EncikPang

EncikPang Tak berat sebelah, cuma beratkan kebenaran.

Kelantan & Terengganu: Serambi Mekah atau Pusat Hiburan Hipokrit?Kelantan, negeri yang selama ini gah dengan gelaran Ser...
06/02/2025

Kelantan & Terengganu: Serambi Mekah atau Pusat Hiburan Hipokrit?

Kelantan, negeri yang selama ini gah dengan gelaran Serambi Mekah, kini bertukar jadi sarang hiburan dengan konsert yang mencampurkan lelaki dan perempuan tanpa segan silu. Aiyaa, dulu sibuk mengutuk negeri lain kononnya tak cukup Islamik, tapi sekarang sendiri buat pesta maksiat!

Bukan Kelantan saja, Terengganu pun sama dua kali lima. Negeri yang kononnya benteng Islam, tapi akhirnya lebih sibuk melayan hiburan daripada menjaga maruah agama. Baru-baru ini, konsert diadakan di Terengganu dengan suasana riuh rendah, bercampur lelaki perempuan macam festival besar-besaran. Habis tu, mana laungan syariah yang dulu bising sangat? Cakap lebih, amal kurang!

Sementara itu, negeri jiran macam Pahang, yang tak jadikan agama sebagai alat politik, tetap jadi pilihan ulama dan agamawan untuk menyampaikan ilmu. Tapi apa jadi dekat Kelantan dan Terengganu? Bukan ceramah agama yang dipenuhi rakyat, tapi konsert yang dihadiri orang ramai bersorak dan menari. Ini negeri Islamik atau pusat hiburan?

Kita tak lupa pemimpin mereka yang dulu cakap besar, maki negeri lain tak cukup Islam. "Kelantan negeri berkah," katanya. "Terengganu benteng Islam," katanya. Tapi sekarang? Sembang lebih, tindakan tak ada! Hipokrasi terang-terangan!

Baru-baru ini, seorang agamawan terkenal datang ke Pahang bagi dakwah, menyebarkan ilmu kepada umat Islam. (https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2557837244420378&id=100005823812496&rdid=be7bOjSOEPrYtNaa #) Tapi dekat Kelantan dan Terengganu? Pentas konsert didirikan, lampu warna-warni menyala, muzik berdentum, lelaki perempuan bercampur macam pasar malam ( https://www.tiktok.com/.net/video/7467725780852821256?q=lan%20solo%20di%20kelantan&t=1738812117012 ). Inikah contoh negeri Islamik yang sering dijaja?

Lebih memualkan, bila orang tanya pasal ini, ada yang siap pertahankan konsert itu dengan alasan "terkawal" dan "ikut syariat". Sejak bila konsert campur lelaki perempuan boleh dikira sebagai syariat? Kalau negeri lain buat, laju dia orang menghentam. Tapi bila sendiri buat, terus cari alasan berjela! Muka tak malu!

Kelantan dan Terengganu semakin hari semakin tunjuk belang sebenar. Label Serambi Mekah cuma tinggal kenangan, tapi realitinya lebih macam Serambi Konsert. Kalau ini cara mereka nak teruskan, lebih baik tukar slogan negeri seperti MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, jangan terus memperbodohkan rakyat....

17/01/2025

Minta maaf sebab mau kawan kaa? Haiyaa macam ini pun boleh kaa. Dulu dulu dibodo bodo shje, skrng pas bodo bodo terima kaa😂🤣🤪

Haiyaaa lagi makan hati rakyat sg4. Apa mau jadi laa🤦
09/01/2025

Haiyaaa lagi makan hati rakyat sg4. Apa mau jadi laa🤦

PAS RELA EKONOMI TERCOROT, POLITIK DI UTAMAKAN

PAS sekali lagi berjaya melakonkan sandiwara politik seperti lazimnya, mengerah pengikutnya untuk berhimpun ketika perbicaraan Najib Razak di Mahkamah Rayuan di Putrajaya. Tidak langsung menunjukkan rasa malu , entah berapa tebal kulit muka mereka , seolah olah rakyat Malaysia buta hati dan rasa, tuli tanpa mendengar apa apa perihal sikap PAS terhadap Najib Razak sejak hari pertama beliau dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 2009 sehinggalah perletak jawatan pada 2018 selepas PRU 14.

Jika diamati perhimpunan tersebut tidaklah mendapat sambutan yang hangat daripada penyokong PAS, yang ada hanya kelibat badut sarkas PAS terdiri daripada pemimpin pemimpin mereka yang cuba meraih laba politik. Takiyudin Hasan , Sanusi Md Nor, Idris Ahmad , Ahmad Samsuri Mokhtar dan ramai pemimpin PAS yang sedia membawa tangguk dengan wajah penuh kepuraan yang tidak dapat di sorok di kalangan rakyat Malaysia.

Masing msing lupa tanggungjawab hakiki sebagai pemimpin di negeri SG 4 seperti Kelantan , Terengganu, Kedah dan Perlis yang sedang bergelut dengan ketidaktentuan ekonomi sejak mereka mengambil alih pemerintahan. Paling melucukan ada di diantara mereka mahu di nobatkan sebagai bakal PM ke 11 selepas PMX dari PAS sekiranya angan angan Mat Jenin menawan Putrajaya oleh PAS berjaya di realisasikan.

Tular di media sosial, data yang di muatnaik oleh portal Greater Terengganu Development kedudukan KDNK negeri negeri di Malaysia dengan jelas membuktikan ketidakupayaan dan kelemahan kepimpinan PAS mengurus ekonomi. Empat negeri di bawah pimpinan PAS berada di kedudukan paling rendah prstasi hasil pendapatan negeri sejak tahun 2018- 2025 manakala Terengganu pimpinan Ahmad Samsuri Mokhtar selaku peneraju paling corot.

Jika sebuah negeri seperti Terengganu yang dipimpin oleh PAS melalui Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar yang di perbesarkan besarkan mempunyai taraf pendidikan tinggi yang mewakili teknokrat dalam kepimpinan PAS terbukti lemah dalam mentadbir negeri apatah lagi 3 negeri lain Kelantan, Kedah dan Perlis.

Sebaliknya negeri negeri lain di bawah pentadbiran BN menunjukkan presasi yang memberangsangan menunjukkan peningkatan peratusan kenaikan hasil pendapatan dari 2018 – 2025. Prestasi negeri Pahang di bawah kepimpinan Wan Rosdy Wan Ismail selaku YAB Menteri Besar pahang yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia ternyata menakjubkan dengan mencatat pungutan hasil RM 434.3 juta pada tahun kepada RM 1.194 bilion atau kenaikan RM174.9 peratus.

Manakala Terengganu di bawah pimpinan Ahmad Samsuri Mokhtar dari PAS p**a menunjukkan penurunan atau negativ 7.0 peratus , kutipan hasil pada tahun 2018 berjumlah RM 283.3 juta merosot kepada RM 263.4 juta pada tahun 2025.

Kualiti kepimpinan menjamin kemakmuran ekonomi negeri , less talk and more action. Bukan cakap berdegar degar seperti pemimpin PAS tapi ternyata seperti air beriak tanda tak dalam.

PAS lebih mengutamakan kepentingan politik dari segalanya. Biarlah hasil negeri merudum tercorot tetapi mendapat publisiti murahan di media dengan kehadiran mereka menyokong Solidariti Najib Razak.

Adakah ini ciri ciri pemimpin yang kita cari? Kuda yang laju tidak memerlukan cemeti untuk pantas berlari mencapai sasaran ke garisan penamat.

Pedas Berapi
Anak Cili

Address

Perumahan GONG BADAK 7, Jalan TENGKU AMPUAN INTAN ZAHARAH, K.
Kuala
21300

Telephone

+60129563262

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EncikPang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to EncikPang:

Videos

Share