02/03/2024
Macam mana nk beli rumah subsale? Ape kos2 yang perlu pembeli tanggung?
Berapa banyak cash yang nk kena sediakan?
Jom tambah ilmu
Kos membeli rumah subsale/ 2nd hand
1. Deposit 10%.
Kenapa agen minta 3.24% utk booking & 6.76% lepas sign S&P? Kenapa saya kena bayar agen? Sabar2. Pembeli tak perlu tanggung pun agent fee tu sebab kos itu telah ditanggung oleh penjual. Bayaran kepada agen tak menaikkan harga jualan rumah tersebut. Salah satu kerja agen adalah menasihati pemilik untuk meletakkan harga rumah mengikut harga pasaran utk memastikan urusan loan pembeli lebih mudah.
Selepas pembeli bayar 3.24% (booking fee) kepada agen, agen akan sediakan booking form. Booking form ni lah yg pembeli akan guna utk apply loan. Loan akan diuruskn oleh agen.
P/s: pastikan masuk ke akaun agensi, bkn personal!!
6.76% baki deposit perlu dibayar kpd agensi / lawyer masa nk sign S&P. Dah mcm mne tbe2 ade lawyer plk ni. Pembeli boleh melantik lawyer sendiri atau pun, boleh minta tolong agen utk carikan. Agen akn sediakan beberapa quotation kepada pembeli. Pembeli boleh pilih sendiri.
2) S&P Lawyer Fees
Ni dh kos lain ye dari deposit tadi. Macam yg dh mention dlm point No 1 tadi, lawyer akan bg quotation. Lawyer ni org penting dlm transaction jual beli ni. So pastikan lawyer yg dilantik betul2 expert bab jual beli hartanah ni. Kalau silap lantik, buat kerja lambat, blh jd ade penalti kena bayar kpd bank/pemilik. Semestinya lawyer yang recommend by agen adalah yg berpengalaman.
Fees ini adalah berdasarkan harga rumah (S&P)
3) Stamp Duty S&P
Ni cukai kerajaan.
4) Loan Agreement Lawyer Fees
Aik, tadi kn dh bayar lawyer. Kena faham dkt sini, S&P Agreement adalah antara Pembeli dgn Penjual, Loan Agreement pulak antara Pembeli dgn Bank. Fees adalah berdasarkan nilai loan. Kebanyakan bank akan benarkan fees ni utk masuk sekali dlm loan
5) Stamp duty loan agreement
Ni pun cukai kerajaan tapi most bank akn bg masuk sekali dlm loan
6) Valuation fee
Valuer akan datang utk inspect rumah utk dapatkan market value rumah tersebut. Bank hanya akan bagi loan 90% daripada market value rumah tersebut. Kalau harga rumah lagi tinggi daripada market value pembeli kena la topup sendiri. Agen berpengalaman kebiasaannya dh boleh estimate market value rumah tersebut. Sama macam Loan Agreement & Loan Agreement Stamp duty, kos ni boleh include dalam loan
7) Insurance (MRTT/MRTA/LPPSA)
Basically insuran ni utk cover hutang if anything happened to you. Lppsa tu utk org yg buat loan gomen, mrtt/mrta tu direct dgn bank.
Kos 1, 2, 3 - kena ada cash
Kos 4, 5, 6, 7 - masuk dlm loan
Banyakkan kos2 yg terlibat. Sebenarnya kos ni bkn kos tersembunyi, cuma ats kita nak ambil tahu or buat tak tahu. Pembeli jangan terkejut kalau ade tambahan 5% daripada harga rumah utk cover kos2 yang terlibat. Sesungguhnya tambahan kos itu tidak masuk ke poket agen hartanah.
Jadilah pembeli rumah yang bijak. Terima kasih kerana membaca.
Tiba-tiba anda lebih bijak daripada semalam. 😉