Nabil Mazri

Nabil Mazri Masih belajar dan sudi mengajar
(1)

28/06/2024

Blackrock Miliki Saham MAHB : Apa Reaksi Netizen?

Tuduhan spin dan menyalahkan orang lain kerap menjadi perbualan netizen di media sosial utama negara. Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan penerangan kerajaan tentang penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

Isu ini memuncak pada 25 Jun dengan hampir 18,000 topik trending. Di Facebook, Tun Dr Mahathir mempersoalkan kenapa MAHB perlu dijual sedangkan ia mencatat keuntungan RM543 juta tahun lalu. 85% interaksi di Facebook adalah negatif terhadap kerajaan PH/BN, terutama dari laman berita utama. Di X (sebelumnya Twitter), 95% reaksi negatif terhadap PN dan Khairy Jamaluddin, yang menjelaskan dalam podcastnya bahawa BlackRock sebelum ini hanya memegang saham kecil di Malaysia, berbeza dengan penjualan saham MAHB yang melibatkan rundingan langsung dengan Global Infrastructure Partners (GIP), anak syarikat BlackRock. Di TikTok, 75% reaksi juga negatif terhadap kerajaan PH/BN dengan 27,000 komen dikumpulkan dari platform tersebut.

Netizen menekankan isu kerajaan yang tidak berani memutuskan hubungan dengan syarikat berkait Israel. Perhatian antarabangsa juga tertumpu ke Malaysia kerana UNHR telah menyenaraikan BlackRock sebagai syarikat yang perlu menghentikan bantuan ke Israel. Isu keselamatan negara menjadi topik perbincangan apabila GIP, sebagai proksi BlackRock, boleh mempengaruhi keputusan keselamatan negara.

Kontroversi penjualan saham MAHB kepada BlackRock melalui Global Infrastructure Partners (GIP) telah mencetuskan reaksi negatif luas dari netizen di media sosial, yang mempertikaikan keputusan kerajaan PH/BN dan menyuarakan kebimbangan tentang hubungan dengan syarikat berkait Israel serta implikasi keselamatan negara.

Sumber:
1. Analitika Ilmuwan
2. https://www.astroawani.com/videos/video-terkini-x7sio1/gugur-pelaburan-blackrock-jejas-agenda-pelaburan-negara-x910zj2
3. https://www.nst.com.my/business/corporate/2024/05/1055462/khazanah-epf-explains-scaling-mahb-through-privatisation
4. https://www.facebook.com/TunDrMahathir/posts/1047771343383392
5. https://www.tiktok.com//video/7384827440360688913

Apa yang ditakutkan sebenarnya?Takde alternatif lain ke nak selamatkan ekonomi Malaysia?Mana formula? Masa ni la patut g...
21/06/2024

Apa yang ditakutkan sebenarnya?

Takde alternatif lain ke nak selamatkan ekonomi Malaysia?

Mana formula? Masa ni la patut gunakan formula tu.

13/06/2024

๐™๐™š๐™จ๐™ฅ๐™ค๐™ฃ ๐™จ๐™–๐™ฎ๐™– ๐™ ๐™š๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™ค๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™ž๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™–๐™ช๐™™๐™–๐™ง๐™ž ๐™ ๐™ž๐™ฉ๐™–
Apa yang dilalui oleh saudari yang berkongsi kisah ini adalah apa yang pernah saya lalui cuma saya sambung belajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dia p**a di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)

Provokasi itu mainan harian, dari pelajarยฒ memulau dan menghina saya bertudung sehingga ada guru meminta dengan baik saya tidak bertudung ke sekolah.

Rakan-rakan sekelas menghina dan mempersendakan laungan azan setiap kali masuk waktu zohor dan banyak lagi. (Cerminan akhlak ibu bapa mereka dan hasil didikan dari rumah)

Belum lagi bab ibu bapa rakan sekelas yang depan-depan memberi amaran kepada saya jangan berkawan dengan anak-anak mereka.

Bergelut dengan identiti dan jati diri sebagai muslim juga menjadi cabaran yang besar buat diri saya sehinggalah masuk ke universiti direzekikan berkawan dengan muslimah solehah yang mengajar saya serba-serbi tentang cara hidup dan akhlak seorang muslimah

Sama seperti saudari yang berkongsi kisahnya, saya juga tak memberitahu ibu bapa tentang masalah dibuli di sekolah dan krisis identiti sebab mereka tak bertanya dan kita masih muda masa itu, tak rasa ianya sesuatu yang sesiapa peduli.

Apa yang boleh saya 'settle' sendiri saya 'settle' sendiri termasuklah membelasah pelajar lelaki yang memukul, menghina, menarik tudung saya, sebab saya tak memilih untuk menangis dalam bilik air bersendirian seperti saudari yang berkongsi kisahnya

Seperti beliau, saya pun risau melihat trend media berbahasa Melayu begitu agresif mempromosikan SJKC kepada masyarakat Melayu sedangkan kami yang bersekolah Cina tahu majoriti ibu bapa tak mempersiapkan anak dari segi kemahiran komunikasi Mandarin, baca dan tulis aksara Cina, kekuatan dalaman (tahan dihukum dan dirotan) serta ilmu agama untuk menempuhi susasana persekolahan di SJKC. Ibarat melepaskan anak tak tahu berenang ke dalam kolam renang tanpa memikirkan risiko lemas kerana beranggapan anaknya akan terapung dan boleh berenang sendiri.

Muslim itu bersaudara, kami simpati dan ambil berat tentang masa depan dan kesejahteraan saudara-saudara kecil kami

Telegram t.me/RafizahCianLinMandarin

Address

Kuala

Telephone

+60132102158

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nabil Mazri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nabil Mazri:

Videos

Share