Amaturrahman Jaafar

Amaturrahman Jaafar ( 𝑨𝑴𝑨𝑹 )

Walau bersemangat tinggi, jangan sentiasa melawan.. kadang-kadang ada waktu kita memerlukan nasihat dari seorang kawan.
14/01/2025

Walau bersemangat tinggi, jangan sentiasa melawan.. kadang-kadang ada waktu kita memerlukan nasihat dari seorang kawan.

14/01/2025

Dia memang tahu, sebab dia ayah angkat budak tu.. ayah ori budak tu dah malu, tak tahu mana nak sorok muka.. musim sekarang kan musim sorok-sorok

Alhamdulillah dah mendarat.. yang mana rodong nak ajak abang ngeteh malam ni tu helo ar deh..
13/01/2025

Alhamdulillah dah mendarat.. yang mana rodong nak ajak abang ngeteh malam ni tu helo ar deh..

09/01/2025

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗛𝗔𝗞𝗔 𝗠𝗘𝗦𝗧𝗜 𝗗𝗜𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠

Setelah siri kebobrokan yang terserlah secara sendirinya dan dapat dilihat oleh rakyat sejak tertubuhnya kerajaan selepas PRU-15, kini ia seolah-olah sudah menunjukkan wajah sebenar yang terselindung selama ini.

Dengan kerakusan kuasa yang diimpikan, diselubungi p**a dengan kebencian dan dendam kesumat yang mendalam. Tiadalah menjadikan mereka, melainkan manusia ibarat "musang berbulu ayam."

Segala perancangan dan gerak tari mereka ditutupi melalui agensi-agensi dan para pegawai sebagai pelaksana kepada agenda mereka, kononnya bagi mengelabui serta mengelirukan mata rakyat.

Hal ini saling tak tumpah seperti memperhambakan manusia semata-mata ingin memenuhi kehendak dan hawa nafsu yang sekian lama terpendam dan terhalang.

Sedikit demi sedikit, nilai dan identiti tanah berdaulat ini dikikis secara halus, termasuklah agama dan institusi raja yang menjadi asas kepercayaan negara.

Kini, tipu helah yang dibuat oleh mereka sendiri seakan memakan diri. Segalanya kini sudah terungkap, dan rakyat sudah dapat melihat wajah sebenar di sebalik topeng yang dipakai.

Apakah mereka terlupa bahawa bumi yang dipijak serta langit yang dijunjung ini mempunyai tuan empunyanya dengan kekuasaan yang termaktub, sama ada kepunyaan makhluk mahupun kepunyaan sang Pencipta?

Firman Allah SWT:
{ وَلِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۚ يَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Āli-ʿImrān: 129)

Apakah mereka merasa kebal sehingga tega membangkul sampah serta membelakangkan titah Tuanku yang dilindungi oleh perlembagaan?

Apakah mereka menyangka rakyat yang menjadi tuan empunya tanah berdaulat ini akan berdiam diri sambil menyaksikan kerosakan dan kehancuran yang dilakukan oleh mereka begitu sahaja?

Usahlah dicabar tahap kesabaran dan keikhlasan yang dibina selama ini demi keharmonian rakyat berbilang bangsa dan agama serta kesejahteraan negara tercinta.

Sabar kami ada hadnya. Baik kami ada batasnya. Usah dicabar kuasa dan hak yang ada. Takkan Melayu hilang di dunia. Membujur lalu melintang patah.

Ayuh anak muda!

Marilah sama-sama kita mengubah kerosakan dan kecelaruan ini tanpa mengira warna kepartian. Jika bukan kita, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membela agama, bangsa, dan tanah air tercinta?

Kerana Tuhan berfirman:

{ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ }

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah Ar-Raʿd: 11)

Bangkitlah mempertahankan maruah negara. Usah dibiarkan lagi sang penderhaka. Kelak kita yang merana.

Kepada pihak berkuasa dan berwajib, laksanakanlah tanggungjawab kamu dengan sebaiknya selari dengan ikrar dan janji demi bumi pertiwi.

Semoga dengan itu, Allah SWT akan memberikan taufik dan pertolongannya buat kalian dan kita semua demi kesejahteraan agama, bangsa, dan negara.

"Mara Memimpin"

𝗬𝗕 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗶 𝗭𝘂𝗹𝗸𝗶𝗳𝗹𝗶
𝘈𝘋𝘜𝘕 𝘙𝘢𝘯𝘵𝘢𝘶 𝘈𝘣𝘢𝘯𝘨
𝘛𝘪𝘮𝘣𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘗𝘈𝘚 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘛𝘦𝘳𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘶

07/01/2025

𝗧𝗜𝗧𝗔𝗛 𝗔𝗗𝗘𝗡𝗗𝗨𝗠: 𝗣𝗘𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗔𝗝𝗔𝗞 𝗨𝗠𝗡𝗢, 𝗣𝗛-𝗗𝗔𝗣 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦

1. Kewujudan Titah Adendum yang disahkan oleh Istana Pahang dan Mahkamah Rayuan kelmarin amat mengejutkan.

2. Pihak yang menyembunyi dan tidak melaksanakan Titah YDPA ini telah melakukan jenayah berat dan telah derhaka.

3. Oleh itu Pemuda PAS Terengganu membuat laporan polis petang tadi mempertahankan institusi Diraja.

4. Pihak kami merasakan sedikit ralat, kerana sepatutnya pihak Pemuda UMNO yang patut ke depan membuat laporan ini kerana melibatkan bekas Presiden UMNO.

5. Atas asas menjunjung keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sewajarnya pihak PKR dan DAP membuat laporan sama agar perkara ini disiasat segera, berbanding mengeluarkan kenyataan sebaris per sebaris.

6. Mana mereka?

7. Pemuda PAS Terengganu mengingatkan pihak penderhaka jangan lari, pihak kami yakin pihak polis akan menyiasat perkara ini hingga ke lubang cacing kerana jelas melanggar undang-undang dan menderhaka kepada YDPA.

𝙈𝙪𝙝𝙖𝙢𝙢𝙖𝙙 𝙄𝙧𝙨𝙮𝙖𝙙 𝙎𝙮𝙖𝙛𝙞𝙦 𝘽𝙚𝙧𝙝𝙖𝙣𝙪𝙙𝙙𝙞𝙣
𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘗𝘈𝘚 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘛𝘦𝘳𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘶
𝘌𝘹𝘤𝘰 𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘗𝘈𝘚 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢

Lama dok makan cenkodok pisang.. Alhamdulillah… sedap jugak rupanya cengkodok pisang.. macam same je rasa dengan jepput ...
07/01/2025

Lama dok makan cenkodok pisang.. Alhamdulillah… sedap jugak rupanya cengkodok pisang.. macam same je rasa dengan jepput pisang.

Sekadar nak ingatkan je cerita 2 hari lepasApa pun tahniah PEMUDA UMNO MALAYSIA yang sanggup langgar arahan MKT demi kea...
06/01/2025

Sekadar nak ingatkan je cerita 2 hari lepas
Apa pun tahniah PEMUDA UMNO MALAYSIA yang sanggup langgar arahan MKT demi keadilan

06/01/2025

Seri je pun.. dia punya ulasan macam menang UCL.. balerrr

04/01/2025

Eksiden dok starang baroh doh 🤣 dok leh gi perhimpunan solidariti Bossku walau nok gi.. DAP langgor LARI 🤣

03/01/2025

Jangan laju sangat sahabat.. eksiden kekgi kang…

Rohmatnya hari ni.. dapat bertemu mata dengan Zulkaramie Salleh.. Dia mari dengan kenangan tahun lepas sobat..
02/01/2025

Rohmatnya hari ni.. dapat bertemu mata dengan Zulkaramie Salleh..

Dia mari dengan kenangan tahun lepas sobat..

Terima kasih semua yang mewarnai hidup abang setahun di 2024.. abang uplod hok mane ada dlm simpanan je ni. Hok mane ras...
01/01/2025

Terima kasih semua yang mewarnai hidup abang setahun di 2024.. abang uplod hok mane ada dlm simpanan je ni. Hok mane rase ade memori indah kita bersama 2024, tepek kat komen deh. Abang sayang korang semua. Syukur atas segala nikmatMu ya Allah.

5 tahun yang lalu Ir Ts Zamzuri Aziz..Pengalaman banyak mematangkan kita
29/12/2024

5 tahun yang lalu Ir Ts Zamzuri Aziz..

Pengalaman banyak mematangkan kita

70 orang je boleh tengok. Hok luar rummbu orang tengok.. kalo dok serik lagi dok tahu lah.. beringat la hok ada cita-cit...
27/12/2024

70 orang je boleh tengok. Hok luar rummbu orang tengok.. kalo dok serik lagi dok tahu lah.. beringat la hok ada cita-cita nok buat maksiat tu deh

26/12/2024

Apa perasaan anda jika di rotan atas pentas sewaktu hari perhimpunan?

24/12/2024

Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amaturrahman Jaafar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share