Alhamdulillah..
Update terkini pada hari Jumaat yang mulia ni. Bersaksikan hujan yang turun di tanah Kuala Terengganu, syukur alhamdulillah pelajar kelas tuisyen UPKK Cekgunor dah cukup kuota..
Insyaallah kami akan buka dua lagi kelas. Online dan bersemuka.
Pesan Cekgu Nor Mohamad nak berjaya jangan tunggu guru yang cari murid.
Hilang loghat Johor sejak dari peristiwa tersebut.. Niat dari umur 4 tahun nak duduk Terengganu. Allah makbul doa dia tapi bukan bersama insan tercinta. Acik-acik doakan wafi menjadi insan yang lebih kuat berjaya dunia akhirat yer.
Lawo baju baru buku Kafa.. Isi pon cun melecun. Mana yang tak tahu lagi tu.. Tahun ni UPKK silibus baru yer. Jangan duk pulun study buku abang kakak yang lepas la..
Susah betul nak ingat sifat Allah kan? Ok jom bagi anak tengok video ni dan hafal sama-sama.
#Nak8AUPKK
Sanah Helwah anakanda Izhar..
Semoga berjaya Skor 8A Upkk tahun ni dan bahagiakan umi ayah. Semoga impian Izhar nak jadi Hafiz tercapai.
Kek Apolo jer mampu bagi😅
Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan UPKK untuk semua calon UPKK 2023.
Semoga dapat jawab dengan tenang dan dipermudahkan petang nanti.
Untuk semua yang wish birthday mad uwais hari ni. Beliau ada hadiah untuk kalian semua🌹💓
Jutaan terima kasih ibu ayah yang support kami sepanjang program Bangkit Berjaya UPKK minggu lepas. Kami doakan anak-anak semua berjaya skor 8A UPKK tahun ni.
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Suasana pagi ini di Program Bangkit Berjaya UPKK 2023 yang bertempat di Dewan Seminar Kompleks Usahawan Terengganu, Kubang Jela (KUT).
Wafi suruh letak video ni kat facebook untuk acik-acik semua yang sayangkan wafi.
Alhamdulillah senyuman mampu terukir sedangkan hati hanya Allah Tahu.
Banyak perkembangan positif. Semoga dapat berjalan dan aktif seperti sebelum ni. Dia dah kebosanan asyik baring dan duduk jer.
Bercakap masih lambat-lambat.. Tapi berita baik dah boleh berkomunikasi dua hala. Takder asyik tanya baru nak jawab.
Doakan daya ingatan putera wafi a.k.a uwais kuat dan baik. Dia anak yang sangat matang dan cerdik. Semoga Allah kekalkan kefahaman dan kecerdikan dia yang sebelum ni. aamiin
Uwais anak yang kuat. Masih mampu bertahan. Ditidurkan tapi kaki masih buas.
Ramai yang doakan Uwais sembuh dan sihat. Sampai depan Kaabah.
Uwais dah janji tak kan tinggalkan ciknor kan. Ciknor ada sini tunggu uwais nak balik sama-sama rumah tok ma.
Hanya mampu berharap. Apa pun Allah Lebih Tahu mana terbaik.
Mohon doakan anakku ini. Abah,mama dan adik yaya dah selamat di rumah baru dekat dengan tok abah tadi. Semoga ada keajaiban dan kesembuhan buat uwais.
Terima kasih yang mendokan. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.