Pekabo Kuantan

Pekabo Kuantan Ikuti kami untuk info-info semasa mengenai Negeri Pahang Darul Makmur.

Meriah betul Kuantan tadi!
31/08/2023

Meriah betul Kuantan tadi!

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 66!
30/08/2023

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 66!

Bertemakan 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan', saya mengajak seluruh rakyat di negara ini khususnya di Negeri Pahang untuk kita terus bersatu hati dan bersatu padu untuk membentuk sebuah negara yang stabil, makmur dan sejahtera.

Hindarilah sebarang persengketaan yang boleh memecahbelahkan perpaduan antara kita rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dalam suasana yang muhibah dan bertoleransi.

Sematkanlah jiwa patriotisme dalam diri kita agar kemerdekaan ini dapat dipertahankan serta diwarisi kepada generasi yang akan datang.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-66.





Syabas Tok Wan. Semestinya MoU ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Pahang selain mengurangkan kesan rumah ...
29/08/2023

Syabas Tok Wan. Semestinya MoU ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Pahang selain mengurangkan kesan rumah hijau.

Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan Pahang atas peruntukan ini.
29/08/2023

Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan Pahang atas peruntukan ini.

28/08/2023

Fuh syok layan durian 😋

Alhamdulillah. Terima kasih kepada DS Zahid kerana cakna dengan masalah di negeri Pahang.
27/08/2023

Alhamdulillah. Terima kasih kepada DS Zahid kerana cakna dengan masalah di negeri Pahang.

Sokong VP kita. Dah banyak sangat fitnah pada Umno. Memang wajar adakan siasatan untuk kes ini!
27/08/2023

Sokong VP kita. Dah banyak sangat fitnah pada Umno. Memang wajar adakan siasatan untuk kes ini!

Saya menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan wujudnya Memo Dalaman Jabatan Peguam Negara bertarikh 10 September 2019, yang menyentuh 6 pertuduhan terhadap Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah.

Siasatan ini amat penting kerana dikatakan antara intipati utama memo tersebut adalah berkenaan cadangan dari pasukan pendakwaan IPIC kepada Tan Sri Tommy Thomas yang merupakan Peguam Negara ketika itu, yang sebulat suara berpendirian bahawa 6 pertuduhan tersebut tidak memenuhi kehendak minimum untuk sesuatu pertuduhan pecah amanah (CBT) bagi mendapatkan kes prima facie.

Siasatan perlu dilakukan dengan kadar segera kerana isu memo ini boleh menggugat kredibiliti serta imej sistem perundangan dan kehakiman negara, sekaligus memberi kesan yang tidak baik terhadap keyakinan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara.

Malah, ia juga memberi kesan langsung kepada proses perbicaraan di mahkamah yang sedang dihadapi oleh Dato’ Seri Mohd Najib ketika ini.

Demi menjunjung kedaulatan undang-undang dan memastikan sistem perundangan kekal berintegriti dan diyakini, adalah mustahak agar perhatian serius diberikan oleh pihak Peguam Negara terhadap perkara ini.

YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail
Naib Presiden UMNO Malaysia

Alhamdulillah kerajaan negeri takpernah pilih kasih. Asal rakyat Pahang, semua dapat faedah.
26/08/2023

Alhamdulillah kerajaan negeri takpernah pilih kasih. Asal rakyat Pahang, semua dapat faedah.

Selamat Ulangtahun ke-74, Pemuda Umno Malaysia. Ayuh Pemuda... ini rumah kita!
26/08/2023

Selamat Ulangtahun ke-74, Pemuda Umno Malaysia. Ayuh Pemuda... ini rumah kita!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

1. Saya dengan rasa berbesar hati mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ulang tahun ke-74 kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

2. Dalam tempoh 74 tahun sejak penubuhannya, pelbagai peristiwa besar dan bersejarah telah dilalui oleh Pergerakan Pemuda UMNO termasuklah bersama-sama berjuang hingga berjaya memerdekakan tanah air yang tercinta ini daripada belenggu penjajahan.

3. Namun, situasinya cukup berbeza pada hari ini. Parti UMNO yang dahulunya cukup berjasa besar memerdekakan dan memajukan negara, telah semakin dilupai dan menghadapi krisis keyakinan rakyat.

4. Keadaan ini seharusnya menuntut kesedaran dan komitmen tidak berbelah bahagi daripada Pemuda UMNO selaku tiang seri dan tonggak utama parti laksana ‘keris panjang berkeluk’ yang digeruni lawan.

5. Pemuda UMNO harus terus berperanan dalam memastikan UMNO kekal relevan, kembali diterima rakyat, dan memacu kebangkitan yang diharapkan.

6. Sejak sekian lama, keberanian, kecekalan dan semangat juang kepahlawanan Melayu yang ditonjolkan oleh tokoh-tokoh Pemuda UMNO lah, menjadi asbab utama dalam memastikan UMNO terus dihormati, diyakini dan disanjungi rakyat.

7. Kini sudah tiba masanya untuk Pemuda UMNO bangkit dengan semangat juang paling jitu dalam mengembalikan maruah dan kegemilangan parti.

8. Dekati, fahami dan tambatlah hati anak muda untuk menyokong kita. Ini lah amanah terbesar yang harus dipikul sepenuh hati oleh Pemuda UMNO ketika ini.

9. Berjuanglah. Kita tidak rela keris panjang warisan ini tersisip di dinding, tajam, tapi lena di dalam sarungnya. Maka, pamerkan keberanian dan kepintaran yang diwarisi Pemuda untuk terus mencorak parti. Jika ada yang salah, bantulah betulkan. Jika ada yang rosak, bantulah baiki. Jika ada yang khilaf, teruskan menegur. Jika menurut biarlah berakal, jika mengikut biarlah pintar.

10. Kita orang parti. Maknanya, apa jua tindakan yang hendak kita lakukan, letak lah misi, visi dan kepentingan parti di hadapan.

11. Selaku Naib Presiden UMNO, saya akan sentiasa mendukung dan menyokong apa jua agenda yang hendak dibawa oleh Pemuda, selagi mana ia selaras dengan matlamat parti yang kita sayang ini.

12. Asahlah, asapkan api kepahlawanan keris ini. Teruskan berjuang, demi UMNO yang kita sayang.

13. Selamat Ulang tahun ke-74, Pemuda UMNO Malaysia!

YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail
Naib Presiden UMNO Malaysia.

20 Ogos 2023 Tragedi Pesawat Terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam.Selesai pengkebumian Allahyarham Idris bin Abdol Tali...
20/08/2023

20 Ogos 2023

Tragedi Pesawat Terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam.

Selesai pengkebumian Allahyarham Idris bin Abdol Talib di Tanah Perkuburan Barak Benus, Bentong.

Allahyarham antara 10 orang terkorban dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis.

Turut hadir wakil YAB Menteri Besar Pahang, YB Fadzli Kamal, Exco Komunikasi, Belia & Sukan dan Badan badan Bukan Kerajaan, merangkap Adun D**g.

20 Ogos 2023 Tragedi Pesawat Terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam.Solat jenazah kali kedua buat Allahyarham Idris bin A...
20/08/2023

20 Ogos 2023

Tragedi Pesawat Terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam.

Solat jenazah kali kedua buat Allahyarham Idris bin Abdol Talib di Masjid Tengku Sulaiman, Ketari, Bentong.

Turut hadir wakil YAB Menteri Besar Pahang, YB Fadzli Kamal, Exco Komunikasi, Belia & Sukan dan Badan badan Bukan Kerajaan, merangkap Adun D**g.

20 Ogos 2023Tragedi Pesawat Terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam.Proses mandi/tayamum dan solat jenazah kali pertama un...
20/08/2023

20 Ogos 2023

Tragedi Pesawat Terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam.

Proses mandi/tayamum dan solat jenazah kali pertama untuk Allahyarham Idris bin Abdol Talib dilakukan di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Klang.

Solat jenazah kali kedua akan diadakan di Masjid Tengku Sulaiman, Ketari, Bentong dan seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Barak Benus, Bentong.

Kini sedang berlangsung bacaan Yasin oleh jemaah masjid untuk disedekahkan kepada Allahyarham.

Semoga roh Dato' Sri Johari Harun dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin.
17/08/2023

Semoga roh Dato' Sri Johari Harun dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin.

Innalillahiwainnalillahirajiun,

Dengan penuh kesedihan dan dukacita, saya telah dimaklumkan bahawa YB. Dato' Sri Johari bin Harun, ​Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, yang juga ADUN Pelangai, merupakan salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas sebuah pesawat ringan di kawasan kediaman Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta keluarga semua mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

Sesungguhnya Negeri Pahang kehilangan seorang pemimpin yang telah banyak menaburkan khidmat bakti untuk rakyat negeri ini.

Saya juga menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan imej atau video mangsa ketika kemalangan bagi menghormati keluarga mangsa yang sedang dalam kesedihan.

Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama para syuhada dan solihin. Amin.

Al-Fatihah

YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail
Menteri Besar Pahang
17 Ogos 2023

Jom ke Pesta Air Nasional pada hujung minggu ini!
17/08/2023

Jom ke Pesta Air Nasional pada hujung minggu ini!

16/08/2023

Inisiatif yang bagus daripada Tok Wan untuk melahirkan lebih ramai hafiz dan hafizah yang seiring dengan kemajuan sains. Ini pastinya dapat mengangkat martabat Islam.

Perjumpaan yang bermanfaat. Semoga semakin ramai rakyat Pahang dapat memiliki rumah sendiri.
16/08/2023

Perjumpaan yang bermanfaat. Semoga semakin ramai rakyat Pahang dapat memiliki rumah sendiri.

Saya mengadakan pertemuan bersama Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang, YH Dato' Ahmad Islanizam Halim di pejabat saya sebentar tadi.

Sudah pastinya perkara yang dibincangkan adalah mengenai projek-projek perumahan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri.

Semoga Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang dapat bergerak dengan lebih proaktif terutamanya dalam menyediakan kediaman yang mampu dimiliki oleh rakyat di negeri ini. Insya-Allah.

Alhamdulillah. Ringan sikit beban penerima. Terima kasih YB.
16/08/2023

Alhamdulillah. Ringan sikit beban penerima. Terima kasih YB.

Sumbangan kepada Amal Team yang diketuai saudara Shah Adun bagi menyokong kesungguhan mereka dalam membantu masyarakat yang sakit dan susah.

Semoga sumbangan kecil ini memberi manfaat kepada masyarakat Raub dan warga D**g khususnya.

Insyaallah, lepas ni kita bantu lagi.

Alhamdulilah. Semoga dipermudahkan urusan semua.
15/08/2023

Alhamdulilah. Semoga dipermudahkan urusan semua.

Tahniah PPD Kuantan. Semoga terus cemerlang!
15/08/2023

Tahniah PPD Kuantan. Semoga terus cemerlang!

Tahniah DS MB Pahang! Projek ini pastinya akan memberi impak positif kepada ekonomi negeri.
15/08/2023

Tahniah DS MB Pahang! Projek ini pastinya akan memberi impak positif kepada ekonomi negeri.

KERAJAAN NEGERI PAHANG RANCANG TAMAN TEKNOLOGI BERSEPADU LIPIS MERANGKUMI PEMBANGUNAN AKADEMI MINERAL MALAYSIA PAHANG (AMMP)

Kerajaan Negeri Pahang merancang untuk membangunkan Taman Teknologi Bersepadu Lipis (TTBL) berkonsepkan pusat pembangunan bersepadu industri bernilai tinggi dengan teknologi mesra alam, pendigital, sumber manusia yang berpengetahuan dan kompeten.

Cadangan TTBL terkandung di dalam Laporan Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus yang telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus pada 3 Jun 2022.

lni selaras dengan Pelan Transformasi lndustri Mineral 2021-2030 di mana kerajaan bercadang untuk menjadikan Malaysia salah satu hab pembangunan industri mineral yang memiliki rantaian lengkap.

Ini kerana permintaan bahan hasil mineral telah meningkat begitu tinggi dan akan terus berkembang pada masa akan datang kerana peningkatan permintaan produk pengguna eletrik dan eletronik di dunia.

Malah, dengan kedudukan Malaysia sebagai antara pengeluar utama dunia bahan hasil mineral dan sektor eletrik dan elektronik yang merupakan penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, menjadikan pertembungan aktiviti sumber huluan dan potensi pembangunan industri hiliran serta bagi menyokong pembangunan ekonomi RMKe-12, sektor mineral perlu diberi perhatian khusus dan dibangunkan.

Terdapat dua (2) komponen pembangunan bagi TTBL iaitu:
i. Akademi Mineral Malaysia Pahang
- Merangkumi beberapa komponen iaitu pusat pendidikan, latihan dan penyelidikan yang dapat membangunkan teknologi baharu dan menghasilkan tenaga kerja mahir dalam bidang mineral.

ii. Pusat Pemprosesan Mineral di Sungai Temau
- Pusat pemprosesan mineral ini dapat memanfaatkan sumber semula jadi sedia ada dan dapat mewujudkan industri bernilai tinggi di peringkat pertengahan dan hiliran tanpa perlu menghantar sumber mineral luar dari Negeri Pahang untuk diproses.

Berdasarkan keperluan industri mineral negara, cadangan Penubuhan Akademi Mineral Malaysia Pahang di Lipis, adalah amat wajar dilaksanakan. Hal ini kerana, Akademi Mineral Malaysia Pahang akan berperanan sebagai:
i. Sebuah pusat pembelajaran yang menawarkan program sijil, latihan, kursus pendek, diploma dan perkhidmatan teknikal berasaskan industri mineral; dan
ii. One Stop Centre bagi maklumat pembangunan mineral untuk Negeri Pahang khasnya dan negara amnya.

Sebagai langkah proaktif, kampus sementara AMMP akan dimulakan di Lipis Centrepoint, Lipis.

Keputusan Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus dan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama lndustri iaitu mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh YAB Menteri Besar Pahang dan YB Menteri Kanan Pelaburan, Perdagangan dan lndustri (MITI) untuk menyokong penuh usaha ini amat disambut baik.

Kerajaan Negeri Pahang amat komited dalam usaha untuk mewujudkan sinergi pembangunan yang lebih menyeluruh bagi Negeri Pahang. Oleh itu, Pahang Skills Development Centre (PSDC) dilantik sebagai peneraju pembangunan Akademi Mineral Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) selaku perunding.

Saya berharap, langkah ini dapat membantu mengimbangi pembangunan ekonomi di seluruh Pahang, terutama dalam merapatkan jurang pembangunan antara Pahang Barat dan Pahang Timur.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail
Menteri Besar Pahang
15 Ogos 2023




SSI ini model yang bagus. Individu atau bisnes boleh urus data peribadi dan akaun mereka secara digital saja. Ini selara...
15/08/2023

SSI ini model yang bagus. Individu atau bisnes boleh urus data peribadi dan akaun mereka secara digital saja. Ini selaras dengan pelan Ekonomi Digital Pahang.

Terbaik DS Wan Rosdy. Semoga rakyat Pahang mendapat manfaat daripada segala usaha kerajaan negeri.
15/08/2023

Terbaik DS Wan Rosdy. Semoga rakyat Pahang mendapat manfaat daripada segala usaha kerajaan negeri.

Hentikan sebar fitnah kebencian dan fokuslah kepada mentadbir negeri dengan baik.
14/08/2023

Hentikan sebar fitnah kebencian dan fokuslah kepada mentadbir negeri dengan baik.

Saya menafikan sekeras-kerasnya satu poster yang tular di media sosial kononnya saya mempertikaikan pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Bagi saya ini merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang cuma memecahbelahkan kerjasama antara Barisan Nasional dan juga Pakatan Harapan serta mencalar imej saya selaku Menteri Besar Pahang dan Naib Presiden UMNO.

Malah, gabungan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di Pahang masih lagi kukuh dalam terus mentadbir Negeri Pahang sehingga hari ini.

Cukup-cukuplah berpolitik 24 jam dan hentikanlah menyebar fitnah kebencian yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan kita semua.

YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail
Menteri Besar Pahang
14 Ogos 2023

Alhamdulillah. Tahniah kepada yang menang dan selamat berkhidmat. Kepada yang kalah, teruskan perjuangan kerana
13/08/2023

Alhamdulillah. Tahniah kepada yang menang dan selamat berkhidmat. Kepada yang kalah, teruskan perjuangan kerana

Tahniah kepada YAM Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah atas penamatan latihan ketenteraan
12/08/2023

Tahniah kepada YAM Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah atas penamatan latihan ketenteraan

Selamat mengundi kepada semua.
11/08/2023

Selamat mengundi kepada semua.

Selamat memilih kepada para pengundi di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Pesan orang lama, “diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu”… maka pilihlah dengan bijak agar tertubuhnya Kerajaan yang cakna kebajikan dan kesatuan rakyat.

Melayu Cina India Serani,
Pantai Timur Barat dan Utara,
Mari Semua Pilih Madani,
Negeri Makmur Rakyat Sejahtera.

Address

Kuantan
25150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pekabo Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other News & Media Websites in Kuantan

Show All