Al-Waqqas Archery

Al-Waqqas Archery Menjual Peralatan memanah. Boleh hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. Karnival Jualan Rakyat Downtown Sri Permaisuri.

Lot 54966, Jalan Permaisuri 6, Bandar Sri Permaisuri, 56100 Cheras, Kuala Lumpur. (Bersebelahan Maybank Sri Permaisuri)
Tel : 0104337572

اِنَّا لِلَّهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُونَبِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ  أٌلحَمْدُلِلَّهِ ...
07/07/2024

اِنَّا لِلَّهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُونَ

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ* اٌلرَّحْمَٰنِ اٌلرَّحِيْمِ* مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ* إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ* إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ* صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*
آًِمِين

29 Mei 1453.. Sultan Muhammad Al-Fatih Pembebasan KonstantinopelSultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hij...
29/05/2024

29 Mei 1453..
Sultan Muhammad Al-Fatih Pembebasan Konstantinopel

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.

Ketika berumur 19 tahun beliau diangkat untuk menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Selepas pelantikan beliau, Sultan al-Fateh menjadikan Adrianopel (Adana) sebagai ibu kota dan pusat pemerintahannya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah ketika beliau berusia hanya 21 tahun.

Kota Konstantinopel yang kini dikenali sebagai Istanbul, terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير ذلك الأمير و لنعم الجيش ذلك الجيش

“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

Hadis riwayat Imam Ahmad

800 tahun selepas hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah ia akhirnya menjadi kenyataan. Seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali pernah mengiisyaratkan bahawa Sultan al-Fateh akan berjaya menakluk kota Konstantinopel ketika beliau di dalam buaian lagi. Syeikh Syamsuddin Al Wali pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):

“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar dengan didikan agama dan pemerintahan serta strategi peperangan. Beliau seorang yang tampan mempunyai bentuk badan yang tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Beliau mewarisi takhta bapanya ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Sultan al-Fateh terlibat secara langsung dalam pembinaan benteng tersebut, beliau membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Seterusnya beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Kemudian Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian beliau membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa.

Antara sumbangan Sultan al-Fateh sebagai seorang pemimpin Islam yang berwibawa dan disegani sehingga kini:

Keadilan beragama
Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Sepanyol telah berpindah ke Constantinople. Sultan al-Fateh juga telah membenarkan agama Kristian untuk diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalan mazhab Orthodoks mereka. Baginda telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi di kalangan mereka. Mereka telah memilih Anadius sebagai ketua yang kemudiannya berkata bahawa dia lebih s**a melihat serban Sultan daripada melihat topi latin (Katholik)kerana pihak Katholik Barat telah menindas pihak Orthodoks. Sultan juga mengarahkan supaya gereja dan sinagog tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.

Pengembangan Kerajaan dan Pembangunan.
Sultan al-Fateh dikurniakan kejayaan yang besar dalam menyempurnakan penyusunan negara, kekemasan jentera pentadbiran dan membuat ikatan teguh di antara kawasan yang tunduk di bawah pebguasaannya serta menundukkan Serbia, Bosnia, kawasan pantai Laut Merah dan semenanjung Crimea. Baginda telah meluaskan sempadan Negara dari hanya sekiar 600 km persegi kepada keluasa 2,214,000 km persegi. matlamat Baginda dari perluasan negaranya adalah untuk menembusi Eropah dan menyelamatkan umat Islam di Andalus daripada cengkaman Kristian.

Perkembangan Tamadun
Bentuk peradaban telah berubah dengan pembukaan Islam tersebut kerana banyak masjid, sekolah dan hospital yang telah dibina. Baginda amat mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan. Baginda juga telah menyusun pentadbiran, ketenteraan, politik dan pembangunan.

Sebelum beliau meniggal dunia, beliau menyampaikan wasiat seperti berikut: “Tidak lama lagi aku akan mati, tetapi aku tidak pernah menyesal kerana aku telah meninggalkan calon pengganti dan penerus seperti kamu. Jadilah orang yang adil, soleh dan penyayang. Lindungilah seluruh rakyatmu tanpa membeza-bezakan dan bekerjalah untuk menyebar agama Islam. Ini adalah kewajipan seluruh raja di atas muka bumi ini, dahulukan perhatianmu kepada urusan agama berbanding urusan yang lain. Jangan berhenti untuk terus melaksanakannya.

Jangan memilih orang yang tidak mengutamakan urusan agama, tidak menjauhi dosa besar dan tenggelam dalam maksiat. Jauhilah juga bidaah yang merosakkan. Jauhilah orang yang mengajak kamu melakukan bidaah. Perluaskanlah negeri kamu dengan berjihad dan janganlah sampai harta baitulmal itu dibazirkan. Jangan mengambil harta seorang pun dari rakyat kamu kecuali dengan mengikut aturan Islam. Berikanlah jaminan makanan dan keselamatan bagi orang yang lemah. Muliakan orang yang berhak dengan sebaik-baiknya.

Ketahuilah bahawa ulama adalah satu kekuatan yang ada dalam tubuh negara kamu, maka muliakanlah kehormatan mereka dan motivasikanlah mereka dengan sumber kekuatan dan kekuasaan yang kamu miliki. Jika engkau mendengar ada ulama di negeri yang jauh, maka jemputlah ia datang dan muliakannya. Waspada dan berhati-hatilah, jangan sampai engkau terlena dan terpesona dengan harta dan kekuatan yang banyak. Jangan sampai engkau menjauhi ulama syariat dan jangan sampai engkau cenderung melakukan amalan yang menyalahi syariat. Agama adalah tujuan kita, hidayah adalah jalan hidup kita dan dengan keduanya kita akan menang.

Ambillah pengajaran daripada diriku. Aku datang ke negeri ini seperti semut yang kecil, lalu Allah memberikan aku semua nikmat yang besar ini. Oleh itu, ikutilah dan jejaklah apa yang aku lakukan. Bekerjalah untuk meneguhkan agama ini dan muliakan pengikutnya. Jangan menggunakan wang negara untuk kemewahan dan sia-sia atau membelanjakan lebih daripada sepatutnya kerana ia penyebab terbesar kebinasaan.”

24/05/2024
Catatan DAURAH KITAB MEMANAH DALAM ISLAMSedikit Mengenai Sejarah MemanahTidak ada senjata yang lebih klasik daripada mem...
13/05/2024

Catatan DAURAH KITAB MEMANAH DALAM ISLAM

Sedikit Mengenai Sejarah Memanah

Tidak ada senjata yang lebih klasik daripada memanah. Sejarah memanah bermula dari Nabi Adam a.s. Ketika baginda sedang bercucuk tanam, datang dua ekor burung merosakkan tanamannya. Nabi Adam mengadu kepada Malaikat Jibril lalu Jibril datang membawa busur dan anak panah dari syurga. Itulah busur pertama di dunia.

“Ini adalah kekuatan dari Allah,”
kata Malaikat Jibril mengenai busur.
“Ini alat membunuh dari Allah,”
kata Jibril mengenai anak panah.

Dengan busur dan anak panah itu, Nabi Adam membunuh dua ekor burung yang merosakkan tanamannya.

Nabi Adam menjadikan busur sebagai penemannya.

Busur adalah peneman ketika gelisah. Sesiapa yang rasa gelisah, peganglah busur. Kalam seorang ulama, “Siapa yang resah gelisah, hendaklah dia mengambil busurnya maka Allah akan menghilangkan gelisahnya.”

Nabi Adam mewariskan busurnya kepada anaknya Nabi Syit. Busur itu diwariskan turun-temurun kepada para nabi hingga kepada Nabi Nuh.

Satu ketika dulu, bangsa Parsi terkenal sebagai pakar dalam memanah. Hingga dikatakan antara hiburan raja Parsi adalah dengan memanah anting-anting di telinga hamba sahaya perempuannya dalam keadaan hamba itu ditutup matanya.

Dalam siri Perang Salib, pas**an jihad Muslim dikuatkan dengan tentera memanah.

Dikatakan pada zaman Dinasti Mamalik di Mesir, pas**an pemanah dinasti ini memberi sumbangan terbesar pada kejayaan mereka menyekat serangan tentera Mongol. Tentera Mongol terkenal sebagai pas**an yang tidak pernah kalah dalam perang tetapi itulah pertama kali mereka dikalahkan iaitu sewaktu cuba menawan Mesir. Kerajaan Mamalik melatih hamba-hamba sahaya sebagai pemanah yang diasuh menghafal Quran dan dilatih memanah sejak kecil. Mereka kemudian membentuk pas**an pemanah yang menguasai teknik memanah yang dikenali sebagai teknik Mamluk.

Mengenai Mazhab dalam Memanah

Tiga orang imam yang paling dikenali dalam dunia panahan yang mazhabnya dalam seni memanah menjadi rujukan para pemanah Islam:
1. Imam Abu Hasyim al-Mawardi (hidup di akhir pemerintahan Dinasti Umawiyah dan awal Dinasti Abbasiyyah (abad 7M hingga abad 8M)
2. Imam Thahir al-Balkhi (hidup di akhir abad ke-8M)
3. Imam Ishaq ar-Raqqi (hidup pada awal abad ke-9M)

Mengenai Hukum Memanah

Sebahagian ulama mengatakan hukum memanah adalah fardu ain iaitu wajib ke atas setiap orang Islam. Sebahagian ulama mengatakan hukumnya fardu kifayah iaitu wajib ada di kalangan umat Islam di sesuatu daerah atau kawasan yang berlatih memanah, supaya terlepas kewajipan itu bagi orang lain di kawasan itu.

Menurut Imam Baijuri, hukum memanah itu relatif, bergantung pada niat. Jika niatnya mubah (harus) maka hukumnya harus. Misalnya jika diniatkan untuk memburu maka hukumnya mubah. Jika niatnya untuk jihad fisabilillah maka hukumnya sunat muakkad. Jika diniatkan untuk membunuh saudara Muslim maka hukumnya menjadi haram.

Ancaman kepada Pemanah yang Meninggalkan Memanah

Hadis dari Uqbah bin Amir: “Siapa yang tahu cara memanah lalu dia meninggalkannya maka dia bukan golongan kami atau sungguh dia telah bermaksiat.” (Riwayat Muslim)

“Sesiapa telah belajar memanah kemudian melupakannya, bererti dia telah kufur nikmat.”

Rasulullah melihat seorang lelaki dari kalangan Sahabat yang dipanggil dengan gelaran Habib yang badannya kurus. Habib dulunya seorang pemanah. Rasulullah bersabda kepadanya, “Apa yang engkau lakukan dengan panahmu dan badanmu?” Seorang Sahabat lain di sebelahnya menjawab, “Dia telah meninggalkan memanah dan sekarang menumpukan kepada beribadah.” Maka Rasulullah bersabda, “Demi Allah yang mengutusku dengan kebenaran, pekerjaanmu sekarang (beribadah) tidaklah lebih afdhal dari pekerjaan yang telah engkau tinggalkan (memanah). Oleh itu Habib, kembalilah memanah."

Di Antara Fadhilat Memanah

Antara hadis mengenai fadhilat atau kelebihan memanah:

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa melemparkan satu anak panah di jalan Allah SWT, lalu sampai sasaran atau tidak sampai sasaran, maka baginya panah tersebut akan menjadi cahaya di hari kiamat.”

Kaab al-Ahbar, bekas pendeta Yahudi yang masuk Islam, berkata: “Saya membaca kitab para nabi terdahulu yang menyatakan bahawa para malaikat hadir menyaksikan acara memanah.”

Bermakna, memanah itu dis**ai oleh para malaikat.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT memasukkan tiga orang ke dalam syurga dengan sebab satu anak panah.

Pertama, orang yang membuatnya kerana mengharapkan kebaikannya. Kedua, orang yang mempersiapkannya di jalan Allah SWT. Ketiga, orang yang memanah di jalan Allah SWT.”

Rasulullah SAW bersabda, “Memanah dan berkudalah, dan jika kalian memanah maka itu lebih baik daripada berkuda”.

Rasulullah bersabda: “Siapa melempar dengan sebatang anak panah dalam peperangan fisabilillah , maka baginya pahala yang sama dengan memerdekakan seorang hamba sahaya.”

BURAQ.Buraq atau Buraq Arab: ال بُرَا قُ termasuk makhluk ghaib, yang kita tidak akan jumpa di alam semesta ini. Sedangk...
30/04/2024

BURAQ.

Buraq atau Buraq Arab: ال بُرَا قُ termasuk makhluk ghaib, yang kita tidak akan jumpa di alam semesta ini. Sedangkan Rasulullah صل ى الله عليه و وسلم pernah menaikinya ketika Isra' Mi'raj, ia adalah sebahagian daripada keistimewaan dan keajaiban daripada Allah, yang tentunya tidak boleh ditiru oleh orang lain.

Dunia orang yang tiada, jadi tiada siapa yang muncul dalam ketiadaan dia. Kecuali orang-orang yang mencari perlindungan daripada Rasul, sesungguhnya ia membawa kamu dari antara tangannya dan dari belakang.

"Dia ialah Tuhan yang mengetahui perkara yang ghaib, dan Dia tidak mendedahkan perkara yang ghaib kepada sesiapa pun. " Kecuali kepada Rasul yang diredhaiNya, maka sesungguhnya Dia memelihara para pengawal, Malaikat di depan dan di belakang. " (QS. Al-Jin. 26-27 )

Dilihat dari jenis nya, Buraq dikatakan makhluk yang penampilannya lebih besar daripada keldai, tetapi lebih kecil daripada kuda. Kakinya, sebagai penggerak, boleh bergerak sejauh mata memandang.

Hadis daripada Malik, Rasulullah صل ى الله عليه و وسلم bersabda,

Kemudian saya datang dengan pakaian putih, dan ia dikatakan kepadanya: Kilat, di atas keldai, dan tanpa bagal, langkahnya jatuh di hujung yang paling pendek, dan saya membawanya.

"Lalu di bawa kepada saya sebuah tunggangan putih, namanya ialah Buraq. "Lebih tinggi daripada keldai dan lebih pendek daripada besar. Satu langkah di hujung penglihatannya. Kemudian saya dibesarkan di atasnya. " (H.R. Ahmad. Mohd Yusry (Kawan)

Selesai solat isya' dan berehat sebentar, Rasulullah صل ى الله عليه و وسلم yang ketika itu sedang berbaring di Masjidil Haram yang didatangi Malaikat Jibril. Selepas itu diberi Buraq yang kemudiannya menjadi kenderaannya ketika Isra. Buraq satu akar perkataan dengan barq yang bermaksud kilat.

"Dibawakan kepada saya Buraq iaitu tunggangan berwarna putih, lebih tinggi daripada keldai dan lebih pendek daripada bighal, dia menetapkan langkahnya sejauh yang dia lihat. " " Perkataan Rasulullah dalam riwayat Imam Muslim daripada Anas bin Malik.

Sesampai di Masjid Aqsa, beliau solat dua rakaat, meniru jiwa para Nabi. Selepas solat dan meninggalkan Masjid Al Aqsa, Malaikat Jibril datang membawa dua bekas minuman. Satu mengandungi susu dan satu lagi mengandungi khamar. Nabi pun pilih susu. "Sesungguhnya kamu telah memilih kesucian. “ Kata Jibril dalam sambungan hadis.

Dan Mi'raj telah bermula. Rasulullah menunggang Buraq bersama Jibril sehingga dia mencapai langit pertama. Dalam sebuah hadis yang panjang lebar, sambungan hadis Shahih Bukhari daripada Malik bin Sha'ah di atas diceritakan bahawa,

“Lalu aku dibawa ke atas punggung Buraq dan Jibril pergi bersamaku sehingga aku sampai ke syurga dunia lalu dia meminta pintu-pintu syurga dibuka.

Dia ditanya, "Siapakah ini? " " " "
Beliau menjawab, "
Jibril. " "
Gabriel ditanya lagi, "Siapakah yang bersamamu? " " " "
Jibril menjawab, “Muhammad. " "
“Adakah dia menghantar?
"Dia telah dihantar. " " " "

Kami pun dibuka pintu, lalu saya bertemu Nabi Adam عل يه ال سلام. Dia menyapa saya dan mendoakan saya yang baik.

Kemudian Buraq naik bersama kami ke syurga kedua. Jadi Gabriel meminta pintu dibuka.

"Siapakah ini? " "
Jibril. " "
“Siapakah yang bersama kamu?
"Wahai Muhammad. " "
"Adakah dia menghantar kepadanya? " " " "
"Dia dihantar kepadanya."

Kami pun dibuka pintu, kemudian saya bertemu dua orang sepupu saya iaitu Isa bin Maryam dan Yahya bin Zakaria و لل يه ال سلام. Jadi kedua-duanya menyapa saya dan mendoakan saya yang baik.

Kemudian Buraq naik bersama kami ke syurga ketiga. Jadi Gabriel meminta pintu dibuka.

"Siapakah ini? " " " "
"Jibril. " "
"Siapakah yang bersama kamu? " " " "
"Wahai Muhammad. " "
"Adakah dia menghantar kepadanya? " " " "
"Dia dihantar kepadanya."

Kami pun dibuka pintu, lalu saya bertemu Nabi Yusuf yang telah dianugerahkan separuh daripada kehenseman dunia. Jadi Joseph mengalu-alukan saya dan berdoa kebaikan untuk saya.

Kemudian Buraq naik bersama kami ke syurga keempat. Jadi Gabriel meminta pintu dibuka.

"Siapakah ini? " " " "
"Jibril"
"Siapakah yang bersama kamu? " " " "
"Wahai Muhammad. " "
"Adakah dia menghantar kepadanya? " " " "
"Dia dihantar kepadanya."

Kami pun dibuka pintu, lalu saya bertemu Nabi Idris و لل يه ال سلام. Dia menyapa saya dan mendoakan saya yang baik. Tuhan telah berfirman untuknya, "dan kami telah mengangkat dia ke tempat-tempat yang tinggi. " "

Kemudian Buraq naik bersama kami ke syurga kelima. Jadi Gabriel meminta pintu dibuka.

"Siapakah ini? " " " "
"Jibril. " "
"Siapakah yang bersama kamu? " " " "
"Wahai Muhammad. " "
"Adakah dia menghantar kepadanya? " " " "
"Dia dihantar kepadanya."

Kami pun dibuka pintu, lalu saya bertemu Nabi Harun. Dia menyapa saya dan mendoakan saya yang baik.

Kemudian Buraq naik bersama kami ke syurga keenam. Jadi Gabriel meminta pintu dibuka.

"Siapakah ini? " " " "
"Jibril"
"Siapakah yang bersama kamu? " " " "
"Wahai Muhammad. " "
"Adakah dia menghantar kepadanya? " " " "
"Dia dihantar kepadanya."

Pintu dibuka untuk kami, kemudian saya bertemu Nabi Musa dan beliau menyambut saya dan mendoakan saya dengan baik.

Kemudian Buraq naik bersama kami ke syurga ketujuh. Jadi Gabriel meminta pintu dibuka.

"Siapakah ini? " " " "
"Jibril. " "
"Siapakah yang bersama kamu? " " " "
"Wahai Muhammad. " "
"Adakah dia menghantar kepadanya? " " " "
"Dia dihantar kepadanya."

Kami pun dibuka pintu, lalu saya bertemu Nabi Ibrahim عل يه ال سلام yang sedang berehat di Baitulmaqdis yang makmur. Di mana tempat itu dimasuki oleh 70,000 Malaikat setiap hari dan mereka tidak pernah kembali selepas itu.

Kemudian Buraq yang dikatakan pergi bersamaku ke Sidratul Muntaha yang daun-daunnya sebesar telinga gajah dan buahnya sebesar periuk besar. Bila perintah Allah tunaikan Sidratul Muntaha, Sidratul Muntaha berubah dan tiada seorang pun makhluk Allah yang dapat menjelaskan sifat Sidratul Mntaha kerana kecantikannya. Kemudian Allah berikan aku wahyu dan wajib aku solat 50 kali sehari semalam.

Kemudian aku turun dan berjumpa dengan Musa dan dia bertanya, "Apakah yang Tuhan kamu wajibkan untuk kaum kamu? " " " "

Saya jawab, “Solat 50 kali. " "

Musa berkata, “Kembalilah kepada Tuhan kamu, mohonlah kekeringan kerana sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melakukannya. Sesungguhnya aku telah menguji Bani Israel dan aku telah mengetahui siapa mereka. " "

Saya akan kembali kepada Tuhanku. " "

Kemudian aku berdoa, “Ya Rabb, berikanlah kekeringan kepada umatku. "Saya diberi kekeringan lima kali solat. Kemudian aku kembali kepada Musa عل يه ال سلام.

Saya berkata kepadanya, "Allah telah memberikan yang kering sebanyak lima kali. " "

Nabi Musa berkata: "Sesungguhnya kaummu tidak akan dapat melakukannya, oleh itu kembalilah kepada Tuhan kamu dan mohonlah kemarau. " "

Aku terus berulang-alik di antara Tuhanku dan Musa sehingga Tuhanku berfirman,

“Wahai Muhammad sesungguhnya solat itu wajib lima waktu sehari semalam. Setiap solat mendapat pahala 10 kali, jadi solat 5 kali bersamaan dengan solat 50 kali. Sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan yang dia tidak melakukannya, maka satu kebaikan akan direkodkan untuknya. Dan jika dia melakukannya, maka direkodkan untuknya sepuluh nikmat. Sesiapa yang berniat untuk melakukan perbuatan keji tetapi tidak melakukannya, maka perbuatan keji itu tidak direkodkan sedikitpun. Dan jika dia melakukannya, ia ditandakan sebagai kekejian. " "

Kemudian saya turun untuk berjumpa Musa kemudian saya beritahu dia. Kemudian dia berkata, "Kembalilah kepada Tuhan kamu dan mohonlah kering semula. " "

Saya menjawab, "Saya telah kembali kepada Tuhanku berulang kali sehingga saya malu dengan-Nya."

Setelah Nabi Muhammad kembali ke bumi, maka perintah untuk solat lima waktu akhirnya menjadi wajib bagi setiap Muslim untuk dilaksanakan.

Sumpah demi Tuhan, saya tahu apa yang betul.

Halaman peminat: Qalam Ilmu ✍️

'TU QUOQUE' FALLACY"Tu quoque" merupakan istilah bahasa latin yang bermaksud 'Kau pun sama'.Melindungi kesalahan sendiri...
23/04/2024

'TU QUOQUE' FALLACY

"Tu quoque" merupakan istilah bahasa latin yang bermaksud 'Kau pun sama'.

Melindungi kesalahan sendiri dengan membandingkan kesalahan pihak lain.

Ia mencerminkan kecacatan moral dan sifat hipokrit apabila cuba menegakkan benang yang basah dengan menjadikan kesalahan orang lain sebagai pembenaran bagi kesalahan diri sendiri.

Kesan buruk kepada manusia dari mengamalkan falasi tu quoque :

- Manusia akan menjadi keliru menilai mana yang benar mana yang salah.
- Membesarkan ego, tak mahu mengaku kesalahan untuk pembaikan.
- Menjahanamkan sistem nilai masyarakat.
- Manusia akan fokus kepada kesalahan pihak lain, lama kelamaan menjadi serangan peribadi yang tidak berkesudahan.
- Manusia akan berasa muak dengan falasi yang dilakukan,
- Menyuburkan anasir fanatik, membela perkara yang salah.
- Menghilangkan keharmonian dalam komunikasi.
- Hilangnya budaya saling menasihati.

Antara Emas Dan TanahEmas berkata pada tanah " Cuba kau lihat pada diri kau tanah, suram dan lemah... Adakah kau memilik...
02/04/2024

Antara Emas Dan Tanah

Emas berkata pada tanah " Cuba kau lihat pada diri kau tanah, suram dan lemah... Adakah kau memiliki cahaya berkilau seperti aku emas? Apakah kau berharga seperti aku? "

Tanah menggelengkan kepala dan menjawab " Aku tanah boleh menumbuhkan buah dan bunga, boleh menumbuhkan rumput dan pohon, boleh menumbuhkan tanaman dan banyak lagi.. Boleh kau emas buat semua itu? " Emas terdiam seribu bahasa..!!

Dalam hidup ni ada ramai yg seperti emas... Berharga, menyilau tapi tidak beri manfaat pada orang lain.. Berjaya dalam karier, mempunyai rupa paras yg cantik, tapi susah untuk ambil berat dan membantu orang lain...

Ada juga yang seperti tanah... Biasa sahaja tapi s**a membantu orang lain tak kira siapa pun...

Maknanya kehidupan bukan bergantung pada berapa bernilainya diri kita... Tetapi berapa manfaat yg kita beri pada orang lain dan masyarakat...

Renung-renungkan ..

MAKNA RUHBANUL LAIL & FURSANUN NAHAR🏹🕌🐎Ibnu Katsir rahimahullahu pernah mengkisahkan tentang para sahabat yang ditugaska...
26/03/2024

MAKNA RUHBANUL LAIL & FURSANUN NAHAR
🏹🕌🐎
Ibnu Katsir rahimahullahu pernah mengkisahkan tentang para sahabat yang ditugaskan untuk bertempur dengan pas**an Romawi, Suatu ketika jendral Romawi yang bernama Qayqalan pernah mengutus seorang mata-mata dari Nasrani Arab untuk mencari tahu informasi para sahabat Nabi, sepulangnya kembali ia pun menceritakan "Aku mendapati suatu kaum yang dimalam hari mereka menjadi para ahli ibadah, sedangkan disiang hari mereka menjelma menjadi prajurit berkuda yang tak tertandingi, Demi Allah jikalau ada dari mereka mencuri (dan mencapai nishab) bahkan anak dari rajanya maka pastilah mereka memotong tangannya, dan jika berzina sungguh mereka pasti akan merajamnya", berkata Qayqalan 'Demi Allah jika engkau jujur demikian, sungguh perut bawah tanah lebih baik untuk kita dari pada atasnya (untuk menghadapi mereka).'

Begitulah kriteria generasi terbaik, mereka kuat fisiknya, menunggang kuda bermain pedang, tombak dan panah, Namun ketika malam datang kaki mereka tegar teguh menancap kuat berdiri menghadap Rabb-nya.

Semoga Allah mudahkan kaum muslimin untuk kuat beribadah puasa, kuat berdiri qiyamullail dan menerima seluruh amal Ibadahnya.

*KEHEBATAN PEMANAH YANG MAHIR🏹🏹🏹Saat Rasulullah ﷺ dan para sahabat telah hijrah ke kota Madinah, tinggallah beberapa sah...
25/03/2024

*KEHEBATAN PEMANAH YANG MAHIR
🏹🏹🏹
Saat Rasulullah ﷺ dan para sahabat telah hijrah ke kota Madinah, tinggallah beberapa sahabat di kota Makkah, mereka merasa terus dalam tekanan, seakan-akan gunung Abi Qubaisy telah menimpa dada mereka, sedangkan keinginan berhijrah harus segera terwujud.

Salah seorang sahabat yang bernama Shuhaib bin Sinan, ialah sahabat yang sempat sukses di kota Makkah, merintis kekayaannya saat dirinya yang hanya berstatuskan budak, sampai ia menjadi kaya. Shuhaib hendak segera menghiasi matanya dengan segera melihat rasulullah yang telah ada di kota Madinah, namun ternyata kafir Quraisy yang tak mengasihi Nabi Muhammad, maka mereka pun tak diam begitu saja dengan pengikutnya termasuk Shuhaib dengan keadaannya sekarang, mereka pun keluar dan mencari jejaknya hendak mencegahnya untuk keluar berhijrah, seketika mereka mendapatkannya, Shuhaib pun bersiap mengambil quivernya dan berteriak 'Kalian tahu, aku adalah orang yang paling mahir dalam memanah diantara kalian, Demi Allah jangan sekali-kali mendekatiku kecuali kalian mau merasakan hujaman anak panahku, lalu aku cabik-cabik tubuh kalian dengan pedangku sampai tidak tersisa satupun dari kalian!!!'.

Mereka pun berkata "Dahulu kamu datang kepada kami miskin hina sampai engkau mendapat harta yang banyak ditempat kami, lalu sekarang kamu hendak pergi begitu saja dengan hartamu, Demi Allah tidak akan kami biarkan engkau keluar dari kota ini'. Shuhaib pun menjawab 'Jika aku tunjukkan harta yang aku simpan dan aku tinggalkan semuanya untuk kalian, apakah kalian akan membiarkanku pergi?'. Iya jawab mereka. Maka ia pun menunjukkan tempat penyimpanan hartanya lalu pergi begitu saja.

Di saat yang bersamaan nabiﷺ telah diberi kabar lewat malaikat Jibril. Sesampainya ia di kota Madinah ia pun bertemu Nabi Muhammad ﷺ dengan mukanya yang sangat ceria bak rembulan, nabi pun bersabda 'Wahai Abu Yahya, Sungguh jual beli yang sangat menguntungkan'.

Begitulah semua jual beli yang kita lakukan dengan Allah, pasti semua akan beruntung, maka niatkan amalan kita termasuk kuda dan panahan yang kita amalkan, menjadi akad khusus antara kita dengan Allah, maka tidak akan pernah merugi.
Wallahu ta'ala a'lam.

🏇🏼🏇🏼🏇🏼Apakah kalian tahu Sultan Baybars yang hidup di era Mamluk, ia pernah bertempur sebanyak 9kali peperangan melawan ...
19/02/2024

🏇🏼🏇🏼🏇🏼
Apakah kalian tahu Sultan Baybars yang hidup di era Mamluk, ia pernah bertempur sebanyak 9kali peperangan melawan Mongol, dan pernah mengikuti 21kali ekspansi melawan pas**an Salib, dan 5 misi perang melawan Armenia, dan semua peperangan tersebut Allah berikan kemenangan untuknya.

Dengan total jarak yang pernah beliau tempuh diatas punggung kudanya pada setiap misi Fii Sabilillah kurang lebih 40.000km.
Rahimahullahu ta'ala rahmatan waasi'ah.

Petikan dalam kitab Gharsul Ansyab...Dikisahkan oleh Puteri Sayyidina Sa'ad bin Abi Waqash, Ianya berkata di akhir pengh...
15/02/2024

Petikan dalam kitab Gharsul Ansyab...

Dikisahkan oleh Puteri Sayyidina Sa'ad bin Abi Waqash, Ianya berkata di akhir penghujung hayat ayahnya, ketika sedang terbaring sakit 'Wahai ayahandaku, tunjukkan kepada kami kemahiran panahanmu!', Lalu disuruh Sayyidina Sa’ad oleh Putrinya untuk mengambil busur dan tiga anak panahnya, lalu beliau menghala panahkan ke salah satu papan kayu pada atap rumahnya, terpacaklah panah tersebut. Kemudian diambil kembali tiga anak panah tersebut dan beliau panahkan kembali anak panahnya tepat ke 3 lobang yang sama, masing-masing pada tempatnya, panahan tersebut berulang berberapa kali. Puterinya terperanjat akan kejadian tersebut. Beliau pun berkata 'Tak perlu kau heran pada laki-laki yang sudah terkena doa Rasulullah ﷺ اللهم سدد رميته ,
Ya Allah tepatkanlah panahannya.

Dari kisah tersebut berkata At-Thabristani 'Ini adalah keutamaan pagi setiap pemanah atas segala senjata yang lain, dan apa yang dilakukan oleh Sayyidina Sa'ad tidak mungkin dilakukan oleh seseorangpun di zaman kita ini'. Semoga kita dikumpulkan dengan beliau dan Rasulullah dan semua para pemanah kaum muslimin di Syurga Kelak.

Thumb Guard / Thumb Ring. Selesa Digunakan. Boleh Terus Beli Disini : https://shp.ee/cy55adtDapatkan Sementara Stock Mas...
14/02/2024

Thumb Guard / Thumb Ring. Selesa Digunakan.
Boleh Terus Beli Disini : https://shp.ee/cy55adt

Dapatkan Sementara Stock Masih Ada..

Address

Lot
Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Waqqas Archery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Al-Waqqas Archery:

Videos

Share