri susu kambing yang dicairkan sedikit.
Waktu makan yang bersesuaian p**a adalah 3 jam sekali untuk bawah 2 bulan. Bagi makan sedikit tapi kerap ye.
Tempat Poo dan P*e
Ini penting, untuk peringkat 3 bulan pertama, korang perlukan tempat najis dan pasir. Masa ini anak kucing masih belum biasakan diri dengan tempat baru.So sediakan tempat poo dan p*e dia diempat tersorak (kucing pun tahu malu wei) dan letakkan lapisan surat khabar sebabnya anak kucing baru nak belajar ini selalu termiss. Hahahha. Dan yang penting masa kecil itu jangan marah marah kalau dorang poo and p*e diluar bekasnya. Alert keadaan dorang. Kalau Nampak nak mempoo n memp*e tu, cepat cepat bawa masuk dalam bekas. Lepas itu korang pelan pelan buat latihan ke tandas. Dah dewasa mereka lebih s**a poo dan p*e di luar rumah.
Pakai Colar bersaiz kecil
Yang ini penting, mereka selalu hilang kan? So dengan colar berbunyi ini, kita senang cam pergerakan dan tempat persembunyian mereka. Ianya untuk keselamatan. Jangan pakaikan colar bersaiz besar dan loceng besar gedabak. Kesian anak kucing itu membawa bebanan. Cer korang pakai rantai besi kat leher yang berkilo kilo beratnya. Mesti leher korang boleh terkehel kan? Macam itu juga aak kucing ini. Hahahhah
Bagi nama yang berseuaian
Mesti korang excited bila ada anak kucing baru kan? Benda pertama nak dibuat adalah nama. Macma cik en, nama kucing cik en peah, buruk dan gemok. So mereka akan alert dengan nama masing masing. Lagipun mudah untuk korang berikan makan, ajar ke tandas, bermain dan sebagainya. Nama itu penting oooo.. Sebab dari nama dorang akan lebih cepat mesra dengan korang.
Alatan Permainan
Tak perlu nak gi shopping di petshop untuk alatan permainanan mereka. Cukup gunakan apa yang ada disekeliling korang untuk jadikan alat permainana. Seperti kertas yang direnyukkan jadi bola, penyapu lidi dan sebagainya
Berdandan
Ingat manusia je ke pandai berdandan, anak kucing juga tau. Lagi lagi anak kucing yang masih tidak pandai grooming bulu sendiri. So korang kenalah jaga kebersihan mereka. Selalu sikat bulu, bersihkan poo and p*e di yang melekat, bersihkan tahi mata dan hidung, potong bulu bulu panjang di bahagian bontot dan tapak kaki mereka. Dan yang mana mana korang rasa bersesuaian.
Displinkan Anak Kucing
Jangan sesekali nak memukul atau mengejar mereka (cik en pon ada buat juga sebelum ini. Hihihi) sebabnya ianya tidak mendatangkan apa apa kecuali ianya aka nada effect buruk pada kucing itu sendiri. Cukup dengan meenggunakan suara. Panggil nama, marah dengan suara sedikit tinggi dan kasar. Itu dah cukup sebenarnya untuk melatih anak kucing. Tapi jangan lupa kalau mereka berkelakuan baik, berikan pujian dan cium pada mereka. Sweet kan? Hihihi
Bawa Ke Veterinar Untuk Dapatkan Khidmat Nasihat
Penting bagi kucing yang baru dibawa balik ini untuk berjumpa vet. Antara rawatan awal yang diberi adalah vaksinasi, parasit, gigi dan lain lain. Yang itu tugas vet p**a nak terangkan pada korang ye. Disarankan untuk bawa ke veterinar yang mempunyai doktor bertauliah ye.
Kredit; http://www.nurfuzie.com