Media SURAU

Media SURAU Tunggak utama halaman ini ada lah untuk menyiarkan program kuliah agama di masjid atau surau dan akti

17/11/2022
Kenali senarai Calon-calon Parlimen Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pilihan Raya Umum ke-15.
16/11/2022

Kenali senarai Calon-calon Parlimen Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pilihan Raya Umum ke-15.








KENYATAAN MEDIA Berdasarkan kepada kenyataan media berkenaan penggabungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (...
15/11/2022

KENYATAAN MEDIA

Berdasarkan kepada kenyataan media berkenaan penggabungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) selepas PRU-15, maka saya ingin tegaskan di sini bahawa kenyataan saya telah diambil di luar konteks dan tajuknya juga adalah mengelirukan pengundi.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya berkeyakinan penuh PN akan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian dan Perdana Menteri adalah daripada Perikatan Nasional. Kami percaya rakyat akan lebih yakin dengan tema PN iaitu prihatin, stabil dan bersih.

Dengan kenyataan yang jelas ini maka sebarang kenyataan berhubung kerjasama dengan BN tidak berbangkit dan kami di PN berkeyakinan akan membentuk kerajaan bersendirian selepas PRU-15.

DATUK SERI HAJI TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

15 November 2022 | 20 Rabiulakhir 1444H

14/11/2022
13/11/2022

Dengar sampai dan dengar dengan molek ye.

12/11/2022

KENYATAAN MEDIA
FITNAH JAHAT DAN SAMAN

Surat tuntutan kepada Mohd Rafizi bin Ramli telah dihantar oleh peguam saya, Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid pada 10 November 2022. Tuntutan yang dikemukakan antaranya ialah Rafizi memberi akujanji bertulis untuk berhenti daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan tuduhan yang beliau lakukan kepada saya, dan membuat permohonan maaf dalam jangkamasa 7 hari daripada tarikh surat tersebut. Jangkamasa 7 hari akan berakhir pada 17 November 2022.

Namun, Rafizi telah membuat sidang media pada 11 November 2022 pada jam 10.30 pagi bertujuan kononnya untuk menjawab tuntutan yang saya kemukakan dan memberi bukti kukuh tentang tuduhan yang beliau lakukan terhadap saya.

Walau bagaimanapun, terbukti bahawa sidang media tersebut hanya menguatkan lagi sangkaan ramai pihak bahawa Rafizi hanya membuat tuduhan palsu dan penyelewengan fakta berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi saya.

Rafizi membuat tuduhan bahawa “Kementerian Alam Sekitar dan Air sedang dalam proses untuk menganugerahkan satu projek bernilai RM2 billion secara rundingan terus kepada syarikat yang sama iaitu Mangkubumi Sdn Bhd” serta “perbincangan dan proses itu sedang berjalan dan ada usaha untuk menganugerahkan projek itu dalam masa kerajaan caretaker”

Dalam sidang media tersebut, Rafizi menyatakan bahawa surat bertarikh 7 Oktober 2022 dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk memaklumkan keputusan YB Menteri Kewangan meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 secara rundingan terus kepada Mangkubumi Sdn Bhd.

Berdasarkan kepada Surat tersebut, adalah jelas bahawa kelulusan tersebut bukanlah dibuat oleh saya ataupun KASA. Surat tersebut dikeluarkan pada 7 Oktober 2022, sebelum Parlimen dibubarkan dan bukan semasa tempoh kerajaan sementara (caretaker).

Sidang media yang dibuat oleh Rafizi juga gagal sama sekali mendedahkan bukti keterlibatan saya dalam kelulusan projek termasuk usaha saya atau KASA untuk menganugerahkan projek tersebut ketika kerajaan sementara (caretaker).

Saya juga telah menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak pernah berjumpa, berunding atau membuat apa-apa tindakan semasa tempoh kerajaan sementara (caretaker) ke arah menganugerahkan projek tersebut.

Oleh yang demikian, terbukti dengan jelas bahawa kenyataan-kenyataan Rafizi termasuk sidang media semalam adalah satu fitnah jahat bagi menghancurkan reputasi saya khususnya, dan juga parti PAS umumnya.

Saya telah mengarahkan peguam saya, Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid untuk memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi sebaik sahaja menerima jawapan bertulis daripada peguam Rafizi atau selepas tamatnya tempoh 7 hari yang telah diberikan.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
18 Rabi’ul Akhir 1444 | 12 November 2022

10/11/2022

(((SIARAN LANGSUNG)))

KULIAH MAGHRIB BULANAN
BERSAMA USTAZ YUSUF EMBONG

10/11/2022 KHAMIS

SURAU POK LONG SOHOR
KAMPUNG DARAT JERING SG ULAR KUANTAN.

Assalammualaikom Insyaallah
09/11/2022

Assalammualaikom
Insyaallah


09/11/2022

SIARAN LANGSUNG
KULIYAH MAGHRIB BULANAN BERSAMA USTAZ MOHD SARDI

09/11/2022 (RABU)

SURAU POK LONG SOHOR
KAMPONG DARAT JERING SG ULAR KUANTAN .

09/11/2022
06/11/2022

Panduan bagi umat Islam mengundi
Pada PRU 15.nanti.

06/11/2022

SIARAN LANGSUNG KULIYYAH MAGHRIB BULANAN BERSAMA USTAZ MAN PEKAN

06/11/2022 (AHAD)
SURAU POK LONG SOHOR
KG DARAT JERING KUANTAN

Assalammualaikum AlhamdulillahInsyallah
06/11/2022

Assalammualaikum
Alhamdulillah
Insyallah

05/11/2022

SIARAN LANGSUNG KULIYYAH MAGHRIB BULANAN BERSAMA USTAZ NAFIS AZAMI

05/11/2022 (SABTU)
SURAU POK LONG SOHOR KG DARAT JERING SG ULAR KUANTAN

05/11/2022

LINTAS LANGSUNG PENAMAAN CALON PERIKATAN NASIONAL
P082 INDRA MAHKOTA
DATO SERI SAIFUDIN BIN ABDULLAH

DUN PAHANG
N12 BESERAH
HJ ANDANSURA RABU

N12 SEMAMBU
ZULFADHLI BIN ZAKARI

Di dewan wisma belia Indra mahkota .Pahang

03/11/2022

Doa Wehdah

02/11/2022

PRU15 | Ayuh rakyat Pahang, kita menangkan Perikatan Nasional dalam PRU15 ini!



31/10/2022

(((SIARAN LANSUNG)))

KULIYYAH MAGHRIB BULANAN BERSAMA USTAZ ABDUL HAKIM

31/10/2022 (ISNIN)

SURAU POK LONG SOHOR
KAMPUNG SUNGAI ULAR KUANTAN PAHANG.

30/10/2022

SIARAN LANGSUNG KULIYAH MAGHRIB JEMPUTAN BERSAMA USTAZ NUR SALAM AL HAFIZ
30/10/2022 (AHAD)
SURAU POK LONG SOHOR
KAMPONG SG ULAR KUANTAN.

28/10/2022
27/10/2022

(((SIARAN LANGSUNG)))

KULIYAH MAGHRIB BULANAN BERSAMA USTAZ MAWADI ZIN

27/10/2022 KHAMIS
SURAU POK LONG SOHOR
KAMPONG SG ULAR KUANTAN PAHANG.

25/10/2022

PERASMIAN (PDM) PERIKATAN NASIONAL SG. ULAR

DIRASMIKAN OLEH DATO SRI SAIFUDDIN ABDULLAH DAN
YB ANDANSURA RABU

Tarikh : 25 OKTOBER 2022 (SELASA)
Masa : 9.00pm
Lokasi : MATIS (MARKAS PAS/ BILIK OPERASI PERIKATAN NASIONAL) SG ULAR

Address

Kuantan

Telephone

+60169519897

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media SURAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Media SURAU:

Videos

Share


Other Media/News Companies in Kuantan

Show All