10/10/2021
HARI SUKAN NEGARA BRIGED TENGGARA PGA TUNJUK SOKONGAN
Kuantan, 09 Oktober 2021 - Briged Tenggara PGA turut sama menyokong program Kementerian Belia dan Sukan iaitu Hari Sukan Negara bagi tahun 2021 dengan menganjurkan program Hari Sukan Negara (HSN) 2021 peringkat Briged Tenggara PGA bertempat di Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA.
HSN pada kali ini sedikit kelainan dalam mematuhi SOP MKN dengan penganjuran sukan yang tidak bersentuhan. Pada tahun ini Briged Tenggara PGA memilih sukan Golf, petanque dan juga berbasikal. Senamrobik di adakan terlebih dahulu untuk tujuan regangan sebelum acara2 sukan di jalankan dengan mematuhi SOP iaitu penjarakan 1meter.
Aturcara yang bermula pada jam 7.30 pagi tadi telah disempurnakan oleh YDH SAC Hassan Basri Bin Ahmad Safar, Komander Briged Tenggara PGA. Turut hadir Timbalan Komander, Pegawai kanan Ibu Pejabat dan Batalion 7 PGA.
Kehadiran HSN pada kali ini menghadkan sebanyak 200 penyertaan sahaja selaras dengan SOP MKN.