Kuala Terengganu Post

Kuala Terengganu Post Boy

Ilmu Tayar. Huruf terakhir โ€“ contoh : H adalah had maksimum kelajuan 210 km / jam (jangan main tekan pedal ikut s**a ya!...
05/01/2023

Ilmu Tayar.

Huruf terakhir โ€“ contoh : H adalah had maksimum kelajuan 210 km / jam (jangan main tekan pedal ikut s**a ya!).

Jika ianya huruf terakhir seperti di bawah, ia membawa maksud:

i. S = Maksimum had laju 180 km / jam

ii. T = Maksimum had laju 190 km / jam

iii. U = Maksimum had laju 200 km / jam

iv. V = Maksimum had laju 240 km / jam

v. Z = Melebihi had laju 240 km / jam

vi. W = Maksimum had laju 270 km / jam

vii. Y = Maksimum had laju 300 km / jam

viii. ZR = melebihi 270 km / jam ke atas

Terima kasih RaZif Rashid di Group Alza 2022 kongsi maklumat ini.

Check tayar masing-masing cepat. Ini main hantam ajaa.. apa huruf pun 260km dia tekan ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Tapi ingat, walaupun pakai tayar huruf ZR, maximum kelajuan di jalan kita kat malaysia ni 120km/j ja tauu..

28/12/2022

*INFO KESIHATAN*

*MySejahtera*

Bermula 1 Januari 2023, kesemua perkhidmatan klinik kesihatan di bawah KKM boleh ditempah sebagai janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

Ikuti panduan ringkas dalam video ini untuk keterangan lanjut.

Terima kasih kerana menggunakan aplikasi MySejahtera! "Gerbang kesejahteraan digital anda."

Sumber ;
Bahagian Pendidikan Kesihatan,
KKM

18/12/2022

Pagi tadi di LPT 2 berhampiran Tol Ajil bertentang Kampung Kua.

Katanya kepala air?

18/12/2022

Guane weh awokยฒ kawasan demo?

07/12/2022

*BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL*

MOHON sumbangan kepada pesakit lumpuh dan kanser payudara *Sharifah Nur Nadira Idris* walaupun telah menerima bantuan bulanan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun tidak mencukupi kerana kos perubatan, lampin pakai buang dan sewa ambulan yang dianggarkan RM2,000 sebulan.

*Bank Simpanan Nasional (BSN) 1110141100039783* atas nama Sharifah Nur Nadira Idris.

Abdul Hakim (Suami) : +6019-9088582
Adnan (Abang Kandung) : +60 19-929 2687

Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ู†ูŽููŽู‘ุณูŽ ุนูŽู†ู’ ู…ูุคู’ู…ูู†ู ูƒูุฑู’ุจูŽุฉู‹ ู…ูู†ู’ ูƒูุฑูŽุจู ุงู„ุฏูู‘ู†ู’ูŠูŽุง ู†ูŽููŽู‘ุณูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ูƒูุฑู’ุจูŽุฉู‹ ู…ูู†ู’ ูƒูุฑูŽุจู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉูุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุณูŽู‘ุฑูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุนู’ุณูุฑู ูŠูŽุณูŽู‘ุฑูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ููู‰ ุงู„ุฏูู‘ู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽุงู„ุขุฎูุฑูŽุฉู

โ€œBarangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.โ€

(Riwayat Muslim (2699)

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/12/912173/doakan-derita-isteriku-sembuh-semula

PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN: FAKTA ATAU AUTA?Ada pertuduhan kononnya kerajaan baru ini akan melaksanakan pilihanraya k...
05/12/2022

PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN: FAKTA ATAU AUTA?

Ada pertuduhan kononnya kerajaan baru ini akan melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan agar bandar-bandar dikuasai oleh kaum tertentu sahaja.

Untuk pengetahuan semua, sekiranya pilihanraya kerajaan tempatan ini hendak dilaksanakan, Parlimen hendaklah terlebih dahulu meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Ini kerana dalam akta ini, pemilihan ahli majlis akan dilakukan oleh kerajaan negeri dan bukannya melalui sebarang bentuk pilihanraya.

Pindaan ini memerlukan majoriti mudah. DAP atau PH tidak mampu untuk meminda akta tersebut sendirian memandangkan mereka hanya mempunyai 82 kerusi parlimen sahaja.

UMNO - BN daripada awal sudah berpendirian tidak akan melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan. Tanpa sokongan daripada UMNO - BN, pindaan tersebut tidak akan dapat dilaksanakan.

Jesteru itu, tidak perlu memainkan isu perkauman keterlaluan. UMNO akan sentiasa kekal berpendirian mempertahankan perlembagaan termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa Bumiputera dan kedudukan Islam. Ini adalah perkara yang tidak pernah kami kompromi apabila bekerjasama membentuk kerajaan dengan PH.

Satu perkara yang cuba ditutup oleh sesetengah pihak adalah kemampuan UMNO untuk kekal mempertahankan kedudukan Melayu Islam ketika bekerjasama dengan DAP. Berbeza dengan pengalaman Pas dan PPBM ketika berada dalam kerjasama dengan parti berkenaan.

Sebagai contohnya ketika Pas bersama dengan DAP memerintah Perak tahun 2008, DAP mendapat 7 jawatan Exco dan jawatan Speaker.

Sedangkan ketika bekerjasama dengan UMNO pada tahun ini, DAP bersetuju memegang 4 jawatan Exco sahaja. Walhal jumlah Adun DAP Perak pada tahun 2008 dan tahun ini adalah sama sahaja iaitu 18 orang.

Begitu juga ketika PPBM bergabung dengan DAP membentuk kerajaan PH pada 2018. DAP memperoleh 6 jawatan menteri penuh termasuk Menteri Kewangan.

Tetapi apabila UMNO bekerjasama dengan DAP tahun ini selepas dititah Tuanku YDPA untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, DAP telah berkompromi untuk memegang 4 menteri penuh sahaja. Sedangkan UMNO mendapat 6 menteri penuh termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ini menunjukkan kemampuan UMNO untuk memastikan kerajaan hari ini kekal berteraskan Melayu Islam sepertimana citra bangsa Malaysia. Serta kompromi generasi pimpinan baru DAP yang lebih memahami fabrik sosial negara berbanding generasi sebelumnya.

Apapun berikan peluang kepada kerajaan hari ini memerintah. Tidak perlu terganggu dan kecewa gagal menjadi kerajaan. Jadilah pembangkang bermaruah sepertimana yang diikrarkan. Bukannya mencari populariti dengan menjual naratif ketakutan.



27/11/2022

Apa ko orang fikir nak buat hari ini?

Address

Kuala
20050

Telephone

+60106672007

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kuala Terengganu Post posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kuala Terengganu Post:

Videos

Share


Other News & Media Websites in Kuala

Show All