Orang Timur

Orang Timur Kisah kita, Kita punya Kisah…

09/12/2024

Kene simpan ilmu ni baik2...👍🏿👍🏿

Orangnya pun dah takda lagi...

(AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)

1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
- Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
- Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
- Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
- Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
- InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
- Menggunakan madu asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
- Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
- Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69

😎 Angin pasang
- Menggunakan madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al - Isra', ayat 82
Surah Al - Hashr, ayat 21
Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
Bahan - bahan :
- Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
- Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
- Buah kelapa (yang berhingus)
Cara - cara :
- Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
- Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
- Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
- Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
- Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
Surah Al - kahf, ayat 11

11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
Surah - fussilat, ayat 44

12) Merawat histeria
- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
- Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
- As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

09/12/2024

Hujan lebat pagi ni di Pekan, Pahang.. semoga memberi rahmat kepada kita semua… 🤚🏻✋🏻

Khidmat masyarakatKehilangan kucing. Kali terakhir dilihat di KOTASAS Kuantan pada 12/6/2004. Kucing tiada kaki kanan. G...
09/07/2024

Khidmat masyarakat

Kehilangan kucing. Kali terakhir dilihat di KOTASAS Kuantan pada 12/6/2004. Kucing tiada kaki kanan. Ganjaran RM200 sebagai reward.

Sumber : I ❤️ PAHANG

13/06/2024

Saya tak kisah hilang gaji puluh ribu, saya mahu p**ang kampung untuk tenang. Saya sanggup bekerja RM100, RM50 sehari
-Faisal-

6/6/2024Laluan pantai sepat ad kemalangan langgar lembu.. mangsa meninggal dunia..AL Fatihah🤲🤲🤲..Hati² semua orang Kuant...
06/06/2024

6/6/2024

Laluan pantai sepat ad kemalangan langgar lembu.. mangsa meninggal dunia..AL Fatihah🤲🤲🤲..

Hati² semua orang Kuantan. . binatang Skrg mmg xkenal orang ....

Kata info budak part-time Ana ikan Bakar Tanjung Lumpur.... Nama Daniel org cherok Paloh Sapik Nord cucu arwah ayah hussin....

*harap tuan lembu mengaku la tu lembu dia.

Sumber : Fb bateri kereta kuantan

Jom warga kuantan… beri sokongan penuh untuk Hero-Hero kita..Ingat!! Tiada yang mustahil!!!Bermainla sepenuh hati, sokon...
06/06/2024

Jom warga kuantan… beri sokongan penuh untuk Hero-Hero kita..

Ingat!! Tiada yang mustahil!!!

Bermainla sepenuh hati, sokongla sepenuh jiwa, demi Malaysia yang kita cinta.

Min yakin Malaysia Menang!!!!

Tahniah Man United…Team no 6 ada dapat apa-apa tak? Min sekadar bertanya.
25/05/2024

Tahniah Man United…

Team no 6 ada dapat apa-apa tak? Min sekadar bertanya.

Kelantan FC sah tarik diri dari liga A1 Semi-Pro.Hilang satu pasukan yang pada satu ketika dahulu sangat-sangat digeruni...
24/05/2024

Kelantan FC sah tarik diri dari liga A1 Semi-Pro.

Hilang satu pasukan yang pada satu ketika dahulu sangat-sangat digeruni oleh psukan-pasukan lain.

Okayy setelah min siasat-siasat. Min dah jumpa dah pengulas sepak takraw yang sedang hangat diperkatakan.Ingat satu je p...
23/05/2024

Okayy setelah min siasat-siasat. Min dah jumpa dah pengulas sepak takraw yang sedang hangat diperkatakan.

Ingat satu je pesanan min. Palang tol adalah tanda aras abang.

Kualiti seperti ini la yang kita perlukan !!!

Fb : Mohsen Amdan

“Kaki kiri macam tongkat motor”“Saya kenal haziq, dia anak soleh”Pengulas di page Persatuan Sepak Takraw Malaysia menjad...
23/05/2024

“Kaki kiri macam tongkat motor”
“Saya kenal haziq, dia anak soleh”

Pengulas di page Persatuan Sepak Takraw Malaysia menjadi tumpuan apabila dia mengulas perlawanan Akhir antara Malaysia menentang Thailand dalam Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw.

Tahniah Malaysia, Tahniah Pengulas. Anda memang terbaik.

* sesiap terlepas moment indah ini, min kongsikan link video di komen ya, mari la kita bergembira bersama.

Kredit photo : Fb Persatuan Sepaktakraw Malaysia

22/05/2024

Tahniah Regu Malaysia kerana telah menjuarai Sepak Takraw Piala Dunia selepas berjaya mengalahkan regu Thailand 15-8 dan 15-12.

17/05/2024

Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar (kiri) dan Muhamad Syafiq Ahmad Said (kanan) yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, jenazah akan dibawa balik ke kampung halaman mereka di Bidor dan Gambang selepas semua proses bedah siasat selesai.

15/05/2024

Selamat Hari Guru kepada semua Guru-Guru di Malaysia dan di Muka Bumi ini.

15/05/2024

Polis buru individu tular sedang “healing” sambil memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini.

08/05/2024

Terkini: Faisal Halim mula jamah makanan, cuba latihan ringan

Alhamdulillah..

Sumber : Astro Arena

“Tak sangka saya p**a kena attack berdekatan Pusat Latihan JDT.” -Syafiq Rahim-Selepas Akhyar dan Faisal Halim, kini Sya...
08/05/2024

“Tak sangka saya p**a kena attack berdekatan Pusat Latihan JDT.”
-Syafiq Rahim-

Selepas Akhyar dan Faisal Halim, kini Syafiq Rahim p**a menjadi mangsa.

Apa la sebenarnya yang mereka mahu. Semoga semuanya selamat.

07/05/2024

Polis buru pengendali akaun media sosial timbul kebencian kepada pemain bola sepak

Address

Kuantan

Telephone

+60106678760

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Orang Timur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Orang Timur:

Videos

Share