Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA

Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) adalah sebuah Pusat Tanggungjawab di bawah kawal selia Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni).

Pengurusan bakat, pembudayaan warisan dan pengembangan tujahan seni para pelajar adalah antara fungsi utama PKW.

SALAM NISFU SYAABAN 15 Sya’ban 1446H | 13 Februari 2025  "Salam Nisfu Syaaban. Semoga segala doa dan hajat kita dikabulk...
13/02/2025

SALAM NISFU SYAABAN
15 Sya’ban 1446H | 13 Februari 2025

"Salam Nisfu Syaaban. Semoga segala doa dan hajat kita dikabulkan oleh Allah SWT."

Selamat menyambut malam Nisfu Syaaban 1446H/2025. Semoga malam yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan, serta petunjuk daripada Allah SWT. Mari kita manfaatkan peluang ini dengan memperbanyakkan istighfar, doa, dan amal kebajikan, serta memohon keampunan-Nya.

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى خَلْقِهِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksudnya:
"Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan."
(Sahih Ibn Hibban, No. Hadis 5665)

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan, rahmat, dan keberkatan-Nya di dunia dan akhirat. Aamiin.

Ikhlas daripada:
Warga Kerja & Mahasiswa Kelab Kesenian
Pusat Kesenian dan Warisan


Jom ikuti laman terbaharu TikTok Pesona fm yang dikendalikan sepenuhnya oleh bakat-bakat mahasiswa dalam bidang penyedia...
10/02/2025

Jom ikuti laman terbaharu TikTok Pesona fm yang dikendalikan sepenuhnya oleh bakat-bakat mahasiswa dalam bidang penyediaan bahan hebahan digital.

https://vt.tiktok.com/ZSMennj2j/

36 likes, 3 comments. “Fakta ke auta eah🤔 Jom ikuti perkembangan kami di: Instagram: kmspt_unisza dan pesonafmofficial Youtube: Pesona fm Kalang Warisan Tiktok: pesona.wow _Karya Legasi Kita_”

Sedang mencari pengisian untuk menceriakan majlis? Teruja dengan bakat mahasiswa kelab kesenian UniSZA yang selama ini m...
04/02/2025

Sedang mencari pengisian untuk menceriakan majlis? Teruja dengan bakat mahasiswa kelab kesenian UniSZA yang selama ini menjadi pujian ramai? Jangan lepaskan peluang ini sebelum jadual masa lapang mahasiswa kelab kesenian terisi dengan jemputan lain.

Kami mempunyai 10 kelab kesenian yang dianggotai oleh bakat-bakat hebat mahasiswa UniSZA:

Kelab D'Mahameru (Muzik Moden)
*Kelab Pesona Tari (Tarian Tradisional/ Rakyat / Moden)
Kelab Muzik Gamelan (Astanasari)
Kelab Citra Puisi (KeRiSZ)
Kelab Koir
Kelab Dikir Barat (Arjuna Warisan)
Kelab Nasyid (Munsyeed)
Kelab Qasidah (Hadi Ar-Rukhban).
Kelab Teater (Anjung Kreatif)
Kelab Media Seni & Pengurusan Teknikal (KMSPT)

*Hanya untuk tontonan kelompok wanita
**Tertakluk kepada keutamaan kalendar akademik

30/01/2025

Demi UniSZA!

Tahniah kepada mahasiswa-mahasiswa kelab kesenian dan persatuan silat UniSZA yang telah terlibat dalam sesi penggambaran malam bagi program Majalah 3 yang akan diterbitkan pada bulan Ramadan kelak.

Mahasiswa yang terlibat adalah:

Ketua Perhubungan
Muhammad Adam bin Hamzi (Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia) - FKI

Penyelaras Kesenian
Nurfatihah binti Mohd Shukri (Kelab Citra Puisi UniSZA) - FBK

Pesilat
Umie Nurliela binti Mohamed Azeli (Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi, UniSZA) - FSSG

Muhammad Nazhiif bin Mohd Rizaki (Persatuan Seni Silat Gayong Serantau Malaysia) - FKI

Muhammad Nasrullah bin Che Ahmad (Persatuan Silat Seni Gayung Pulut) - FKI

Pembuka Slot
Illya Nasuha binti Azahan (Kelab Citra Puisi UniSZA) - FSSG

Demi UniSZA!Sesi penggambaran salah satu slot bulan Ramadan Majalah 3 (TV3) yang melibatkan Saudari Illya Nasuha binti A...
30/01/2025

Demi UniSZA!

Sesi penggambaran salah satu slot bulan Ramadan Majalah 3 (TV3) yang melibatkan Saudari Illya Nasuha binti Azahan (FSSG) merangkap Ketua Bitara Syair Kelab Citra Puisi UniSZA (KeRiSZ) sebagai pembuka slot.

Terima kasih TV3 dan pihak yang mengaturkannya buat mahasiswa-mahasiswa kelab kesenian UniSZA.

Lokasi: Cafe Nyiur

HEBAHAN LIVE: PODCAST BICARA SISWA: MALAYSIA X INDONESIA 📌Podcast berfokuskan kepada perkongsian dan pengalaman pelajar ...
28/01/2025

HEBAHAN LIVE:
PODCAST BICARA SISWA: MALAYSIA X INDONESIA

📌Podcast berfokuskan kepada perkongsian dan pengalaman pelajar Indonesia yang mengikuti program pertukaran pelajar di Malaysia.

Butiran podcast:
🗓️Tarikh : 29 JANUARI 2025 (RABU)
⏰Masa : 5.00 PETANG
🎗️Platform siaran utama :
Youtube Pesona fm Kalang Warisan (PKW) : https://youtube.com/

📌Sila muat turun aplikasi Pesona fm UniSZA di https://play.google.com/store/apps/details?id=com dan ikuti kami untuk maklumat terkini.












SELAMAT TAHUN BARU CINA 2025Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua warga UniSZA yang meraikannya. Ikhlas daripada:...
28/01/2025

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2025

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua warga UniSZA yang meraikannya.

Ikhlas daripada:
Warga Kerja & Mahasiswa Kelab Kesenian
Pusat Kesenian dan Warisan



Selamat memperingati Israk Mikraj "sebuah Perjalanan Agung" 27 Rejab 1446 Hijrah "Maha Suci Allah yang telah menjalankan...
26/01/2025

Selamat memperingati Israk Mikraj "sebuah Perjalanan Agung" 27 Rejab 1446 Hijrah

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al Haraam (di Makkah) ke Masjid Al Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Surah Al Isra ayat 1


PROGRAM PEMERKASAAN DIGITAL DAN LAWATAN PENANDA ARAS PESONA FM & KELAB MEDIA SENI DAN PENGURUSAN TEKNIKAL24 Januari 2025...
26/01/2025

PROGRAM PEMERKASAAN DIGITAL DAN LAWATAN PENANDA ARAS PESONA FM & KELAB MEDIA SENI DAN PENGURUSAN TEKNIKAL

24 Januari 2025, Kuala Lumpur- Kelab Media Seni dan Pengurusan Teknikal UniSZA (KMSPT) sesi 2024/2025 melalui Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) telah menganjurkan program Pemerkasaan Digital dan Lawatan Penanda Aras bertempat di Putra FM, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau lebih dikenali sebagai BERNAMA.

Program ini telah melibatkan seramai 25 orang peserta dan 1 orang pegawai pengiring yang merangkumi barisan kepimpinan kelab dan ahli aktif bagi setiap bidang tugas yang telah ditetapkan. Antaranya adalah bidang pengacaraan, penyiaran, pengurusan teknikal, penulisan berita dan produksi.

Lawatan ke Putra FM telah dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Syaizwar Hazry Samsudin (Penerbit Rancangan Kanan), Yang Berusaha Encik Tc Mohammad Razies Mohammad Razali (Penolong Jurutera) dan Cik Nurul Hanis Mohamad Zaini (Pegawai Eksekutif 4). Sepanjang lawatan tersebut, para peserta telah didedahkan berkenaan dengan pengurusan radio yang telah ditubuhkan di UPM bermula pada tahun 2002 dan masih kekal relevan sehingga kini. Para peserta juga turut diberi panduan berkenaan dengan pengurusan kandungan yang mestilah bermanfaat dan mematuhi etika penyiaran sebelum disiarkan ke dalam radio mahupun media sosial.

Selain itu, lawatan ke BERNAMA p**a memfokuskan kepada dua tujahan lawatan iaitu BERNAMA Digital dan BERNAMA Radio bagi memperkasakan kemahiran dan intelektual peserta yang terlibat dalam bidang penulisan berita, wartawan dan penyampai radio atau dikenali sebagai DJ. Satu laman sesawang bagi memastikan kesahihan sesuatu fakta turut diperkenalkan iaitu MyCheck sepanjang lawatan ini berlangsung bagi memastikan tiada sebarang maklumat palsu disebarkan kepada umum. Di samping itu, Yang Berusaha Encik Azlan bin Idris (Ketua Radio Bahagian Penyiaran Radio dan TV) telah menyuntik semangat baharu dan memberi inspirasi kepada peserta yang terlibat untuk sentiasa menambahkan ilmu dan kemahiran baharu jika ingin relevan dalam bidang masing-masing.

Semoga program ini telah memberikan manfaat kepada semua penggerak KMSPT yang aktif bersiaran di konti Pesona fm dan Podcast Kalang Warisan.

“Knowledge Power”

20/01/2025

Demi UniSZA!

Temubual media bersama Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UniSZA sempena program Lestari Seni Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada 14-15 Januari 2025 dan disiarkan di rancangan Selamat Pagi Malaysia, 20 Januari 2025.

Demi UniSZA!Tahniah buat Saudari Nurfatihah binti Mohd Shukri, Presiden Performing Arts Leadership (PEARL) merangkap Yan...
20/01/2025

Demi UniSZA!

Tahniah buat Saudari Nurfatihah binti Mohd Shukri, Presiden Performing Arts Leadership (PEARL) merangkap Yang Dipertua Kelab Citra Puisi (KeRiSZ) yang telah dipilih sebagai figura kesenian mahasiswa di akhbar Kosmo.

https://www.kosmo.com.my/2025/01/20/perjuangan-seni-puisi-nurfatihah/

DILAHIR dan dibesarkan dalam keluarga yang bergiat aktif dalam kesenian menjadi titik tolak kepada Nurfatihah Mohd. Shukri, 23, untuk turut sama meminati bidang tersebut sejak kecil hingga melangkah ke universiti. Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, sejak kecil lagi dia didedahkan dengan...

19/01/2025

‘Anak-Anak’ Pusat Kesenian dan Warisan berehat sebentar dalam menjalani minggu ulangkaji, hasilnya rakaman lagu raya😃.

“If we wait until we’re ready, we’ll be waiting for the rest of our lives.” - Unknown Author

Ruang dan peluang yang tidak disiakan oleh mahasiswa kelab kesenian yang bertugas sebagai pasukan sokongan, pasukan pers...
16/01/2025

Ruang dan peluang yang tidak disiakan oleh mahasiswa kelab kesenian yang bertugas sebagai pasukan sokongan, pasukan persembahan dan pasukan konti bergerak radio internet Pesona fm. Demi UniSZA! Kita semarakkan nilai kepimpinan melalui aktiviti bidang kesenian.

Terima kasih kepada Puan Bella Astillah yang sudi meraikan usaha mahasiswa kami.

“Done is better than perfect” - Sheryl Sandberg

Program Lestari Seni Peringkat Kebangsaan 2024/2025 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Unive...
15/01/2025

Program Lestari Seni Peringkat Kebangsaan 2024/2025 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi (UniSZA) telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Semoga acara besar sebegini menjadi satu medan pembelajaran yang bersifat 'knowledge transfer' khususnya kepada para mahasiswa dan komuniti secara amnya.

60 orang mahasiswa kelab kesenian di bawah seliaan PKW telah terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini sebagai petugas produksi, persembahan dikir barat, persembahan gamelan dan pengendalian konti bergerak radio internet Pesona fm.

Terima kasih pihak KPM yang sudi memberikan tanda penghargaan kepada pihak UniSZA yang diwakili oleh Dato' Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff (Timbalan Naib Canselor HEPA).

"Alone we can do so little; together we can do so much." - Helen Keller.

Demi UniSZA! Persembahan pembukaan oleh mahasiswa Kelab Dikir Barat Arjuna Warisan UniSZA sempena program Lestari Seni P...
15/01/2025

Demi UniSZA!

Persembahan pembukaan oleh mahasiswa Kelab Dikir Barat Arjuna Warisan UniSZA sempena program Lestari Seni Peringkat Kebangsaan 2024/2025 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin.

“Hidup ini suatu jalan menuntut ilmu, pelajari dan olah perjalanan itu untuk melengkapkan manusiawi.”

Temui mahasiswa Performing Arts Leadership (PEARL) yang menampilkan persembahan gamelan dan pengurusan konti bergerak ra...
14/01/2025

Temui mahasiswa Performing Arts Leadership (PEARL) yang menampilkan persembahan gamelan dan pengurusan konti bergerak radio internet Pesona fm sempena program Lestari Seni Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin.

Ayuh semua! Kita santuni persembahan teater muzikal kanak-kanak ini dengan hadir beramai-ramai pada 14-15 Januari 2025 bertempat di Dewan Al Muktafi Billah Shah (DABS), UniSZA.

Demi UniSZA!

14/01/2025

Mahasiswa kelab kesenian UniSZA di bawah Performance Arts Leadership (PEARL) telah dipilih sebagai pasukan sokongan teknikal sempena program Lestari Seni Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi yang bakal berlangsung mulai 14 - 15 Januari 2025 bertempat di Dewan Al Muktafi Billah Shah (DABS), Kampus Gong Badak.

Ayuh mahasiswa UniSZA! Jadikan detik ini sebagai suatu penanda aras baharu dalam tujahan Hero Komuniti melalui kegiatan kesenian kalian. Demi UniSZA!

[KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI KELAB KESENIAN PKW]10 Januari 2024, Kuala Nerus - Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA (PKW) ...
13/01/2025

[KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI KELAB KESENIAN PKW]

10 Januari 2024, Kuala Nerus - Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA (PKW) dengan kerjasama Performing Arts Leadership (PEARL) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi bertempat di Dewan Resital, Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA.

Kursus ini telah dihadiri oleh wakil pimpinan kelab-kelab yang bernaung di bawah PKW. Sepanjang penganjuran kursus ini, mereka telah diberikan pendedahan berkenaan penyediaan kertas kerja dan tatacara permohonan mengendalikan program. Selain itu, mereka juga diperkenalkan dengan kabinet PEARL yang berperanan sebagai pemantau kepada semua aktiviti kelab yang berada di bawah naungan pusat tanggungjawab ini.

Semoga usaha ini mampu memberi manfaat kepada semua ahli kelab kesenian UniSZA secara amnya.

Address

Pusat Kesenian Dan Warisan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:45
Tuesday 09:00 - 16:45
Wednesday 09:00 - 16:45
Thursday 09:00 - 16:30
Sunday 09:00 - 16:45

Telephone

+6096688768

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA:

Videos

Share

Category