Kaki Menyampai

Kaki Menyampai 2nd backup page

HULU TERENGGANU: Polis sedang giat memburu seorang lelaki Rohingya yang bertindak meloloskan diri dari Depot Tahanan Imi...
02/09/2024

HULU TERENGGANU: Polis sedang giat memburu seorang lelaki Rohingya yang bertindak meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Ajil, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, suspek warganegara Myanmar itu melarikan diri dengan memanjat siling bilik pengasingan.

“Suspek, Husson Ahmad Soifiullah, 25, yang menghidap tuberkulosis (tibi) disedari telah melarikan diri daripada tahanan terbabit sekitar pukul 8 pagi pada 1 September.

“Laporan polis diterima pukul 1.30 pagi pada 2 September selepas pihak terbabit cuba mencari suspek namun gagal,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan

Tambahnya, pihak polis memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada Inspektor Aiman Baihaqi Che Shaffie di talian 0199377864 atau Bilik Gerakan IPD Hulu Terengganu, 09-6812222 sekiranya melihat suspek atau lelaki mencurigakan. –UTUSAN..

Kejadian tanah jerlus berlaku di hadapan Masjid India, Kuala Lumpur, pagi ini. GAMBAR; JBPMBOMBA mengesahkan satu kejadi...
23/08/2024

Kejadian tanah jerlus berlaku di hadapan Masjid India, Kuala Lumpur, pagi ini. GAMBAR; JBPM
BOMBA mengesahkan satu kejadian tanah jerlus berlaku di hadapan Masjid India, Kuala Lumpur, pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, anggota bomba kini sedang melakukan operasi di lokasi kejadian.

Difahamkan, lantai batu secara tiba-tiba jatuh sedalam enam meter dan seorang wanita warga India telah terperangkap dalam kejadian tanah jerlus ini.

“Kerja-kerja menyelamat sedang berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan sebentar lagi setelah mendapat maklumat lanjut daripada pegawai operasi,” katanya.

Akulah si pekebun yg ditahan 2...atas kelalaian mak dan juga penjaga kepada dua mangsa 2(alfatihah)..aku dok dalam 8 ari...
19/08/2024

Akulah si pekebun yg ditahan 2...atas kelalaian mak dan juga penjaga kepada dua mangsa 2(alfatihah)..aku dok dalam 8 ari..buta ja kena dok dalam..mmg naya ja aku kena ...mak dan juga tok kepada mangsa tu masih lg x ditahan...cerita sebenar nya mcm ney...keropok tu di letakkan di atas pagar yg tinggi nya 4 kaki setengah..x lojik akal utk budak umoq 2 3 tahun utk amik..dan keropok 2 bukan ddk dlm pagaq tepi jalan...tp ddlm pagaq besebelahan hutan area laluan kera dok masuk ke tmpt tanaman pisang yg aku buat...org kg dkt sini pon ada yg buat keropok yg sama dan gantung di pokok...klu budak tu amik di pokok bkn lah yg aku punya...mungkin tuan kebun yg len letak..dkt sini bnyak kebun org...1 lg..selama terjadi kes ney 1 wartawan pon x mai rumah aku...aku ada dkt rumah dan aku x lari kemana pon...semua org p rumah tok kepada budak2 tu..tok dya plk bnyak putaq belit cerita..klu ada wartawan atau ngo2 dan juga adun sini mai rumah aku..aku boleh ceritakan perkara sebenar tp haram sorang pon x mai rumah aku...yg mai rumah aku adalah pihak polis ja..bg aku pihak polis mmg terbaik...aku difitnah disebabkan tok kepada mangsa reka cerita bukan2..klu ikut kehendak aku,aku nk saman ja tok kpda budak2 ney..boleh datang kg aku dan tnya org kg bedekatan rumah budak2 tu...mmg depa abai budak2 tu...anak yg no dua tu mak dya bukan beranak dkt hospital..tp beranak dalam bilik ayaq...budak2 mmg terabai dari kecik lg..boleh tnya org kg sini..dibiaq masuk dlm hutan berkeliaran dlm hutan..didalm hutan dan semak disini bnyak ulaq berbisa..pernah dulu budak dua org tu berjalan smpai rumah aku dgn dlm pampers penuh dgn tait...budak2 tu berjalan dgn kasut x pkai..klu x caya boleh tnya org kg sini...tok dya lg la,mmg x amik taw lgsung tntng budak2 tu...bila dh jd kes mcm ney tok dya nk play victim..kebanyakan wartawan tanya tok dya..tok dya bnyak mnjawab tipu ja..klu sapa nk taw perkara sebenar nya mcm mna boleh dtang ke rumah aku di kg padang ubi labu besaq..dan aku tunjukkan perkara sebenar terjadi..jarak rumah aku dan rumah depa 2 hnya 100 meter ja...mcm mana budak umoq 2 3 tahun boleh dibiaq berjalan ddlam kawasan hutan dan semak sejauh 100 meter..klu diikutkan budak umoq 2 tahun baru boleh berjalan dan dok mnum susu ibu lg...sbb tu di makhamah aku kata dkt wrtawan..WARTAWAN JGN PUTAQ BELIT FAKTA,CARITA BENDA BETUL..org ckp aku lari..sedang kan aku x lari...boleh tnya pihak polis..aku bg kerjasama penuh kepada pihak polis..kejadian berlaku ari ahad..2 ari aku tnya kpda polis aku nk kena tahan ka...tp polis kata x..bila ada kematian pertama baru aku ditahan..pada ari aku ditahan aku berada di kg rumah mertua aku..sbb aku hantaq anak bini aku balik sana..sbb aku rasa aku akan ditahan sbb tu lah aku antaq ank bini balik kg mertua aku...keluarga mangsa sorang pon x ditahan lg..kena berlaku adil la..klu nk tahan..tahan la kedua2 pihak...aku dah ditahan..kenapa mereka masih lg x ditahan...sapa yg kata kenapa x infom pihak perhiltan sbb masalah kera ney..aku dh infom pihak perhilatan dari tahun 2021 lg tp x da action...bila jd kes mcm ney..hbs semua agensi turun...sangkaq kera pon aku ad buat..tp dkt sini dok ada 100 hingga 200 ekoq kera...para2 pekebun tahu la mcm mna nk hadap kera ney..aku plk hnya dpt sumber pendapatan hnya dari hasil kebun saja...ada org ckp jgn bunuh haiwan seperti kera atau monyet ney..nnti dpt karma la apa lah..habaq kt org mcm tu..nyamuk mai gigit ag jgn tmpaq..nyamuk ada dlm rumah jgn semboq racun nyamuk..sbb nyamuk pon binatang...lalat mai hinggap dalam pingan ka mangkuk ka jgn halau..kongsi la darah dgn nyamuk tu..kongsi la makanan tu dgn lalat...binatang bila dh mendatangkan kemudarat diharuskan kita utk mmbunuh...buta2 ja kena p dok dalam 8 ari...bnyak lg nk aku cerita kan..ini adlah fakta sebenar...

Ari ney baru aku tergerak hati nk post video ney walaupun dh sebulan berlalu..terlalu bnyak bnda x betui org dok bercerita...dan aku berterima kasih kepada nitizen yg backup aku..terima kasih kalian semua..
Pembetulan..bukan 20 meter tp 20 kaki...

DNA diperolehi.Bermula dgn kes kehilangan Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi  pada 26 Disember tahun lalu.Mayat tanpa kepala kak...
12/08/2024

DNA diperolehi.

Bermula dgn kes kehilangan Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi pada 26 Disember tahun lalu.

Mayat tanpa kepala kaki & tangan dlm tong sampah di Melaka rupanya arwah Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, 8 bulan hilang

Salam Takziah Dari Kami
31/07/2024

Salam Takziah Dari Kami

Jenazah Farah Kartini Akan Di Kebumi Di Pekan Pahang -Sumber Abang Allahyarhamah.
17/07/2024

Jenazah Farah Kartini Akan Di Kebumi Di Pekan Pahang -Sumber Abang Allahyarhamah.

Baju baru kontinjen Malaysia untuk Olimpik Paris 2024 🇲🇾Corak baharu berunsurkan belang harimau yang lebih garang dipili...
02/07/2024

Baju baru kontinjen Malaysia untuk Olimpik Paris 2024 🇲🇾
Corak baharu berunsurkan belang harimau yang lebih garang dipilih bagi pakaian rasmi kontinjen negara di Paris.

Sumber📸 Majlis Olimpik Malaysia

Lipis: Suara bayi menangis di ruang solat menggemparkan kira-kira 20 jemaah Masjid Kampung Lubuk Kulit di sini, kira-kir...
19/06/2024

Lipis: Suara bayi menangis di ruang solat menggemparkan kira-kira 20 jemaah Masjid Kampung Lubuk Kulit di sini, kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Difahamkan bayi perempuan itu dibuang di dalam masjid itu sebelum ditemui jemaah masjid yang datang untuk menunaikan solat subuh.

Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Lubuk Kulit, Mazlan Jali berkata, di terdengar bunyi tangisan bayi di dalam ruang masjid sebelum melihat jemaah wanita mengelilingi bayi itu.

"Bayi perempuan ini ditemui oleh jemaah wanita yang datang lebih awal.

"Ketika ditemui, bayi yang berusia beberapa hari ini diletakkan di atas sejadah berlipat dan diselimuti kain," katanya tadi.

Menurutnya, jemaah serta serta penduduk kampung terkejut berikutan belum pernah berlaku kejadian pembuangan bayi di kampung itu.

"Kami amat sedih dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang bayi tidak berdosa di dalam masjid. Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Lipis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man mengesahkan penemuan bayi perempuan yang baharu dilahirkan di ruang solat wanita di masjid itu.

"Kejadian pada jam 5.30 pagi itu dimaklumkan seorang penduduk Kampung Lubuk Kulit kepada anggota Balai Polis Padang Tengku di sini.

"Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan baik dan masih mempunyai tali pusat. Kes itu disiasat mengikut Sesyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi," katanya.

Disiarkan pada: Jun 18, 2024 @ 4:46pm

4 Sebab Mengapa Rumah Melayu Dinobatkan Antara Seni Bina Terbaik Dunia.1) LALUAN ANGIN.Perasan tak, bila kita balik ke k...
10/06/2024

4 Sebab Mengapa Rumah Melayu Dinobatkan Antara Seni Bina Terbaik Dunia.
1) LALUAN ANGIN.
Perasan tak, bila kita balik ke kampung, rumah kayu ni sejuk saja. Nak-nak lagi pada waktu tengah malam.
Pehhh kalah rumah berhawa dingin. Merekot kesejukan kalau tak ada selimut.
Sebabnya, rumah kayu ada banyak laluan angin. Papan lantai rumah ada sedikit ruang. Atas tingkap ada lubang angin. Bumbung p**a kebiasaannya berlapis.
Kalau tidak pun, mesti ada lubang angin.
Sebab haba (angin panas) bergerak dari bawah ke atas. Bila ada banyak lubang angin, haba ada laluan untuk keluar. Sebab itu, kalau rumah ada siling tinggi rasa kurang panas berbanding dengan rumah bersiling rendah.
2) PINTU MASUK LELAKI LAIN, PEREMPUAN LAIN.
Sebab itu ada 2 pintu. Biasanya ruang anjung atau serambi, ruang untuk orang lelaki berbual-bual. Orang perempuan p**a bersosial sebelah dalam rumah; bahagian dapur atau rumah ibu. Rumah ibu ni biasanya bahagian tengah rumah dan sedikit luas. Kalau tengok cerita drama, biasanya mak-mak terlantar sakit di ruang rumah ibu inilah.
Rupanya, pengaruh Islam bukan setakat pada agama saja, bahkan dalam kehidupan seharian orang Melayu itu sendiri.
3) RUMAH TINGGI
Pernah terfikir tak kenapa rumah kampung ni tinggi? Ada banyak faktor sebenarnya.
Rumah kampung dulu tak ada pagar. Masa dulu, orang lalu celah-celah rumah kalau nak ke kedai atau surau. Atas sebab itu jugalah, kenapa rumah kampung biasanya tinggi-tinggi.
4) KIBLAT LURUS.
Bila saya balik kampung Mak atau Ayah, nak cari kiblat cukup mudah. Bentang saja sejadah, tegak dan lurus.
Biasanya bahagian depan dan belakang rumah menghadap arah Utara Selatan. Manakala bahagian kiri kanan rumah menghadap Timur Barat. Secara tak langsung, rumah menghadap kiblat dan laluan angin (cross ventilation). Sebab itu kalau duduk di serambi, sedap ditiup angin sepoi-sepoi.
Orang dahulu, bukan setakat bahasanya indah. Semuanya berseni. Bahkan susun atur rumah pun bermaksud.
Sumber: Traditional Values and Their Adaptation in Social Housing Design: Towards
A New Typology and Establishment of ‘Air House’ Standard in Malaysia.
Kredit:Alham Kedah

Johor Bahru: Dua anggota polis m@ut manakala seorang anggota mengalami kecederaan dalam kejadian serangan dilakukan seor...
17/05/2024

Johor Bahru: Dua anggota polis m@ut manakala seorang anggota mengalami kecederaan dalam kejadian serangan dilakukan seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram di sini pada awal pagi hari ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, dalam kejadian itu suspek turut ditembak m@ti di tempat kejadian.

Menurutnya, anggota polis dan suspek yang m@ut dihantar ke bahagian forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital berkenaan.

"Pihak kita sesal dengan kejadian yang berlaku. Siasatan awal mendapati anggota ditetak dan ditemb@k.

"Siasatan lanjut dijalankan polis," katanya ketika ditemui di Balai Polis Ulu Tiram, di sini hari ini.

Difahamkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam perjalanan ke tempat kejadian.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira 2 pagi hari ini apabila suspek seorang lelaki bangsa tidak dikenalpasti yang bertopeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang.

Seekor Harimau Malaya (Harimau Belang) ditemukan mati dilanggar kenderaan di Lebuhraya Lentang - Bentong Pahang hari Kha...
16/05/2024

Seekor Harimau Malaya (Harimau Belang) ditemukan mati dilanggar kenderaan di Lebuhraya Lentang - Bentong Pahang hari Khamis (dianggarkan waktu pagi) 16 Mei 2024. Harimau Malaya berusia anggaran 5 tahun dilanggar sebuah kenderaan ketika sedang melintas.
Sumber Pencinta Haiwan Malaysia

Pantai Chinta Berahi Atau Kini Dikenali Pantai Cahaya Bulan Kelantan.Kredit: Pemilik Gambar
14/05/2024

Pantai Chinta Berahi Atau Kini Dikenali Pantai Cahaya Bulan Kelantan.

Kredit: Pemilik Gambar

Pantang Ralit, Ada Je Akal Anak No 2 Ni
07/05/2024

Pantang Ralit, Ada Je Akal Anak No 2 Ni

Inalillah Wainalillah Hirojiun & Salam Takziah Untuk Bukan Muslim Dari Kami Admin.
24/04/2024

Inalillah Wainalillah Hirojiun & Salam Takziah Untuk Bukan Muslim Dari Kami Admin.

Setibanya dilokasi didapati benar berlaku kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan iaitu Sebuah Lori Trailer dengan Sebuah...
21/03/2024

Setibanya dilokasi didapati benar berlaku kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan iaitu Sebuah Lori Trailer dengan Sebuah Kereta Perodua MYVI. Lori Trailer yang parking di tepi jalan dirempuh oleh Perodua Myvi yang dinaiki oleh 4 orang mangsa yang terdiri daripada, 2 Orang Lelaki Dewasa(Cedera Ringan) dan 2 orang Perempuan Dewasa ( 1 Meninggal Dunia & 1 Cedera Parah) manakala Pemandu & Penumpang Lori Trailer tidak mengalami sebarang Kecederaan.

Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM bagi tindakan seterusnya manakala mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak forensik bagi tindakan selanjutnya.

BOMBA DAN PENYELAMAT GUA MUSANG

SEORANG REMAJA LEMAS KETIKA MANDI DI KOLAM TAKUNGAN AIRMUAR, RABU 14 MAC 2024: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar men...
15/03/2024

SEORANG REMAJA LEMAS KETIKA MANDI DI KOLAM TAKUNGAN AIR

MUAR, RABU 14 MAC 2024: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar menerima satu panggilan orang lemas pada jam 16:59:00. Kejadian dilaporkan berlaku di Parit Ibrahim, Parit Shafie Jalan Bkt Mor Parit Yusof,Pt Jawa Muar,Johor.

Satu (1) jentera FRT, satu (1) jentera EMRS dan satu (1) lori Isuzu tiga (3) Tan dari BBP Muar dengan kekuatan keseluruhan seramai sepuluh (10) orang anggota bertugas dan semua anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP MUAR telah dihantar ke tempat kejadian.Turut hadir dilokasi adalah pihak PDRM Muar. Komander Operasi diketuai oleh PBK I KUP Heza Bin Aris.

Menurut Komander Operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian pada jam 17:25:00, didapati benar terdapat seorang mangsa remaja lelaki telah lemas dalam kolam takungan air bersaiz lebih kurang 35 x 60 kaki dan kedalaman lebih kurang 9 kaki. PKO bertindak memulakan operasi dengan pencarian melalui permukaan air dan pencarian secara menyelam oleh anggota PPDA Muar. Mangsa lemas akhirnya berjaya ditemui oleh pasukan PPDA dan dibawa kedarat dan seterusnya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 22:00:00.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor



01/03/2024

Kes Kemalangan 29.2.2024 Jalan Kuantan- Gambang Yang Menyebabkan Jem Teruk Sepanjang Jalan.

Wajib Ada Dalam Kenderaan https://shope.ee/B5wfUcrm0

Bila Berlaku Gini Pasti Mudahkan Kerja

Lain macam bengkel ni....haha
15/02/2024

Lain macam bengkel ni....haha

15/02/2024

MELAKA – Seorang wanita putus urat tangan selepas menyelamatkan diri ketika disamun dua lelaki bersenjata pedang samurai di hadapan sebuah kedai dobi di Masjid Tanah, Alor Gajah, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi itu turut tular di media sosial menerusi satu klip video dipercayai rakaman televisyen litar tertutup di lokasi kejadian.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, mengikut laporan dibuat, mangsa berusia 36 tahun mendakwa suspek yang menaiki kereta jenis BMW terlebih dahulu telah menghalang laluan kereta Proton Saga dipandunya.

"Dua suspek lelaki kemudian turun dari kenderaan itu sambil membawa pedang samurai dan bertindak memecahkan cermin hadapan, kiri dan kanan kereta mangsa sehingga tangan kirinya cedera akibat terkena libasan parang.

“Wanita itu yang terkejut segera mengundurkan keretanya sehingga terlanggar sebuah kereta diparkir di belakang di tepi jalan sebelum berjaya meloloskan diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, mangsa yang cedera terus memandu ke Balai Polis Masjid Tanah untuk melaporkan kejadian tersebut sebelum mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Masjid Tanah.

“Mangsa memaklumkan kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Masjid Tanah dan tidak mengenali kedua-dua suspek atau mempunyai konflik dengan mana-mana pihak.

“Mangsa yang cedera sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Melaka kerana mengalami putus urat tangan,” ujarnya.

Zainol berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 393/427 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes untuk tampil di balai polis berhampiran atau hubungi talian 06-5562222 bagi membantu siasatan.

Sumber Pemilik CCTV&Kosmo.

2024 Dah Kot...Laluan Kuala Lipis Pahang- Gua Musang Kelantan
14/02/2024

2024 Dah Kot...Laluan Kuala Lipis Pahang- Gua Musang Kelantan

LELAKI LEMAS DI AIR TERJUN BERKELAH DITEMUI PASUKAN PENYELAMAT10.02.2024 | 11:53:54Pusat Gerakan Operasi JBPM Pahang dik...
13/02/2024

LELAKI LEMAS DI AIR TERJUN BERKELAH DITEMUI PASUKAN PENYELAMAT

10.02.2024 | 11:53:54

Pusat Gerakan Operasi JBPM Pahang dikejutkan dengan panggilan kecemasan berkaitan kejadian seorang mangsa lelaki dewasa lemas di Air Terjun Berkelah, Jalan Maran - Gambang pada jam 11.53 pagi ini.

Bertindak dengan maklumat, sepasukan anggota seramai 11 orang dari BBP Taman Tas dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa. Komander Operasi PPgB Hilmi Kashfi melaporkan mangsa dikenalpasti seorang lekaki OKU berumur lingkungan 20 tahun lemas semasa melakukan aktiviti mandi bersama 6 lagi rakannya.

Pasukannya bertindak menjalankan operasi pencarian surface searching dan menggunakan peralatan "grappling iron" bagi mencari mangsa. Mangsa dijumpai pada jam 12.52 yang kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.

Polis tahan pemuda tular pukul warga emasMELAKA - Polis menahan seorang pemuda yang didakwa memukul warga emas wanita hi...
30/01/2024

Polis tahan pemuda tular pukul warga emas

MELAKA - Polis menahan seorang pemuda yang didakwa memukul warga emas wanita hingga terjatuh di sebuah tapak glamping di Tanjung Kling dekat sini Ahad lalu.

Video berdurasi 29 saat membabitkan pergaduhan jiran bersebelahan rumah yang berlaku lebih kurang jam 1.20 petang itu tular di apalikasi X selepas kejadian terbabit.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 26 tahun telah ditahan pada jam12.10 tengah hari pada Isnin oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian tular itu dipercayai berlaku apabila mangsa berusia 76 tahun telah ke tapak glamping terbabit untuk menegur tindakan pemilik yang didakwa membakar sampah secara terbuka di kawasan rumahnya sehingga mengakibatkan mangsa mengalami sesak nafas.

Bagaimanapun, katanya, berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan suspek iaitu cucu kepada pemilik tapak 'glamping' berkenaan.

"Suspek secara tiba-tiba meluru ke arah mangsa dan terus menumbuk muka warga emas itu beberapa kali.

"Mangsa cuba melarikan diri tetapi pemuda berkenaan terus memukul bahagian belakang kepalanya sehingga menyebabkannya jatuh tersembam," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, selepas kejadian itu suspek juga mengugut mahu memukul mangsa menggunakan kayu sebelum warga emas itu bangun dan berlari menyelamatkan diri ke dalam rumah.

“Akibat dipukul, mangsa mengalami kecederaan tisu lembut dan sakit pada bahagian belakang kepala, muka, leher serta belakang badan.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Jelasnya, orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar kerana dikhuatiri akan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Sumber SinarHarian & Polis Melaka Tengah

26/01/2024

Omputeh Pun Sokong Malaysia,Suka Sangat Dapat Celebrate Gol. Malaysia Lawan Korea Di Qatar.

18/01/2024

Pemandu halang ambulans sudah diambil tindakan
Kuala Lumpur: Pemandu pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipercayai menghalang laluan ambulans di Kilometer 226 Lebuhraya Utara Selatan dari arah Ayer Keroh ke Kuala Lumpur, 8 Januari lalu sudah diambil tindakan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari sebelum satu laporan polis dibuat pada 1 tengah hari yang sama oleh lelaki tempatan yang juga pemandu ambulans terbabit di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

"Pemandu Toyota Hilux iaitu seorang lelaki tempatan berusia 63 tahun dikesan oleh Ketua BSPT IPD Rembau, Negeri Sembilan dan tindakan diambil mengikut Kaedah 9(2) LN166/59 iaitu tidak memberi laluan kepada kenderaan ambulans.

Tindakan boleh dihukum mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pemandu dikehendaki hadir di Mahkamah Rembau pada 20 Mac depan berkaitan kesalahan terbabit.

Katanya, berdasarkan keterangan pemandu Toyota Hilux itu, dia menyatakan tidak menyedari kenderaan di belakang kerana sedang berbual dengan ahli keluarganya.

"Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas yang menekankan kerjasama, berhemah dan berhati-hati ketika berada di atas jalan raya.
"Dalam Kaedah-Kaedah Lalulintas LN165/59 iaitu Kanun Lebuhraya ada menyatakan Peraturan 24 LN165/59. Apabila menghampiri apa-apa kenderaan kecemasan seperti polis, bomba atau ambulans, bunyi siren atau loceng, tatacara pemanduan mestilah masuk ke sebelah kiri atau kanan dan berhenti untuk memudahkan laluan kenderaan kecemasan," katanya.

Mohd Azman berkata, kerjasama adalah elemen penting yang perlu diketahui setiap pengguna jalan raya bagi melancarkan pergerakan lalu lintas.

Isnin lalu, satu rakaman video berdurasi seminit tular memaparkan sebuah Toyota Hilux dikatakan tidak memberi laluan kepada ambulans walaupun siren kecemasan dibunyikan beberapa kali.

Sumber:Metro&Pemilik DC

Page Backup Boleh Follow Kt Sini https://www.facebook.com/profile.php?id=61555622275425

Siapa Nak Kaya Cepat??Sila Join Skim Ni...Katanya Kaya Mengalahkan Ismet Ulam Raja..
16/01/2024

Siapa Nak Kaya Cepat??Sila Join Skim Ni...Katanya Kaya Mengalahkan Ismet Ulam Raja..

09/01/2024

Pekerja kedai makan celup pinggan dalam tong sampah

9 Januari 2024, 10:17 am

PETALING JAYA – Menjadi satu keperluan untuk setiap pengurusan kedai makan memastikan peralatan yang digunakan termasuklah pinggan, cawan serta sudu dibasuh dengan bersih sebelum ia digunakan oleh pelanggan.

Namun, berbeza dengan situasi kali ini memaparkan tindakan seorang pekerja sebuah kedai makan hanya mencelup pinggan ke dalam air yang terisi di tong sampah.

Perbuatan jijik itu sempat dirakam oleh pengguna X, Elyas Yusri yang secara kebetulan berada di sekitar kawasan kedai makan tersebut.

Difahamkan, lokasi premis terbabit berada di Taman Botanik, Klang.

“Kita ni dah lah selalu lepak mam**, sekali nampak benda macam ini depan mata nak muntah. Basuh pinggan celup-celup dalam tong sampah.

“Speechless (tak terkata), nah korang (untuk semua) tengok lah sendiri, tak ada lah tekak aku seorang loya,” ciapnya pada kelmarin.

Sehubungan itu, Elyas memaklumkan dia segera menegur pekerja terbabit sambil merakam situasi tersebut dengan lebih dekat sehingga menampakkan air kotor yang bertakung di dalam tong sampah berkenaan.

“Untuk pengetahuan semua, aku tegur terus lepas itu. Pekerja itu boleh cakap, oh tong sampah itu untuk rendam sahaja. Berderau darah aku.

“Kalau ye beli lah besen besar ke apa. Aku tak nak sebut nama kedai. Tapi mam** ini dekat Bandar Botanik, Klang, kedai ‘corner lot’,” jelasnya.

Dalam masa sama, Elyas turut meminta orang ramai yang pernah ke lokasi atau berada di premis terbabit untuk berhati-hati dan pantau tahap kebersihan di sana.

“Siapa selalu lepak situ, tolong semakkan. Jika masih sama, tolong buat aduan rasmi,” pintanya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen ramai yang menyeru pihak Kementerian Kesihatan (KKM) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membuat pemantauan ke kedai makan tersebut.

“KKM, PBT, pihak berkuasa cepat turun pantau mana perlu. Kalau begitu cara basuh pinggang, memang kotor, ambil tindakan sita kedai terbabit. Mana boleh rendam pinggan mangkuk dalam tong sampah,” tegur Kusyairi.

“Geli…kalau ya pun untuk basuh sahaja, kotor gila,” ciap Izkir.

“Sebelah pejabat saya sahaja ini, pernah nampak pekerja dia kencing dalam longkang belakang kemudian lap pada apron dia sahaja,” Sumber:Kosmo&Queen.

ALONG SIMBAH CAT MERAH PADA PENYEWA BAHARUTarikh 9/1/2024Masa sekitar 2-3pagiBerlaku di Taman Seri Impian 4/17Kereta say...
09/01/2024

ALONG SIMBAH CAT MERAH PADA PENYEWA BAHARU

Tarikh 9/1/2024
Masa sekitar 2-3pagi
Berlaku di Taman Seri Impian 4/17

Kereta saya telah disimbah cat dengan orang yang tidak dikenali...kalau tengok pada kertas tu orang yang dicari berbangsa india JAYASILAN A/L BIJEI KUMARAN ... Saya tidak mengenali lelaki tersebut... saya pun hanya menyewa dirumah ni baru setahun lebih...owner rumah pun saya telah maklumkan dia pun tidak mengenali lelaki tersebut...dia pun dah buat report polis kerana ada berbaur ugutan "next time confirm burn your house" (wahh suke2 ko nk bako uma org) Saya dah cuba banyak kali call no yang tertera di kertas tu tapi tiada respon... Tujuan saya post sebab nak orang yang buat khianat ni tahu yang saya bukan orang yang dia cari mana tahu dia terbaca... Seriau memikirkan tengah tidur tiba-tiba dibako nye rumah sedangkan bukan kita orang yang dia cari 🥺 .

Sumber zumi ezumi

Address

No30
Kuantan
25150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kaki Menyampai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Nearby media companies