Careta

Careta Berita dan informasi mengenai kenderaan bermotor di Malaysia dalam bahasa paling mudah!
(356)

A Bahasa Malaysia page on automotive news, product reviews and motoring tips, local and international. Our objective is to educate Malaysians to be a smarter consumer when it comes to their automotive purchases.

JPJ akan memperluas aspek penguatkuasaan secara digital, selain mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) khu...
28/12/2024

JPJ akan memperluas aspek penguatkuasaan secara digital, selain mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) khususnya bagi mengesan pesalah trafik secara lebih efektif.

Ia antara langkah penguatkuasaan serta inisiatif digariskan JPJ untuk memastikan keselamatan jalan raya di negara ini.

JPJ percaya penggunaan teknologi itu dapat membantu pihaknya meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan meminimumkan kesalahan yang berlaku.

Tambahan, JPJ akan terus memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap kesalahan yang membabitkan risiko kemalangan dan kematian jalan raya yang tinggi.

Baca lanjut : https://careta.com.my/article/jpj-akan-perluas-penguatkuasaan-secara-digital-kaji-guna-ai-kesan-pesalah-trafik

Bersempena sambutan tahun baharu 2025 yang bakal tiba, operasi perkhidmatan rel Rapid KL akan dilanjutkan sehingga jam 3...
28/12/2024

Bersempena sambutan tahun baharu 2025 yang bakal tiba, operasi perkhidmatan rel Rapid KL akan dilanjutkan sehingga jam 3.00 pagi dan beberapa laluan bas terpilih akan beroperasi sehingga jam 3.30 pagi
pada 1 Januari 2025 bagi memenuhi keperluan warga kota yang ingin menghadiri acara sambutan di sekitar pusat bandar.

Lanjutan operasi ini melibatkan 18 stesen rel, 4 stesen Bus Rapid Transit (BRT) dan 20 laluan bas utama serta perantara Rapid KL.

Pengguna disarankan untuk menggunakan kad Touch ‘n Go bagi kelancaran perjalanan dengan baki kad mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

Rapid KL menggalakkan warga kota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari sambutan ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas terutamanya di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan acara sambutan ambang tahun baharu.

#2025

Sebanyak 45,237 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan berikutan pemeriksaan terhadap 235,616 kenderaan ...
28/12/2024

Sebanyak 45,237 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan berikutan pemeriksaan terhadap 235,616 kenderaan perdagangan dalam 5,747 Ops Kenderaan Perdagangan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga November lepas.

Pengarah JSPT berkata daripada jumlah saman itu 28,298 dikeluarkan bagi lori, bas (349) manakala kenderaan pelbagai guna seperti van dan jip yang didaftarkan atas nama syarikat (16,590).

Baca lanjut : https://www.careta.com.my/article/op-kenderaan-perdagangan-45237-saman-dikeluarkan-sehingga-november-2024

27/12/2024

Patah tumbuh hilang berganti. Tapi tak tak sama.. 😥

Tonton episod penuh EP14 Tekan Habis Podcast di YouTube, atau dengar di Spotify dan Apple Podcasts

SEPASANG suami isteri dan seorang remaja maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Alor Pudak - T**i Haj...
27/12/2024

SEPASANG suami isteri dan seorang remaja maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Alor Pudak - T**i Haji Idris, di Pendang, pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kemalangan maut terbabit melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan dua motosikal.

Salam takziah buat keluarga arwah.. alfatihah

📸 PDRM
Artikel dalam komen

Tindakan dua penjenayah yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dan merempuh kenderaan peronda polis tidak ...
27/12/2024

Tindakan dua penjenayah yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dan merempuh kenderaan peronda polis tidak berhasil apabila berjaya diberkas di Ara Damansara semalam.

Pemeriksaan di dalam kereta suspek menemui sejumlah dadah jenis syabu anggaran berat 12.87 gram dan alat renjatan elektrik.

Baca penuh : https://careta.com.my/article/gagal-lolos-sekatan-polis-dua-ditahan-bersama-syabu

27/12/2024

ISU TULAR : SEORANG wanita ditahan polis kerana membakar motosikal miliknya yang hendak ditarik kerana gagal membayar tunggakan dalam kejadian di Jalan Masjid, Pokok Assam, Taiping pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, wanita berusia 40an yang juga seorang peniaga itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada jam 7.30 malam.

Artikel dibawah
https://www.careta.com.my/article/gara-gara-bakar-motosikal-wanita-ditahan-polis

Dua beranak maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kenari 3,...
26/12/2024

Dua beranak maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kenari 3, Taman Kenari, Kulim, Kedah semalam.

Siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan motosikal yang dinaiki dua beranak.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa.

Baca penuh : https://careta.com.my/article/dua-beranak-maut-motosikal-dirempuh-kereta-terbabas

Tindakan sita dan lucut hak ke atas kenderaan perdagangan yang gagal patuhi peraturan - JPJMenerusi Ops Khas ‘Gempur Tek...
26/12/2024

Tindakan sita dan lucut hak ke atas kenderaan perdagangan yang gagal patuhi peraturan - JPJ

Menerusi Ops Khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara, pihak JPJ akan tumpukan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan kepada kesalahan berikut :

* Kesalahan Lebih Muatan
* Kesalahan Teknikal
* Kesalahan Dokumentasi
* Kesalahan Lalu Lintas
* Kesalahan Teknikal Pembuatan dan Penggunaan Kenderaan

Baca lanjut di sini : https://careta.com.my/article/sita-lucut-hak-jika-gagal-patuh-peraturan-jpj

26/12/2024

Masing-masing ada kelebihan. Susur galur yang sama tapi kenapa tak boleh saling lengkap melengkapi?

Pelik bin Ajaib. Aneh binti Misteri.

Tonton episod penuh EP14 Tekan Habis Podcast di YouTube, atau dengar di Spotify dan Apple Podcasts

SEORANG wanita dan anak kecilnya  maut manakala empat lagi cedera dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 212...
26/12/2024

SEORANG wanita dan anak kecilnya maut manakala empat lagi cedera dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 212.3 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Khamis.

Mangsa, Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24 dan anak lelakinya dua tahun maut di lokasi kejadian.

📸 BOMBA
Artikel dalam komen

JPJ Pulau Pinang mengeluarkan saman terhadap 25 bas ekspres dan persiaran kerana kesalahan tiada pemandu kedua bagi pema...
26/12/2024

JPJ Pulau Pinang mengeluarkan saman terhadap 25 bas ekspres dan persiaran kerana kesalahan tiada pemandu kedua bagi pemanduan melebihi 300KM atau perjalanan selama empat jum berterusan, dalam operasi khas di tiga plaza tol di negeri ini.

Operasi khas itu telah dijalankan di di Plaza Tol Juru (kedua-dua arah), Plaza Tol Bukit Tambun dan Plaza Tol Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bermula 10 malam semalam dan berakhir 7 pagi.

JPJ turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandu tiada lesen memandu dan sebuah lori kontena kerana pemandu di bawah umur.

Tindakan juga diambil ke atas 23 bas atas kesalahan ticida buku log atau kemas kini buku log pemandu manakala satu kes tiada pemandu pelancong.

SUMBER : Bernama dan FB JPJ Pulau Pinang

26/12/2024

Pandu uji di Malaysia bermula dari Bangsar dan melalui lebuh raya menuju ke Kuantan di mana kami dapat menguji kuasa yang dihasilkan dari nadi baharu 4N16.

Dan pengalaman dari pemanduan ini dapat dijadikan sebagai bukti bahawa ini betul-betul Triton baru!

Dua wanita terbunuh, manakala dua lagi cedera apabila kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu merempuh besi pengh...
26/12/2024

Dua wanita terbunuh, manakala dua lagi cedera apabila kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu merempuh besi penghadang di KM 187.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, Jasin, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 6.23 pagi tadi.

Salam takziah pada seluruh ahli keluarga mangsa

SUMBER : BH Online

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Careta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Careta:

Videos

Share