Harapan Senaling

Harapan Senaling Page ini memaparkan aktiviti, perkembangan terkini dan kisah masyarakat di DUN Senaling.

MENYERAHKAN KERUSI RODA KEPADA SALAH SEORANG PENDUDUK KG DIOHISNIN12/6//2023Penyelaras DUN Senaling, Mohd Razali Abdul L...
12/06/2023

MENYERAHKAN KERUSI RODA KEPADA SALAH SEORANG PENDUDUK KG DIOH

ISNIN
12/6//2023

Penyelaras DUN Senaling, Mohd Razali Abdul Latif telah berbesar hati untuk menyumbang sebuah kerusi roda kepada seorang penduduk di Kg Dioh iaitu En Tumpang berikutan keuzuran yang beliau hadapi dan amat memerlukan kerusi roda.

Terima kasih Tok Joe menjadi wakil untuk membuat serahan dan cakna dengan permasalahan penduduk. Semoga dengan sumbangan kerusi roda ini dapat memberi manfaat memudahkan pergerakan beliau.



MENGHADIRI PROGRAM DEKO RAYA KG REMBANG PANAS ISNIN 29/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif  tel...
09/06/2023

MENGHADIRI PROGRAM DEKO RAYA KG REMBANG PANAS

ISNIN
29/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berkesempatan untuk hadir ke program deko raya MPKK Rembang Panas pada malam semalam. Tn Razali juga telah menjadi juri dalam program tersebut untuk menilai kediaman penduduk yang telah dihias dengan cantik sempena dengan aidilfitri yang lalu.

Untuk makluman semua, program seperti ini julung kali diadakan di dalam peringkat DUN. Sebanyak 11 buah rumah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Antara perkara yang dinilai semasa dalam pertandingan tersebut adalah kemeriahan dan kreativiti peserta menghias rumah mereka. Tahniah kepada pemenang dan peserta yang terlibat. Syabas juga kepada Pengerusi serta AJK MPKK Rembang panas kerana menganjurkan program seperti ini yang telah berjaya merapatkan silaturrahim penduduk di kampung tersebut. Turut sama hadir Tok Hadzriq penghulu dun senaling selaku juri dalam program deko raya ini.



MELAWAT KEDIAMAN PENDUDUK YANG MENGALAMI MASALAH ATAP BOCOR JUMAAT 26/05/2023Usai menziarah kematian, Penyelaras DUN Sen...
08/06/2023

MELAWAT KEDIAMAN PENDUDUK YANG MENGALAMI MASALAH ATAP BOCOR

JUMAAT
26/05/2023

Usai menziarah kematian, Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah melawat ke rumah salah seorang penduduk Kg Sawah Lebar Seberang yang mengalami masalah atap bocor dan masalah sistem perparitan.

Permohonan telah dibuat oleh Pengerusi MPKK Tok Mizan untuk menukarkan atap rumah yang sudah usang dan bocor itu. Tindakan selanjutnya akan di ambil untuk mengatasi masalah ini.



ZIARAH KEMATIAN DI KG SAWAH LEBAR JUMAAT 26/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif  telah pergi me...
08/06/2023

ZIARAH KEMATIAN DI KG SAWAH LEBAR

JUMAAT
26/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah pergi menziarah kematian di Kg Sawah Lebar. Allahyarhamah Noriah binti Saris telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di kediamannya dan dikebumikan di tanah perkuburan islam Kg Sawah Lebar .

Penyelaras juga telah menghulurkan sedikit wang tunai kepada waris. Terima kasih diucapkan kepada Tok Mizan atas pemberitahuan berkenaan berita ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan Takziah diucapkan kepada waris.



SERAHAN BAKUL MAKANAN KEPADA PENDUDUK TG PAUH RABU24/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan  Mohd Razali Abdul Latif telah...
07/06/2023

SERAHAN BAKUL MAKANAN KEPADA PENDUDUK TG PAUH

RABU
24/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah menyumbang beberapa bakul makanan kepada pengurusan MPKK Tg Pauh untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan di kampung tersebut. Serahan telah dibuat oleh cikgu Razak kepada penerima.

Penerima terdiri daripada warga emas yang uzur dan mereka yang memerlukan. Semoga sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan beban.



MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK TEMERIS RABU17/05/2023 Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif  tel...
06/06/2023

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK TEMERIS

RABU
17/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada salah seorang penduduk Temeris yang telah mengalami masalah kesihatan. Diharapkan sumbangan kewangan ini dapat membantu sedikit sebanyak kos perubatan dan pengurusan beliau.

Terima kasih kepada pengerusi MPKK Temeris, Tok Zahari kerana telah menyampaikan sumbanga tersebut.



MENGHADIRI  PROGRAM LATIHAN TEMBAK PISTOL PERINGKAT IPD KUALA PILAH KHAMIS 25/05/2023Penyelaras DUN  Senaling, Tuan Mohd...
02/06/2023

MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN TEMBAK PISTOL PERINGKAT IPD KUALA PILAH

KHAMIS
25/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berada di Lapang Sasar Latihan Menembak dalam memenuhi undangan Pihak Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, YDH SUPT Amran b Hj Mohd Gani dalam Program Latihan Menembak Peringkat IPD Kuala Pilah bersama dengan YTM Dato’ Undang Luak Johol.

Penyelaras berkata pengalaman seperti ini amat mengujakan dan tidak dapat dilupakan. Program ini turut dihadiri penyelaras-penyelaras dari dun lain dan beberapa tetamu jemputan.



MENYANTUNI PENDUDUK FELDA KEPIS RABU24/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif  telah berkesempatan...
01/06/2023

MENYANTUNI PENDUDUK FELDA KEPIS

RABU
24/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berkesempatan untuk menyantuni beberapa penduduk Felda Kepis yang memerlukan. Serahan telah dibuat oleh bersama wakil blok kepada penerima di kediaman mereka sendiri.

Penerima terdiri daripada warga emas yang uzur, sakit dan kurang berkemampuan. Semoga sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan beban mereka.



MENGHADIRI MESYUARAT PIBG SK REMBANG PANAS RABU 24/05/2023 Penyelaras DUN Senaling Tuan Mohd Razali Abdul Latif   telah ...
31/05/2023

MENGHADIRI MESYUARAT PIBG SK REMBANG PANAS

RABU
24/05/2023

Penyelaras DUN Senaling Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah menghadiri mesyuarat Agung PIBG SK Rembang Panas kali ke 49 bertempat di Dewan Terbuka SK Rembang Panas sekaligus merasmikan mesyuarat tersebut.

Antara ucapan beliau di dalam mesyuarat yang dihadiri ibu bapa pelajar itu adalah isu pintu masuk utama sekolah yang hampir dengan selekoh. Penyelaras akan membawa isu ini ke JTPD untuk tindakan selanjutnya Terima kasih kepada Guru Besar SKRP dan PIBG diatas undangan ini.



MELAWAT KEDIAMAN PENDUDUK YANG MENGALAMI MASALAH ATAP BOCOR JUMAAT 26/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali A...
30/05/2023

MELAWAT KEDIAMAN PENDUDUK YANG MENGALAMI MASALAH ATAP BOCOR

JUMAAT
26/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah melawat ke rumah salah seorang penduduk Sungkak yang mengalami masalah atap bocor. Permohonan telah dibuat oleh Pengerusi MPKK Tok Rizal untuk menukarkan atap rumah yang sudah usang dan bocor itu. Tindakan selanjutnya akan diambil untuk mengatasi masalah ini.



MENGHADIRI MAJLIS JAMUAN HARI RAYA MPKK SAWAH LEBAR KHAMIS18/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Lati...
29/05/2023

MENGHADIRI MAJLIS JAMUAN HARI RAYA MPKK SAWAH LEBAR

KHAMIS
18/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah hadir ke Majlis bacaan Yassin, tahlil, doa selamat dan jamuan hari raya anjuran Surau & balairaya Kg Sawah Lebar bertempat di balairaya kampung tersebut.

Turut hadir Penghulu DUN Senaling Tok Eriq dan beberapa pengerusi mpkk yg lain. Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa MPKK dan surau di atas undangan ini.



MENGHADIRI JAMUAN HARI RAYA SK REMBANG PANAS SELASA23/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah...
26/05/2023

MENGHADIRI JAMUAN HARI RAYA SK REMBANG PANAS

SELASA
23/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berkesempatan untuk hadir ke jamuan hari raya anjuran SK Rembang Panas. Turut sama hadir Pengerusi MPKK Rembang Panas, Tok Lan dan beberapa tetamu kehormat yang lain. Terima kasih diatas jemputan ini.



ESPORT DAN JAMUAN HARI RAYA DUN SENALING SABTU 20/05/2023Penyelaras DUN Senaling Tuan Mohd Razali Abdul Latif dengan ker...
24/05/2023

ESPORT DAN JAMUAN HARI RAYA DUN SENALING

SABTU
20/05/2023

Penyelaras DUN Senaling Tuan Mohd Razali Abdul Latif dengan kerjasama MPKK di bawah DUN Senaling telah menganjurkan Kejohanan ESport FIFA dan Jamuan Hari Raya DUN Senaling di Dewan Orang Ramai Kg Senaling. Untuk makluman, Kejohanan Esport ini adalah salah satu program di bawah geran belia-beliawanis.

Alhamdulillah, semua nya telah berjalan dengan lancar dan meriah serta mendapat sokongan dari penduduk setempat. Penyelaras juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Pengerusi, Setiausaha dan AJK yang telah bersama-sama menggembleng tenaga bagi menjayakan program tersebut.



MEMENUHI JEMPUTAN KERAPATAN ADAT & MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PENYANDANG PESAKA RABU 17/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tua...
19/05/2023

MEMENUHI JEMPUTAN KERAPATAN ADAT & MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PENYANDANG PESAKA

RABU
17/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berkesempatan untuk memenuhi jemputan kerapatan adat sekaligus jamuan hari raya penyandang pesaka bertempat di Di Telapak Sandaran Dato' Baginda Maharaja Tg. Ipoh.

Tahniah penganjur atas usaha untuk memperkasa dan memartabatkan adat terutama kepada generasi muda



JEMPUTAN JAMUAN AIDILFITRI DUN SENALING 2023Penyelaras DUN Senaling Mohd Razali Abdul Latif dengan kerjasama MPKK DUN Se...
19/05/2023

JEMPUTAN JAMUAN AIDILFITRI DUN SENALING 2023

Penyelaras DUN Senaling Mohd Razali Abdul Latif dengan kerjasama MPKK DUN Senaling akan mengadakan jamuan Aidilfitri pada ketetapan berikut

TARIKH : 20/05/2023 (Sabtu)
WAKTU : 2 hingga 5 petang
LOKASI : Dewan Orang Ramai Senaling

Sehubungan dengan itu, seluruh warga DUN Senaling dijemput hadir memeriahkan majlis.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

JUALAN HARGA LADANG NEGERI SEMBILAN PRIHATINJUMAAT 12/05/2023Bertempat di tapak parking berhadapan Speedmart Senaling,  ...
17/05/2023

JUALAN HARGA LADANG NEGERI SEMBILAN PRIHATIN

JUMAAT
12/05/2023

Bertempat di tapak parking berhadapan Speedmart Senaling, Jabatan Pertanian Kuala Pilah dengan usahasama Penyelaras DUN Senaling Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah menganjurkan Program Jualan Harga Ladang Negeri Sembilan Prihatin. Tujuan program jualan harga ladang ini dibuat adalah untuk menawarkan harga barang keperluan asas seperti minyak masak,telur dan sayur lebih rendah dari pasaran semasa.

Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat. Tuan Penyelaras berharap agar program memberi manfaat kepada golongan yang terlibat. Terima kasih juga buat pengerusi-pengerusi MPKK, sukarelawan yang terlibat menjayakan program ini dari awal hingga ke akhir.



ZIARAH MANGSA KEMALANGAN DI KG TEMERISISNIN15/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latifmenziarah sala...
17/05/2023

ZIARAH MANGSA KEMALANGAN DI KG TEMERIS

ISNIN
15/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latifmenziarah salah seorang penduduk kg Temeris yang baru sahaja terlibat dengan kemalangan di kediamannya pada hari ini. Sebelum beredar, Tuan Razali telah menyumbang bantuan kewangan untuk kegunaan perubatan. Turut hadir bersama pengerusi MPKK Kg Temeris, Tok Zahari .



ZIARAH KEDIAMAN SALAH SEORANG PENDUDUK KG KUALA REMBANG PANAS YANG MUSNAH AKIBAT KEBAKARANISNIN 15/05/2023Penyelaras DUN...
17/05/2023

ZIARAH KEDIAMAN SALAH SEORANG PENDUDUK KG KUALA REMBANG PANAS YANG MUSNAH AKIBAT KEBAKARAN

ISNIN
15/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah pergi menziarah kediaman salah seorang penduduk Kg Kuala Rembang Panas yang telah musnah akibat kebakaran pada sabtu yang lalu. Hampir keseluruhan kediaman tersebut telah habis dijilat api. Mujurlah tiada berlaku kemalangan jiwa kerana difahamkan pada waktu kejadian rumah tersebut kosong. Pihak BOMBA sedang mengenalpasti punca kebakaran. Diharapkan agar pemilik kediaman rumah tersebut tabah dan sabar menghadapi ujian ini.



MENGHADIRI MAJLIS JAMUAN HARI RAYA MPKK & MASJID KARIAH REMBANG PANASSABTU13/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd R...
17/05/2023

MENGHADIRI MAJLIS JAMUAN HARI RAYA MPKK & MASJID KARIAH REMBANG PANAS

SABTU
13/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berkesempatan untuk hadir ke jamuan hari raya anjuran MPKK Kg Rembang Panas dengan kerjasama Masjid Kariah Rembang Panas bertempat di pekarangan masjid di kampung tersebut. Turut hadir ahli parlimen Kuala Pilah, YB Dato’ Adnan. Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa MPKK dan Masjid Kariah Rembang Panas diatas jemputan ini.



JOM BACA BERSAMA 10 MINIT Jom sertai kami dalam program Jom Baca Bersama 10 Minit pada 18 Mei 2023 (Khamis) bermula jam ...
17/05/2023

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Jom sertai kami dalam program Jom Baca Bersama 10 Minit pada 18 Mei 2023 (Khamis) bermula jam 11.00 pagi - 11.10 pagi di lokasi masing-masing atau di mana anda berada secara serentak di seluruh Malaysia.

Jangan lupa untuk daftarkan penglibatan anda dalam program ini melalui pautan - https://bit.ly/lrt2023





MENGHADIRI MESYUARAT MPKK KAMPUNG REMBANG PANASJUMAAT05/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif  te...
12/05/2023

MENGHADIRI MESYUARAT MPKK KAMPUNG REMBANG PANAS

JUMAAT
05/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah hadir dan mesyuarat MPKK Kg Rembang Panas
di Balairaya Rembang Panas. Mesyuarat dimulakan pada pukul 3.30 petang dan telah berlangsung dengan lancarnya. Penyelaras mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa MPKK Kg Rembang Panas terutamanya kepada Pengerusi MPKK TokLan di atas komitmen yang diberikan.



MENGHADIRI TAKLIMAT E-SPORT DUN SENALING DAN PERBINCANGAN JAMUAN HARI RAYA DUN SENALINGSABTU 06/05/2023Penyelaras DUN Se...
11/05/2023

MENGHADIRI TAKLIMAT E-SPORT DUN SENALING DAN PERBINCANGAN JAMUAN HARI RAYA DUN SENALING

SABTU
06/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah menganjurkan taklimat e-sport DUN Senaling di Balairaya Kg Kuala Rembang Panas. Taklimat ini turut dihadiri pengerusi dan setiausaha MPKK DUN Senaling bagi membincangkan program yang akan dilaksanakan. Perbincangan berkenaan dengan jamuan hari raya DUN Senaling turut diadakan.
Terima kasih kepada semua pengerusi dan setiausaha yang komited untuk hadir taklimat ini.



HEBAHAN PROGRAM JUALAN HARGA LADANG NISMILAN PRIHATIN🗓️ 12 Mei 2023 (Jumaat)🕣 8.30 Pagi -  Sehingga Stok Masih Ada📍  Pek...
10/05/2023

HEBAHAN PROGRAM JUALAN HARGA LADANG NISMILAN PRIHATIN

🗓️ 12 Mei 2023 (Jumaat)
🕣 8.30 Pagi - Sehingga Stok Masih Ada
📍 Pekan Senaling (Ruang Parkir dihadapan Speedmart Senaling)

HARGA 20% - 30% MURAH DARI PASARAN
🐓🍆🥬🌶🐟🐟🥚🥚🥩🥩

Anjuran Pejabat Penyelaras DUN Senaling dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Kuala Pilah.

Dijemput hadir beramai-ramai

MENGHADIRI JAMUAN HARI RAYA ANJURAN JHEAINS BERSAMA MASJID YAM TUAN RADEN KUALA PILAH JUMAAT 05/05/2023Penyelaras DUN Se...
08/05/2023

MENGHADIRI JAMUAN HARI RAYA ANJURAN JHEAINS BERSAMA MASJID YAM TUAN RADEN KUALA PILAH

JUMAAT
05/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berkesempatan untuk hadir ke jamuan hari raya anjuran JHEAINS dengan kerjasama Masjid Yam Tuan Raden Kuala Pilah bertempat di perkarangan Masjid Jame’ Yam Tuan Raden. Turut sama hadir beberapa pembesar tempatan dan pemimpin setempat. Terima kasih diatas jemputan ini.



MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN DI SEREMBAN SABTU30/04/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah ber...
02/05/2023

MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN DI SEREMBAN

SABTU
30/04/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berkesempatan untuk menghadiri jemputan walimatul urus pasangan mempelai iaitu Muhammad Sobri dan pasangannya Nurul Asyikin di Casa Lagenda Convention Centre, Paroi.

Terima kasih kepada Dato' Mohamad Taufek atas undangan ini. Turut sama hadir beberapa pemimpin setempat dan para kenamaan . Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.



Saya  Mohd Razali Abdul Latif ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri terdahulu kepada semua umat Islam Semoga ki...
21/04/2023

Saya Mohd Razali Abdul Latif ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri terdahulu kepada semua umat Islam

Semoga kita dapat menyambut perayaan ini dengan penuh kebahagian dan keberkatan bersama dengan keluarga tersayang dan rakan.

Maaf Zahir & Batin



MENGHADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN AIDILFITRI DUN SENALING AHAD 16/04/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali ...
19/04/2023

MENGHADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN AIDILFITRI DUN SENALING

AHAD
16/04/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berkesempatan menghadiri majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri Dun Senaling yang telah dikelolai oleh MAINS dengan kerjasama pihak Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dan Pejabat Daerah Kuala Pilah di Masjid Sg Dua Kecil. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato Seri Menteri Besar Negeri Sembilan.

Turut hadir beberapa pemimpin tempatan iaitu Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah , Tuan Mohd Faizal dan Ahli Parlimen Kuala Pilah Dato Adnan. Terima kasih juga kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Hj Aminuddin diatas sumbangan yang diberikan kepada rakyat yang layak. Diharapkan agar sumbangan ini sedikit sebanyak akan meringankan beban terutamanya musim perayaan ini.



19/04/2023

HEBAHAN MENGENAI PROGRAM MANTAI AIDILFITRI 2023

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan akan menganjurkan program tahunan Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Program Mantai Aidilfitri 2023 sempena Sambutan Aidilfitri.

Program Mantai ini julung kali dianjurkan bersama dengan Program Jualan Ladang Nismilan Prihatin, Program Pasar Tani Mega dan Program Jualan Terus dari Ladang di lokasi-lokasi terpilih.

Bunting dan banner akan dinaikkan di sekitar lokasi jualan di setiap daerah bagi membantu pengunjung mengenal pasti lokasi jualan.

Tempahan juga boleh dibuat di Platform AgroBaazar Online bermula 12 April 2023 - 18 April 2023.

Tarikh:
19 April 2023 (Daerah Port Dickson)
20 April 2023 (Daerah Jelebu, Rembau, Kuala Pilah, Tampin, Seremban)
Masa: 7.00 pagi sehingga 3.00 petang atau sehingga stok habis
Harga jualan daging pejal: RM37.00/kg

LOKASI:

1) DAERAH JEMPOL
• Tapak Pasar Tani Palong 4,5,6

2) DAERAH JELEBU
• Dewan D'Sury, Kuala Klawang
• Berhadapan MRSM Kuala Klawang
• Berhadapan Perpustakaan Felda Pasoh 1
• Berhampiran Balai Polis Simpang Durian
• Jalan Besar, Simpang Pertang

3) DAERAH REMBAU
• Perkarangan Parking Medan Selera Bunga Raya

4) DAERAH KUALA PILAH
• Melang (Hadapan McDonalds)
• Sebelah Shell Melang
• Berhampiran Shell dan Pejabat Daerah Kuala Pilah

5) DAERAH TAMPIN
• Pekan Pasir Besar
• Repah (Berhampiran Sekolah Agama Repah)
• Berhampiran D'Mart Felda Jelai

6) DAERAH PORT DICKSON
• Batu 4, Port Dickson
• Simpang 3, Klinik Kesihatan Linggi

7) DAERAH SEREMBAN
• Masjid Dato Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat
• Depan Zemart, Sikamat
• RPWP Agro Hub, Lenggeng (Berhampiran Pejabat Pos Lenggeng)
• PAKAR Paroi

Datanglah beramai- ramai untuk mendapatkan daging pejal lebih murah berbanding harga pasaran semasa. Tiada sebarang had pembelian ditetapkan untuk pengunjung yang ingin membeli daging pejal bagi memeriahkan suasana aidilfitri nanti.







PROGRAM MANTAI AIDILFITRI 2023 KERAJAAN PH N9Lokasi Mantai Perdana Aidilfitri:DAERAH KUALA PILAH• Melang (Hadapan McDona...
19/04/2023

PROGRAM MANTAI AIDILFITRI 2023 KERAJAAN PH N9

Lokasi Mantai Perdana Aidilfitri:

DAERAH KUALA PILAH

• Melang (Hadapan McDonalds).
• Sebelah Shell Melang.
• Berhampiran Shell dan Pejabat Daerah Kuala Pilah.

HARGA JUALAN DAGING PEJAL
RM37.00/kg

Tarikh : 20 April 2023
Masa : 7.00 pagi - 3.00 petang atau sehingga stok habis



MENYANTUNI KLIEN AADK BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN AIDILFITRI Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif  denga...
18/04/2023

MENYANTUNI KLIEN AADK BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN AIDILFITRI

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif dengan berbesar hati telah memberi sumbangan berupa pakaian baru kepada beberapa klien AADK yang berkesempatan untuk hadir. Program ini adalah hasil usahasama Pejabat Penyelaras, NGO dan AADK Kuala Pilah.



Address

Balairaya Kg Tebat Kering
Kuala Pilah
72000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Harapan Senaling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Social Media Agencies in Kuala Pilah

Show All