Syahirah Tahir

Syahirah Tahir Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Syahirah Tahir, Digital creator, Kuantan.

14/10/2024

hakikatnya b*k je kes mcm ni, sebab tu ramai yg benci islam disebabkan kes sesetengah org yg s**a tunggang agama..keje pejabat agama tapi jahil..buat malu nama islam..

10/09/2024

😂

Takkan lah kena ban semata sbb meraih klik kot,mcm pelik je, kalau cakap pasal raih klik, kita ni jarang sgt suruh org k...
06/09/2024

Takkan lah kena ban semata sbb meraih klik kot,mcm pelik je, kalau cakap pasal raih klik, kita ni jarang sgt suruh org klik produk..so rasa mcm tak terpakai pun situasi kena ban tu..

kalau pasal family member beli brg guna link kita, dlm tnc cuma ckp xkn dpt komisen je kan, xde plak sampai kena ban, pernah ada dlm situasi tu, just komisen tu invalid, tak pulak kena ban, kalau sbb benda tu, xkn la baru skrg dia nk kejar utk ban sbb kes invalid komisen tu dh lama sgt..

kalau sebab live, x pernah buat live pun, video pulak hari² up sama je mcm org lain, xkn la tu jd punca, paling² pun video kena vio community guideline n kena remove..kalau sbb tu mesti la dia bgtaw reason kaitan dgn content, bukan tulis Referral Fraud dimana org tahu maksud referral fraud tu penipuan rujukan, share link tu dikira penipuan rujukan ke? mcm x sesuai, kalau sbb tu korg jgn share apa² link lah 😌

kitanya kena ban sehari selepas jd referral dkat family member yg pernah letak alamat sama beli brg..tujuan bukanlah utk menipu or utk dpt komisen lebih, sekadar nk isi tempat kosong referral code tu..kalau benda ni ada dlm tnc mesti la org dh warning awl² n org pun xbuat, tp puas cari dlm tnc x jumpa pun pasal referral fraud ni 😮‍💨

Tapi benda ni random sgt org yg kena, yg xbg referral pun kena, so reason dia unknown sampai skrg.. kenapa ramai yg ckp mcm ada trick nk buang sa slow²..tah lahh kalau xde rezeki kt sopee nk buat mcm mana,pergi la platform lain kan 🥹

ada org ckp knapa x pergi webinar lepas daftar affiliate, kalau pergi mesti xkn jd mcm ni, betul ke kalau attend webinar tu xkn kena ban?kalau sbb tu, kenapa x wajibkan je stiap org yg nk jd sa tu attend webinar dulu baru boleh dpt id..jd xde la timbul isu kena ban tak tentu pasal..

tapi apa pun punca sebenar kena ban hanya pihak sopee je yg tahu 🤫

https://my.shp.ee/le4z4i9?smtt=0.0.9klik utk tengok produk ⬆️banyak baucer diskaun kalau beli kat sini, kena tekan beg o...
03/09/2024

https://my.shp.ee/le4z4i9?smtt=0.0.9

klik utk tengok produk ⬆️

banyak baucer diskaun kalau beli kat sini, kena tekan beg oren tau kalau nak tengok review dan checkout..

PENAFIANDewan Bandaraya Kuala Lumpur ingin merujuk kepada satu gambar kejadian tanah mendap yang telah tular, didakwa be...
29/08/2024

PENAFIAN

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ingin merujuk kepada satu gambar kejadian tanah mendap yang telah tular, didakwa berlaku di sekitar Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap pada hari ini.

Dimaklumkan bahawa gambar tersebut merupakan gambar lama dan kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan di jalan tersebut telah dijalankan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi berita yang tidak sahih kerana ianya boleh menimbulkan kegelisahan awam.





kredit: info semasa official

Mohon bantuan..Dah hari ke7 tapi Masih belom di jumpai..Sesiapa yg terlihat org seperti di gambar mohon hubungi nombor y...
29/08/2024

Mohon bantuan..
Dah hari ke7 tapi Masih belom di jumpai..

Sesiapa yg terlihat org seperti di gambar mohon hubungi nombor yg tertera Dan tolong jagakan sementara ahli keluarganya sampai @ minta tolong hantar d balai polis yg berdekatan..

Assalamualaikum wr.wb.. kepada semua warga kepong dan jinjang.
Jika ada nampak mak saya seperti dalam gambar ini.
Tolong tahan dan hubungi saya.
Mak saya tak balik rumah dari pada hari Kamis 22/08/2024..
Saya mohon sangat² kepada warga kepong dan jinjang..
Bantuan anda semua saya ucapkan terima kasih
016 6554180 Alif
+601131949774 Iskandar Husen
+601126744410 Latifah Husen



sumber:infosemasaofficial

Bomba kesan objek tersekat antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahanKUALA LUMPUR- Jabatan Bomba dan Penyelamat Mala...
28/08/2024

Bomba kesan objek tersekat antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan

KUALA LUMPUR- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua iaitu terletak kira-kira 80 meter.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata dapatan itu diperoleh menerusi pengesanan oleh dua anjing Unit Pengesan (K9), Denti dan Frankie, yang dibawa turun ke lokasi kejadian petang semalam selain pengesanan kamera.

“Daripada penghiduan, pas**an K9 kita nampak macam ada kecenderungan ke arah situ, jadi kita akan berusaha untuk mencari di kawasan berkenaan.

“Ini hasil daripada penghiduan semalam… melalui kamera juga nampak ada halangan, mungkin mangsa tersangkut dan sebagainya, jadi kita nak buat carian di situ,” katanya kepada Bernama di lokasi kejadian.

Beliau berkata pada masa ini, kerja-kerja menyedut air kumbahan dilakukan bagi memudahkan pergerakan penyelam daripada Pas**an Penyelamat di Air (PPDA) JBPM.

Ahmad Izram berkata operasi dengan kaedah selaman itu akan dimulakan pada 2 pagi melibatkan lapan penyelam dengan dibantu oleh 75 anggota yang mengawal jentera dan logistik.

“Kita lakukan operasi ini pada 2 pagi kerana kita jangkakan paras air kumbahan akan kurang dari satu meter berbanding kebiasaannya, paras air ketika ini pada ketinggian 1.5 meter dengan kelajuan tiga knot. Kelajuan ini menandakan air deras dan merisikokan penyelam.

“Kita ambil inisiatif untuk periksa di lurang kumbahan itu kerana ada ruang kecil antara dinding lurang kumbahan dengan paip saluran air kumbahan, kemungkinan ada objek tersekat di ruang berkenaan,” katanya sambil menambah Denti dan Frankie akan dibawa turun bersama bantuan kamera serta penyelam apabila air kumbahan surut.

Beliau berkata kedua-dua anjing baka English Springer Spaniel itu dibawa turun untuk membantu mencari mangsa kerana mempunyai daya pengesanan dalam air yang baik.

Ahmad Izram berkata pas**an mencari dan menyelamat (SAR) masih melakukan pemeriksaan di kesemua lurang ketika ini dan usaha pencarian mangsa akan diteruskan dengan pelbagai kaedah serta kepakaran yang ada.

Insiden tanah jerlus pada Jumaat lepas menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ dengan operasi SAR memasuki hari keenam hari ini.-BERNAMA

Oleh Bernama - 28 August 2024

Artikel ➡️ BERNAMA



sumber@infosemasaofficial

27/08/2024

Padah muat naik video aksi 'wheelie'

Teluk Intan: Remaja ditahan polis selepas videonya melakukan aksi 'wheelie' ketika menunggang motosikal viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, Unit Risikan dan Operasi, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Hilir Perak mengesan aksi itu berlaku di KM 1 Jalan Changkat Jong, dekat sini.

Susulan itu, katanya, polis melakukan tangkapan ke atas remaja berusia 15 tahun itu di pekarangan Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Teluk Intan, pada 5 petang semalam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang di atas jalan awam dengan cara berbahaya dan melulu," katanya ketika dihubungi.

Tegas Ahmad Adnan, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana salah laku melibatkan pemanduan atau menunggang hingga membahayakan nyawa.

Disiarkan pada: Ogos 27, 2024 @ 9:04am
Muhamad Lokman Khairi
[email protected]

Artikel ➡️ Harian Metro




sumber: info semasa official

26/08/2024

Polis siasat video tular lelaki didakwa curi beg tangan di ruang tamu rumah

Oleh Farwizah Samsudin -August 26, 2024

POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes kecurian di sebuah rumah dekat Taman Melati, Kuala Lumpur pada 9 malam, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pengadu seorang wanita tempatan berusia 49 tahun yang bekerja sebagai pembantu jualan mendapati beg tangan miliknya yang diletakkan di ruang tamu telah hilang.

“Semakan kamera litar tertutup mendapati seorang lelaki berbangsa tidak pasti telah masuk ke dalam kediaman mangsa dengan keadaan yang mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, pengadu mengalami kerugian sebanyak RM5,500.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.




sumber: info semasa official

26/08/2024


Elak monyet punca kereta dinaiki 6 sekeluarga terjunam dalam parit

Oleh
NOOR AINON MOHAMED
26 Ogos 2024 01:39pm

BAGAN SERAI - Enam sekeluarga berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam parit dipenuhi air di Kilometer 15, Jalan Selama -Bagan Serai, Sabtu lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 3.45 petang itu, kereta jenis Proton Iriz yang dipandu seorang wanita telah membawa lima penumpang termasuk empat kanak-kanak berusia setahun hingga 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, kesemua mangsa dalam perjalanan dari Selama menuju ke Bagan Serai.

Menurut beliau, kemalangan berlaku apabila kenderaan terbabit cuba mengelak sekumpulan monyet sebelum terbabas.

"Kereta berkenaan melanggar sebatang tiang elektrik dan terjatuh dalam parit di sebelah kanan jalan.

"Kesemua mangsa telah diselamatkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan dibawa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Parit Buntar," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Juna berkata, kesemua mangsa dibenarkan pulang pada hari sama selepas pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan serius.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Kaedah 10, Peraturan 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu lintas 166/59.

Terdahulu tular video berdurasi 35 saat di media sosial memaparkan tindakan berani dua lelaki berenang menyelamatkan keenam-enam mangsa kemalangan sebelum kereta terbabit tenggelam.


________
Akak ni terbabas langgar tiang lampu pastu masuk dalam sungai..nasib baik brader ni ada selamatkan..terima kasih org baik

lokasi:Jalan selama - bagan serai perak...

🎥_mrkay_

sumber: telegram@infosemasa

Reality nya Memang ramai Chef yang pernah terlibat dan tahu asam garam dunia dapur yang penuh kehitaman ini. Tetapi mere...
26/08/2024

Reality nya Memang ramai Chef yang pernah terlibat dan tahu asam garam dunia dapur yang penuh kehitaman ini. Tetapi mereka tidak mahu bersuara kerana takut diri mereka di kecam dan di hina kerana terlibat dalam industri Syubhah ini. Maka mereka memilih untuk diam.

Adakala mereka juga merasa sedih melihat hidangan yang di hidang kan di makan oleh saudara mereka sendiri. Mahu ke tempat jamuan memberi tahu mereka tidak berdaya kerana tugas mereka hanya di dapur. Hanya mampu melihat dari cermin kaca sambil cuba melambai dan memberi isyarat pada pelanggan yang memakai purdah agar tidak menjamu selera disitu. Namun tidak di endah kerana mereka juga tidak memahami.

Saudara ku sekelian maka dengan ini aku memberi ingatan sekali lagi. Berhati hati lah kalian ketika ingin menjamu selera di Restoran pemilik nya bukan Muslim. Kerana mereka tidak pernah mengerti apa itu HALAL. Berbanding orang muslim yang hidup dalam suasana Muslim sejak dari lahir lagi. Ya Allah bersaksi lah telah aku sampai kan perkara ini. Maka aku kini terlepas dari segalanya.

Ampun kan aku ya Allah 😔.

Kredit : Abang Ameen

Nak Jersi Merdeka Eksklusif? 🇲🇾Limited stok, design gempak, harga padu! Dapatkan sekarang sebelum habis. Klik https://s....
24/08/2024

Nak Jersi Merdeka Eksklusif? 🇲🇾

Limited stok, design gempak, harga padu! Dapatkan sekarang sebelum habis.

Klik https://s.shopee.com.my/7KdeH3ko8p untuk tempah.

Jangan terlepas!

11/08/2024

Korang nak hapuskan hama dekat tilam atau sofa korang tak ? 😀

Hama hilang baru la rasa best baring atas tilam & terasa bersih tanpa fikir geli ada benda menjalar atas badan sampai rasa gatal² 🤢

Ada satu vakum ni boleh basmi dust mite @ hama ni dengan berkesan tau. Korang boleh cek sini ⤵️

Dust Mite Vacuum Cleaner 👇🏻💯🔥
https://s.shopee.com.my/7pZX4Dgmy9

Jomlah join telegram channel dekat bawah, semua item termurah, bestselling & dari top seller shopee

Telegram Channel ⤵️
https://t.me/shopeemurahbestselling

https://t.me/shopeemurahbestselling

Address

Kuantan

Telephone

+60197835828

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syahirah Tahir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share