Penyu Sukan

Penyu Sukan BERITA SUKAN TERENGGANU | TERENGGANU SPORTS NEWS Kami turut dibarisi oleh beberapa pengamal media berpengalaman besar dari pelbagai agensi media tempatan.

PENYU SUKAN merupakan agensi berita sukan yang berpusat di Kuala Terengganu secara rasminya beroperasi pada 1 Januari 2018 di bawah entiti perniagaan GOMBUGDOTNET berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Nombor SSM: TR0109982-D). Menawarkan perkhidmatan dan kandungan media berteraskan sukan yang diasaskan oleh bekas editor agensi berita sukan di ibu negara di mana turut pernah terlibat dala

m beberapa penganjuran sukan di dalam negara mahupun antarabangsa bagi perkhidmatan dan pengurusan berkaitan media dan publisiti. Selain kepakaran teknikal mahupun pengurusan media & penjenamaan, pengalaman turut mematangkan kami di dalam bidang ini. Kami berikan komitmen apa yang kami boleh sampaikan sebagaimana anda berikan kepada kami. Hubungi kami: [email protected]

๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ก๐—” ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จSepanjang hujung minggu ini pelbagai acara sukan berlangsung di dalam negeri Terengganu dan ...
20/04/2025

๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ก๐—” ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ

Sepanjang hujung minggu ini pelbagai acara sukan berlangsung di dalam negeri Terengganu dan seperti biasa laman web www.penyusukan.com menjadi rujukan utama untuk sebarang perkembangan terkini mahupun keputusan semasa.

Namun dukacita, tiada sebarang liputan oleh Penyu Sukan berlangsung sepanjang minggu ini.

Semoga ada liputan oleh rakan-rakan media yang lain.

08/04/2025

๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐——๐—œ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐—”๐—ง-๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก

Terima kasih diucapkan kepada 5503 pelawat laman web www.penyusukan.com untuk sepanjang bulan Ramadan 2025(Mac 2025).

Begitu juga 27.1K yang membuat carian di laman enjin carian dan lain-lain pelawat yang hadir mencari bahan-bahan berita sukan berkaitan.

TERIMA KASIH

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengesahkan bahawa Kelantan akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Malaysia (Sukma) dan...
07/03/2025

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengesahkan bahawa Kelantan akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma 2028. Ini merupakan pencapaian bersejarah bagi Kelantan yang akan pertama kali menganjurkan temasya sukan terbesar di Malaysia.

Keputusan ini telah dipersetujui selepas Hannah Yeoh mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma Selangor 2026 dan meninjau laporan penganjuran Sukma di Sarawak pada 26 Februari yang lalu.

Kredit Foto โ€“ facebook.com/hannahyeoh.

Baca sepenuhnya di - https://penyusukan.com/v1/kelantan-sah-tuan-rumah-sukma-2028/

23/02/2025

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐——๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Terengganu International Endurance Park(TEIP) yang terletak di Lembah Bidong, Setiu sekali lagi menjadi destinasi penganjuran Kejohanan Kuda Lasak Terbuka Piala Ketua Polis Negara 2025 yang berjaya menarik penyertaan seramai 226 peserta dari dalam dan luar negara.

Prestij kejuaraan kuda lasak ini juga menyaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain bersama pasukan Unit Berkuda PDRM untuk berentap memberi cabaran bagi kategori CEN 40KM.

Menambah debaran, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut mencemar duli untuk berentap bersama pasukan Royal Terengganu Endurance Stable(RTES) sekaligus memberi cabaran sengit buat ke semua 55 peserta bagi kategori CEN 40KM di Lembah Bidong ini.

Majlis perlepasan bagi kategori CEN 40KM ini telah disempurnakan Menteri Besar Ir Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar 6.45 pagi 22 Februari 2025.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 21 Februari 2025 lalu turut menarik penyertaan antarabangsa dari Hong Kong, Indonesia, Singapura, Bangladesh, Thailand dan India.

Sembilan kategori dipertandingkan termasuk 40 kilometer, VIP 15 kilometer , 80 Kilometer, Competition Endurance International CEI One Star 100 Kilometer dan CEI Two star 120 Kilometer .

23/02/2025

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 21 Februari 2025 lalu turut menarik penyertaan antarabangsa dari Hong Kong, Indonesia, Singapura, Bangladesh, Thailand dan India.

Pada penganjuran kali ini sebanyak 8 kategori menjadi taruhan iaitu CEI 2* CIM 120KM, CEIYJ1*, CEI 1* 100KM, CEN 80KM, CEN 40KM termasuk beberapa acara sampingan seperti VIP Ride 15KM, Barrel Race dan Musical Chair Ride.

16/02/2025

"๐— ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—” ๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—œ" - ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—› ๐—ž๐—Ÿ ๐—–๐—œ๐—ง๐—ฌ ๐—™๐—–

"Mereka katakan kita tidak pernah menang di sini. Sekarang kami buktikan untuk memecah rekod itu. Tiada apa yang lebih mengembirakan oleh kerana kami kehilangan beberapa pemain untuk perlawanan ini namun kami tetap berikan yang terbaik pada malam ini. Kami merupakan pasukan yang bermasalah namun mereka tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi. Saya bangga dengan mereka." berkata ketua jurulatih KL City FC Miroslav Kuljanac dalam sidang media setelah tamat perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

16/02/2025

GOL KONTROVERSI: TFC vs KL CITY FC 1-2

Babak separuh masa kedua menyaksikan tempo permainan lebih laju buat kedua-dua pasukan untuk berhempas pulas mencipta gol bagi mendahului perlawanan dengan lebih selesa.

Tambahan jaringan gol oleh pemain gantian KL City FC Patrick Alcala Reichelt di minit-84 yang awalnya dinafikan oleh pengadil perlawanan Mohd Amirul Izwan Yaacob berikutan situasi 'off side' namun melalui penentuan video bantuan pengadil(VAR) memberi kelebihan buat pasukan pelawat untuk mendahului perlawanan 2-1 sehingga tamat perlawanan.

15/02/2025

๐—ฆ๐—ง๐—”๐——๐—œ๐—จ๐—  ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—œ๐—ญ๐—”๐—ก ๐—ญ๐—”๐—œ๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—•๐—œ๐——๐—œ๐—ก ๐—–๐—”๐—ง๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿญ,๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฏ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š

Seramai 1,103 jumlah kehadiran penonton di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bagi aksi perlawanan Liga Super Malaysia 2024/2025 di antara pasukan tuan rumah Terengganu FC(TFC) bertemu Kuala Lumpur City FC(KL City FC).

KL City FC hadir dengan reputasi pasukan bukan pilihan musim ini berjaya membuat kejutan untuk menewaskan TFC berkeputusan 2-1 sekaligus memperbaiki rekod pasukan untuk meraih kemenangan di stadium ini.

Walaupun terdahulu TFC mendahului jaringan 'bonus' dari luar kotak penalti oleh pemain pertahanan Safwan Mazlan di minit ke-15 namun gagal untuk membina momentun penguasaan padang.

Aksi longlai TFC di laman sendiri dihukum oleh penyerang KL City FC Paulo Josue dengan tandukan mudah untuk mengecewakan penjaga gol TFC Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin di minit-minit akhir separuh masa pertama meletakkan keputusan terikat 1-1.

Babak separuh masa kedua menyaksikan tempo permainan lebih laju buat kedua-dua pasukan untuk berhempas pulas untuk mencipta gol bagi mendahului perlawanan dengan lebih selesa.

Tambahan jaringan gol oleh pemain gantian KL City FC Patrick Alcala Reichelt di minit-84 yang awalnya dinafikan oleh pengadil perlawanan Mohd Amirul Izwan Yaacob berikutan situasi 'off side' namun melalui penentuan video bantuan pengadil(VAR) memberi kelebihan buat pasukan pelawat untuk mendahului perlawanan 2-1 sehingga tamat perlawanan.

TFC mencatatkan 5 kekalahan setakat ini setelah mengharungi 18 perlawanan untuk masih kekal di tangga ke-4 kedudukan liga manakal KL City FC melonjak naik ke tangga ke-7.

๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—š๐—•๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ๐—ฆ๐—ž๐—จ๐—”๐—— ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPersatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) bersama Majlis Negeri Terengganu(MSNT) s...
10/02/2025

๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—š๐—•๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ
๐—ฆ๐—ž๐—จ๐—”๐—— ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) bersama Majlis Negeri Terengganu(MSNT) sekali lagi membuka peluang bagi kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai pasukan ragbi Terengganu bagi persediaan ke Sukan Malaysia(SUKMA Selangor 2026).

๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—›: 12 Februari 2025(Rabu)
๐— ๐—”๐—ฆ๐—”: 0800 Pagi
๐—ฉ๐—˜๐—ก๐—จ๐—˜: Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Sebarang pertanyaan hubungi:
+60 19-990 2444
+60 13-935 8973

๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฑ ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ž๐—จ๐—”๐—— ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—œ๐—ฆ ๐—ฅ๐—”๐—š๐—•๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จโ€œKami sedia maklum malah sebelum itu turut menerima maklum...
09/02/2025

๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฑ ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ž๐—จ๐—”๐—— ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—œ๐—ฆ ๐—ฅ๐—”๐—š๐—•๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ

โ€œKami sedia maklum malah sebelum itu turut menerima maklum balas awal daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa peserta untuk sekali lagi mengadakan siri program pemilihan berikutan terdapat prospek-prospek bakat ini terpaksa memberi fokus untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2024 yang akan tamat pada Februari 2025 ini.โ€ ujar Muhammad Azmeen Mohd Yusoff selaku pegawai penyelaras sukan Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT).

Kredit Foto - Persatuan Ragbi Negeri Terengganu

Baca sepenuhnya di ruangan komen.

TSG Official Roster for 2025 season :Nur Amirull Fakhruddin Mazuki ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Mohd Harrif Saleh ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ  Wan Abdul Rahman Hamdan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ M...
23/01/2025

TSG Official Roster for 2025 season :

Nur Amirull Fakhruddin Mazuki ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Mohd Harrif Saleh ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Wan Abdul Rahman Hamdan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Zuladri Amin Zulkurnain ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Muhammad Shahmir Aiman Abd Halim ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Kee Zhe Yie ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Muhammad Nur Aiman Rosli ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Muhammad Haizam Mohd Shabri ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Metkel Eyob ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ท
Aiman Cahyadi ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ
Anatolii Budiak ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ฆ
Adne Van Engelen ๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ฑ
Vadim Pronskiy ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ฟ
Mathias Bregnhoj ๐Ÿ‡ฉ๐Ÿ‡ฐ
Stefan De Bod ๐Ÿ‡ฟ๐Ÿ‡ฆ

Letโ€™s get the racing started!! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ™Œ๐Ÿป

Kredit - Terengganu Cycling Team

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ข๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—ก๐—ฌ๐—”Berakhir sudah kempen Liga Hoki Malaysia(MHL 2025) di laman sendiri yang menyaksikan...
22/01/2025

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ข๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—ก๐—ฌ๐—”

Berakhir sudah kempen Liga Hoki Malaysia(MHL 2025) di laman sendiri yang menyaksikan perlawanan terakhir buat pasukan tuan rumah Terengganu Hockey Team(THT) menewaskan pasukan antarabangsa dari Republik Rakyat China berkesudahan 8-3 pada Isnin lalu(20 Januari 2025)sekaligus menghadiahkan kenangan terbaik buat semua penyokong yang membanjiri Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Batu Buruk.

4 perlawanan telah berlangsung di laman sendiri dengan rekod tanpa kalah untuk terus kekal unggul di puncak kedudukan liga dengan kutipan 18 mata semasa.

Menambah kejutan bagi perlawanan terakhir di sini merupakan kemenangan terbesar buat THT yang pernah dicatatkan berbanding lain-lain pasukan dalam mana-mana perlawanan musim ini yang telah berlangsung ketika itu.

Semoga kembali pada musim seterusnya.

Untuk rekod, pada musim lalu tiada sebarang perlawanan Liga Hoki Malaysia berlangsung di sini.

FOTO - Aksi tegang hampir tercetus ketika perlawanan masih berlangsung di antara pemain Terengganu Hockey Team(THT) Muha...
18/01/2025

FOTO - Aksi tegang hampir tercetus ketika perlawanan masih berlangsung di antara pemain Terengganu Hockey Team(THT) Muhammad Arif Syafie Ishak(jersi hitam putih bernombor 18) dan kapten pasukan UITM HA KPT Muhammad Rashid Baharom sewaktu pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Hoki Batu Buruk pada 10 Januari 2025 bagi saingan kempen Liga Hoki Malaysia(MHL 2025).

--------------------------

๐—ง๐—›๐—ง ๐—ฅ๐—”๐—œ๐—› ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐——๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ|

Momentum merangkul Piala Sumbangsih pada hari perlawanan pembukaan Liga Hoki Malaysia(MHL 2025) terus kekal cemerlang buat Terengganu Hockey Team(THT) untuk meraih tiga kemenangan berturut-turut di awal musim ini.

Menambah menarik kemenangan ketiga milik THT berjaya dilakar di laman sendiri setelah menafikan UiTM HA-KPT yang berkesudahan 3-1 di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu.

FOTO - Aksi pemain Armed Forces HT Ismail Abu(jersi kuning bernombor 13) berjaya mengejutkan jentera pertahanan Terengga...
16/01/2025

FOTO - Aksi pemain Armed Forces HT Ismail Abu(jersi kuning bernombor 13) berjaya mengejutkan jentera pertahanan Terengganu Hockey Team(THT) pada minit separuh kedua perlawanan Liga Hoki Malaysia(MHL) yang telah berlangsung di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 15 Januari 2025.

Untuk rekod, Ismail Abu merupakan bekas pemain THT bagi kempen liga musim lalu.

--------------------------
๐—ง๐—›๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—ข๐—— ๐—ง๐—”๐—ก๐—ฃ๐—” ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ช๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ฅ๐— ๐—˜๐—— ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—–๐—˜๐—ฆ ๐—›๐—ง

Pendahulu Liga Hoki Malaysia(MHL 2025) terus kekal di puncak tangga kedudukan dengan 15 mata sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang musim ini setelah meraih kemenangan ke-5 untuk menafikan Armed Forces HT yang berkesudahan 6-1 di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Faizal Saari membuat kejutan seawal minit ke-2 permainan untuk menjaringkan gol pertama perlawanan dan selang 5 minit kemudian Mohamad Akhimullah Anuar Esook turut menambah gol kedua buat pasukan tuan rumah sekaligus memberi tekanan awal sehingga tamat separuh masa pertama kepada pasukan pelawat.

Babak separuh masa kedua sekali menyaksikan kedua-dua pemain ini terus mencipta sensasi perlawanan setelah tambahan dua jaringan gol buat THT dalam tempoh dua minit oleh Faizal Saari di minit ke34 perlawanan dan gol ke-4 oleh Mohamad Akhimullah Anuar Esook di minit ke-35 dalam cuaca mulai hujan.

Gol tunggal perlawanan milik Armed Forces HT hadir di minit ke-38 melalui jentera pukulan sudut penalti yang berjaya disempurnakan oleh Muhammad Nazrey Din sekaligus menjadi gol pertama beliau bagi musim ini.

Menjelang minit-minit akhir permainan pasukan pelawat berjaya membuat kejutan demi kejutan untuk menerjah masuk ke kubu tuan rumah namun masih gagal untuk diterjemahkan melalui tambahan jaringan gol.

Namun begitu, pemain profilik tuan rumah Faizal Saari berjaya mencuri peluang untuk menambah dua lagi jaringan gol sekaligus membantu pasukan untuk menoktahkan perlawanan ke-5 buat THT yang berkesudahan 6-1 ini.

Mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) di Kompleks Sukan Negara, Bukit Kiara, Kuala L...
13/01/2025

Mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) di Kompleks Sukan Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Turut bersama Encik Hama Hakim Wahyudi, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Encik Ahmad Bukhari Abdul Rahman, Penolong Setiausaha (Pembangunan Belia, Sukan dan NGO) Negeri Terengganu.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan YAKEB mengenai kebajikan bekas atlet Terengganu yang bernaung di bawah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan turut mengambil pengalaman YAKEB untuk diimplementasikan di bawah Sekretariat Kebajikan Atlet Terengganu di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Terima kasih Datoโ€™ Hj. Noorul Ariffin Abdul Majeed, Pengerusi YAKEB serta barisan pengurusan di atas ruang waktu menerima kunjungan kami.

Diharapkan hubungan yang erat antara Kerajaan Negeri Terengganu dan YAKEB ini dapat membawa manfaat terhadap agenda kebajikan bekas atlet khususnya di negeri Terengganu.




Kredit - Hishamuddin Abdul Karim

FOTO - Pemain Terengganu Hockey Team(THT) Faizal Shaari mempertikai keputusan pengadil sewaktu bertemu UiTM HA-KPT di St...
11/01/2025

FOTO - Pemain Terengganu Hockey Team(THT) Faizal Shaari mempertikai keputusan pengadil sewaktu bertemu UiTM HA-KPT di Stadium Hoki Batu Buruk pada 10 Januari 2025 bagi kempen Liga Hoki Malaysia(MHL 2025).

--------------------------
๐—ง๐—›๐—ง ๐—ฅ๐—”๐—œ๐—› ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐——๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ

Momentum merangkul Piala Sumbangsih pada hari perlawanan pembukaan Liga Hoki Malaysia(MHL 2025) terus kekal cemerlang buat Terengganu Hockey Team(THT) untuk meraih tiga kemenangan berturut-turut di awal musim ini.

Menambah menarik kemenangan ketiga milik THT berjaya dilakar di laman sendiri setelah menafikan UiTM HA-KPT yang berkesudahan 3-1 di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Baca sepenuhnya (link di ruangan komen)

08/01/2025

Perkembangan terkini dari PERSEKUTUAN KEBANGSAAN BERBASIKAL MALAYSIA menafikan sebarang kalendar perlumbaan dan penganjuran bagi tahun 2025 telah dikeluarkan oleh badan induk sukan berbasikal tanah air ini.

๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑPersekutuan Kebangsaan Berbasikal Mal...
08/01/2025

๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia(PKBM) selaku badan induk sukan berbasikal tanah air telah mengeluarkan kalendar perlumbaan dan penganjuran di dalam negara mahupun di luar negara bagi tahun 2025.

Sebanyak 42 penganjuran perlumbaan dimasukkan di dalam kalendar bagi tahun 2025 ini.

Baca sepenuhnya (link di ruangan komen)

Address

TINGKAT 1 DIGITAL 1303(TD1303), Jalan SULTAN ZAINAL ABIDIN
Kuala
20000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penyu Sukan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penyu Sukan:

Share