23/11/2024
Group Loyang & Acuan
Nor Aza-
Yg bertanyakan resepi Nasi Minyak Sunquick.. Nahhh gigih 🙋♀️ type pjg2. Klau ada yg xbrapa faham, bleh bertanya, klau tidak kang sesat jln 😜. Selamat mencuba. Sy akhiri dengan Sama-sama😁
Nasi Minyak Sunquick
Bahan2:-
3 pot beras basmati
7 ulas Bawang merah (lg b*k lg sedap)*
3 ulas bawang putih*
Halia *
1/2 Bawang besar (klau kurang bawang merah)
4 sekawan
2 helai Bay leaves
Daun pandan potong2
Daun pandan simpul
1 Kiub K**r
Serai (ketuk2 jer)
Daun ketumbar
1-2 btg Cabai hidup merah (cili besar) - belah dua
2-3sb sunquick
1cup Susu cair
3cup Air
Minyak masak
1-2sb minyak sapi
1sk Garam
Hiasan- raisins + cashew nuts
Hiris bahan bertanda *
Nk masukkan parutan carrots pn boleh. Smlm xda stok so xletak ☺️
Kaedah:-
1. Tumis bahan hiris + 4 sekawan + bay leaves + daun pandan dengan minyak masak & minyak sapi hingga kekuningan.
2. Then masukkan kiub ayam. Masak sebentar hingga kuib dh larut then tuang je dlm periuk nasi berisi beras yg dh dicuci td.
3. Masukkan air + susu cair + sunquick + garam. Gaul mesra.
4. Then tabur cili hidup + daun ketumbar (pulas je bg putus 3@4 bahagian) + serai ketuk + daun pandan simpul & boleh la ON periuk nasi.
5. Bila nasi dh masak selalunya 🙋♀️ akn gemburkan sedikit nasi then cucuk dengan chopstick gitu2 je habuan ada ruang nk letak color nanti.
6. Pewarna tu 🙋♀️ campur air sedikit dlm few drops then tuang la kat lubang2 td. Siap mewarna tabur raisins & tutup periuk dlm 10 minit atau tutup sekejap. Then boleh la hidang & tabur kacang2 yg ada 😉